Bercuti Dalam Malaysia Selepas PKP, YES or NO?

22:09:00

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera | Syukur Alhamdulillah masih diberi kesihatan, kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian di waktu pandemic yang melanda negara ketika ini. Siapa sangka, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada 18 Mac 2020 berlanjutan sehingga ke hari ini yang mana tempohnya sudah melebihi satu tahun. Sedih? Marah? Terkilan? Allahuakbar. Sesungguhnya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Banyak sangat nikmat yang Allah pinjamkan ditarik sementara. Contohnya yang paling kita rindu sekali, sudah tentu nikmatnya dapat bergerak, berjalan ke sana ke sini tanpa sekatan, tanpa dikawal oleh mana-mana orang, tanpa dipantau sesiapa, BEBAS. Sekarang ni bukan sahaja nak rentas negeri tak boleh, malahan nak rentas daerah pun tak dapat. Jika kita seorang yang berfikiran waras dan rasional, kita sendiri tak berani nak ke sana sini sesuka hati. Betul tak? Dengan varian yang semakin mengganas. Langkah paling selamat, kurung diri dan keluarga kat rumah sahaja laa jawabnya kalau tak ada keperluan nak ke mana-mana.

 

Bagaimana jika Kerajaan umumkan kebenaran merentas negeri macam dulu-dulu? Perkara pertama sekali yang kita nak buat mesti balik kampung, betul tak?

 

Bagaimana jika Kerajaan dah berjaya tangani pandemik ini dengan jayanya dan kita dah boleh pergi berjalan dan bercuti ke mana saja kita suka? Mestilah nak! Betul tak? Time ni laa nak balas dendam bawa keluarga berjalan, bercuti dan sebagainya.

 

Jika ada yang tak sabar nak bercuti ke luar negara, jangan terkejut tau ada je jugak rakyat marhaen seperti saya yang berjalan dalam Malaysia saja sudah mencukupi dan membahagiakan. Itu pun masuk goals aku lepas PKP nanti ok! Aku selalu sangat cakap kat Husband, ‘Habis PKP kita pergi Cameron tauuu’, ‘Habis PKP kita pergi Ikea nak?’, ‘Habis PKP kita bawa Esabel jalan-jalan Pantai, jalan-jalan Zoo okay?’. Dan Husband aku sudah semestinya mengiyakan je apa aku kata walaupun dalam hati aku sendiri berbolak-balik, ‘Bila laaa nak habis PKP ni’. Yaa I know, semua orang sedih anak-anak kita tak membesar macam kita dulu-dulu. Anak aku pun sama je jugak dok memerap kat rumah. Kasihan. Tapi nak buat macam mana. Sekarang ni kalau sayang anak, simpan anak kat rumah. Jangan bawa sana sini. Yedakk?

 

Aku suka search apa hotel available walaupun aku tahu pada masa sekarang ni kita tak boleh pun nak book hotel tu kahkahhh! Kesian ko! Actually habit juga tu. Aku suka sebab aku boleh banding-bandingkan harga hotel aku cari tu. Aku punya tahap nak berjalan sangat tu sampai pernah je tau aku search apa hotel best area office laki aku kerja. LOL. Punya nak ‘berjalan’ sangat tu. Konon macam acah-acah short cavay laaa haa githoooo. Aku cakap kat laki aku, dia pergi je laa kerja macam biasa. Ignore jee kitaorang. Aku bawa anak check in hotel. Macam jalan-jalan haa gitu. Lepastu laki aku cakap, duduk terperap kat hotel pun sama je jugak bosan. Lagi kesian kat anak tauu. Hwarghh. Mak nak jalan oi! Dah lama tak check in hotel hahaha.

 

Korang ada plan tak nak berjalan mana selepas PKP ni? Sama-sama laa kita doakan wabak ni beransur pulih dan kes covid di Malaysia semakin menurun hari ke hari, sehingga laa ke ZERO CASES! Aminnn. Tak mustahil kan. Doa cepat! Aku plan nak berjalan dalam Malaysia je selepas PKP ni. Kita jalan dekat-dekat je dulu. Baru jalan jauh-jauh. Cehwahh ko. Nak tahu tak mana aku nak pergi lepas PKP nanti? Ko jangan gelak eh. Siapa gelak siap.

