Rawatan Matikan Akar Gigi/ Root Canal Treatment di klinik presint 18

by - 16:22:00




ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Sebelum ni, aku sendiri tak pernah tahu tentang ada nya rawatan akar gigi ni. Bila diberitahu doktor baru lah aku tahu yg selain daripada cabut gigi, kita juga ada pilihan lain iaitu melakukan rawatan akar gigi atau root canal treatment. Tapi tu lah, kebanyakan mmg kita selalu dengar, gigi rosak, CABUT. Jarang dengar depa p buat RCT.

Faktor keperluan rawatan akar gigi biasanya adalah seperti berikut: 
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau penyakit lain seperti acute peridontitis
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami kesakitan yang berterusan
c. Dalam sesetengah kes kosmetik di mana akar gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai tanpa menimbulkan sebarang masalah.
d. Gigi yang telah mati (gigi yang telah kematian akar dikira gigi yang telah mati) dan gigi yang berubah warna. (kredit kepada sumber)

NAK CABUT VS NAK BUAT RCT
The journey of this gigi agak panjang jugak lah. Bayangkan, aku sepatutnya dapatkan rawatan akar ni dari sebelum aku jadi kadet lagi. Ko rasa? Takde lah lama sangat, ada lah dalam setahun lebih mcm tu aku postpone buat rawatan. Hahahahaa. Ya Allah teruknya perangai engkau wahai Raihanah.

Gigi yang aku maksudkan adalah gigi geraham. Ada tampalan besar. Mana taknya, gigi tu berlubang, lepastu aku biarkan dia terbuka dalam jangka masa yang sangat lama so dari lubang tu kecik je sebenarnya, dah jadi besar. Aku ingat lagi, masa tahun 2016, gigi aku rasa sakit gila gila punya sakit, masa ni mmg tak fikir apa dah, mmg nak hapuskan terus gigi yang sakit tu hahahaha. Nak cabut lah konon-kononnya. Sakit weiii. Aku fikir masa tu aku taknak sakit lagi dah so aku nekad nak cabut. Then pergi klinik gigi (gov), doktor tu beritahu, "Awak ada dua pilihan, sama ada awak cabut, atau awak buat rawatan matikan akar". Aku pun macam, "Matikan akar gigi??". The doctor said, "Kalau buat rawatan akar, gigi awak tak payah cabut". Aku masih ingat lagi, aku dengan yakin nya jawab, "Saya nak cabut gigi ni." Hahahahaha. Tapi doktor tu kata, tak sayang ke nak cabut? Aku muda lagi. Sementara boleh selamatkan, baik takyah cabut. Kahkah. Kena tarbiah sekejap dengan doktor gigi. Ibarat habis madu sepah dibuang je gigi aku ni. Time ni aku pergi klinik gigi kat Lenga. Kat situ klinik gigi dia kecik je. Bilik rawatan pon ada satu je. So untuk rawatan macam tampal ke cabut ke, memang ada lah. Kalau nak buat braces ke, rawatan akar gigi ke, doktor situ suruh rujuk klinik gigi kat bandar Muar. Haaaaa. Dari situ lah bermulanya kisah aku meng'postpone'kan rawatan gigi aku hahahahaa.

Bila doktor kat Klinik Gigi Lenga tu suruh aku refer klinik kat bandar, mmg lengah2 lah aku buat. Jauh jugak lah rumah aku dengan bandar. 1 jam camtu. Sbb tu aku malas. Hahaha. Doktor buat tampalan sementara je. Dia kata, tampalan ni sementara je sbb lepas ni aku kena refer doktor kat klinik lain.

Satu tahun lebih berlalu. Bila tampalan sementara tu dah separuh terbukak, baru lah aku terhegeh-hegeh nak p buat rawatan akar (RCT) tu. Lol. Itu pun selepas satu tahun lebih. Hahaha. Yee tahu, aku punya perangai mmg terukkk gila hehe.

