• Home
  • About
  • Tuto
  • Freebies
  • Tempahan
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

RRAI

 


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


Hi korang. Hari ni aku nak kongsikan a little bit of asal usul Chinese Food di Malaysia. Siapa tak suka Chinese Food kan? I love it! Korang nak tahu tak bagaimana Chinese Food ni mula berakar umbi di Malaysia dan sebenarnya ia sangat dekat dengan culture dari negara asal makanan itu sendiri.

Sejarah Chinese Food di Malaysia ini bermula pada abad ke-15 apabila Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Ming Zhengtong dipersembahkan sebagai isteri kepada Sultan Mansor Syah dari Kesultanan Melaka. Puteri Hang Li Po hadir bersama-sama dengan 500 pekerja yang mana mereka ni kemudiannya membina penempatan mereka di sebuah kawasan yang pada hari ini biasanya disebut sebagai Bukit Cina. Tempat ini secara amnya telah diakui sebagai salah satu bukti kehadiran dan wujudnya penempatan orang Cina di Asia Tenggara. Petempatan Cina terus berkembang pesat setelah Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Wow. Tahun 1511 tuuuu. Aku belum lahir lagi! 

Bertahun kemudian, penempatan awal orang Cina di Melaka ini semakin bertambah apabila banyak pedagang Cina dari Fujian dan Guangdong datang. Sebilangan besar dari mereka ini berkahwin dengan wanita Melayu dan secara automatiknya they become one of us contohnya macam dengan cara mereka berpakaian dan juga makanan mereka. Untuk pengetahuan korang juga, bukti mengenai tradisi keagamaan Cina di Malaysia ini terdapat di kuil Cheng Hoon Teng Melaka, yang dibina pada tahun 1645 sejurus selepas penaklukan oleh Belanda. Pada zaman pentadbiran Inggeris  di Tanah Melayu pada abad ke-19, pedagang Cina ditemui di kebanyakan bandar besar di kalangan Kesultanan Melayu.

Budaya orang Cina Malaysia adalah Baba Peranakan yang mana terdapat di bandar-bandar pelabuhan seperti Pulau Pinang dan Melaka. Mereka ini hampir tidak dapat dibezakan dari orang Melayu tempatan kita kecuali agama mereka dan penggunaan daging babi dalam makanan mereka. Orang-orang Baba Peranakan ini juga mengadaptasi beberapa hidangan Belanda dan Portugis ke dalam masakan mereka, mixing it up with Chinese and local ingredients and then, menghasilkan masakan Baba Nyonya yang kini sangat terkenal  di Singapura dan Malaysia. 



So, today, kalau tiba-tiba tekak kita terasa nak makan Chinese Food, tak perlu dah nak bersusah payah beli macam-macam bahan nak masak. Kalau tak ada masa nak masak, order online je senang! Zaman sekarang ni banyak restoran dan kedai makan kat luar sana yang menyajikan dan jual Chinese Food tau. Tak tahu nak order kat mana? Senang je! Korang boleh semak di FoodPanda dan banyak pilihan korang akan jumpa! Apa yang best adalah korang akan jumpa banyak Muslim Chinese Food dan semestinya halal, bersih dan selamat.

Siapa suka Chinese Food angkat tangan! Hehe


Share
Tweet
Pin
Share
4 COMMENT

 ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


Hai korang! Harap sihat walafiat sejahtera semuanya. Hari ni aku nak jawab pertanyaan dari ruangan Talk Talk kat sidebar. Talk Talk? Apa tuu? Talk Talk  yang dimaksudkan adalah CBOX. CBOX? Apa tu? Okay, tengok gambar di bawah. Itu laa CBOX yang dimaksudkan.


Cara dia senang jeee. first, kena sign in dulu kat blog korang. Then. Korang pergi kat LAYOUT. Kat bahagian sidebar, klik ADD A GADGET. Then klik HTML/JAVASCRIPT. Kat ruangan Title tu, korang letak apa ayat korang suka. Mcm aku, aku letak 'Talk Talk'. Ikut suka hati korang. Takde mandatori pun HAHAHA. Dekat ruangan Content pula, korang boleh copy paste code html CBOX korang. Belum ada account CBOX? Boleh sign up dulu di ➤ SINI

CBOX ni fungsi dia:
➤ Memudahkan pengunjung blog untuk tinggalkan jejak mereka kat blog korang
➤Memudahkan blogwalking semula ke blog orang lain
➤Lebih mesra alammm gituuuu hahahaa
➤Memudahkan korang untuk follow back blog pengunjung blog korang
➤Dan lain-lain sebab yang korang rasa relevan dan boleh terima akal.

Susah ke nak sign up akaun CBOX ni? SENANG JURRRRR. Ko pernah buat akaun facebook twitter insta mesti kacang je korang nak signup akaun CBOX. Oh ya. Akaun CBOX ni korang boleh edit sendiri tau nak letak background warna apa, tulisan warna apa. Jadi sila laa edit sendiri yaaa hehehe.

Selamat menggodek dan selamat berCBOX kepada yang baru nak mencuba. Heheee. Assalamualaikum :)






Share
Tweet
Pin
Share
3 COMMENT

 Tajuk : 8 Top Picks KFC Menu in Malaysia


Sebagai salah seorang warga negara Malaysia, saya sendiri sedia maklum yang  KFC merupakan salah satu restoran jenama makanan yang sudah lama popular. Baik kecil besar tua muda semuanya kenal dengan nama KFC. Kehadiran Kentucky Fried Chicken ini boleh dianggap sebagai salah satu jenama makanan terbaik dalam hal makanan segera. 


Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders yang mula menjual ayam goreng pada usia sudah warga emas di negeri Kentucky, KFC pada masa itu sama sekali tidak dikenali namun Kolonel Sanders tetap tidak berputus asa. 



