Friday, 14 September 2018

RraiReview: Hotel Best di Kota Tinggi


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ni iols nak buat sikit review hotel yang pernah aku tidur time aku lepak Kota Tinggi. Kenapa aku pergi Kota Tinggi? Well, laki aku kerja sini. So, kalau aku nak datang sana tengok dia, memang aku akan cari hotel lah pasal dia duduk dengan kawan-kawan dia. Pjj lah katekannn. Sian kan? Kahhkahh. Aku mcm lagi suka kalau datang Kota dari suruh laki aku mai Putrajaya. Sbb aku suka jalan-jalan kat Kota tu. Feeling-feeling balik kampung mcm gitu konon-konon. Cehhwahh. Kalau laki aku datang sini pun, dia yang bawak aku jalan-jalan. Lol. Sebab aku bukan suka jalan kat Putrajaya ni. Life aku p keje, balik keje, tidoooo. Jarang sangat nak jalan-jalan. So nak bawak laki jalan mana pon den taktauuu. Hahahaha

Ada banyak jugak hotel kat Kota Tinggi ni. Sebelum ni, time aku kecik2, aku pernah tidur Nasha Hotel, time tu dengan family. Aku mcm tak perasan pulak kalau-kalau hotel ni ada tersenarai kat Agoda ke Traveloka ke sbb masa aku cari tu takde pulak nama Nasha Hotel. For me Nasha Hotel tu okay, selesa jugak. Tp sbb dah lama sangat, so nak refresh memory pun susahhh hahahaa.

1. MAYRES HOTEL
Hotel ni betul-betul terletak kat tepi susur jalan. Bangunan dia memang agak gah jugak lah berbanding hotel-hotel yang lain. First aku ke sana laki aku mmg suruh tidur sini sbb dia kata parking senang dan selamat. 


Lobby kat bawah sekali. So selepas proses check in, boleh drive kereta bawak naik atas. Aku banyak baca review orang kata parking dia spooky lah apa lah. Hahaha. Betul lah tu kot. Mmg agak menyeramkan lebih-lebih lagi waktu malam. Tapi lampu ada jee. Aku taktau nak describe parking dia cemana. Lebih kurang mcm parking dalam shopping mall gitu lah. Tapi xde lah seram sangat pun. Orang kata seram sbb dia sunyi jee. Sbb kat bahagian parking mana ada orang lalu lalang sangat. Tapi kalau korang stay sini bab parking mmg tak perlu risau lah. Sebab parking banyak dan selamat. Kereta korang bukan park bersepah-sepah atau tepi-tepi jalan. So mmg boleh tidur malam dengan lena nya tanpa perlu risau pasal keselamatan kereta.

First impression aku masuk bilik hotel aku rasa macam, 'Ohmygoddddd, besar gila bilik dia'. Toilet pun besar. Tingkap dia pun besar so boleh tengok panorama Kota Tinggi gittew. Hahaha. Aku rasa macam tengah honeymoon pulak pasal bilik dia macam 'bilik mahal' pun ada padahal tak salah aku RM130 je kot laki aku bayar untuk bilik yang aku tidur tu. Siap dengan ada mini fridge. Kalau murah sikit, tak salah aku, takde fridge. 

Laki aku bgtau, Mayres Hotel ni hotel lama. Kalau dulu-dulu, hotel ni mmg femes lah kat sini. Sebab tu kalau tengok dekorasi hotel ni, masih ada barang yang ala-ala 'lama' sikit. Bilik pun sama, aku tengok mmg ada mcm gaya style 'lama' sikit. Contoh mcm frame and perabot. Tapi bagi aku, semuanya cantik dan perfect jeee di mata aku. Hahahaa. Sbb aku rasa mana dapat hotel besar camni dengan harga macam ni kalau kat area Putrajaya or KL ke kannn. Hahaha. So mmg berbaloi sangat.

PROS AND CONS:

-Tempat letak kereta yang senang dan selamat. 
-Bilik yang luas. Kalau jenis nak save budget ke, ko boleh bawak toto dan bentang jee kat lantai. Sbb luas. Hahaha.
-Tandas besar dan selesa. Cermin dia pun besar. Hahaa. Rasa mcm mandi kat hotel orang kaya je cehhwah.
-Harga murah dengan bilik yang ditawarkan. So, mmg sangat berbaloi.