SAMBUNG BUAT RAWATAN AKAR GIGI DI PUTRAJAYA
Aku sebenarnya agak malas nak pergi buat rawatan gigi kat Putrajaya ni. Sbb malas nak mintak excuse dari boss utk p klinik. Malas nak drive sorang2 p klinik. Segala-galanya malas bagi aku. Lol. Kalau malas, baik kau mati je hahaha. Amboi kasar noh ayat.

Laki aku yg beriya-iya suruh aku g klinik gigi Putrajaya. Disebabkan aku taknak jadi isteri derhaka so aku pun pergi lah klinik kat Presint 18 tu. Kalau bab rawatan gigi, aku mmg lebih prefer buat kat klinik kerajaan. Walaupun kena tunggu lama tapi amat berbaloi dan murah kalau nak dibandingkan dgn klinik swasta. Kalau kau jenis 'have-have' gituu boleh lah g swasta. Aku pernah tampal gigi di swasta hundred something mcm tu harga dia. Masa ni guna duit mak bapak so boleh lah sembang. Sekarang semua dah kena pakai duit sendiri so selagi boleh jimat, lebih baik jimatkan hahahaha. 

Kat Presint 18 punya klinik kesihatan ni parking mmg susah. So jangan pelik lah kalau tepi jalan kiri kanan penuh kereta berderet-deret ye. Sbb bukan org yg nak dapatkan rawatan gigi je, pesakit lain pun ramai dapatkan rawatan kat sini. Yelahh, nama pun Klinik Kesihatan. Kalau bahagian klinik pergigian, terletak kat tingkat 1.

RAWATAN KALI PERTAMA 
Ambil nombor, daftar. Masa daftar ni aku didaftarkan oleh seorang staff chinese perempuan. Dia nampak mcm profesional gitu, tapi dlm hati aku kata, takkan lah depa letak doktor kat luar ni buat daftar2 orang kot?
Kena panggil nombor kali pertama utk checkup. Kali kedua, baru dipanggil masuk ke dlm bilik rawatan. Masa nak menunggu ni mmg lama. Normal lah kan. Dtg pon lambat. Hahaha. Ada lah dlm satu jam lebih aku menunggu. 
Masuk bilik rawatan, eh staff yang kat kaunter tadi? Hahahaha. Itu rupanya doktor gigi hokehhh bukan sebarang orang tau. Aku cerita permasalahan gigi aku dari A sampai Z. Dia cek2 gigi aku dan setelah itu dia beritahu aku bahawa aku kena datang sekali lagi dan nanti baru lah akan dibuat RCT. RCT ni bukan mudah ye kawan2. Kena buat appointment dulu. Sebab satu kali rawatan RCT ni ambik masa dlm 1 jam. Masa kali pertama aku datang klinik ni, tempoh menunggu mmg lama. Tapi tempoh kt dlm bilik rawatan sekejap je tak lama mana pun.

Doktor tu nama dia Doktor Tan Siu Ni. Dia punya explanation mmg bagus. I can say yg dia mmg seorang doktor yang baik dan bagus dari segi cara dia layan patient.

Aku dapat temujanji utk dtg lagi sekali dalam 2 minggu kemudian. 

RAWATAN KALI KEDUA
Disebabkan kali ni aku dah pun buat temujanji dgn doktor, maka aku tak perlu lah menunggu lama seperti yang sebelum ini. Masuk bilik rawatan, Doktor Tan explain kat aku mengenai RCT ni sikit. Dia tanya samada aku nak ubat kebas/ bius atau tidak. Dia kata kalau aku taknak, dia okay sahaja tapi kalau semasa aku buat rawatan tu aku ada rasa sakit, dia minta aku angkat tangan dan dia akan berhentikan rawatan dan beri ubat. Aku pilih utk taknak letak ubat bius. Berani mati betol kan tindakan aku? Doktor Tan ada bgtau, ada patient yg tak rasa sakit pun, lebih2 lagi mcm kes aku ni sbb gigi aku dah lama sgt. Semasa rawatan dijalankan, aku tak rasa sakit pun. Serius. Cuma perasaan nervous dan takut tu mmg ada. Sbb aku nampak Doktor tu masukkan something mcm jarum halus ke dalam gigi aku. Serius cuak weh. Tapi alhamdulillah tak sakit pun. 