 



1.       Cameron Highlands

Rindu sangat nak ke sini. Last pergi masa mengandungkan Esabel. Sebab teringin nak makan Strawberry fresh punya pasal! Laki aku pun layankan jelah sampai ke sana dia bawak. Phew. Dengar cerita Cameron Highlands sekarang makin sejuk. Mesti best kan. Aku paling suka search tentang Cameron Highlands Hotels dan bandingkan harga antara hotel yang ada kat sana. Sebenarnya kalau korang perasan, banyak je hotel-hotel di Cameron Highlands yang menawarkan harga penginapan yang murah dan berbaloi. Satu malam harga bawah RM 200.00 pun ada tau. Hotel kat sana pula Allahu cantik-cantik belaka. Confirm rambang mata. Dalam kepala otak aku memang dah imagine dah nak tidur kat mana. Hehehehe. Awal ek ko punya plan? Eh mestilah. Plan awal. Kumpul duit awal. Habis PKP, ON! Githooo ko. 



Tak sabar nak bawak anak main lari-lari kat kebun strawberry, petik buah strawberry, makan aiskrim lavender, pergi farm kat sana, jalan kat ladang teh sampai berlecak ketiak, beli teh banyak-banyak sampai taktahu nak bagi kat sapa. Ya Allah. Bestnyaaaa. Time tu ko jangan insofff pulak sebab kena kejar anak nak ke sana ke sini. Dah puas memerap kan masa PKP? Hahaa

 


2.       IKEA (Lol)

Okay this one ko jangan gelak. Tipulah kalau korang tak rindu IKEA. Unless ko memang tak suka Ikea’s food dan Ikea’s furniture laa. Tapi aku rasa rata-rata manusia gemar barang-barang Ikea hahahaa. Eh best tau jalan dalam Ikea. Kadang ko bukan laa nak beli Sofa dia yang harga lima ribu pun. Ko bukan laa nak beli karpet dia yang beratus ratus tu. Tapi nikmat cuci mata tu! KAHKAHH! Gasaklah walaupun ko keluar Ikea tu takat bawak dia punya tong sampah, roll habuk baju, hanger, mug ke, ampai penyidai dia yang kaler putih tu ke, who cares? Sukahatilah. Yang penting kita dapat melantak makan dia punya meatball dan chicken wing dia. Yang penting dapat ambik gambar kat lorong warehouse tu kahkah. Kalau IKEA ni aku selalu pergi IKEA Cheras dan IKEA Tebrau. Kalau ko pergi IKEA Cheras ko boleh laa feeling-feeling tengah Staycation KL heheh. Eh jangan terkejut. Aku pernah je buat. Book hotel kat sana satu malam. Sebab nak jalan-jalan Ikea. Kahkah! Kelakar? Alaa. Nama pun jalan-jalan. Kat sana banyak je pilihan hotel yang ada. Ko pilih je. Yang murah pun bersepah.

 


3.       Putrajaya

Putrajaya for what? Ziarah bangunan kerajaan? Hahahh. Gambar atas ni kat Putrajaya tau. Kalau bijak cuba teka kat mana. Heheh. I love Putrajaya. Dulu first posting kat sana. Putrajaya ni tempat yang best tau kalau nak jalan-jalan. Makanan pun sebenarnya takde laa mahal belaka semua. Banyak je kedai makan harga berpatutan. Cuma sewa rumah jelah sedeyhhhh. Rumah sewa aku dulu RM 1,200.00 ok. At first RM 1,400.00 tau. Tapi dapat kurang sikit. Putrajaya masuk dalam list gue sebab disamping dapat jalan-jalan sis juga mahu melawat rakan-rakan seperjuangan yang masih ada di sana cehwahhh. Dulu masa pjj, aku suka cari hotel/ homestay kat Cyberjaya untuk Husband aku. Tapi sekarang ni di Putrajaya pun dah makin banyak hotel-hotel baru. Dengar cerita kat Presint 15 pun dah ada hotel-hotel baru bukak. One thing I love most about Putrajaya? Tiang lampu dia cantik. Haa ko mesti tak perasan. Putrajaya kot. Takkan tiang lampu sebarang. Hahahaha. In Sha Allah. Lepasni kita jalan-jalan sana. Jalan-jalan ok. Bukan melawat ofis lama. Walaupun kadang-kadang selalu je kena pergi sana hahaha. Tapi berjalan dan buat kerja lain ye feel dia.

