Wednesday, 29 August 2018

Produk Sampah! Tapi betul ke sampah?

16:44:00 3 Comments


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Baru-baru ini tular mengenai kenyataan individu pakar mengenai produk-produk tempatan kerana beliau melabelkan kesemuanya sebagai sampah. Aku juga turut sama melenting bila baca kesemua statement beliau. Perkara pertama aku buat, aku terus screenshot dan whatsapp kawan aku,

"Kau jangan beli tau @#$%^&* ni, bahaya lah, nanti apa-apa jadi pulak kat kau."

Sebab, beberapa hari sebelumnya, kawan aku tu ada beritahu dia nak beli produk tu untuk kulit dan kuruskan badan. Aku memang sokong jelah sbb produk tu mmg sangat sangat popular dan aku tgk ramai guna. Tapi bila keluar kenyataan mengatakan produk tu sampah dan bahaya, terus aku tak kasi kawan aku beli.

Siapa lah aku untuk berkata yang lebih-lebih. Pakar bukan, apatah lagi belajar bidang kesihatan atau perubatan. Memang tidak sama sekali. Cuma aku ambil iktibar dan elakkan lah dari guna bila mana ada yang kongsi produk tu tak bagus.

TAPI.

Kesan setiap produk kat individu tu berbeza. Setuju tak? Contoh lebih senang, ada orang alergik udang. Tapi kau, melantak seperiuk pun tak ada apa-apa. Aku fikir mcm tu je.

Ada juga produk tempatan yang aku guna, dan berikan kesan yang baik kat aku. Jadi bagi aku tidaklah kesemuanya sampah. Tapi aku setuju, berlambak sangat-sangat manusia kat Malaysia ni yang rebranding produk dan buat produk yang mengandungi bahan bahaya mcm merkuri tu. Benda mcm ni ada je jadi. Tapi tak kesemua produk mcm tu.

Aku kesian. Orang bertelagah pasal isu ini.
Tapi tu lah. Aku sendiri tak berani nak komen lebih-lebih. Hahaa. Pendapat korang macam mana?




Thursday, 9 August 2018

Minuman Sarang Burung Collagen Plus FG Walet by Fouziah Gous

11:17:00 3 Comments



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Korang semua mesti pernah dengar kan mengenai kebaikan sarang burung. Secara jujurnya, ni kali kedua aku pernah rasa. Kali pertama aku rasa minuman sarang burung yeos. Murah jee harga dia. Tapi rasa dia macam biasa-biasa sahaja so aku minum sikit then kasi laki aku habiskan hahahaaa. Kali ni aku minum minuman sarang burung collagen plus FG Walet yang merupakan produk daripada artis Fouziah Gous. Dari segi packaging dan perkongsian semua orang (testimoni) nampak macam sedap so aku pun teruja lah nak beli dan cuba. Aku ambil perisa longan, aloevera dan kurma. Mmg ada tiga flavour ni je kalau utk jenis mcm aku beli ni. Harga pun masih mampu milik lagi. Sebotol RM12 sahaja.

APA RASA SARANG BURUNG COLLAGEN PLUS NI? SEDAP KE?
Sedappppp sangat sangat! Korang patut cuba tau! Aku paling suka perisa longan. Maybe sbb aku suka air longan agaknya. Hahaha. Serius sedap sangat-sangat. Perisa buah tu membuatkan minuman ni lebih sedap dan senang nak telan sampai habis. Kalau longan, ada buah longan dua biji dalam air ni. Kurma pon sama. Aloevera takdok lah ya. Heheh. Rasa ketiga-tiga ni adalah rasa mcm minum air buah yang fresh. Lebih-lebih lagi minum masa sejuk. Ya Allah. Sedapnyaa!


Nampak tak? Yang kat atas ni perisa longan. Ada buah longan dua ketui dalam tu.

CARA MINUM
Seeloknya sebelum makan/ sarapan. Dan korang kena minum dan habiskan dalam masa 24 jam jugak. So kalau dah bukak penutup dia and minum seteguk, jangan lah simpan sbb nak minum seteguk lagi pada hari esok.

AKAN REPEAT ORDER TAK?
Off course! Sebelum aku bersalin nanti aku nak beli satu carton terus nak amalkan sbb berdasarkan testimoni ramai kata mereka minum sebulan/ beberapa bulan sebelum bersalin dan baby terhindar daripada kuning. In Sha Allah. Mana tau kan. Kita usaha je. Mana tau dapat cegah. Kalau dapat cegah, lagi baik...

NAK BELI KAT MANA?
Aku beli di IG fgwalet_cyberjaya_putrajaya memandangkan beliau adalah salah seorang agent fg walet dan paling dekat dgn aku. Korang boleh juga dapatkan dekat agent yang berhampiran dengan tempat korang. Boleh check kat instagram fgwalet untuk maklumat lebih lanjut. Untuk pengetahuan korang, ada sesetengah kedai dan stesen minyak yang turut sama jual minuman sarang burung fg walet ni. 



Bila dah beli, botol dia jangan buang pulak. Boleh buat DIY tau! Hahaaa. Aku sampai skrg tak buang lagi tiga-tiga botol dia. Hehehe

Siapa dah cuba sarang burung dari Fouziah Gous ni? Sedapppp kannn?