Nampak gambar di atas? Actually dia bukan jarum. Yg nama file tu. Dia mcm gerudi halus. Lebih halus dari jarum peniti tu tau. Masa rawatan ni kau cuma kena tahan bunyi ngilu mesin tu je lah. Sakit alhamdulillah tak ada. Mmg aku tak tipu. Syukur sangat. Bergantung kat gigi pesakit kot? Mcm gigi aku ni dah lama bebeno agaknya sbb tu tak berapa nak sakit. Tempoh masa utk 1 patient 1 jam mcm tu. Tapi disebabkan patient yang selepas aku ni dia tak dtg so doktor lanjutkan tempoh rawatan tu so ada lah dlm 1 jam 30 minit mcm tu aku punya rawatan. Aku boleh kata RCT ni agak rumit jugak. Bukan rumit kat aku. Rumit kat doktor tu. Untuk info lanjut korang boleh lah google. 

Selesai step pertama, doktor pun buat tampalan sementara. Dan aku kena datang sekali lagi untuk appointment akan datang pada bulan Jun. Mungkin utk next appointment ni baru lah aku rasa azab kesakitan yang sebenar? Hwarghhhh. Seram pulak nak bayangkan. 

Aku mmg puas hati dengan layanan dan servis dari Doktor Tan. Dia sangat best hokeh! Cara dia masa sepanjang rawatan dijalankan, setiap perbuatan dia tu semua dia explain kenapa. Dia masukkan itu, dia bgtau kenapa, dia masukkan ini, dia bgtau kenapa. Wahhhh. Selama ni kebanyakan doktor aku jumpa, tak semua rajin mcm dia ni. Dan tak lupa jugak kepada pembantu Doktor Tan ketika itu, Shima nama dia tak salah aku. Sbb doktor panggil dia Shima so mestilah nama dia Shima takkan Milah pulak? Thank you for both of you, perkhidmatan mmg tiptop.

To Doktor Tan Siu Ni, thank you so much untuk rawatan yang sangat kemas, baik dan teliti. Rasa mcm tak sabar nak habiskan RCT ni. Itu sbb dpt doktor baik. Kalau dapat doktor tak best, confirm malas nak datang lagi hahahhaa.

SIAPA KATA KLINIK GIGI KERAJAAN TAK BAGUS?
Haaa. Siapa kata klinik government tak bagus? Aku kerap kali buat rawatan gigi kat klinik kerajaan. Alhamdulillah semuanya okay. Normal lah kalau masa tunggu nombor giliran tu lama. Nak cepat, lepas subuh tu terus datang. I can see doktor-doktor dan staff di klinik kerajaan pun bagus dan baik belaka. Kalau pergi klinik swasta mmg lah cepat siap. Sbb apa? Sbb org yg menunggu tak seramai mcm kat klinik kerajaan. Nak tahu tak kos kalau buat RCT kalau kat klinik swasta berapa? Beratus-ratus tau. Aku ada juga baca2 pengalaman org, ada yg kena RM900 utk buat RCT ni (include x-ray). Harga mmg bagai langit dgn bumi kalau nak dibanding dgn klinik gigi kerajaan. Alhamdulillah untuk kemudahan yang satu ini. Untung rakyat Malaysia. 

