Terima Kasih Kak Shikin Razali

by - 10:11:00


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Dalam dunia blog ni, bila ada yang sudi review blog kau yang tak seberapa sebenarnya memang merupakan perkara yang best dan dinanti-nantikan. Yelahh. Ingat senang ke orang nak review kita? Bila seorang blogger review blog kau, atau produk kau jual, atau mana-mana tempat menarik, orang akan kenal kau. Jadi, jutaan terima kasih sangat diucapkan kepada Kak Shikin Razali sebab sudi jadikan saya sebagai salah seorang sahabat blogger pilihan akak. Terharu pulak rasa. Huhuuu


Aku tak ingat sejak bila aku kenal Kak Shikin ni. Tapi aku memang ingat dia since the first day aku follow blog dia sebab kerjaya dia yang menarik dan senang nak ingat. Kak Shikin ni merupakan seorang pembantu pustakawan. So bila aku teringat library, aku teringat kat blogger Kak Shikin Razali. Hehehh. *jangan marah ya sister* And I can feel yang Kak Shikin ni seorang yang peramah dan friendly.

Kak Shikin Razali ni rupanya duduk kat Salak Tinggi, Sepang. Wahh tak jauh sangat tu dari Putrajaya. Dan untuk pengetahuan korang, Kak Shikin ada buat part time bisnes memberi perkhidmatan urut terapi buang angin bagi wanita muslimah. Paling best, Kak Shikin turut cover area Putrajaya. So lepas ni kalau aku nak berurut boleh lah aku cari Kak Shikin. Boleh kan kak? Hehee


Kepada Kak Shikin, pertama sekali terima kasih sbb sudi review dan jadi kawan saya di dunia blog ni. Terima kasih jugak sebab doakan yang baik-baik untuk saya dan baby. In Sha Allah semoga semuanya dipermudahkan. Saya doakan akak berjaya dalam kerjaya dan hidup akak. Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu. Teruskan berblogging dan berkongsi ilmu bermanfaat dengan semua orang. Semoga akak maju jaya sebagai blogger, pembantu pustakawan, isteri, anak dan hamba Allah yang solehah..

In Sha Allah..




You May Also Like

10 COMMENT

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.