Tahukah juga anda, yang beliau pernah hampir ingin membunuh diri akan tetapi pada hari ingin membunuh diri itulah beliau akhirnya bertukar kepada menulis apakah perkara yang ingin beliau lakukan di saat usia sudah dalam golongan emas tersebut. Disebabkan beliau ada kepakaran dalam bidang masakan maka beliau cuba mencipta menu ayam goreng sendiri dan dari situlah terjadinya KFC yang kini telah berstatus sebagai salah satu syarikat terbesar di dunia. 


Ketika mula-mula mula menjual ayam itu, dia berdebat dengan pesaing. Dia kemudian membeli sebuah hotel yang terbakar hingga membinanya semula sebelum ia ditutup kerana perang dunia ke 2. Setelah perang selesai, dia cuba memberi francais restorannya tetapi resepinya ditolak sebanyak 1,009 kali. 


Berkat tidak putus asa, kini restoran tersebut sudah bernilai jutaan di peringkat antarabangsa dan telah diterima dengan sepenuh hati oleh setiap pelanggan yang termasuklah di Malaysia ini. 



Seiring dengan masa yang berlalu, menu-menu di KFC juga sudah ada pelbagai pilihan namun menu tetap ayam KFC sentiasa mengekalkan rasa asli dengan resepi tradisi turun temurun dari Kolonel Sanders. Jika ingin disenaraikan semua menu KFC memag banyak, dan antara 8 menu paling popular yang sering dipesan oleh pelanggan dalam Malaysia ini adalah seperti yang di bawah. 


8 Menu KFC Yang Paling Top di Malaysia 


#1- Zinger One Box Meal



Zinger One Box Meal ni adalah antara menu terbaru yang dikeluarkan oleh KFC dan memang mendapat sambutan yang baik seperti selalu. Menu ini memang sesuai untuk mereka yang jenis suka pesan menu pakej sebab malas nak pesan banyak-banyak ataupun susah nak pilih. Memang tak boleh nak dinafikanlah sebab menu KFC ni semuanya best belaka. 


Zinger One Box Meal ni ada tiga jenis pilihan sama ada nak burger zinger yang klasik, cheezy ataupun spicy BBQ. walaupun burger dia lain-lain, tapi harga dia tetap sama. Selain daripada burger, amda akan dapat juga beberapa jenis makanan yang lain macam ayam, coleslaw, minuman, nuggets dan air. Memang berbaloi.


#2- Zinger Cheesy Wedges Combo



Kalau yang tadi Zinger One Box Meal, yang ni Zinger Cheesy Wedges. Menu ni cuma Zinger Burger, Cheesy Wedges dan minuman je. Dari segi harganya, ianya lagi murah. Kalau anda jenis yang tak makan banyak sangat, boleh pesan menu ni bila singgah dekat mana-mana KFC nanti. Sama macam Zinger One Box Meal tadi, anda boleh pilih salah satu antara tiga jenis Zinger Burger yang ditawarkan.


#3- Bucket Berbaloi



Jika anda mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai, anda boleh order menu Bucket Berbaloi ini kerana jika dibandindingkan antara beli set lain dengan set ini, ternyata set ini jauj lebih murah dan berbaloi-baloi. Memang set ni sangat-sangat menjimatkan. Dalam set ni, anda akan dapat cheezy wedges, kentang putar, minuman dan ayam goreng. Ayam goreng anda boleh pilih di antara tiga kuantiti, sama ada mahu 6, 10 ataupun 12 ketul. Kena sangat dengan nama dia, memang berbaloi-baloi. 


#4- Signature Box



Kalau anda terasa nak makan makanan yang murah tapi mengenyangkan, anda boleh cuba Signature Box. Menu ini didatangkan dengan seketul ayam goreng, Zinger Burger, kentang goreng dan juga minuman berkarbonat. Dari segi harganya pun agak murah dan memang kena dengan gabungan makanan yang dihidangkan secara variasi seperti ini. Kalau dah dapat makan burger dengan  ayam goreng, siapa yang tak kenyang kan? 


Tapi kalau anda nak yang lagi memuaskan, anda boleh pesan menu yang lain iaitu Stacker Box. Menunya kelihatan lebih kurang sama cuma burger yang diberi untuk kedua-dua hidangan ini adalah sangat berbeza. Untuk Stacker Box, anda akan diberikan Zinger Stacker yang memang ramai cakap cukup boleh kenyang dan puashati.



#5- Classic Rice



Malas nak memasak untuk sarapan? Apa nak risau, KPC kan ada! Gabungan ayam goreng turun-temurun mereka dengan nasi kolonel, disertakan pula sedikit sambal pedas yang direka sendiri oleh KFC dengan satu minuman percuma dihidangkan panas-panas, ini sudah cukup baik! Memang bagus sangat untuk mendapatkan mood pagi sebelum ke tempat kerja ataupun kemana jua. 


Menu ini memang telah mendapat banyak pujian daripada para pelanggan terutamanya tentang sambal KFC yang cukup rasanya ini. Tidak begitu pedas dan tidak begitu manis. Sesuai sangat untuk semua lapisan dengan citarasa rakyat Malaysia. Tapi kalau anda rasa seketul ayam masih lagi tak mencukupi, anda boleh pesan 2pcs Classic Rice yang didatangkan dengan dua ketul ayam goreng rangup sedap yang begitu menyelerakan.


#6- Twister Lite Box



Anda rasa kurang berminat untuk makan nasi sebagai sarapan, atau mungkin ingin lari dari kebiasaan. Jika benar, apa kata anda cuba menu sarapan pagi yang banyak ada di KFC ini. Selain dari Classic Rice, anda boleh cuba nikmati menu Twister Lite yang dihasilkan daripada fillet Zinger yang rangup bersama hirisan tomato dan telur hancur yang dibalut di dalam tortila.