My Happy Breakfast

09:07:00 9 Comments


Hai korang! Dah sarap belum? Heheh. Kawan2 aku kata orang Johor aje sebut sarap sarap ni. Selalu org sebut, dah sarapan belum? or. Dah breakfast belum? But me, dah sarap? Hahaa. And some people asking me eh apa sarap tu. Sarap ni short form sarapan je hehehe.

Kat Putrajaya ni kalau nasi lemak sedap dan lazat aku akan beli di kedai makan Soraya kat Presint 11. Mmg tiptop nasi lemak dia. Tapi kalau malas nak p tapau pagi2 atau lambat, aku beli di cafe je lah. Lagipun makanan di cafe harganya lebih murah berbanding di luar. Well Putrajaya nokk. Manada nasi lemak RM1, mana ada air tepi jalan dalam cup harga seringgit. Hahahaa

Walaupun laki aku kata kurangkan makanan berat pagi-pagi waktu sarapan, tapi aku tetap degil dan melantak jugak macam bela saka. Bukan apa. Kalau makan lebih2 sgt nanti tengahari selalunya aku muntah. Baby tak suka kot hahahaa. Pernah dua hari aku sarap nasi lemak. Dua-dua hari tu jugak lepas makan aku muntah. Tapi tak serikk lagi tuuu. Tetap bedal nasi lemak jugak pagi ni.

Nasi lemak ayam ni RM5.50 je tau. Murah kan? Berbaloi lah sbb sedap.

Korang makan apa pagi ni? Diet ke? Hahaa. Janganlahhhh. Meh sini makan nasi lemak. 




Wednesday, 8 August 2018

M O R N I N G

08:42:00 6 Comments

Good morning people! Teruslah tersenyum di pagi yang indah ini. Walaupun perutku memulas-mulas minta bertapa di tandas tapi harini ada meeting jam 9 pagi. Hahahaaa

Semoga hari korang indah belaka dan segala urusan dipermudahkan!


Monday, 6 August 2018

Motivation Quotes For Today

16:10:00 7 Comments

In Sha Allah. Redha dalam segala ketentuan yang telah Allah swt tetapkan. Sebab mungkin apa yang kita mahu itu bukanlah pilihan yang terbaik. Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui. Dan perancanganNya adalah sebaik-baiknya. Kan?






Wednesday, 1 August 2018

Kecewa Lagi

15:59:00 18 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Kecewa putus cinta ke? Hahaa. Takdaa lah! Kecewa sbb rayuan permohonan kuarters tak dapat dipertimbangkan lagikk. Huhuu. Sedih lah semestinya. Siapa taknak kuarters kan?


Patah hati aku kejap lepas balik lunch ni, check email and dapat email dari BPH. Sebelum kahwin aku ada buat jugak rayuan. Masatu aku kata sbb aku nak kahwin so nak duduk Putrajaya dengan suami. Masatu tak berharap pun. So bila dia reply kata tak dpt dipertimbngkan aku cool lagi. Lepas beberapa bulan kahwin, kali ni aku buat lagi, sebab aku mmg sangat sangat terdesak nak kuarters kali ni. Ada lah masalah-masalah yang dah aku ceritakan dalam surat aku tu. Aku rasa dah relevan habis dah. Aku sumpah tak tipu pasal isi surat tu. Mmg aku buat dengan suci hati dan penuh perasaan. Banyak point aku masukkan. Selepas dua minggu mcm tu, hari ni BPH email bgtau tak dapat and kena tunggu ikut giliran. Allahu. Yaa. Aku tahu kena sabar. Aku cuba ni.

Bukan apa. Kali ni punya rayuan, aku bukan setakat hantar by email jaa, aku siap minta orang atasan aku sokong and sign lagi surat tu, sebelum aku sendiri pergi BPH dan hantar sendiri surat tu. Nampak tak betapa aku bersungguh-sungguh nakkan kuarters weh. Nak masuk BPH bukan senang tau. Security ketat gilaaa. Aku park kereta jauhhh. Tak boleh bawa masuk kereta, kena jalan. Tapi kau usaha lah macam mana pun, kalau Allah dah kata belum sampai rezeki kau, maka belum lah. Aku positif je ni. Mungkin ada rezeki lain yang lebih besar menanti. Siapa tahu kan? Aku gagahkan diri pergi sana sbb aku fikir anak dalam perut aku je ni tau. Aku pjj dengan suami. So kau rasa?

Aku sedih jugak ni. Rumah sewa kat Putrajaya ni mahal. Tolak duit kereta dan lain-lain, kalau nak bayar sewa rumah, jujur lah aku kata mmg aku tak mampu. Tapi aku percaya akan ada rezeki untuk aku dan suami, untuk anak kami. Aminnn. Semoga Allah beri kamu rezeki yang luas wahai anak. In Sha Allah.

Aku tahu ramai di luar sana alami masalah macam aku. Semoga kita sama-sama kuat lah yee. Giliran kuarters aku lagi enam ribu uiii. Sebab tu sungguh-sungguh buat rayuan. Hahahaa. Doakan aku ya? Semoga aku kuat nak besarkan anak kat sini nanti dengan sewa rumah yang makin melambung-lambung. 

In Sha Allah. Allah lebih mengetahui. Rezeki Dia luas.

Rrai, jangan sedih sedih ok? Percayalah ada rezeki nanti untuk baby! Fighting!