Sunday, 30 September 2018

Terima kasih blogger!

10:54:00 3 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


Yeayyyy! Giveaway yang aku buat ada juga yang sudi join! Thanks thanks thanks! Segala komen giveaway tu aku tak jenguk lagi satu per satu. Aku just publish je komen-komen tersebut. Nanti ada masa aku baca yaa entry korangg. Maaf sesangat. Nanti aku curi masa untuk baca satu-satu.

Giveaway akan tamat pada 18 Oktober. Ada lagi masa. Jadi, siapa yang masih belum join tu boleh lah men-join kan diri anda hehehee. Kepada semua yang dah join, aku ucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kerana sudi support giveaway aku yang tak seberapa tu. Thanks again!

Belum join? Meh klik banner kat bawah ni. Jemput join ok!

Ps: Doakan iols sihat senantiasa ya! Lately mudah betul sakit kaki kalau jalan banyak sikit. Mmg org preggy gini atau aku je yg terlebih manja ni? hahahaa








Tuesday, 18 September 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

15:29:00 45 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ni mood ada baik sikit nak buat giveaway. Sebenarnya tudung bawal ni dah lama gilaaa aku beli. Beli sebab memang niat nak buat giveaway kat blog. Tapi asyik postpone jee. Lepastu macam nak buat ke taknak buat ke nak buat ke taknak buat giveaway ni. Hahaha. Risau takde orang nak join pulak. Tapi takpe lah. Kita buat je. Harap-harap ada lah yang sudi-sudi nak join.

SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY:
  1. Mestilah merupakan rakyat Malaysia. Sbb hadiah akan dipos hanya dalam Malaysia sahaja.
  2. Buat satu entry bertajuk Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai 
  3. Dalam entry tersebut, letakkan gambar banner kat atas dan sila backlink ke entry ini. Dah publish, tinggalkan url penyertaan korang kat ruangan komen di bawah.
  4. Wajib follow blog ini iaitu: http://www.bajuwarnacoklat.com

PENYERTAAN AKAN TERBATAL SEKIRANYA:
  1. Jumlah peserta kurang daripada 10 orang.
  2. Banner tidak dibacklink kan ke entry ini/ tidak disertakan url entry ini dalam entry yang korang buat.

PEMILIHAN PEMENANG:
Terdapat dua kategori pemenang yang dicari iaitu,
  1. KATEGORI RANDOM- Dalam entry korang letak je banner, backlink, publish dan kasi url penyertaan korang tu kat ruangan komen di bawah. Simple dan mudah.
  2. KATEGORI KREATIF- Sama macam kategori random, cuma letakkan dalam entry tu, tips atau nasihat korang kepada ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana. Utk org yang tengah pregnant tau. Bukan utk orang yang nak pregnant. Hehee. Kesemua mereka yang bagi tips dan nasihat ni, aku akan buat satu entry khas dan kumpulkan tips korang tu semua beserta dengan url penyertaan korang tu. Tak kisah lah tips seperti jangan panjat gunung ke, kurangkan minum ais ke, atau apa-apa saja lah. Hehe. Terpulang nak kongsi berapa tips pun. Nak kongsi satu tips saja pun boleh.

So, HADIAH: 3 HELAI TUDUNG BAWAL UNTUK 3 ORANG PEMENANG

Kalau kategori kreatif ni ramai yang join, kemungkinan hadiah akan ditambah.
Kategori random adalah 1 pemenang manakala kategori kreatif adalah 2 pemenang di cari. Cara aku pilih pemenang nanti, mula-mula aku akan pilih kategori kreatif. So bila aku dah jumpa dua orang yang berjaya menambat hati aku tu, yang lain-lain, automatik aku akan pilih secara random walaupun dalam entry dia ada kongsi tips jugak. Faham dokk? So mereka masih lah berpeluang untuk menang.


Jemput join yee korang. Hehehee. Harap ramai lah yang sudi join..
Tarikh tamat giveaway: 18 OKTOBER 2018
Giveaway akan berlangsung selama sebulan. 





Beauty Giveaway By Mrs Pip

13:29:00 9 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hari ni macam mood nak join giveaway rajin so ayuh lah kita join giveaway daripada mrs pip ni. Tapi ada soalan kena jawab, hehee. 

Kena karang sedikit ayat untuk mrs pip ... cer bagitau mrs pip
>>> apa yang korang suka mengenai blog mrs pip?
atau
>>> ada apa-apa soalan yang korang nak tahu mengenai mrs pip tak?