Kepada korang, sila doakan gigi aku tenteram dan aman damai ye. Hahahaha. Sbb masa aku taip entry ni, adalah beberapa jam selepas aku buat rawatan. Gigi aku dah start denyut-denyut. Sakit tu tak lah. Dia mcm ada 'rasa-rasa' je hahaha lol taktau nak explain cemana. Harapnya tak sakit lah. Risau sakit time malam-malam je. Doktor Tan ada bgtau jugak, mmg normal kalau selepas ni aku ada rasa sakit. Lagipun rawatan akar ni belum selesai sepenuhnya lagi. Kalau ada sakit, dia minta aku utk datang buat checkup di klinik. Fuhhh fuhhh. Minta-minta lah dijauhkan dari sebarang rasa sakit Aminnnnnnnnn amiiiinnnnn.

So antara cabut gigi atau buat rawatan akar, saya pilih buat rawatan akar. Hahahaaa. Siapa ada pengalaman buat RCT? Cuba kongsi sikit tips dan pengalaman korang kat ruangan komen!

Doakan aku for the next appointment ya!
Have a nice day!


UPDATE: Alhamdulillah aku dah selesai buat rawatan matikan akar gigi (RCT) ni. Dah tak perlu ke klinik lagi untuk rawatan. Yeayyyy! Jangkamasa untuk buat rawatan ni dalam beberapa bulan jugak lah. Sebab aku buat kat klinik gov, kalau korang buat kat swasta mungkin cepat sikit lah kan. So far alhamdulillah selepas siap treatment ni aku boleh kata aku sangat puas hati dan syukur sbb aku tak decide untuk cabut gigi ni! Kahkahh! Gigi alhamdulillah baik baik sahaja. Tak ada sakit ke apa. Korang yang was-was samada nak cabut ke nak buat RCT ke aku nasihatkan tanya dahulu doktor mana yang lebih baik. Ada gigi yang masih boleh diselamatkan tu, buatlah RCT. Mmg ambik masa sikit dan byk prosedur kena buat tapi berbaloi instead of korang p cabut. Ni nasihat aku je lah. Keputusan di tangan korang. Hehee. Terima kasih Doktor Tan yang rawat aku di Klinik Gigi Presint 18 Putrajaya. Youre the best!

UPDATE 9 JAN 2019: Untuk pengetahuan korang, untuk rawatan matikan akar gigi ni, aku hadir 4 kali temujanji rawatan iaitu pada bulan 5,6,7 dan 8 2018. Kiranya, sebulan sekali lah aku pergi buat rawatan ni. Ini termasuk sekali x ray gigi. Tak ingat aku kena scan masa temujanji ke berapa. Oh ya, sila maklum ke doktor kalau korang pregnant yaa. Kalau pregnant tak boleh tau buat x ray.. Jangan rasa leceh atau mengeluh. Hehe. In Sha Allah. Semoga dipermudahkan urusan korang tuu..


You May Also Like

72 COMMENT

  1. Saya pernah buat RCT tu. Ya ampun takut gak masa jarum masuk dalam gigi.

    ReplyDelete
  2. Suami akak pernah buat rawatan ini.. Akak yang dengar pun seram.. Klinik gigi nie memang antara klinik yang menakutkan akak.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. haritu nak buat tapi sebab mahal sangat dekat swasta terus cancel niat. Kalau sakit pun tahan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. better buat di klinik kerajaan shj. murah dan berbaloi walaupun kena tunggu lama. hehe

      Delete
    2. berapa harga nya ya kalau klinik kerajaan

      Delete
  4. CT buat ni masa F4 sebab gigi pecah dan mula sakit ngilu. nak cabut terus rupanya ada root canal ni jadi sayang gigi tak jadi cabot. alhamdulillah sampai sekarang okay =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. sama lah kite pun sayang nak cabut. hahaha. sebab kedua, sebenarnya sbb penakut nak cabut gigi huuhuu

      Delete
  5. Salam sis, tampalan sementara tu yang warna putih tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. tampalan sementara yg warna putih tu..

