Black Tiger Premium Milk Tea Perisa Baru dari Cool Blog!

by - 09:04:00


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Yeayyy! Cool Blog ada keluarkan flavour baru and both of them are my favourite! Huhuu. TEH SUSU dan KOPI PREMIUM BLACK TIGER. Apa yang best dan menariknya adalah, ada campuran gula perang dalam flavour baru ni dan ianya sangatlah sedap okay!


Aku dah cuba flavour premium milk tea black tiger ni. Sedappppp. Tapi gula perang aku dapat tak sebanyak dalam poster ponggg. Kuiikuii. Tapi okay laaa. Sedap jee. Takde lah tawar ke apa. Kandungan gula perang tu buat rasa teh susu ni lagi sedap.


Yang bestnya, flavour baru didatangkan dengan cawan comel 700 ml. Cawan ni siap ada love lagi tauu. Hahaha. Kalau nak simpan lepas guna pun boleh. Aku mmg suka simpan cawan camni. Selalu kalau beli air green tea chatramue tu pun cawan dia aku tak buang. Heheh. Simpan buat pekasam. Sbb berguna di kemudian hari.
Aku dapat tau pasal flavour baru cool blog ni sbb baca blog Rabia semalam. Terus rasa nak pergi beli jugak. Hahahaa. *sebok* Thank you Rabia sbb share dalam blog awak..

Lepasni nak cuba coffee pulak. Mesti sedap coffee campur brown sugar. Aiiish. Sebelum beranak ni kena make sure apa kita ngidam dah termakbul. Kahhkahh.

Aku beli kat mana?
LG-3A, Suria Mall, Presint 3 Putrajaya, Jalan Tun Abdul Razak, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kalau di Putrajaya ni kat situ je setahu aku ada jual cool blog. Haih. Cool blog ni aku suka sebab dia ada macam-macam flavour dan sedap. Dari zaman sekolah menengah kot aku jadi pencinta cool blog ni! Kalau kat wetex parade Muar tu dulu wajib betul singgah cool blog. Malangnya sekarang takdok dah. *sedih* Tutup dah cool blog kat wetex muo tuu. Dulu masa bercinta laki I selalu bawak situ beli cool blog. Hahahaa

Kalau nak rasa teh susu premium dengan gula perang, sila dapatkan di coolblog berhampiran. Sedappp tau tak tipu. Harga pun RM 6.50 jee. Siap dapat cawan comel lagi. Cawan uols boleh recycle. Hahahaa

Korang pulak, flavour apa jadi favourite kalau di coolblog ni?



You May Also Like

3 COMMENT

  1. Wahh cam menarik lah milk tea baru ni. nak try beli dan rasa lah nanti

    ReplyDelete
  2. FOLLOW atau Kunjungi Juga Blog Aku Ya Di:
    www.iyablog.com

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.