So saya pilih soalan yang kedua.
Soalan saya: After pregnant, mrs pip pakai breast pump jenama apa dan kenapa mrs pip pilih breast pump tersebut? Ada apa-apa tips tak dalam pemilihan breast pump untuk mak-mak selepas bersalin ni lebih-lebih lagi mak-mak yang jauh dengan anak.

Cehhwahhh, kemain kauuu soklan aku. Aduh. Btw, boleh ke soalan saya berbunyi sedemikian wahai mrs pip? Hehehh. Sebenarnya sajaa jee nak tahu, maklumlah kita ni ilmu di dada tak ada, kakak pun takdok nak tanya-tanya. So bila Mrs Pip bukak peluang nak tanya soalan, mmg soalan berkaitan ilmu selepas bersalin lah kite tanyaa hehehee. Harap sudi lah menjawabnyaa...

Korang yang belum join GA ni boleh lah klik banner kat atas sekali tuu yee.

Thank you!










Friday, 14 September 2018

RraiReview: Hotel Best di Kota Tinggi

09:22:00 7 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ni iols nak buat sikit review hotel yang pernah aku tidur time aku lepak Kota Tinggi. Kenapa aku pergi Kota Tinggi? Well, laki aku kerja sini. So, kalau aku nak datang sana tengok dia, memang aku akan cari hotel lah pasal dia duduk dengan kawan-kawan dia. Pjj lah katekannn. Sian kan? Kahhkahh. Aku mcm lagi suka kalau datang Kota dari suruh laki aku mai Putrajaya. Sbb aku suka jalan-jalan kat Kota tu. Feeling-feeling balik kampung mcm gitu konon-konon. Cehhwahh. Kalau laki aku datang sini pun, dia yang bawak aku jalan-jalan. Lol. Sebab aku bukan suka jalan kat Putrajaya ni. Life aku p keje, balik keje, tidoooo. Jarang sangat nak jalan-jalan. So nak bawak laki jalan mana pon den taktauuu. Hahahaha

Ada banyak jugak hotel kat Kota Tinggi ni. Sebelum ni, time aku kecik2, aku pernah tidur Nasha Hotel, time tu dengan family. Aku mcm tak perasan pulak kalau-kalau hotel ni ada tersenarai kat Agoda ke Traveloka ke sbb masa aku cari tu takde pulak nama Nasha Hotel. For me Nasha Hotel tu okay, selesa jugak. Tp sbb dah lama sangat, so nak refresh memory pun susahhh hahahaa.

1. MAYRES HOTEL
Hotel ni betul-betul terletak kat tepi susur jalan. Bangunan dia memang agak gah jugak lah berbanding hotel-hotel yang lain. First aku ke sana laki aku mmg suruh tidur sini sbb dia kata parking senang dan selamat. 


Lobby kat bawah sekali. So selepas proses check in, boleh drive kereta bawak naik atas. Aku banyak baca review orang kata parking dia spooky lah apa lah. Hahaha. Betul lah tu kot. Mmg agak menyeramkan lebih-lebih lagi waktu malam. Tapi lampu ada jee. Aku taktau nak describe parking dia cemana. Lebih kurang mcm parking dalam shopping mall gitu lah. Tapi xde lah seram sangat pun. Orang kata seram sbb dia sunyi jee. Sbb kat bahagian parking mana ada orang lalu lalang sangat. Tapi kalau korang stay sini bab parking mmg tak perlu risau lah. Sebab parking banyak dan selamat. Kereta korang bukan park bersepah-sepah atau tepi-tepi jalan. So mmg boleh tidur malam dengan lena nya tanpa perlu risau pasal keselamatan kereta.

First impression aku masuk bilik hotel aku rasa macam, 'Ohmygoddddd, besar gila bilik dia'. Toilet pun besar. Tingkap dia pun besar so boleh tengok panorama Kota Tinggi gittew. Hahaha. Aku rasa macam tengah honeymoon pulak pasal bilik dia macam 'bilik mahal' pun ada padahal tak salah aku RM130 je kot laki aku bayar untuk bilik yang aku tidur tu. Siap dengan ada mini fridge. Kalau murah sikit, tak salah aku, takde fridge. 

Laki aku bgtau, Mayres Hotel ni hotel lama. Kalau dulu-dulu, hotel ni mmg femes lah kat sini. Sebab tu kalau tengok dekorasi hotel ni, masih ada barang yang ala-ala 'lama' sikit. Bilik pun sama, aku tengok mmg ada mcm gaya style 'lama' sikit. Contoh mcm frame and perabot. Tapi bagi aku, semuanya cantik dan perfect jeee di mata aku. Hahahaa. Sbb aku rasa mana dapat hotel besar camni dengan harga macam ni kalau kat area Putrajaya or KL ke kannn. Hahaha. So mmg berbaloi sangat.

