Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 muncul lagi !

by - 11:43:00


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Pejam celik rasa macam sekejap sahaja perjalanan tahun 2018 ni. Tiba-tiba je dah sampai bulan September. Lagi tiga bulan sahaja lagi berbaki sebelum kita menjengah ke tahun 2019. Jadi, bagi mereka yang belum berkesempatan nak pergi bercuti pada tahun 2018 ni, atau masih tak puas lagi nak jalan-jalan tenangkan kepala yang dah penat bekerja, haaaaa, sekarang ni Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 dan muncul lagi dan inilah masa yang paling sesuai untuk korang grab peluang yang ada supaya percutian korang lebih menjimatkan dan best!

Matta Fair 2018 akan berlangsung di PWTC Kuala Lumpur pada 7 sehingga 9 September 2018. Jadi, sesiapa yang berkelapangan tu boleh lah pergi ke sana untuk dapatkan segala macam diskaun best yang ditawarkan. TETAPI. Jangan risau, jangan takut, jangan khuatir, sebab bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ke PWTC, Traveloka Sale-abration 2018 telah berlangsung bermula daripada 4 September, dan akan berakhir pada 10 September 2018. Bezanya adalah, korang boleh dapatkan diskaun murah-murah hanya di atas talian sahaja. So, kalau tak sempat nak pergi Matta Fair korang boleh terjah website traveloka sebab Traveloka Sale-abration kan ada!



MENGENAI TRAVELOKA 

Traveloka ialah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menyenaraikan lebih 100,000+ laluan dan 100,000+ hotel di Asia Pasifik. Traveloka sentiasa berusaha untuk memastikan anda dapat menikmati tambang penerbangan dan kadar hotel paling rendah setiap hari! 


TIPS SEBELUM MELANCONG 

1. Rancang perjalanan korang terlebih dahulu sebelum hari kejadian. Seelok-eloknya, elakkan plan nak travel last minit sebab kebiasaannya tindakan ini adalah kurang bijak kerana bila apply tiket atau hotel last minit ni, selalunya harga mahal. 

2. Hotel- Korang boleh bandingkan kesemua hotel yang ada di tempat pelancongan pilihan korang kalau korang rancang perjalanan tu. Kalau last minit, pilihan pun tak banyak. Kan? So selalunya pilihan yang ada mesti tinggal yang mahal-mahal hahahaaa.


3. Flight- Sama jugak macam hotel, kalau book last minit, memang harga mahal. Iols tauu lah sbb kawan-kawan iols selalu beli tiket balik kampong kat Sabah/ Sarawak so kalau depa beli lambat, memang mengeluh jugak lah nak membayarnya. Hahahaa. 

Korang yang kampong kat Sabah/ Sarawak tu boleh lah manfaatkan Traveloka Sale-abration ni untuk balik jumpa keluarga masing-masing kat sana. Sebab promosi ni bukan ke luar Negara je, dalam Negara pun boleh! 

4. Beli tiket penerbangan dan hotel ketika promosi sedang berlangsung. Bila beli masa promosi, korang akan dapat penjimatan berkali ganda tau. Sebab tu tips nombor satu penting, rancang, bila dah rancang, korang mesti akan alert dengan promosi-promosi yang sedang/ akan ditawarkan oleh mana-mana agensi pelancongan. Malas? Traveloka je! Kemudahan di hujung jari. 

5. Pilih lokasi pelancongan bersesuaian dengan kemampuan, cuaca, kos dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana. Melancong ketika musim sejuk/ winter memang seronok, tapi korang kena ingat, kalau badan korang jenis cepat demam kalau sejuk-sejuk ni, lebih baik pilih lokasi yang korang boleh have fun dan enjoy tanpa perlu risau atau tak selesa. Travel ketika musim bunga pun idea yang baik jugak kan? Nice for photo shoot lebih-lebih lagi kalau pergi honeymoon! Jadi, check dulu tempat korang nak pergi tu nanti tengah musim apa. Penting tauuuu. Jangan main pergi jeee hahahaa.


6. Bawa pakaian yang bersesuaian dengan lokasi pelancongan. Contohnya, kalau korang pergi time musim panas, jangan lah pakai jaket tebal-tebal pulak. Takut tak selesa nanti. Then, kalau pergi time musim sejuk, standby lah baju sejuk/ winter jacket/ kasut yang bersesuaian.


