Thursday, 9 August 2018

Minuman Sarang Burung Collagen Plus FG Walet by Fouziah Gous




ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Korang semua mesti pernah dengar kan mengenai kebaikan sarang burung. Secara jujurnya, ni kali kedua aku pernah rasa. Kali pertama aku rasa minuman sarang burung yeos. Murah jee harga dia. Tapi rasa dia macam biasa-biasa sahaja so aku minum sikit then kasi laki aku habiskan hahahaaa. Kali ni aku minum minuman sarang burung collagen plus FG Walet yang merupakan produk daripada artis Fouziah Gous. Dari segi packaging dan perkongsian semua orang (testimoni) nampak macam sedap so aku pun teruja lah nak beli dan cuba. Aku ambil perisa longan, aloevera dan kurma. Mmg ada tiga flavour ni je kalau utk jenis mcm aku beli ni. Harga pun masih mampu milik lagi. Sebotol RM12 sahaja.

APA RASA SARANG BURUNG COLLAGEN PLUS NI? SEDAP KE?
Sedappppp sangat sangat! Korang patut cuba tau! Aku paling suka perisa longan. Maybe sbb aku suka air longan agaknya. Hahaha. Serius sedap sangat-sangat. Perisa buah tu membuatkan minuman ni lebih sedap dan senang nak telan sampai habis. Kalau longan, ada buah longan dua biji dalam air ni. Kurma pon sama. Aloevera takdok lah ya. Heheh. Rasa ketiga-tiga ni adalah rasa mcm minum air buah yang fresh. Lebih-lebih lagi minum masa sejuk. Ya Allah. Sedapnyaa!


Nampak tak? Yang kat atas ni perisa longan. Ada buah longan dua ketui dalam tu.

CARA MINUM
Seeloknya sebelum makan/ sarapan. Dan korang kena minum dan habiskan dalam masa 24 jam jugak. So kalau dah bukak penutup dia and minum seteguk, jangan lah simpan sbb nak minum seteguk lagi pada hari esok.

AKAN REPEAT ORDER TAK?
Off course! Sebelum aku bersalin nanti aku nak beli satu carton terus nak amalkan sbb berdasarkan testimoni ramai kata mereka minum sebulan/ beberapa bulan sebelum bersalin dan baby terhindar daripada kuning. In Sha Allah. Mana tau kan. Kita usaha je. Mana tau dapat cegah. Kalau dapat cegah, lagi baik...

NAK BELI KAT MANA?
Aku beli di IG fgwalet_cyberjaya_putrajaya memandangkan beliau adalah salah seorang agent fg walet dan paling dekat dgn aku. Korang boleh juga dapatkan dekat agent yang berhampiran dengan tempat korang. Boleh check kat instagram fgwalet untuk maklumat lebih lanjut. Untuk pengetahuan korang, ada sesetengah kedai dan stesen minyak yang turut sama jual minuman sarang burung fg walet ni. 



Bila dah beli, botol dia jangan buang pulak. Boleh buat DIY tau! Hahaaa. Aku sampai skrg tak buang lagi tiga-tiga botol dia. Hehehe

Siapa dah cuba sarang burung dari Fouziah Gous ni? Sedapppp kannn?



3 comments:

  1. Baru ingat nak cuba tapi sebab ada kolegen kena cancellah.. Tapi memang nampak menarik minumannya..

    ReplyDelete
  2. rabia ada tengok nona tv 3. pasal minuman sarang burung collagen fouziah gous.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.