Entry Pertama Selepas Bersalin

by - 12:16:00


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Entry pertama selepas bersalin, merangkap entry pertama bulan February ni. Kahhkahh. Nak buat cemana, tengah pantang, memang tak kuasa nak on laptop. Oh ya, lupa nak bgtau, Alhamdulillah, aku dah selamat bersalin pada hujung Januari lepas. Syukur Alhamdulillah. Maka dapat lah title seorang Emak sekarang. Terima kasih pada tips tips yang korang bagi dulu. Aku masih tak menyempat nak buat entry utk tips yang korang semua bagi tuu. Nanti yaa?

In Sha Allah aku akan kongsikan pengalaman aku nak bersalin di entry akan datang. Mana tau boleh meningkatkan pageviews ke. Kahhkahh. Tamak! Dah ada anak ni, harap-harapnya takde lah terkubur blog ni. Cehhwah. Over ko. Mak-mak yang lain rileks je blog meletops lagi walaupun busy dgn anak. 

Aku tak sabar nak habis pantang 44 hari ni. Entah ler. Sebenarnya excited sbb nak minum air sejuk. Susah ok tahan napsu minum air sejuk dgn cuaca panas yang amat ni. Tp at the same time mcm takut2 jugak nak minum air sejuk. Sbb kawan aku kata dia pantang air sejuk 44 hari je, lepastu dia kata dia mudah masuk angin bila salah makan. Iyeee ke? Tapiiiiiii. Bidan yang urut aku kata, dia dulu ais mmg tak lah, tapi air yg disejukkan tu dia minum jeee. Ini Bidan bertauliah ok. Bukan cap ayam punya. Bila dia kata gitu, aku mcm sedap jugak lah mendengonya. Tapi bila aku nengok ada org pantang sampai setahun, aku mcm, ape benda siottt lamanyaaaaaaaaaa. Korang pantang air sejuk berapa lama? Pantang ais pulak berapa lama? Aku pantang lain2 tu aku tak kesah sangat, pantang yg satu ni aku kesahhh. Hahahaha. Ya Allah perangaiiii.

Aku harap aku takde lah kena sakit badan di kemudian hari ke apa. Aku ni boleh dikatakan ngelat2 jugak berpantang ni hahaha. Lepas je seminggu laki aku habis cuti, stokin kemana, pilis kemana. Fuhhh. Degil betul.

Paling aku seriaukan, semestinya luka jahitan bersalin ni. Mujur bersalin normal. Kalau czer, mesti lagi parah aku punya ngada-ngada. Tapi tak kisahlah bersalin normal atau czer, janji anak selamat.

Doakan aku berpantang dengan jayanya. Hahahaa. Siapa ada buat GA/ Segmen? Nak join ni...










You May Also Like

12 COMMENT

  1. Welcome bak ^^ walau tak habis lagi pantang.. hehe

    ReplyDelete
  2. dah lama Beeha tak berblogging, tahu tahu rrai dah ada anak?? T.T ahahhaa
    Selamat berpantang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa. lama sgt ni beeha tak singgah sini. tq beeha!

      Delete
  3. Selamat berpantang Rrai, berdasarkan pengalaman akak yang mengurut buang angin nie, sebenarnya ianya bergantung pada badan seseorang, kalu badan dia tue tahan imunnya dengan sakit angin, kadangkala lepas pantang 44 hari pun dia dah boleh minum ais/air sejuk, tapi ada sesetengah orang badan dia tak tahan.. Yang penting, dalam masa awak berpantang nie selama 100 hari, stokin kena sentiasa pakai even pada waktu panas sekalipun kerana angin masuk melalui kaki.. Ini pengalaman akak la, walaupun akak blum penah berpantang bersalin.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. yeke kakk... tp tu lah, taktau laa sy ni boleh tahan sakit angin ke tidak. hahaa. risau tak tahan jee.. waduh.. kena pakai stokin balik lah camni.. hehekkk. thank you kak shikin!

      Delete
  4. Setuju dengan Shikin.. semuanya bergantung pada badan kita Rai.. Akak dulu memang minum air yang disejukkan dalam peti ais.. Ais tu lepas habis pantang baru bedal.. hehehe.. Makan pun macam tu.. setiap orang lain penerimaannya..

    ReplyDelete
  5. Eh.. Lupa pula.. Tahniah ye Rai.. selamat berpantang.. smeoga Rai dan baby sihat dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. Wow, rasa macam dah lama benar tak follow up perkembangan RRai. Dah selamat ersalin rupa2nya.. Selamat berpantang RRai. Jaga kesihatan leklok yea..

    Kalau nak join GA, dijemput ke : https://cikroxa.blogspot.com/2019/03/2019-comeback-giveaway-by-cik-roxa.html

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.