Roti tortilla ini pula sangat dan dihidangkan panas-panas. Selain itu, anda juga akan diberikan ayam goreng KFC yang sangat menyelerakan itu. Ada minuman sekali untuk menyempurnakan lagi set ini. sangat-sangat memuaskan hati dengan harganya yang agak murah untuk sarapan yang bertaraf lima bintang begini.


#7- Zinger Stacker Combo


Anda nak raikan hari istimewa dengan si dia? Tak tahu menu apa yang patut dipesan? Nah ini dia jawapannya! Tak kira jika anda ingin makan beramai-ramai, berdua mahupun seorang diri, menu ini tidak akan mengecewakan. 


Bagi yang datang makan beramai-ramai tetapi ingin nikmati menu secara berasingan tanpa perlu susahkan sesiapa, set ini adalah sangat sesuai. Malah set ini juga sedang tengah laku sekarang ni. Kalau anda memang jenis yang suka makan sorang-sorang begini, memang kenalah menu ini dengan anda. Itupun kalau korang boleh habiskan sorang-soranglah. Sebabnya menu ini memang sangat-sangat mengenyangkan .


#8- Popcorn Chicken Combo

Untuk makan sampingan pula, anda mesti cuba menu yang satu ni. Ia didatangkan dengan popcorn chicken, kentang goreng dan juga minuman. Kalau anda ni jenis yang suka berbual-bual dengan member lepas habis makan, bolehlah pesan menu ni, barulah seronok sikit nak berbual bila masih ada benda lagi nak dikunyah. Tak adalah kena halau dengan customer lain sebab dah habis makan tapi tak nak bangun-bangun lagi, betul tak?


Paling penting, boleh juga order KFC Malaysia secara atas talian melalui website Foodpanda dan biar Foodfanda deliver makanan yang dipesan secara terus sehingga ke rumah. Dengan cara begini semestinya kita tak perlu nak keluar dari rumah dan kita juga tak payah nak tanggung risiko untuk berada dalam satu masa yang lama pada suatu tempat. 



Foodpanda sangat komited untuk misi memudahkan rakyat Malaysia dan mereka juga akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan perkhidmatan penghantaran seperti KFC untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati hidangan kegemaran dengan mudah.


Share
Tweet
Pin
Share
5 COMMENT

 

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Raa macam dah lama sangat je tak join GA. Jadi, hari ni, ajommm laaa kita mengejoinkan diri! Huhuu. Semoga ada rezeki kita lah hendaknya.


Segmen ini akan bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat) sehingga 14 Ogos 2020 (Jumaat), Segmen ini dijalankan selama seminggu, Seramai 10 orang perserta yang bertuah untuk bloglist dan 1 orang daripada 10 orang akan memenangi bodymist 250ml victoria secret ini!


Jom join!
Share
Tweet
Pin
Share
10 COMMENT

 ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


Alhamdulillah. Masih diberi kesihatan yang baik, masih bernafas di atas bumi Allah, masih dikelilingi dengan orang-orang yang baik-baik belaka, dan, masih diberi kesempatan untuk menaip di Blog tercinta ni. Syukur Alhamdulillah. Rezeki datang berkali-kali. Allah dah bagi, Allah bagi lagi. Kau rasa? Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan. Allah Maha Penyayang. Maha Adil. 

"Remember the days you prayed for what you have now"

So. Please take a moment to say Alhamdulillah untuk semua yang kita ada pada hari ini. 

Sihat tubuh badan? Ingat lagi tak dulu waktu kita sakit, kita doa minta Allah angkat segala kesakitan yang kita rasa.

Dah ada kerja? Ingat lagi tak dulu kita doa minta dapat kerja untuk tanggung kehidupan seharian, tanggung keluarga masa, kita minta Allah bagi kerja elok-elok.

Anak? Ingat lagi tak dulu masa hidup berdua, kita minta Allah kurniakan zuriat kepada kita, masa tu kita siap kata lagi, tak kisah lelaki atau perempuan yang penting kita nak anak.

Dan macam-macam lagi. Kita nak, kita doa. Ada yang Allah izinkan. Ada yang Allah tak bagi. Ada yang Allah tahan dulu, Allah bagi lambat sikit. 

Tetapi segala yang Dia rancang, adalah yang sebaik-baiknya untuk kita. Serius weh. Allah adalah sebaik-baik perancang. Jahilnya aku dulu. Aku mempertikaikan. Kenapa? Kenapa? 

Allah kata nanti dulu.

Aku menangis, aku persoalkan, tapi bila?

Sampai aku mcm berhenti berharap. 

Kemudian, Allah bagi apa aku nak. Aku dapat apa aku nak sangat tu.

Allah tunaikan permintaan aku yang pertama.

Permintaan aku yang kedua.

Permintaan aku yang ketiga.

Lagi. Dan lagi.

Allah tunaikan betul-betul pada masa yang sesuai, pada masa yang tepat.

Subhanallah. Allah dengar apa aku doa! Allah kabulkan permintaan aku! Rasa mcm nak menangis je. Allah dengar dan kabulkan permintaan seorang hambanya yang banyak sangat buat dosa, yang selalu lupa Dia, Allah tunaikan apa aku nak.


Jadi betul lah. Ada sebab kenapa Allah tak bagi. Ada sebab kenapa dia kata nanti dulu. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang. 

Terima kasih Ya Allah, untuk semua permintaan aku yang telah Engkau kabulkan, dan juga untuk semua kehendak aku yang kau tangguhkan. 

Kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang 💗







Share
Tweet
Pin
Share
3 COMMENT




Tarikh tutup penyertaan pada 4 Jun 2020
Share
Tweet
Pin
Share
12 COMMENT



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Wowww dah lama rasanya tak join giveaway. Dulu rajin tau join, lepastu mesti ada jeee yang sangkut menang. Tapi sekarang bila dah jarang merajinkan diri join giveaway dan juga segmen dari blogger, luck tu dah makin kurengg hehehh.

