Be Beautiful with Mylara Skincare

by - 22:13:00

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ni. Masih berpeluang untuk hidup dengan orang-orang yang kita sayang. Have you say Alhamdulillah today? Syukur. Di hari Jumaat yang mulia ni, Allah permudahkan urusan nak pergi kerja, kereta tak meragam, wang di dompet masih ada dan bukan kosong (walaupun tak banyak mana). Itu semua rezeki yang kita tak perasan sebab nampak kecil. Sebenarnya diberi peluang untuk hidup lagi itu pun rezeki yang sangat besar tau. Alhamdulillah.

Rezeki setiap orang berbeza. Ada yang kurang berkemampuan tapi Allah beri rezeki kesihatan yang baik, anak-anak cemerlang pelajaran. Yang berkemampuan, mungkin rezeki dia lebih dari wang dan harta benda tapi mungkin mereka tidak miliki apa yang kita ada. Contohnya masa. Jadi, usahlah iri hati dengan rezeki orang lain. Jangan dengki bila kawan-kawan beli barang baru tapi kita masih guna barang lama. Itu rezeki mereka. Rezeki kita mungkin tahun depan? Siapa tahu kan?

Be positive sahaja yaa. Good things will come to you. No worries. 

Tapi kalau nak be beautiful, haaaa. Aku boleh bagi tahu tips dia. Hahaha. Jom ber-be-beautiful bersama Mylara Skincare. Kalau korang ada masalah kulit muka, berjerawat ke, boleh cuba Mylara Skincare ni. Yang paling best, LULUS KKM. So takde lah rasa was-was dan tak selamat kita nak cuba.



Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka?


MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya team serba mahir ini, MYLARA SKINCARE menjamin produk dan servis yang bakal membuat anda selesa dan yakin dengan penggunaan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.
MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.
MYLARA SKINCARE memiliki produk dan servis yang berasas ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberi hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan wanita.



MENGENAI MYLARA SKINCARE

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!


MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinis dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. 


Ingin aku ingatkan di sini bahawa semasa aku guna Mylara Skincare ni, kulit muka aku tak ada apa-apa masalah kulit yang serius. Cuma biasalah skin kusam kalau tak cukup tidur, tidur lambat tu biasa aku alami laa hahahaa. Pori-pori aku nak kata ploles idokk jugak. Tapi Mylara Skincare dapat membantu skin aku untuk nampak lagi segar dan bermaya seriously talk aku tak tipu. Aku guna beberapa minggu. So I can see the different.

Toner
Okay. Ingin aku tegaskan bahawasanya aku dah lama gila tak pakai toner hahahaa. Masa pregnant, aku mmg tak jaga muka langsung! So toner aku entah mana aku letak aku pun tak tahu. Bila aku cuba toner dari Mylara Skincare ni, woww. Tertanggal daki-daki kat muka hahaaa. Caranya mudah je korang letak toner atas kapas, then tonyoh lembut-lembut kat muka kau. Jangan ganas-ganas nanti kulit tercabut baru tau.

          Manfaat utama  toner dari Mylara Skincare:
         - Membuat kulit terasa bersih dan segar
         - Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
         - Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
         - Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

          Bahan utama :
          Minyak Rosehip - anti-penuaan, melembapkan
          Ekstrak Licorice - anti-irritasi, mencerahkan
          Ekstrak Aloe Vera - melembap dan melembut
          Witch Hazel - anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit

Lepas guna toner ni, korang boleh guna serum/CC Cream/Night Cream dari Mylara Skincare. Rutin paling malas aku pernah buat, lepas mandi, pakai toner lepastu zzzzzz. Tido terus hahahaa. Tapi bangun tido skin tetap letopsss.