PROS AND CONS:

-Tempat letak kereta yang senang dan selamat. 
-Bilik yang luas. Kalau jenis nak save budget ke, ko boleh bawak toto dan bentang jee kat lantai. Sbb luas. Hahaha.
-Tandas besar dan selesa. Cermin dia pun besar. Hahaa. Rasa mcm mandi kat hotel orang kaya je cehhwah.
-Harga murah dengan bilik yang ditawarkan. So, mmg sangat berbaloi.

-Old furniture but its not a big problem for me. Yang penting, selesa.
-Sarapan tak disediakan. But, also not a problem lah since Me is not a morning person hahaha. So standby roti jee siap-siap.

Address: No: 29, Jalan Tun Habab, 81900 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Phone: 07-883 9099

Adakah saya akan repeat tidur sini lagi?
Off course! Hehehee

2. KOTA HERITAGE HOTEL
Kali kedua aku ke Kota Tinggi, kami laki bini decide untuk tido kat Kota Heritage Hotel. Sebabnya, aku pergi sana time laki aku kerja. So, mmg kalau boleh nak cari tempat yang dekat dengan kedai makan yang mana aku boleh jalan kaki jee hahahaa. Pulak tu, Kota Heritage Hotel ni belakang dia ada mall. Haaa, mmg onnnnn jelahh gamaknya. Hahahaa. Laki aku kata, bila dia tanya kawan-kawan dia, mmg ada yang suggest hotel ni. Mula-mula aku macam berat jugak lah sbb aku mcm dah suka kat Mayres Hotel so mcm ralat nak tido hotel lain. Tapi bila aku fikir balik, tido Kota Heritage ni murah sikit, so grab jelahh. Lagipun nak tidur banyak hari. Boleh save bajet sikit yedakkk? Hahahaa.


Masuk lobby je dah rasa cantik hotel ni. So first impression dah menang jugak lah di situ. Aku book kat Agoda so sampai-sampai je, terus bagi slip booking aku tu and bayar deposit RM50. Dapat kunci and naik atas. Aku ambik bilik yang takde window. Tak salah aku RM 88 untuk satu malam. Tak sampai seratuss punn. Murah kan?

Masuk je bilik, aku rasa, lawa jugak bilik dia. Tak sebesar bilik kat Mayres lah, tapi furniture dia moden sikit lah nak dibandingkan dengan Mayres. Nak kata sempit tu taklah sempit sangat. Mcm typical bilik kat hotel-hotel tuu jee. Selesa? Yuppp! Mmg selesa.

Apa yang best kat sini, ada banyak jenis bilik yang best-best. Ada bilik yang ada sauna. Ada bilik studio. Ada bilik yang siap ada jacuzzi. Ada honeymoon suite. Woahh. Gempak kan? Harga pun lain lahh yee hahaha. Tapi masa aku tgk kat Agoda, harga bilik-bilik dia takde lah mahal melampau sangat.

Kat sini, include dengan sarapan. Tapi kalau terlepas nak bangun pagi sarapan kat bawah tu, takyah risau sbb ada kedai makan dekat-dekat sini. Ohh ya, aku nak bgtau, kalau korang nak stay sini, kat penjuru bangunan tu ada kedai makan, orang yang kat kaunter tu chinese (time aku pergi lahh). Tapi tepi-tepi kedai tu mcm ada kiosk-kiosk kedai jual nasi ayam, bakso, nasi penyet, dan penjual dia ada melayu, ada indon. Masa aku beli nasi ayam pun, penjual dan tukang masak tu melayu, aku bayar on the spot kat dia. Jgn ragu-ragu lak kalau nak beli sbb In Sha Allah halal. Nasi ayam pakcik tu RM5 je wehhh! Murah gilaaa. Sedap pulak tuu.

