Camila, I'm your Fan now!

by - 12:53:00



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Aku mula jatuh cinta dengan dia sejak dia dalam kumpulan Fifth Harmony lagi. Camila Cabello, atau nama sebenar dia Karla Camila Cabello Estrabao. Dulu, almost semua lagu-lagu mereka aku ikut. Aku pun follow jugak perjalanan diaorang kat X-Factor. Ada 5 orang dalam kumpulan tu. Camila, Lauren, Ally, Normani, dan Dinah Jane. Pheww. Aku ingat ok nama diaorang! Kahkahh

Camila- Suara dia mmg sangat unik. Takda sapa boleh ada suara macam dia. Dia punya unik tu macam ala-ala suara Shakira, suara Elie Goulding. Haa gittewww laa. 
Lauren- Suara dia sangat matured and macam lunak gitu.
Ally- Aku suka suara dia sbb dia boleh capai high notes yang amazing gilaaa. 
Normani- Dia ada tone yang sedap, also she's a good dancer
Dinah- Suara dia kalau bawak lagu Beyonce, sodappp weh.

Masa zaman kegemilangan Fifth Harmony, aku mmg adore gilaaa dengan diaorang. Hits diaorang bertajuk Miss Moving On tu, korang ingat lagi tak? Peh. Tu lagu hari-hari aku dengar tauu dulu! Hahaa.

Tapi aku mula perasan Fifth Harmony punya lagu-lagu baru dah macam too sexy and mostly talk about dirty things. So start situ aku mcm mula tak layan sgt dah lagu-lagu dia.

Dan kemudian, Camila keluar dari group tu. Aku tak terkejut laa. Sbb masa kat X Factor Demi Lovato ada cakap, antara kelima mereka, Camila yang paling menyerlah. Bila dia keluar tu aku still support dua-dua. Sampai lah ada satu persembahan live Fifth Harmony, ada lima orang atas stage, then bila lagu nak start, yang kat tengah2 tu kena tarikh jatuh ke belakang, mean tu patung lah. Aku pun bila aku tgk, aku mcm whattheeeeee? Motif?




Hmm. Terus tak syok dah aku rasa. Kesian Camila. 

Tapi now korang tengoklah dia. Meletop wehh dia sekarang. Hahahaa. Dia mmg ambik keputusan yang tepat dengan meninggalkan group tu. Rezeki dia melimpah ruah pulak sebagai solo artis.

So Camila, I'm your fan now! 






You May Also Like

2 COMMENT

  1. True fan betul ni, tau sejarah semua.

    ReplyDelete
  2. Pasal Fifth Harmony ini memang tak perasan.. Suka lagu Havana dia sebab encik suami dok pasang.. Tapi lagu dia yang baru ini Senorita memang best.. Muzik dia menangkap betul..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.