Korang nak join? Klik je pada banner di atas ok.

Selamat bekerja kpd yang bekerja pada hari ini..
Share
Tweet
Pin
Share
5 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

I just realized yang dashboard blogger dah lain. Hahaa. Tadi aku ada buat satu entry, pastu aku draft. Sbb rasa mcm alaa tak syoknya aku nak menaip panjang-panjang. Sebab aku tak jumpa mana nak tekan justify.  Pulekkk. Ke korang tahu macam mana nak justify apa kita taip ni haa? Eh tak gemor betul lah bila perenggan camni. Tak kemas. Korang faham kan apa aku rasa ni? 





Tu haa benda alah sepertimana gambar di atas. Tapi yang tu aku print screen dari microsoft hahaha. Kalau korang tau, sila ajar aku kejap. Aku ada baca kat FB ada juga yang kurang gemar dashboard baru ni. Aku rasa kalau aku dah jumpa cemana cara nak justfy tu mungkin aku ok je kot. Lagipun aku rasa yang baru ni ada function boleh add table. Ke sejak dulu dah boleh add table tp aku je taktau? Hahahaa



At first I thought yang ni. Tapi bukan. 


Kemudian aku fikir yang ni. Eh bukan jugak

Ah sudahlah. Nyampah aku.

Justify yourself lah. 

Tapi aku perasan button preview post agak memudahkan kita untuk preview kita punya entry. I loikeee. Pendapat korang pulak macam mana? 







Share
Tweet
Pin
Share
10 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Harini aku nak share kat korang, Rahsia Puteri Feminine Wash yang aku dah guna for almost a month and I really recommended this product untuk kita org perempuan ni. Masa pertama kali aku guna Rahsia Puteri Feminine Wash ni, aku rasa mcm alaahai bestnya dia punya bau. Macam baby punya sabun hehehee. So far aku dah guna dan aku boleh katakan yang I totally love it. Rasa best dan selesa sangat selepas guna.


Bahagian intim anda adalah unik dan memerlukan penjagaan khas. Faraj mempunyai pH berasid secara semula jadi yang membantu mengekalkan keseimbangan bakteria yang baik dan buruk. Mencuci dengan sabun biasa atau gel mandi boleh menyebabkan ketidakseimbangan pH yang akan mengakibatkan masalah seperti jangkitan dengan gejala kekeringan, bau busuk dan kegatalan. Oleh itu, amalan pembersihan bahagian intim yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan faraj.

Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash adalah formulasi semula jadi dengan campuran ekstrak herba. Ia direka khas untuk membersihkan bahagian intim. Ia juga sesuai untuk kegunaan harian bagi memastikan kebersihan dan kesegaran faraj.



PROTECT | MELINDUNGI 
⤑Melindungi daripada jangkitan dan kerengsaan faraj. 
⤑Mencegah bau yang kurang menyenangkan. 
⤑Mengurangkan keputihan.
 
REVITALIZE | MEMULIHKAN 
⤑Menganjalkan kulit secara semula jadi.
 
REFRESH | MENYEGARKAN 
⤑Mengurangkan kekeringan faraj untuk memastikan kebersihan and kesegaran faraj


Diperkaya dengan Ekstrak Herba Semula Jadi
Haaa. Korang jangan taktauu, Rahsia Puteri Feminine Wash ni mengandungi ekstrak herba semula jadi tauuu. Meh baca info di bawah:

➤Pueraria Mirifica (Lobata)
⤑Mengurangkan simptom menopaus
⤑Mengurangkan kekeringan faraj 
⤑Memulihkan epitelium faraj atropik 

➤Quercus Infectoria (Manjakani)
⤑Melindungi organ seks wanita daripada kulat, bakteria dan jangkitan faraj yang lain. 
⤑Mengurangkan keputihan yang berlebihan 

➤Labisia Pumila (Kacip Fatimah) 
⤑Mengawal atur kitaran haid 
⤑Bertindak sebagai antioksidan 
⤑Menggalakkan sintesis kolagen kulit 
⤑Sebatian fenolik dan flavonoid dalam tumbuhan mempunyai ciri-ciri antikulat dan anti-radang

➤Piper Betle (Daun Sirih)
⤑Antioksidan semula jadi untuk menyingkirkan radikal bebas 
⤑Mengelakkan bau yang tidak menyenangkan

➤Allium Sativum (Bawang Putih)
⤑Melindungi daripada jangkitan virus, bakteria dan yis 
⤑Mengurangkan tindak balas alahan 



CARA PENGGUNAAN
Nak guna senang je. Tak perlu guna banyak2. Sikit je pun dah memadai. Bau wangi tauu. Untuk pengetahuan korang, tekstur dia warna pink, very cute colour dia.
➤STEP 1 
⤑Basahkan bahagian intim dengan air. 
➤STEP 2 
⤑Picit sedikit Pro.Care Rahsia Puteri Feminine Wash pada tapak tangan anda. 
➤STEP 3 
⤑Basuh bahagian intim dengan lembut. Biarkan selama 30 saat sebelum membilas.

So, if korang belum pernah try Rahsia Puteri Feminine Wash ni, korang boleh cuba okay. Siapa dah cuba? Cuba share sikit best ke best Rahsia Puteri Feminine Wash ni? Hehee

For more Puteripreneur business opportunity, please contact Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd +60124954288
Web:https://www.pro-care.com.my
Facebook:Procare
Instagram:@procaremy
Share
Tweet
Pin
Share
2 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Yeayyyy!! Akhirnya aku dah jumpa kat mana aku boleh beli t-shirt lengan panjang dengan kualiti kain yang aku suka! Finally. Sebelum ni aku pernah jee beli t-shirt online, t-shir lengan panjang, tetapi I don't really like it sebab material kain yang digunakan tu aku tak berapa suka. Addition: Aku memang jenis yang cerewet bila beli baju. Yelah, orang gemuk ni tak boleh pakai baju sembarangan tak gituu. Lols

Aku macam menyesal pulak sebab beli satu helai jekk. Kalau aku tau, aku beli lebih. Sebab best weh kain dia. Paling best, available lengan panjang pulak tuu. Lengan panjang tau bukan suku suku separuh hahahaa.