7. Rancang aktiviti yang korang boleh lakukan di sana nanti. Kalau setakat pergi sebab nak ambik gambar je aduhhh hambar nyaaa percutian korang. Bagi aku bila tengah plan nak buat apa kat tempat kita nak pergi jalan-jalan ni, memang aku akan research tentang makanan best-best kat sana. So, adalah amat penting untuk korang pilih hotel yang terletak di lokasi yang strategik supaya senang korang nak pergi mana-mana. Selalunya hotel yang terletak di tempat yang strategik ni mmg mahal sikit sebab tu pentingnya korang booking ketika promosi. So dapat lah harga yang murah belaka! Hehehee 


BERITA GEMBIRA UNTUK KAKI TRAVEL 

1. Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. 
2. Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! 
3. Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingga 10 September 2018 
4. Tempoh Perjalanan: Anytime 

Wahhh. Best kan? Anytime wehh!! Ingat senang ke nak dapat promosi macam tu. Comfirm ramai mak-mak grab promosi ni untuk bawak anak-anak p holiday time hujung tahun ni. Bukan para ibu bapa sahaja, tawaran ini juga sangat sesuai untuk mereka yang merancang nak pergi honeymoon atau bercuti dengan pasangan masing-masing (yang dah kahwin jek lah ye? Hahaha). Jadi, korang dah JIMAT BANYAK dah tau kalau grab promotion Traveloka Sale-abration ni. Berbaloi-baloi.




MALAS JALAN JAUH-JAUH? NAK MELANCONG DALAM MALAYSIA? TAKDE HAL!


Antara korang, mesti ada yang malas nak travel jauh-jauh. Tipu lah kalau takdokkk. Ini lah masa yang sesuai untuk korang travel dalam Malaysia sebab Traveloka Sale-abration juga menawarkan promosi bagi hotel-hotel di dalam Malaysia. Alaaaa. Travel dalam Malaysia pun best tau! Malaysia ni sebenarnya banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik. Secara jujurnya aku sendiri pun tak habis berjalan lagi kat semua negeri dalam Malaysia ni. 

Kalau korang nak tahu, terdapat hotel-hotel yang harga asal sebelum Traveloka Sale-abration, mencecah RM200++ tetapi selepas Traveloka Sale-abration, harga turun jadi RM100++. Korang dah save almost satu ratus tuuu! Boleh cover duit minyak kereta atau tol tauuu. Memang sangat-sangat menjimatkan.

Ini memang masa yang sangat sesuai bagi mereka yang nak berjalan dalam Malaysia tu rancang perjalanan korang dan pilih lokasi yang korang nak pergi. Sebab harga hotel tengah murah. Banyak jee harga hotel yang tak melebihi daripada RM100 di Traveloka Sale-abration. Jadi korang boleh buat perbandingan dan pilih yang mana korang nak.

ANTARA HOTEL YANG KORANG BOLEH DAPAT HARGA MURAH SEMPENA TRAVELOKA SALE-ABRATION


Kuala Lumpur- Royale Chulan Bukit Bintang
HARGA ASAL RM 390.22
TAPI
Korang boleh dapat dengan harga cuma RM 174.04 sahaja.

Melaka- Da Som Inn
HARGA ASAL RM 256.34
TAPI
Korang boleh dapat dengan harga cuma RM 87.16 sahaja.

Pahang- Hotel Double Stars
HARGA ASAL RM 112.26
TAPI
Korang boleh dapat dengan harga cuma RM 67.36 sahaja.

Itu aku senaraikan hanya tiga sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi. Korang terjah website traveloka dan tengok sendiri senarai hotel-hotel yang menawarkan harga murah sempena Traveloka Sale-abration ni. Di negeri-negeri lain pun ada jugak hotel yang terlibat antaranya Perak, Johor, Terengganu, Penang dan Sarawak. Haaa siapa nak jalan-jalan Sarawak tu boleh lah grab peluang ni sementara promosi sedang berlangsung. Harga murah berbaloi-baloi.



So, korang dah boleh pakat bincang dengan laki bini masing-masing, ataupun kawan-kawan nak pergi travel ke mana. Nak pergi travel pun kena bijak. Takkan beli tiket time mahal kot? Off course lah beli tiket flight dan hotel time ada promosi. Lagi-lagi Traveloka Sale-abration punya promosi ni memang kaw-kawww punya. Jangan lupa kongsikan berita gembira ni dengan kenalan masing-masing yee. Takkan nak grab promosi sorang-sorang kot? Hahahaa. Benda baik kena bagitahu orang! 

WEBSITE TRAVELOKA: 

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROMOSI: 

Ps: Korang dah plan ke nak jalan-jalan ke mana hujung tahun ni? Iols jalan dalam Malaysia aje lah kot sebab perut dah ke hadapan nanti. Hahahaa


You May Also Like

1 COMMENT

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.