      Delete
  6. Boleh walk in je ke atau kn buat appointment atau refer dr memana kljnik

    ReplyDelete
    Replies
    1. walk in. ambik nombor giliran. macam biasa tunggu. doktor cek and dia akan kasi appointment utk rawatan seterusnya. utk rawatan2 seterusnya takyah tunggu lama dah, datang ikut waktu yg doktor kasik. ni kalau klinik kerajaan lah. klinik swasta sy tak pasti. rasanya sama jaa..

      Delete
  7. Next rawatan tu ok ke sis? Teruja pulak nak tau hehehehe..ade rase sakit tak lepas tu?

    ReplyDelete
  8. I baru je 2 hr buat rawatan akar utk first step.normal ke klu lps buat gusi rasa sakit Dan berdenyut?gigit pun rasa sakit.blh tk kongsi bg tahu ada tk org yg sakit sama mcm I?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh...lpas tu akk buat mcm mne ye...sy bru je srmalam buat rawatan tu...tp mmg mcm2 la sakit, berdenyut ke normal seme tu...

      Delete
    2. situasi sy mcm akk...nk pi plak hari.ni klinik buka lusa...aduss.

      Delete
    3. Saya pun rasakan benda yang sama. Adakah normal?

      Delete
  9. Sy baru nk buat rawatan RCT..
    Tadi 1 appoiment dr.suggest sama ada nk cabut @ RCT..sbb gigi sis masih boleh diselamatkan dgn RCT ni...cost rm350 je..doc siap ckp duit awk blh cari...tapi gigi awk 1 ni je dlm dunia..dah cabut gigi dh xde...dr.cina..very friendly walaupun kinik die agk scary...ade 2 kali treatment lgi...doakan sis ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm350 sahaja? boleh saya tahu awak buat kat mana?

      Delete
    2. Btl.. 350?murah tu.. Klinik mana? Sy nk buat tapi 1200..sy hold dlu.. Klu de yg harga berpatutan sy nk tau jg..

      Delete
  10. Br je buat RCT tadi.. Td xkena bius tapi ngilunya ya Allah... Dan bab bunyi gerudi tu mmg agak scary since mak mmg takut dentist sedari kecik lagi 🤣🤣.. Nxt week buat yg second pnya n td doktor explain ada sikit scary sket sbb simpn dh lm sgt. On d way balik mmg rs ngilu berdenyut2 la.. Now ni dah mkn pain killer br rs ok sket...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi gerudi mmg ngiluuu hahaa. tapi alhamdulillah semasa rawatan takde rasa sakit pun.. cermat jee doktor tu buat.. sy guna ubat kumur jee utk kurangkan sakit..

      Delete
  11. Kalau buat rawatan akar niy akan sakit balik x masa akan datang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu sy tak, sbb dah matikan akar gigi tu. boleh refer doktor utk maklumat lanjut

      Delete
  12. The top dental instruments can help you remove the harmful bacteria from the teeth as well as from the gums of the patients. Teeth whitening machine

    ReplyDelete
  13. Tahun lepas ada buat rawatan di HSA..lepas +-8 bulan sakit balik saya decided cabut..

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. semasa ke selepas? kalau semasa buat rawatan, tak sakit pun. just ngilu bunyi machine je. selepas rawatan, tak sakit. cuma ada rasa sengal2 sikit je tp sy guna ubat kumur oradex utk kurangkan sakit. mmg berkesan.. tp ubat kumur tu susah sikit nak cari. huhuuu..

      Delete
  15. sy bru je kli pertama rawatan akar di klnik presint18.. beruntung sy pun dpt doktor tan..mmg doktor yang bagus..😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. doktor Tan mmg best. suka buat rawatan dgn dia..

      Delete
    2. Berapa ye kos wat kt hosp kerajaan?