KAT MANA NAK BELI?
Korang boleh pergi ke website ni>> https://www.boxy.my/microfiber-long-sleeves
Korang boleh scroll dan survey apa kau nak, apa kau minat, colour apa kau suka. Sebab banyak warna dan pilihan yang menarik.



MAHAL KE?
Tak!!! Seriously, harga dia murah gilaaa. I pun tak sangka harga dia macam ni tau. I thought it will be RM30 something. Yelah sebab baju lengan panjang selalunya harga dia mahal sikit. Tapi korang boleh dapat baju ni dengan harga tak sampai RM 15.00 pun tauuu. Yang penting, kain dia best!!

BERBALOI KE?
Semestinya berbaloi sebab Boxy's long-sleeved microfiber ni adalah direka untuk lelaki dan perempuan, sesuai untuk korang pakai waktu aktiviti luar sebab baju ni kain dia tak panas. Nak buat bersenam pun boleh sebab kain dia ni kalau berpeluh takde nampak nau.

APA SAIZ YANG AVAILABLE?
Untuk pengetahuan korang, Boxy's long-sleeved microfiber ni ada saiz dari saiz XS sehingga ke 3XL tauu. Don't worry. Ada je saiz korang. Untuk maklumat lanjur berkenaan ukuran baju tersebut, korang boleh refer gambar di bawah ni:
KUALITI KAIN BAGAIMANA?
Aku suka Boxy's long-sleeved microfiber ni punya material. Korang boleh tengok gambar di bawah ni. Kain macam ni sesuai sangat pakai lagi-lagi cuaca panas sekarang ni. 




HOW TO PURCHASE?
Okay, sila refer gambar di bawah yaa.


MY OWN TESTIMONI


Soon I will purchase this t-shirt again, I will!

How to contact BOXY?
If you have any doubts/suggestions/comments, products or site, do not hestitate to contact! They can be contacted through sales2.vtapparel@gmail.com or call them at +60127829012. They'll get back to you within 24 hours​

I think I should buy this again and letak kat office dan jadikan sebagai baju 'mode standby' kalau ada tugasan luar kahkahhh. Pon boleh. Sebab sejak-sejak dah jadi gemok ni, mostly t-shirt aku dah banyak kasi orang HAHAHAHAH. Padan muka. Sapa suruh gemok.

KENAPA KORANG KENA BELI T-SHIRT DI BOXY.MY?
  • Baju diperbuat daripada material yang sangat berkualiti
  • Kain sejuk dan tak panas
  • Available baju lengan panjang, sangat sesuai untuk wanita mulimah
  • Terdapat banyak pilihan warna menarik
  • Saiz dari XS sehingga ke 3XL!
  • Harga sangat murah dan berbaloi
  • Kain jenis yang tidak mudah lusuh walaupun basuh banyak kali, trust me
  • Paling aku suka, kain dia jenis senang kering bila kita dah basuh hehehe
  • Penghantaran dan service yang laju dan sangat cepat 

Korang dah pernah beli tak t-shirt dari Boxy? Kalau belum pernah, sila lah grab sekarang yaa. Sebab berbaloi tauuu!

Have a nice day everyone. Aku doakan korang semua dijauhkan dari sebarang penyakit. Jaga kesihatan okay? Jangan galak sangat holiday sana sini tauu. Heheh. I wish the best for all of you my sweet lovely reader!



Share
Tweet
Pin
Share
1 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

I am not a typical girl yang suka lagu-lagu menusuk kalbu. Because as for me, there's always a happy song, so why bother listen to the sad one? Oh sorry gais. It is not my intention to sentap your heart. I kenot sgt layan lagu sedih2 ni. Nanti aku rindu laki aku. Nanti aku rindu anak. Nanti aku nangis. Confirm! Aku suka jee, bukan tak suka. Lagu sebegitu selalunya lirik dia cantik. Cantik sangat sampai kadang-kadang aku sendiri menangis.

Oh ya. Rrai cengeng.

Siapa blogger yang kawan dengan aku since 2012, they know lah how broken me long time ago. But now I'm a big happy girl. I can handle my emotion hehehehe

So, lagu pilihan Mac adalah lagu daripada penyanyi yang baru sahaja menjadi penyanyi kegemaran aku sebab suara dia padu gilaaa dan best gilaaa sampai tahap aku rasa mcm Ya Allah kalau dia masuk X Factor UK mesti boleh pergi jauh ni. Suara dia bukan level lagu karok ok! Suara dia next level weh! Aku amaze gilaa dengan persembahan dia masa kat AJL. Secara jujurnya aku tak kenal pun dia sebelum tu. Don't get wrong ehh aku mmg sejenis tak kenal sgt artis-artis ni wahahahaa. Tapi masa dengar dia nyanyi kat AJL tu, terus aku macam, Oh God, siapa dia ni. Kenapa suara dia amazing gilaaaaaaa.

Then, bila keluar lagu baru dia yang bertajuk Semalam ni, terus aku dengar dan jatuh cinta kali pertama. Walaupun aku bukan sejenis yg suka lagu pesen gini, tapi this one I LOVE IT! Kalau siapa tengah broken, mesti kau nangis dengar. Hahahaa. Rrai dah kuat. Rrai tak nangis dah dengar lagu camni. (phuihhh)




I love her voice. Also, the lyric are so beautiful.




Korang dah dengar belum?



Share
Tweet
Pin
Share
1 COMMENT

Be Strong Beybehh.
Who run the world? Girl!



