Selamat Jalan 2018 yang indah

by - 08:49:00


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah. Tahun 2018 sudah pun melabuhkan tirainya. Alhamdulillah. Sebab Allah beri peluang untuk berjalan di muka bumi ni sepanjang tahun 2018. Alhamdulillah. Banyak perkara baik berlaku dalam tahun 2018 ni. Alhamdulillah. Macam-macam jadi dan buatkan aku jadi orang lebih kuat dan matang. Alhamdulillah. Walaupun diuji macam-macam sepanjang tahun 2018 ni, Allah hadirkan juga rezeki satu demi satu. Alhamdulillah. Allah hadirkan orang-orang baik di sekeliling. Alhamdulillah. Syukur. Walaupun ada juga benda tak baik jadi dalam tahun 2018 ni, itu semua adalah pengajaran untuk aku di masa akan datang. In Sha Allah akan aku ingat sampai aku mati. Akan aku genggam erat dan jadikan pedoman. Ada banyak perkara yang buat aku gembira. Jadi, untuk hal-hal yang menyakitkan jiwa, tak berbaloi untuk dikenang sampai bila-bila. Simpan dan hadam je. Buat iktibar. Kahkahh

PERKARA PALING TAK BOLEH LUPA TAHUN 2018
Perkara yang tak boleh dilupa sudah semestinya bila sah jadi isteri orang. Syukur dipermudahkan segala-galanya untuk kami berdua. Tak sangka percintaan dari tahun 2011 ni sampai ke jinjang pelamin. Hampir 7 tahun bercinta bergaduh bermasam muka berbaik semula. Akhirnya. Selamat juga kami disatukan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada keluarga kami sebab banyak membantu dalam menjayakan majlis dan bagi restu nak kahwin! Hehehh

DUGAAN PALING BERAT TAHUN 2018
Allah duga kami suami isteri dengan jarak. Aku di Putrajaya. Suami di Kota, Johor. Tinggal asing. Sebelum kahwin, mmg rasa mcm takde hal lah! Masa bercinta pon kiteorg mmg jumpa pun sebulan sekali camtu. Mmg bercinta pun jarak jauh. Aku Melaka, Dia Terengganu. Aku KL, dia Batu Pahat. Aku Putrajaya, Dia kat Kota. Nampak tak? Dah kahwin, Ya Allah. Beratnya jarak ni. Tak sama langsung dengan masa bercinta. Doakan aku dapat pindah dekat dengan laki aku okehh?

AZAM UNTUK TAHUN 2019
Aku harap, tahun 2019 ni aku dapat jadi anak yang baik, isteri yang mithali dan ibu yang bertanggungjawab untuk anak kami. Aku harap Allah permudahkan urusan keluarga kecil kami. Semoga Allah mudahkan urusan kami untuk tinggal bersama-sama. Doakan ya? In Sha Allah aku bakal bersalin awal Feb 2019 atau hujung Jan 2019. Dekat2 je tuuu. Tahun 2019 akan jadi tahun paling sibuk dalam hidup aku ni aku rasa. Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat benda kena settle baik dari segi kerja dan peribadi. Harap-harap lah segala-galanya dipermudahkan. In Sha Allah. 

Aku selalu rasa, life will be so so much easier if I got my husband by my side. Serius. Kalau weekend aku balik jumpa laki aku tu, walaupun penat drive berjam-jam selepas balik kerja, bila tengok laki sambut depan pintu, alahaiiii, hilang penat. Betul lah org kata, bila dah kahwin ni kita melengkapi antara satu sama lain. Banyak benda aku tak reti buat atau tak suka buat, laki aku boleh settlekan. Benda laki aku tak suka buat, aku boleh buatkan. Paling best mestilah bab kereta, tak payah pening kepala. Kahkahh.

Selamat Jalan Tahun 2018 yang indah. Segala pahit manis yang berlaku sepanjang tahun ini tidak akan aku lupa dan aku akan jadikan pengalaman berharga untuk aku jadi manusia yang lebih baik di masa akan datang. 

Selamat Datang Tahun 2019. Semoga banyak perkara-perkara baik berlaku pada tahun ini dan semoga Allah limpahkan rezeki melimpah-ruah kepada suamiku dan keluarga kami. In Sha Allah.

Kepada pembaca blog aku, terima kasih atas sokongan kalian. Terima kasih sebab rajin tinggalkan komen-komen membina dan blogwalking ke sini. Blog ni dahulu pernah jadi sumber duit poket aku masa aku sesak takde duit. Mana mungkin aku nak buang dia walaupun kadang2 aku terabaikan jugak blog ni. Hahahh. Semoga kita sama-sama maju jaya dalam dunia blogging dan jadi blogger yang berhemah. 

Akhir kata, "Hidup seberat apapun, tetaplah terus berjalan. Di luar, ramai yang mahu lihat kita terjatuh daripada berdiri"




You May Also Like

5 COMMENT

  1. Selamat Tahun Baru Rrai.Dengan status baru yang bakal bertambah bererti bertambah juga amanah yang perlu dilunas.Terus bersemangat dan sentiasa sabar.

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru rrai, moga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru 2019, semoga terus sukses berblog yer

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.