Korang boleh terus ke HM Mall lalu kat pintu belakang hotel. Keluar lif, belok kiri. Buka pintu, taraaa, dah sampai Mall. Hahahaha. Ada panggung wayang MBO kat mall tu. Karoeke pun ada kot tak salah aku. Ada pasaraya dalam mall tu, 88 Superstore kot? Lupa nama dia apa. Ada DIY, ada kedai jual air ala-ala mcm kat pasar malam tu, ada kedai gadget, mcm-mcm lg lah. Tapi mall dia tak de lah besar mcm Alamanda ke, besar mcm IOI City mall ke. Mall dia biasa je. Tak besar sangat. Tapi kalau setakat nak beli roti ke, barang keperluan korang ke, ada jeeee. Kat pasaraya dia pun siap ada barang basah, ikan, sayur, buah-buah. Aku menyempat lah jugak beli buah kat situ. Lepastu beli pisau nak potong buah kat DIY. Hahaha. DIY ada kat tingkat atas.

Kota Heritage Hotel ni mmg sesuai lah untuk aku menginap sbb bila laki aku p keje, aku boleh p mengulor kejap. Hahahaa. Berhampiran dengan hotel ni, ada dominos pizza, ada klinik, ada RHB Bank, Bank Muamalat, lagi apa aku lupa. Aku jalan kaki ke p dominos beli pizza. Mula-mula nak delivery tp laki aku kata, nak ke org dominos hantar kan? Sbb sekangkang kera sangat! Hahahahaa


Atas ni ruangan cafe. Pagi first menu adalah nasi goreng, kuew teow goreng, hotdog, roti, jem, teh dan kopi. Pilihan makanan mmg tak banyak. Tahap kesedapan tu aku rasa biasa-biasa sahaja. Boleh lah buat alas perut. Mungkin pihak hotel boleh pelbagai kan lagi menu. Sbb aku tgk mcm sikit sangat chef dia masak. Mungkin bergantung pada berapa jumlah penginap kot? Tapi masa aku stay sana aku rasa mcm ramai lah jugak manusia yang tidur situ. Pagi kedua, menu mee goreng, kuew teow goreng dan yg lain2 adalah sama seperti yang aku sebut sebelum ni. Aku tgk je. Tak makan pun. Sbb aku dah awal-awal bgtau laki aku yg aku taknak makan cafe dia, aku nak makan kat luar. Pagi ketiga lagi lah, aku tak jenguk langsung cafe dia. Hahahaa. 

PROS AND CONS:

-Sangat dekat dengan HM Mall/ panggung wayang/ kedai makan/ bank/ pasaraya.
-Include sarapan.
-Terdapat banyak pilihan bilik.
-Harga munasabah dan tak terlalu mahal.

-Parking susah sikit lebih-lebih lagi bila orang ramai datang untuk tengok wayang. Mcm aku kata, MBO cinema sangat dekat dgn hotel ni, so bila parking kat mall penuh, depa akan park tepi-tepi jalan jugak. Masa aku datang sana, waktu tu cerita The Nun baru keluar. Agak payah jugak lah nak cari parking yang dekat dgn hotel bila kami balik malam. Sampaikan laki aku parking jauh sikit, and keluar semula selepas 12 tengah malam sbb nak park dekat sikit dgn hotel dgn harapan pengunjung2 MBO tu dah balik lepas 12 malam. Dan tekaan suami aku betul. Lepas pukul 12 lebih tu, dapat jugak park dekat dengan hotel. Kalau park area hotel, nanti ada guard ronda. Nombor plat kereta penginap hotel mmg depa ambik siap-siap so dia akan tengok-tengok kan lahh gitu. 
-Makanan kat cafe aku kasi 3/10. 

Address: Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Phone: 07-883 3866

Adakah saya akan repeat tidur sini lagi?
Off course! Hehehee



So far dua hotel ini jelah yang aku stay dan aku rasa best. Lagipun kalau berdasarkan carian di Agoda/ Traveloka ke, mmg dua hotel ini antara top list. Kalau aku ke Kota Tinggi lagi, kemungkinan besar dua hotel ni je yang aku akan stay lagi. Ada lagi ke hotel lain yang best kat Kota Tinggi? Cuba share and tinggalkan di ruangan komen! Mana tau lepasni boleh stay situ pulak kee. Hehehe.

Homestay aku tak pernah lah lagi stay bila aku ke sana. Sebab kami pun nak duduk berdua je so homestay mcm besar sangat. Ada ke homestay murah-murah area Kota Tinggi? Kalau ada best jugak, mana tau lepasni anak dah sepuluh ke, kena lah duduk homestay pulak. KAHHHKAHHH!

Thanks for reading this entry. Have a nice day everyone!





Thursday, 6 September 2018

Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 muncul lagi !