Share
Tweet
Pin
Share
3 COMMENT


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hi March! A March's girl is here. Hihii. *A way to tell people it's your birthday month lols* I can feel this month will be smooth and everything will get better. I hope so. I don't know. Every month I hope something magical will happens such as laki aku dapat pindah sini ke? Lolol. Aku terpengaruh dgn Netfli Series: Locke & Key, so I suddenly feeling feeling nak guna word magical tu. Gasak ko Rrai.

Siapa sini suka bancuh kopi? Tak kisahlah teh ke, green tea, susu anmum ke, susu kambing sekalipun. Aku taktau lah korang cemana, tapi as for me, aku ada SATU MUG FAVOURITE yang mana bila aku nak bancuh kopi, aku akan guna mug tersebut. Mug tu adalah Mug Transformers warna putih. Kahkahh. So childish. Aku rasa mug tu aku guna since zaman kolej. Masih cantik lagi. Entah pasaipa entah suka nau kat mug tu padahal tak ada pun any sentimental value kat mug transformers tuu. Tetiba je dia jadi favourite aku.

Bila kat office pulak, I don't have any special mug. Mug yg kat office aku guna mug aku beli kat kedai dua hinggit. Berat gila mug tu. Buat baling kat muka orang aku rasa boleh lebam. Boleh jadi senjata bila ada ancaman bahaya datang. *tiberrrr*

So I decided to have my new new mug untuk kegunaan di pejabat so I can drink my coffee dengan riang rianya, dengan rasa gembira walaupun kadang-kadang kopi aku bancuh tak sedap, tapi gaya tu sewajarnya perlu ada. Haruslah. Kopi tak sedap, lantakkk. Janji mug aku cantik.

Korang nak tau tak rupa mug aku tu cemana? Okay see gambar di bawah. Itu aku yang lukis yaa hahahhaa maaflah Iols mmg tangan keras kejung tak berseni. I was thinking about having a mug yang very simple then ada nama aku atas tu. Dan aku memilih kombinasi warna merah jambu dan biru yang mana keduanya warna soft manakala untuk tulisan nama aku pulak, aku pilih warna putih. Sangat simple kan?

So lepasni nescaya takdak sapa nak guna mug aku sebab ada aku punya nama kehhkehh. Ianya juga adalah salah satu langkah pencegahan untuk mengelakkan org rembat mug kau, atau, kalau mug kau hilang, haaa kau tau siapa ambik! Kahkah



I was no expecting yang mug aku tu hasilnya akan jadi sangat cantik. Yelah sebab design yang aku mintak tu sangat simple. But look:




Oh my god I totally love it!! The blink blink effect make my mug more beautiful dan tak nampak pun dia punya simple/ kosong. You nailed it! Saya suka saya suka! So lepasni boleh lah acah-acah buat kerja guna laptop dan mug di sebelah? Baru cantik gambar aku ambik. Hahaha. Nak acah-acah buat kerja sekalipun, gaya kena ada.

KAT MANA KORANG BOLEH DAPATKAN MUG NI?
Untuk pengetahuan korang, mug ni korang boleh dapatkan dari BestSub. Mug sebegini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan kegunaan diri sendiri, malah, korang juga boleh jadikannya sebagai hadiah untuk yang tersayang. Sesuai sangat untuk Birthdays, Anniversaries, Christmas, New Years, Engagements, Weddings, Graduations, Annual Dinner, Promotions, Mother's Day, Father's Day. Sebab korang boleh personalized sendiri korang nak letak gambar apa kat mug tu, korang nak design macam mana, korang nak tulis apa. Best kan?

ABOUT BESTSUB
Bestsub factory with professional production and quality control have successfully passed the factory audits conducted by BSCI and SQP. Also our products with ISO9001, SGS, CE, FDA and Intertek certifications have won the recognition from all over the world. They are the great products you can really trust and purchase.

Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang. Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)
Kepada sesiapa yang berminat, atau teringin nak mulakan perniagaan/ business printing dengan harga permulaan/ modal yang rendah, korang boleh hubungi Ms. Elaine, 019-9858151
Korang boleh terus whatsapp Elaine. Trust me she's so friendly, she'll help you with anything yang korang tak faham.

Oh ya, selain daripada mug, korang juga boleh dapatkan magnet bergambar daripada BestSub. Magnet? Magnet apa tu? Okay see gambar-gambar dibawah:


Kalau korang rasa nak abadikan gambar-gambar korang yang bersepah kat gallery tu, boleh lah jadikan gambar tersebut sebagai magnet ni haa. Letak kat peti ais boleh, nak letak kat almari besi boleh. Aku punya, aku letak kat peti ais. So everytime nak masak, boleh lah ambik mood tatap muka laki kat peti ais tuuu hahahaa.


Lawa gilaa weh magnet ni. Lepasni aku boleh lah repeat order buat gambar anak pulak. Sbb walaupun dia magnet je, tapi ianya diprint dengan baik dan kemas. I loike.

KENAPA KORANG PATUT SHOPPING DENGAN BESTSUB?
- Their staff very helpful and friendly, she will help you with anything you wanna ask or something you don't understand.
- Barang berkualiti.
- Berbaloi dengan harga.
- Servis printing yang sangat cepat.
- Design akan ditunjuk terlebih dahulu kat korang sebelum design tersebut print out di mug atau magnet.
- Korang boleh guna design korang sendiri, atau mcm kes aku, lakar kat kertas dan mereka akan design untuk korang. Best kan? Hehee
- Penghantaran sangat cepat. Trust me laju gila diaorang print mug dan magnet aku pastu tak lama kemudian sampai dah depan mata.

WHY BUY FROM RETAIL GIFT SHOP WHEN YOU CAN PERSONALIZE HERE WITH LOWER COST AND DELIVER UNTIL YOUR DOORSTEP!

 So here my mug and video sikit sebab nak tunjuk full view mug letops ni.


Very recommended guys. You should grab yours now. Sebab ada offer special untuk korang!