-Old furniture but its not a big problem for me. Yang penting, selesa.
-Sarapan tak disediakan. But, also not a problem lah since Me is not a morning person hahaha. So standby roti jee siap-siap.

Address: No: 29, Jalan Tun Habab, 81900 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Phone: 07-883 9099

Adakah saya akan repeat tidur sini lagi?
Off course! Hehehee

2. KOTA HERITAGE HOTEL
Kali kedua aku ke Kota Tinggi, kami laki bini decide untuk tido kat Kota Heritage Hotel. Sebabnya, aku pergi sana time laki aku kerja. So, mmg kalau boleh nak cari tempat yang dekat dengan kedai makan yang mana aku boleh jalan kaki jee hahahaa. Pulak tu, Kota Heritage Hotel ni belakang dia ada mall. Haaa, mmg onnnnn jelahh gamaknya. Hahahaa. Laki aku kata, bila dia tanya kawan-kawan dia, mmg ada yang suggest hotel ni. Mula-mula aku macam berat jugak lah sbb aku mcm dah suka kat Mayres Hotel so mcm ralat nak tido hotel lain. Tapi bila aku fikir balik, tido Kota Heritage ni murah sikit, so grab jelahh. Lagipun nak tidur banyak hari. Boleh save bajet sikit yedakkk? Hahahaa.


Masuk lobby je dah rasa cantik hotel ni. So first impression dah menang jugak lah di situ. Aku book kat Agoda so sampai-sampai je, terus bagi slip booking aku tu and bayar deposit RM50. Dapat kunci and naik atas. Aku ambik bilik yang takde window. Tak salah aku RM 88 untuk satu malam. Tak sampai seratuss punn. Murah kan?

Masuk je bilik, aku rasa, lawa jugak bilik dia. Tak sebesar bilik kat Mayres lah, tapi furniture dia moden sikit lah nak dibandingkan dengan Mayres. Nak kata sempit tu taklah sempit sangat. Mcm typical bilik kat hotel-hotel tuu jee. Selesa? Yuppp! Mmg selesa.

Apa yang best kat sini, ada banyak jenis bilik yang best-best. Ada bilik yang ada sauna. Ada bilik studio. Ada bilik yang siap ada jacuzzi. Ada honeymoon suite. Woahh. Gempak kan? Harga pun lain lahh yee hahaha. Tapi masa aku tgk kat Agoda, harga bilik-bilik dia takde lah mahal melampau sangat.

Kat sini, include dengan sarapan. Tapi kalau terlepas nak bangun pagi sarapan kat bawah tu, takyah risau sbb ada kedai makan dekat-dekat sini. Ohh ya, aku nak bgtau, kalau korang nak stay sini, kat penjuru bangunan tu ada kedai makan, orang yang kat kaunter tu chinese (time aku pergi lahh). Tapi tepi-tepi kedai tu mcm ada kiosk-kiosk kedai jual nasi ayam, bakso, nasi penyet, dan penjual dia ada melayu, ada indon. Masa aku beli nasi ayam pun, penjual dan tukang masak tu melayu, aku bayar on the spot kat dia. Jgn ragu-ragu lak kalau nak beli sbb In Sha Allah halal. Nasi ayam pakcik tu RM5 je wehhh! Murah gilaaa. Sedap pulak tuu.

Korang boleh terus ke HM Mall lalu kat pintu belakang hotel. Keluar lif, belok kiri. Buka pintu, taraaa, dah sampai Mall. Hahahaha. Ada panggung wayang MBO kat mall tu. Karoeke pun ada kot tak salah aku. Ada pasaraya dalam mall tu, 88 Superstore kot? Lupa nama dia apa. Ada DIY, ada kedai jual air ala-ala mcm kat pasar malam tu, ada kedai gadget, mcm-mcm lg lah. Tapi mall dia tak de lah besar mcm Alamanda ke, besar mcm IOI City mall ke. Mall dia biasa je. Tak besar sangat. Tapi kalau setakat nak beli roti ke, barang keperluan korang ke, ada jeeee. Kat pasaraya dia pun siap ada barang basah, ikan, sayur, buah-buah. Aku menyempat lah jugak beli buah kat situ. Lepastu beli pisau nak potong buah kat DIY. Hahaha. DIY ada kat tingkat atas.