      Delete
    3. Nak mintak alamat penuh klinik gigi presint 18 boleh? Sakit dh seminggu😭

      Delete
    4. Nak mintak alamat penuh klinik gigi presint 18 boleh? Sakit dh seminggu😭

      Delete
    5. Jalan P18/ C1, Presint 18, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kat tingkat 1.. Boleh waze klinik kesihatan presint 18 putrajaya

      Delete
  16. Baru tnya swqsta RM600 oo area Jb.
    Kerajaan kne tggu +-6 bulan.
    Gigi da berlubang ni..
    adoii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makk aihh mahalnyaa. Lambatnya sampai 6 bulan. Mungkin ramai sgt kot tu nak buat rct ni..

      Delete
  17. Sementara nak tunggu 2 minggu sebelum mula rawatan. Dr ada bagi apa2 ubat tak?

    ReplyDelete
  18. sy pon baru jek lepas buat rawatan akar ptg tdi..1st step..balek2 gigi rase sakit..berdenyut2..adoiyaii..risau plak sy...normal ke eyh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal jee. sy pun sama jugak rasa mcm tu. tp lama2 ok

      Delete
  19. Saya pun baru buat rawatan akar gigi ni tapi dah dua hari sakit sangat2.. Memang normal ke kalau buat RCT ni sakit... Yang saya heran kita nak rapatkan gigi bawah dgn atas pun sakit kalau tersentuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sakit sangat2 better pergi jumpa doktor yang kita dapatkan rawatan tu. kemungkinan boleh jadi ada infection kalau sakit. sy pun ada sakit sikit2 tp masih boleh dikawal lah, tak teruk sgt..

      Delete
  20. salam, berapa ringgit buat rawatan akar kat klinik ni? nak cai yg murah 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy buat kat klinik kerajaan presint 18 putrajaya. alhamdulillah tak dikenakan sebarang bayaran. kalau buat di swasta memang mahal, beratus. sepanjang tempoh rawatan, klinik kerajaan yg sy p ni mmg servis terbaik walaupun kita kena tunggu lama. tapi kalau dah set temujanji utk rawatan, tak lama pun menunggu giliran..

      Delete
  21. klinik bg mc tak kalau kita pg buat rawatan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat sy pergi, sy tak pernah dpt mc atau minta mc. selalunya kalau klinik gigi ni, bila kita cabut gigi je dia bagi mc. kalau setakat buat tampalan biasa, tak dpt mc. tp sy ada kawan, dia buat tampalan gigi, and its quite big jugak lah tampalan tu, then dia dpt mc, sbb dia mmg sakit gigi sampai xleh buat keje langsung. bergantung pada keadaan kita jugak kot. kalau doktor rasa perlu maybe dia kasi lah tuuu heheee

      Delete
  22. Assalamualaikum. Prkongsian yg bagus n menarik. Sy baru saja balik dari buat tampalan semntara kt klinik krajaan. Then, dr cadangkn supaya g klinik swasta utk treatment strusny sbb dowg ad pralatan yg ag baik. Kira law wat kat hspital krajaan pon leh ja kan. Ta mampu nk byr mahal sbb masih ag student. Ad cadangan ta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik mana tu? doktor yg suggest sy tu takde lah sampai suggest buat kat swasta. dia suruh p klinik gov kat bandar je sbb peralatan mereka lebih baik, and kebiasaannya klinik2 gigi kat kampung2 mmg takde buat rct. klinik kerajaan byk jee yang buat rct dan kebanyakannya kat kawasan bandar. lebih baik buat di klinik kerajaan kot. walaupun lama, tapi murah. sy cadangkan awak survey klinik2 gov yang boleh buat rct sekitar kawasan awk..

      Delete
    2. klinik area luar bndar selangor. InshaAllah minggu depan nk try g klinik gov lak. terima ksih utk nasihat.

      Delete
  23. Berapa kali appointment kena g baru complete buat RCT ni? Sy baru dpt date utk 1st appointment 2 minggu lg.. 😖

    ReplyDelete
    Replies
    1. beberapa kali jugak sy buat utk complete satu treatment.. sbb temujanji sebulan sekali. so lambat sikit laa..