SCAN TO COLLECT RM5 Gift Voucher, Valid until 31st JULY 2020
So apa lagi? Offer ni sah sehingga 31 Julai 2020 tauuu! Nanti kalau korang dah personalized mug korang, share lah gambar, I wanna see it too! 

Have a nice day korang! I wish you all the best!


#ThePresent
#Personalized Gift
#SafeForDailyUse
#BigTree
#NoPinHole
#JSCoating
#SGSCertificate
#colouraccurate
#BestSubMalaysia
#WhiteMug
#GradeA
Share
Tweet
Pin
Share
6 COMMENT


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

How's your Jumaat guys? I hope everything just fine untuk korang hari ini, semalam, esok dan hari-hari berikutnya. Just a friendly reminder, kalau korang ada masalah, atau korang tengah broken, sedih, rasa nak marah dan nak makan orang sekalipun, TAKE A DEEP BREATH, kalau waktu tu kau tengah berdiri, duduk dulu, dan sila berfikir dengan waras.

Kalau korang marah, apa kau dapat?
Kalau korang ignore, what will happen?
Berbaloi ke nak bermasam muka, nak herdik orang, nak beremosi sepanjang hari?
Sedangkan korang boleh pilih untuk kekal bahagia riang gembira.

Setiap orang mesti ada something yang dia suka buat, atau hobi, yang boleh menggembirakan hati dia dan buat dia lupa tentang segala masalah dia ada. So, DO IT. Jangan tipu ko mesti ada punya. Macam aku, NETFLIXING! Hahaa. Serious weh. Netflix boleh menghindarkan aku dari rasa sedih, rasa nak marah orang, rasa bosan, rasa nak upload sarcasm kat media sosial.So, kalau aku rasa mcm ehh bullsht nyaaa hari ini, maka aku akan bernetflixing sorang-sorang sambil minum kopi atau makan jajan. Cehwah. Padahalnya selalu aku terbongkang jaa depan tv sambil layan Netflix. Takde nya nak layan Netflix sambil cantik-cantik macam typical gambar orang ambil tu. Tu semua dusta belaka. 

Semoga hari Jumaat kita semua berjalan dengan lancar, aman dan damai. Lol

Aku harap hujung minggu korang terisi dengan perkara-perkara berfaedah dan korang luangkan masa dengan family. Have a nice day korang!



Share
Tweet
Pin
Share
No COMMENT



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


Yeayyy! Feel Me finally out! I knew this song since bila entah. Seingat aku, Selena ada perform lagu ni live. Tapi dia just nyanyi gitu je sekali kat stage. Takde buat music video ke apa ke. Orang kaitkan lagu ni dengan Bieber. But I don't know laa aku pun peminat tp takde lah fanatik sangat. Bieber pun dah kahwin dengan orang lain. Lagu ni punya lirik macam menusuk kalbu sikit lagi2 kalau berada dalam situasi lagu ni. Tapi aku kan heartless (kononnya), plus, tiada kaitan pun dengan aku. Aku cuma suka lirik dia jurrr hihi.

No one love you like I love ya
Never cheat, never lie
Never put no one above ya
I gave you space and time
And now you're telling me you miss it
And I'm still on your mind
We were one in a million
And love is hard to find

Korang dah dengar belum lagu ni? Aku harap Selena buat MV laa utk lagu ni. 

Have a nice day korang!





Share
Tweet
Pin
Share
2 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Siapa suka makan KFC? Sila angkat tangan. Hahahaa. Well me too! As for me, no one can challenge ayam goreng dia. Favourite gitu! Teringat pulak masa kecik-kecik. Kalau ada apa-apa mesti carik kfc. Nak celebrate something mesti nak kfc. Tak sah kalau tak ke kfc. And I can see gambar masa aku kecik2 dulu, ternyata mak bapak aku sendiri selalu bawak aku p makan kfc hahahaa. Masa kecik-kecik, aku suka carik2 ayam goreng dia, pastu letak dalam kentang putar. Pehh sedappp weh. Tp skrg aku tak buat dah. Let's see kot2 anak aku ikut perangai mcmtu ke hahahaa.

I got great news to all KFC lovers. Sekarang KFC telah melancarkan menu baru iaitu Soy Garlic Glaze Drummet tauuu. Siapa kat sini food hunter tuu boleh laa pergi ke kfc berhampiran dengan korang dan try menu baru ni. Reasons kenapa korang kena cuba Soy Garlic Glaze Drummet daripada KFC ni:

  1. Korang dapat makan menu baru ni dengan harga tidak lebih daripada RM 10.00 tauu.
  2. Harga untuk 1 set Soy Garlic Glaze Drummet ini  hanyalah RM 9.90 sahaja!
  3. Setiap satu set mempunyai 2-pcs Soy Garlic Glaze Drummets, 1-pc Chicken, 1 Whipped Potato dan 1 air Pepsi.
  4. Berbaloi, harga berpatutan dan menjimatkan.
Nak tengok macam mana rupa menu baru Soy Garlic Glaze Drummet ni? Tadaaaaaaa



Aduh. Aku tengok sekarang ni pun telan air liur jee huhuuu. Tapi..... Dengar-dengar tak semua kfc outlets ada menawarkan menu baru ni. Alaaa. Hampa dibuatnya. Sebab kalau ikut list di bawah ni, kat Melaka belum available lagi menu baru ni.



New Soy Garlic Glaze Drummets by KFC hanya available di:

  1. KFC KOTA WARISAN, SELANGOR
  2. KFC SHAH ALAM 2, SELANGOR
  3. KFC SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR
  4. KFC DANAU DESA, KUALA LUMPUR
  5. KFC BATU LANCHANG, PENANG
  6. KFC MERSING, JOHOR
  7. KFC TAMAN PERLING, JOHOR
  8. KFC TAMAN TAS, PAHANG
  9. KFC AEON MANJUNG, PERAK
  10. KFC JERTEH, TERENGGANU


Jadi, kalau rumah korang dekat dengan lokasi KFC di atas, bolehlah pergi terjah KFC tersebut dan cuba New Soy Garlic Glaze Drummets by KFC ni. So far, jarang lah KFC Malaysia punya menu menghampakan rakyat Malaysia. Hahaa. Kebanyakannya menepati selera dan citarasa aku. Lagi-lagi ayam goreng dia waww wawww menggiurkan sungguh.