Matte Perfect CC Cream
CC Cream ni tekstur dia  sangat ringan macam tak pakai apa-apa pun iyee. (Maybe aku dah biasa pakai bedak tebal lima inci mungkin?) So sesuai sgt utk kakak-kakak adik-adik yang tak suka mekap tebal-tebal. No need to buy any new foundation. Just apply CC Cream daripada Mylara ni. Trust me mmg ringan je rasa mcm tak pakai apa-apa. Aku suka bau dia. Hehee

Manfaat utama :
- melindungi dari sinar matahari
- membantu melembap dan melembutkan kulit wajah
- tekstur ringan dan lembut
- 97.7% natural
- sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :
Minyak Argan - melembap, menegangkan (prokolagen)
Titanium dioxide - melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
Serbuk mutiara - mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen

Cara penggunaan senang je. Selepas korang pakai toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum korang terdedah kepada sinaran matahari. Korang digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari. Kira mcm protection gittew.


Night Cream
Ini favourite aku sangat-sangat! Memang best gilaaa Mylara Skincare punya nigt cream weh. Aku ni tak suka pakai night cream tau sebelum tidur. Tapi night cream dari Mylara Skincare betu-betul aku suka dan aku dah ready siap-siap kat sebelah tempat tidur aku. Senang nak capai sebab aku selalu lupa nk pakai night cream sebelum tidur end up aku malas nak bangun. Apa yang best, night cream Mylara Skincare ni tak berminyak, senang resap ke kulit dan bangun dari tidur rasa glowing gilaa kulit. Rasa sihat jee skin muka aku tau. Apply nipis je takyah banyak-banyak. Korang akan rasa perubahannya trust me!

Manfaat utama :
- Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
- Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
- Menghapus tanda-tanda penuaan
- Pelembap malam yang tidak melekit
- Bebas MERKURI

Bahan utama :
Alpha Arbuntin - Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
Beeswax - melindungi dari kotoran sekitar, melembap
Vitamin C - Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
Vitamin E - Meremajakan, melembap
Ekstrak Aloe Vera - Melembap, melembutkan

Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;
- Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
- Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit.

And tadaaaa! dah siap boleh tidur dengan lena dan bangun dengan kulit flawless! Hahaha


Glowing Cleanser
Aku suka cleanser Mylara ni sebab dia dalam bentuk pumping bottle. Best. Buih-buih dia halus je, tak meriah sangat laa tapi still skin kau akan rasa best. 

Manfaat utama :
- Praktikal, bersih dan efektif
- Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
- Membersih wajah
- Eksfoliasi lembut
- Menyamakan tona kulit dan melembutkan
- Menganjalkan kulit
- Menyerikan wajah

Bahan utama :
Ekstrak Betik - melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
Minyak Kelapa - anti iritasi, memberi kelembapan
Ekstrak Lidah Buaya - melembap dan melembut
Kolagen larut - memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan


Rutin aku, aku akan pakai cleanser untuk cuci muka selepas bangun tidur, selepas aku remove makeup, setiap kali mandi, dan sebelum tidur. ITU WAJIB bagi aku. Senang cerita aku akan pakai everytime aku rasa muka aku berpeluh, berminyak atau sememeh. Hahaa. Cleanser ni dpt membantu kulit muka kelihatan lebih bermaya dan segar.


Perfect Glow Serum
Ini kali pertama aku try serum dari Mylara. Sebelum aku mekap, aku memang akan apply serum sebelum aku pakai foundation/bedak. Serum sebenarnya dapat membuatkan makeup kita tahan lama dan nampak skin kita glowing gittew. Bagi aku, serum dari Mylara ni tekstur dia okay, cuma bila pakai byk sgt dia jadi mcm oily sikit muka aku. So better apply tipis-tipis jee. Effect lepas kita pakai serum ni, fuhhh glowing tauuu mekap! Rasa skin best gilaaaa weh!

Mengandungi:
Hyaluronic Acid- Membantu untuk melembapkan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah.
Niacinamide- Membantu memudarkan pigmentasi dan juga mengawal produktiviti minyak

So far aku memang fall in love sgt dgn serum dia. Memang akan buat mekap korang glowing lepastu skin rasa best sgt tau!




Okay, good night korang! Sebelum tidur jangan lupa cuci muka dan pakai night cream dari Mylara yee! Hehee. Semoga hari esok akan jadi lebih baik dari hari ini. Tataaa!
















You May Also Like

1 COMMENT

  1. menarik nya produk ni, sebelum ni tak pernah tahu atau jumpa produk nih...

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.