 

4.       Kelantan

This one sebab tak pernah lagi berjalan ke sana. Also sebab Mak aku pun asyik dok ajak berjalan kat sana. Sis tak tahu apa best Kelantan ni. Tapi orang kata syurga shopping dan makanan. Moga-moga ada rezeki laa kita ke sana nanti ye?

 

5.       Terengganu

Sama juga macam reason di atas. Tapi mungkin kena tunggu anak-anak besar sikit kot. Baru sedap nak berjalan. Jangan PKP habis anak aku dah beso gedabak dah ler.

 

6.       Langkawi

Langkawi, siapa tak suka kan? Tempat shopping pinggan mangkuk dan periuk dan juga coklat segala macam. Aku nak pergi sana naik feri. Walaupun penat. Tapi naik feri feeling dia lain macam. Kita ambik cuti lama sikit. Jalan satu Langkawi. Cehwah berangan. Laki awok dapat ke cuti lama-lama? Hahaha. Dah boleh berangan godek godek mana hotel best kat Langkawi. Lepastu cari hotel yang ada pool. Fuhh. Seronok anak kau! Wait for me ok Langkawi!

 

Actually ada lagi! Tapi cukuplah aku listkan enam je dulu. Over nau. Ko kasi pergi dulu enam-enam ni. Baru sambung list ketujuh. Hahahaa. In Sha Allah. Tak salah berangan kan? Free je berangan tu. Tak mustahil pun. Semoga ada rezeki bawa keluarga bercuti. Walau dalam Malaysia sekalipun. Tak apa lah. Nikmat juga tu setelah sekian lama tak dapat pergi bercuti.

 

Aku doakan kita semua dilindungi daripada wabak Covid19 ini. Aku doakan keluarga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt. Semoga Allah beri kita kekuatan mental dan fizikal. Semoga Allah cukupkan keperluan kita semua. Semoga Allah pulihkan kesihatan dan ekonomi Malaysia. Aminn. Aku faham ramai yang terjejas. Kepada yang baca entry aku ni, aku doakan korang sihat dan kuat. Mana laa tahu tengah jalan-jalan kat Ikea ko nampak aku, ‘Eh Rrai?!’ Haa mana laa tahu kan padahal korang kenal aku ke idok.

 

Be Strong, Stay Strong.

In Sha Allah. Moga-moga ada sinar untuk kita rakyat Malaysia. Sama-sama kita doakan Allah lembutkan hati pemimpin-pemimpin kita, beri mereka petunjuk dan jalan untuk menangani pandemic ini. Semoga Allah pulihkan semuanya.

 

Assalamualaikum J

You Might Also Like

3 COMMENT

  1. harap cepat negara kita pulih, dah ada plan jugak nk pegi cameron T..T

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak kesini. Sampai Rrai dah jadi ibu pun baru tahu ni. Haha ampunnnn. Tahniahhhhhh

    Sejujurnya kalau kerajaan dah benarkan rentas negeri pun saya masih akan duduk dalam negeri sendiri. Walaupun dah bertahun tak balik kampung, selagi Covid 19 masih ada takut nak pergi mana-mana. Semoga Allah angkat wabak membahaya ni. Betul semua ni ada hikmah dan ujian yang kita kena redha

    Stay safe Rrai!

    Tapi.... kalau covid 19 ni dah tiada mesti lah saya nak balik kampung di kemaman, Terengganu! Ahh rindunya pantai sanaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam
    Carilah jugak kak RRAI mana menghilangnya ya
    Yeayy thank u komen entry blog rabia td

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.