Zaman sekarang ni, kalau korang tak ada masa nak drive ke KFC berhampiran, busy, malas nak bersiap, nak makan KFC tapi nak kena jaga anak-anak kat rumah, atau eh tiba-tiba je pakcik makcik sedara mara datang rumah, order jee dengan Food Panda. Segalanya di hujung jari uols. Order je guna handphone korang yang canggih tu, sekelip mata je rider dari Food Panda terpacak depan pintu rumah. Huhuuu

You guys are so lucky kalau KFC dalam senarai yang aku nyatakan di atas berhampiran dengan korang. Go grab yours now guys! Taktau nak lunch atau dinner apa besok? Okay, korang boleh try menu New Soy Garlic Glaze Drummets dari KFC Malaysia ni. Confirm tak menghampakan! Huhuu. Till then. Have a nice day everyone.



Share
Tweet
Pin
Share
7 COMMENT
Newer Posts
Older Posts

The Author

About Me

I will love the light for it shows me the way, yet I will endure the darkness because it shows me the stars.

Blog Archive

  • ▼  2020 (19)
    • ▼  December 2020 (1)
      • Sejarah Makanan Cina Malaysia Untuk Kita Tahu
    • ►  November 2020 (1)
      • Apa Benda Talk Talk Di Sidebar Blog Si Rrai ni?
    • ►  August 2020 (3)
      • 8 Top Picks KFC Menu in Malaysia
      • #Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari
      • Alhamdulillah :)
    • ►  May 2020 (3)
      • Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy
      • BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG
      • Dashboard baru Blogger. Korang rasa?
    • ►  April 2020 (1)
      • Rahsia Puteri Feminine Wash
    • ►  March 2020 (4)
      • My New Favourite T-Shirt Lengan Panjang
      • Lagu Pilihan Mac: Semalam
      • Wordless Wednesday
      • Personalized Your Mug with BestSub
    • ►  February 2020 (4)
      • Happy Friday Guys
      • Lagu Pilihan February: Feel Me
      • New Soy Garlic Glaze Drummets by KFC!
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (39)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (4)
    • ►  July 2019 (11)
    • ►  June 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (13)
  • ►  2018 (67)
    • ►  December 2018 (14)
    • ►  November 2018 (13)
    • ►  October 2018 (7)
    • ►  September 2018 (6)
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  June 2018 (2)
    • ►  May 2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  March 2018 (4)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (4)
  • ►  2017 (64)
    • ►  December 2017 (8)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  October 2017 (26)
    • ►  September 2017 (13)
    • ►  August 2017 (4)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ►  May 2017 (1)
    • ►  April 2017 (3)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (1)
  • ►  2016 (412)
    • ►  November 2016 (26)
    • ►  October 2016 (17)
    • ►  September 2016 (28)
    • ►  August 2016 (31)
    • ►  July 2016 (14)
    • ►  June 2016 (29)
    • ►  May 2016 (40)
    • ►  April 2016 (48)
    • ►  March 2016 (48)
    • ►  February 2016 (66)
    • ►  January 2016 (65)
  • ►  2015 (370)
    • ►  December 2015 (73)
    • ►  November 2015 (26)
    • ►  October 2015 (61)
    • ►  September 2015 (32)
    • ►  August 2015 (37)
    • ►  July 2015 (51)
    • ►  June 2015 (54)
    • ►  May 2015 (31)
    • ►  April 2015 (5)

Lovely Followers

Talk Talk

My Blog List

  • Kasihku Amani Imani
    ebook | Puaka Dewan Makan Asrama oleh Zehann ur Rakhie
    52 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak Versi SA
    2 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    7 Solid Financial Tips To Help You Save And Grow More Money In 2021
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Tersentuh Hati Baca Caption Yusry dan Lisa Surihani Bakal Timang Anak Ketiga
    5 hours ago
  • Mia Liana
    Ways To Say "Hurry Up"
    1 day ago
  • sayidahnapisahdotcom
    EXCITED! Boleh rentas negeri tanpa perlu borang kebenaran polis!
    2 weeks ago
  • Blog Cik Nurfarah
    PENGALAMAN TOUR GUIDE KE PULAU TIOMAN
    4 weeks ago

Popular Posts

  • Rawatan Matikan Akar Gigi/ Root Canal Treatment di klinik presint 18
    Rawatan Matikan Akar Gigi/ Root Canal Treatment di klinik presint 18
    ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA Sebelum ni, aku sendiri tak pernah tahu tentang ada nya rawatan akar gigi ni. Bila diberitahu dok...
  • Mystery Giveaway by Flavenesz
    Mystery Giveaway by Flavenesz
    Komen tentang blog http://www.razanahanis.com, hmmm secara keselruhannya blog memang sangat kemas dan teratur. Cuma mungkin tang header...
  • PERINGATAN: Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa anda sedari
    PERINGATAN: Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa anda sedari
    ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA | Baru hari ni terdetik nak berkongsi di blog mengenai perkara ini. Mungkin ramai rakan blogger ...
  • Apa benda Bayaran Balik EL TS (N-Tax) ni?
    Apa benda Bayaran Balik EL TS (N-Tax) ni?
    ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA Berdasarkan tajuk pun mesti korang tau kan aku tertanya-tanya apekebende Bayaran Balik EL TS (N-T...

Click for details

Total Pageviews

Achievement

Original Code by ThemeXpose | Edited By R R A I