11:43:00 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Pejam celik rasa macam sekejap sahaja perjalanan tahun 2018 ni. Tiba-tiba je dah sampai bulan September. Lagi tiga bulan sahaja lagi berbaki sebelum kita menjengah ke tahun 2019. Jadi, bagi mereka yang belum berkesempatan nak pergi bercuti pada tahun 2018 ni, atau masih tak puas lagi nak jalan-jalan tenangkan kepala yang dah penat bekerja, haaaaa, sekarang ni Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 dan muncul lagi dan inilah masa yang paling sesuai untuk korang grab peluang yang ada supaya percutian korang lebih menjimatkan dan best!

Matta Fair 2018 akan berlangsung di PWTC Kuala Lumpur pada 7 sehingga 9 September 2018. Jadi, sesiapa yang berkelapangan tu boleh lah pergi ke sana untuk dapatkan segala macam diskaun best yang ditawarkan. TETAPI. Jangan risau, jangan takut, jangan khuatir, sebab bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ke PWTC, Traveloka Sale-abration 2018 telah berlangsung bermula daripada 4 September, dan akan berakhir pada 10 September 2018. Bezanya adalah, korang boleh dapatkan diskaun murah-murah hanya di atas talian sahaja. So, kalau tak sempat nak pergi Matta Fair korang boleh terjah website traveloka sebab Traveloka Sale-abration kan ada!



MENGENAI TRAVELOKA 

Traveloka ialah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menyenaraikan lebih 100,000+ laluan dan 100,000+ hotel di Asia Pasifik. Traveloka sentiasa berusaha untuk memastikan anda dapat menikmati tambang penerbangan dan kadar hotel paling rendah setiap hari! 


TIPS SEBELUM MELANCONG 

1. Rancang perjalanan korang terlebih dahulu sebelum hari kejadian. Seelok-eloknya, elakkan plan nak travel last minit sebab kebiasaannya tindakan ini adalah kurang bijak kerana bila apply tiket atau hotel last minit ni, selalunya harga mahal. 

2. Hotel- Korang boleh bandingkan kesemua hotel yang ada di tempat pelancongan pilihan korang kalau korang rancang perjalanan tu. Kalau last minit, pilihan pun tak banyak. Kan? So selalunya pilihan yang ada mesti tinggal yang mahal-mahal hahahaaa.


3. Flight- Sama jugak macam hotel, kalau book last minit, memang harga mahal. Iols tauu lah sbb kawan-kawan iols selalu beli tiket balik kampong kat Sabah/ Sarawak so kalau depa beli lambat, memang mengeluh jugak lah nak membayarnya. Hahahaa. 

Korang yang kampong kat Sabah/ Sarawak tu boleh lah manfaatkan Traveloka Sale-abration ni untuk balik jumpa keluarga masing-masing kat sana. Sebab promosi ni bukan ke luar Negara je, dalam Negara pun boleh! 

4. Beli tiket penerbangan dan hotel ketika promosi sedang berlangsung. Bila beli masa promosi, korang akan dapat penjimatan berkali ganda tau. Sebab tu tips nombor satu penting, rancang, bila dah rancang, korang mesti akan alert dengan promosi-promosi yang sedang/ akan ditawarkan oleh mana-mana agensi pelancongan. Malas? Traveloka je! Kemudahan di hujung jari. 

5. Pilih lokasi pelancongan bersesuaian dengan kemampuan, cuaca, kos dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana. Melancong ketika musim sejuk/ winter memang seronok, tapi korang kena ingat, kalau badan korang jenis cepat demam kalau sejuk-sejuk ni, lebih baik pilih lokasi yang korang boleh have fun dan enjoy tanpa perlu risau atau tak selesa. Travel ketika musim bunga pun idea yang baik jugak kan? Nice for photo shoot lebih-lebih lagi kalau pergi honeymoon! Jadi, check dulu tempat korang nak pergi tu nanti tengah musim apa. Penting tauuuu. Jangan main pergi jeee hahahaa.


6. Bawa pakaian yang bersesuaian dengan lokasi pelancongan. Contohnya, kalau korang pergi time musim panas, jangan lah pakai jaket tebal-tebal pulak. Takut tak selesa nanti. Then, kalau pergi time musim sejuk, standby lah baju sejuk/ winter jacket/ kasut yang bersesuaian.


