Wednesday, 1 August 2018

Kecewa Lagi


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Kecewa putus cinta ke? Hahaa. Takdaa lah! Kecewa sbb rayuan permohonan kuarters tak dapat dipertimbangkan lagikk. Huhuu. Sedih lah semestinya. Siapa taknak kuarters kan?


Patah hati aku kejap lepas balik lunch ni, check email and dapat email dari BPH. Sebelum kahwin aku ada buat jugak rayuan. Masatu aku kata sbb aku nak kahwin so nak duduk Putrajaya dengan suami. Masatu tak berharap pun. So bila dia reply kata tak dpt dipertimbngkan aku cool lagi. Lepas beberapa bulan kahwin, kali ni aku buat lagi, sebab aku mmg sangat sangat terdesak nak kuarters kali ni. Ada lah masalah-masalah yang dah aku ceritakan dalam surat aku tu. Aku rasa dah relevan habis dah. Aku sumpah tak tipu pasal isi surat tu. Mmg aku buat dengan suci hati dan penuh perasaan. Banyak point aku masukkan. Selepas dua minggu mcm tu, hari ni BPH email bgtau tak dapat and kena tunggu ikut giliran. Allahu. Yaa. Aku tahu kena sabar. Aku cuba ni.

Bukan apa. Kali ni punya rayuan, aku bukan setakat hantar by email jaa, aku siap minta orang atasan aku sokong and sign lagi surat tu, sebelum aku sendiri pergi BPH dan hantar sendiri surat tu. Nampak tak betapa aku bersungguh-sungguh nakkan kuarters weh. Nak masuk BPH bukan senang tau. Security ketat gilaaa. Aku park kereta jauhhh. Tak boleh bawa masuk kereta, kena jalan. Tapi kau usaha lah macam mana pun, kalau Allah dah kata belum sampai rezeki kau, maka belum lah. Aku positif je ni. Mungkin ada rezeki lain yang lebih besar menanti. Siapa tahu kan? Aku gagahkan diri pergi sana sbb aku fikir anak dalam perut aku je ni tau. Aku pjj dengan suami. So kau rasa?

Aku sedih jugak ni. Rumah sewa kat Putrajaya ni mahal. Tolak duit kereta dan lain-lain, kalau nak bayar sewa rumah, jujur lah aku kata mmg aku tak mampu. Tapi aku percaya akan ada rezeki untuk aku dan suami, untuk anak kami. Aminnn. Semoga Allah beri kamu rezeki yang luas wahai anak. In Sha Allah.

Aku tahu ramai di luar sana alami masalah macam aku. Semoga kita sama-sama kuat lah yee. Giliran kuarters aku lagi enam ribu uiii. Sebab tu sungguh-sungguh buat rayuan. Hahahaa. Doakan aku ya? Semoga aku kuat nak besarkan anak kat sini nanti dengan sewa rumah yang makin melambung-lambung. 

In Sha Allah. Allah lebih mengetahui. Rezeki Dia luas.

Rrai, jangan sedih sedih ok? Percayalah ada rezeki nanti untuk baby! Fighting!



17 comments:

  1. InsyaaAllah rrai akan ada rezeki tu... sabar n banyak doa k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn. Harap-harap begitu lah. Terima kasih kak..

      Delete
  2. Mungkin belum rezeki lagi, tapi jangan putus asa. InshaAllah nanti ada rezeki untuk Rrai dan suami 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn aminn. Semoga ada rezeki untuk kami. Thank you Syaza :)

      Delete
  3. In shaa Allah ada rezeki anak. Mana tau rezeki yg tak diduga .. :) keep have a faith yaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah. Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya untuk kami. Terima kasih Aien!

      Delete
  4. InsyaAllah..ad rezki baby dapat duduk kuarters nanti.payah jugak ye kerja kat putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn. Payah tang rumah sewa je skrg ni. Hahaha. Sbb rumah kat sini mostly RM1000 ke atas. Paling murah boleh dpt pun RM800. Itu pun satu dalam sepuluh. Payah nak cari harga bawah 1k dan kalau ada pun kebanyakannya luar Putrajaya. Hahaaa. Sabar jelah.. In Sha Allah ada rezeki lain..

      Delete
  5. Replies
    1. Aminnn. Mintak2 masin kata-kata Rabiahtul. Hehe. Thankyou syg..

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan urusan puan Rrai. Aamiin. Btw, abam kie nk upah rrai edit template blog. Boleh kan? abamkie@yahoo.com
    Thanks. www.zukidin.com

    ReplyDelete
  7. Jangan sedih-sedih. Allah knows the best for you x

    ReplyDelete
  8. Insyaallah ada rezeki nanti.. ejulz dulu dlm 2-3 tahun jugak menunggu..

    ReplyDelete
  9. ejulz follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  10. Insha Allah, akan ada rezeki untuk awak sekeluarga, jangan patah semangat okey..!

    ReplyDelete
  11. allah.. semoga dipermudahkan semua urusan Rai.. Moga ada rezeki Rai nanti..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.