Kota Heritage Hotel ni mmg sesuai lah untuk aku menginap sbb bila laki aku p keje, aku boleh p mengulor kejap. Hahahaa. Berhampiran dengan hotel ni, ada dominos pizza, ada klinik, ada RHB Bank, Bank Muamalat, lagi apa aku lupa. Aku jalan kaki ke p dominos beli pizza. Mula-mula nak delivery tp laki aku kata, nak ke org dominos hantar kan? Sbb sekangkang kera sangat! Hahahahaa


Atas ni ruangan cafe. Pagi first menu adalah nasi goreng, kuew teow goreng, hotdog, roti, jem, teh dan kopi. Pilihan makanan mmg tak banyak. Tahap kesedapan tu aku rasa biasa-biasa sahaja. Boleh lah buat alas perut. Mungkin pihak hotel boleh pelbagai kan lagi menu. Sbb aku tgk mcm sikit sangat chef dia masak. Mungkin bergantung pada berapa jumlah penginap kot? Tapi masa aku stay sana aku rasa mcm ramai lah jugak manusia yang tidur situ. Pagi kedua, menu mee goreng, kuew teow goreng dan yg lain2 adalah sama seperti yang aku sebut sebelum ni. Aku tgk je. Tak makan pun. Sbb aku dah awal-awal bgtau laki aku yg aku taknak makan cafe dia, aku nak makan kat luar. Pagi ketiga lagi lah, aku tak jenguk langsung cafe dia. Hahahaa. 

PROS AND CONS:

-Sangat dekat dengan HM Mall/ panggung wayang/ kedai makan/ bank/ pasaraya.
-Include sarapan.
-Terdapat banyak pilihan bilik.
-Harga munasabah dan tak terlalu mahal.

-Parking susah sikit lebih-lebih lagi bila orang ramai datang untuk tengok wayang. Mcm aku kata, MBO cinema sangat dekat dgn hotel ni, so bila parking kat mall penuh, depa akan park tepi-tepi jalan jugak. Masa aku datang sana, waktu tu cerita The Nun baru keluar. Agak payah jugak lah nak cari parking yang dekat dgn hotel bila kami balik malam. Sampaikan laki aku parking jauh sikit, and keluar semula selepas 12 tengah malam sbb nak park dekat sikit dgn hotel dgn harapan pengunjung2 MBO tu dah balik lepas 12 malam. Dan tekaan suami aku betul. Lepas pukul 12 lebih tu, dapat jugak park dekat dengan hotel. Kalau park area hotel, nanti ada guard ronda. Nombor plat kereta penginap hotel mmg depa ambik siap-siap so dia akan tengok-tengok kan lahh gitu. 
-Makanan kat cafe aku kasi 3/10. 

Address: Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Phone: 07-883 3866

Adakah saya akan repeat tidur sini lagi?
Off course! Hehehee



So far dua hotel ini jelah yang aku stay dan aku rasa best. Lagipun kalau berdasarkan carian di Agoda/ Traveloka ke, mmg dua hotel ini antara top list. Kalau aku ke Kota Tinggi lagi, kemungkinan besar dua hotel ni je yang aku akan stay lagi. Ada lagi ke hotel lain yang best kat Kota Tinggi? Cuba share and tinggalkan di ruangan komen! Mana tau lepasni boleh stay situ pulak kee. Hehehe.

Homestay aku tak pernah lah lagi stay bila aku ke sana. Sebab kami pun nak duduk berdua je so homestay mcm besar sangat. Ada ke homestay murah-murah area Kota Tinggi? Kalau ada best jugak, mana tau lepasni anak dah sepuluh ke, kena lah duduk homestay pulak. KAHHHKAHHH!

Thanks for reading this entry. Have a nice day everyone!





5 comments:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.