Putrajaya Cheesetart Gemok Gebu Gebas

by - 12:43:00

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Macam biasalah, setiap kali craving atau ngidam nak makan apa-apa, Iols lah yang cari sendiri. Time tu lah media sosial sangat sangat memainkan peranan yang penting kepada online seller di luar sana. Time tu lah penggunaan hashtag akan membantu dalam mempromosikan apa yang korang jual. Time tu lah pentingnya marketing lebih-lebih lagi di blog-blog sbb org mcm aku ni, aku suka baca review di blog. Sbb lebih nampak jujur dan huraian blogger lebih panjang. Cehhwahhh.

Baby dalam perut ni time Pak dia ada, behave jeee ye. Time Pak dia takda, nak itu lah, nak ini lah. Hahaha. Aku rasa anak aku pun suka makan cheesetart ni. Bila aku makan tu, Ya Allah macam melompat kegembiraan je dia dalam perut ni.

Kali ni aku telah menggunakan kuasa instagram untuk mencari siapa yang jual cheesetart di sekitar Putrajaya. Alhamdulillah. Jumpa jugak! Rupanya rumah beliau takde lah jauh mana dengan rumah aku. Fuhh. Bahaya ni. Risau aku karang keje nak mengorder jeeee sbb nak self pickup tu tak jauh. Hahahaa. Masa nak beli pun aku takut-takut jugak sbb berat aku dah lah naik kemain banyak sepanjang aku pregnant ni. Tapi gasak lah nakkk. Sebab doktor kata takde kencing manis kan so apa salahnya yedakkk. Ya Allah apa lah nak jadi. Aku fikir satu jeee, aku ada masa tak sampai sebulan je utk makan apa aku suka. Nanti masa pantang, memang bye bye lah makanan sedap-sedap hahahaha.


Aku ambil di kawasan perumahan seller. Oh ya. Aku taktau nak panggil dia apa. Panggil Kak Mai lah. Boleh je kan. Hahaha. 


Inilah rupa cheesetart yang aku beli. Ya Allah. Serius tak tipu memang gebu, montok, dan gemokkk sangat topping cheese dia. Tengok pon gerammm weh. Rasa nak tonyoh jeee sbb gemok sangat hahaha.


See? I told you.


Dah ngap, rasa sedappppnyaa cheesetart ni. Fuhhh. Yang penting tak muak makan! Yelah org kuat makan cam kau ni makan apa je muak Rrai hahahaha. Aku ambil semua perisa blueberry. Sebenarnya boleh mix. Tapi kalau cheesetart aku cam tak minat kalau perisa coklat atau yang selain blueberry. Sumpah sedap tak terkata.

Korang yang ada sekitar Putrajaya tu, boleh nak contact Kak Mai kalau korang ada nak order kek ke, cheesetart ke, brownies ke, creampuff, sandwich atau apa2 yang seangkatan dengannya. Sebab beliau bukan buat cheesetart jee. Ada makanan lain yang beliau buat jugak..


NO. TELEFON: 012-339 4940

Alhamdulillah. Dapat jugak makan cheesetart sedap ni. Awalnya aku nak beli kat kedai bakery jee. Tapi mahal. Tak berbaloi. Baik beli banyak camni terus. Puas hati makan. Hehehh. Harga pun berpatutan. Sepanjang pregnant ni suka betul aku makan benda manis. Haihh. Aku takde lah selalu makan kek secret recipe. Tapi since pregnant ni mcm selalu jugak lah tekak craving kek indulgence secret recipe tuuu. Ambuiii ambui. Lepastu nak cheesetart lahhh. Menu taknak kalah betul. Ni kalau tak turun berat badan lepas bersalin ni taktau laaa. Dasar gemok betul.

Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh direct contact Kak Mai di nombor yang aku letak di atas tu yaa.. Thank you!



You May Also Like

10 COMMENT

  1. ohh maiiiii..tengok cheesetart dia pun rasa cam nak makan sekarangggg aje... huawawawaw

    btw, salam singgah..jemput ke blog kite yer sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheesetart dia mudah buat org tergoda.. hahahaa

      Delete
  2. terbaik.. montok montok haaa cheesetart nya

    ReplyDelete
  3. terliur pulak aihh. superduper gebu tu

    ReplyDelete
  4. fuhh sedappp nya..hehehe..gebu je cheesetart tu..

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. Sedapnya ni.. Fav kuih ni

    ReplyDelete
  6. Omg terliurnyaaa kita tengok, dah lah sejenis hantu cheesetart jugak. Hahah!

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.