7. Rancang aktiviti yang korang boleh lakukan di sana nanti. Kalau setakat pergi sebab nak ambik gambar je aduhhh hambar nyaaa percutian korang. Bagi aku bila tengah plan nak buat apa kat tempat kita nak pergi jalan-jalan ni, memang aku akan research tentang makanan best-best kat sana. So, adalah amat penting untuk korang pilih hotel yang terletak di lokasi yang strategik supaya senang korang nak pergi mana-mana. Selalunya hotel yang terletak di tempat yang strategik ni mmg mahal sikit sebab tu pentingnya korang booking ketika promosi. So dapat lah harga yang murah belaka! Hehehee 


BERITA GEMBIRA UNTUK KAKI TRAVEL 

1. Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. 
2. Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! 
3. Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingga 10 September 2018 
4. Tempoh Perjalanan: Anytime 

Wahhh. Best kan? Anytime wehh!! Ingat senang ke nak dapat promosi macam tu. Comfirm ramai mak-mak grab promosi ni untuk bawak anak-anak p holiday time hujung tahun ni. Bukan para ibu bapa sahaja, tawaran ini juga sangat sesuai untuk mereka yang merancang nak pergi honeymoon atau bercuti dengan pasangan masing-masing (yang dah kahwin jek lah ye? Hahaha). Jadi, korang dah JIMAT BANYAK dah tau kalau grab promotion Traveloka Sale-abration ni. Berbaloi-baloi.




MALAS JALAN JAUH-JAUH? NAK MELANCONG DALAM MALAYSIA? TAKDE HAL!


Antara korang, mesti ada yang malas nak travel jauh-jauh. Tipu lah kalau takdokkk. Ini lah masa yang sesuai untuk korang travel dalam Malaysia sebab Traveloka Sale-abration juga menawarkan promosi bagi hotel-hotel di dalam Malaysia. Alaaaa. Travel dalam Malaysia pun best tau! Malaysia ni sebenarnya banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik. Secara jujurnya aku sendiri pun tak habis berjalan lagi kat semua negeri dalam Malaysia ni. 

Kalau korang nak tahu, terdapat hotel-hotel yang harga asal sebelum Traveloka Sale-abration, mencecah RM200++ tetapi selepas Traveloka Sale-abration, harga turun jadi RM100++. Korang dah save almost satu ratus tuuu! Boleh cover duit minyak kereta atau tol tauuu. Memang sangat-sangat menjimatkan.

Ini memang masa yang sangat sesuai bagi mereka yang nak berjalan dalam Malaysia tu rancang perjalanan korang dan pilih lokasi yang korang nak pergi. Sebab harga hotel tengah murah. Banyak jee harga hotel yang tak melebihi daripada RM100 di Traveloka Sale-abration. Jadi korang boleh buat perbandingan dan pilih yang mana korang nak.

ANTARA HOTEL YANG KORANG BOLEH DAPAT HARGA MURAH SEMPENA TRAVELOKA SALE-ABRATION


Kuala Lumpur- Royale Chulan Bukit Bintang
HARGA ASAL RM 390.22
TAPI
Korang boleh dapat dengan harga cuma RM 174.04 sahaja.

Melaka- Da Som Inn
HARGA ASAL RM 256.34
TAPI
Korang boleh dapat dengan harga cuma RM 87.16 sahaja.

Pahang- Hotel Double Stars
HARGA ASAL RM 112.26
TAPI
Korang boleh dapat dengan harga cuma RM 67.36 sahaja.

Itu aku senaraikan hanya tiga sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi. Korang terjah website traveloka dan tengok sendiri senarai hotel-hotel yang menawarkan harga murah sempena Traveloka Sale-abration ni. Di negeri-negeri lain pun ada jugak hotel yang terlibat antaranya Perak, Johor, Terengganu, Penang dan Sarawak. Haaa siapa nak jalan-jalan Sarawak tu boleh lah grab peluang ni sementara promosi sedang berlangsung. Harga murah berbaloi-baloi.



So, korang dah boleh pakat bincang dengan laki bini masing-masing, ataupun kawan-kawan nak pergi travel ke mana. Nak pergi travel pun kena bijak. Takkan beli tiket time mahal kot? Off course lah beli tiket flight dan hotel time ada promosi. Lagi-lagi Traveloka Sale-abration punya promosi ni memang kaw-kawww punya. Jangan lupa kongsikan berita gembira ni dengan kenalan masing-masing yee. Takkan nak grab promosi sorang-sorang kot? Hahahaa. Benda baik kena bagitahu orang! 

WEBSITE TRAVELOKA: 

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROMOSI: 

Ps: Korang dah plan ke nak jalan-jalan ke mana hujung tahun ni? Iols jalan dalam Malaysia aje lah kot sebab perut dah ke hadapan nanti. Hahahaa