      Delete
  24. Ada risiko ke kalau ambik bius masa buat RTC.....sbb awk tk ambik bius kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rasanya. boleh refer kat doktor. sy tak ambik sbb tak suka kena cucuk bius tu hehehh

      Delete
  25. Sis sya dh buat appointment dgn doktor bulan depn utk rawatan akar nie tapi skrng gigi saya sgt sakit smpai tkblh tidor mlm..dh seminggu benda nie jdi..kalau sis jadi saya nak tnggu atau p cabut ja?tlng jwb sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh terus walk in ke klinik. atau call doktor yang rawat awak tu.. better buat rct dari cabut.. tp terpulang awak lah. kalau sakit sangat nanti awak jugak yg menanggungnya..

      Delete
  26. Salam sis, sebelum sis buat rct tu, gigi yg berlubang tu ada nanah tak didalamnya?

    ReplyDelete
  27. pernha buat jugak kat klinik P18 tu thn lepas...lepas sesi ke-2, gigi geraham tu x dpt diselamatkan sebab pecah..doc ckp ada batu kat dalam tu erkkk... skrg dah besar lubangnya... x tau bila ada kekuatan nak cabut...biasanya rasa nak cabut tu akn dtg bila time sakit giler2 dah x blh tahan..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun besar jugak lubangnya. mujur masih dpt diselamatkan. rasanya kalau buat lagi lambat rct tu sy pun kena cabut jugak sudahnya hahahaaa.. awak p lah cabut. kalau tangguh nanti makin terus kondisi gigi tuu..

      Delete
  28. Salam saya nak tanya, bt root canal treatment die klinik pergigian kerajaan dapat cuti sakit (MC) tak? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dpt mc. sy tak pernah mintak. tak salah sy mc cuma diberi kalau cabut gigi atau kes2 tertentu jee. kalau setakat mcm sy buat treatment tu tak dpt mc rasanya. hehee. boleh refer doktor utk maklumat lanjut..

      Delete
  29. Rawatan akar ni kita yang minta kat Doc atau Doc yang suggest pada awalnya? Saya ada satu gigi geraham bawah. Berlubang besar. Dan sekarang tengah sakit nyut nyut. Pernah pergi klinik sebelum swasta sebelum sakit untuk buat scalling. Dan masa tu Doc ada suggest buat rawatan akar. Harganya Rm800. Kalau saya pergi klinik gigi gov, boleh ke minta nak buat rawatan akar atau dia akan tampal je macam biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm sy, doktor yg suggest. sbb pada mulanya sy decide nak cabut gigi tu. tp doktor bg rawatan alternatif iaitu rawatan akar gigi ni. boleh je mintak doktor buat rct kat klinik gov. bergantung kat klinik tu sbb ada sesetengah klinik gov takde buat rct. tampal biasa dgn buat rawatan akar lain. tp doktor akan letak tampalan sementara dalam proses rawatan tu.. awk boleh tanya benda ni dgn lebih lanjut kt doktor.

      Delete
  30. Alhamdulillah baru settle treatment kali ke 2, ada next appmt lagi.
    1st time tu just checkup utk tampalan, tapi mmg taw gigi tu bermasalah, sbb gigi yg sama da pernah buat tampalan masa skolah, lepas tu abis bljar buat rct kat private, sbb ada infection pd tampalan tu, jarak masa antara tmpalan pertama dgn rct pertama tu rasanya 5tahun kot.

    Tampal tu pon kat private, kes tkot jmpa dktor gigi, bajet kat private ni bagus la servisnya dan tak sakit ��

    Sekali time CNY 2008 kot gigi sakit gila2, malam terus pergi private, dia terus buat time2 tu, pergh mmg tobat lahum takmo repeat dah, sakit nangis2 rasa, dia suh mai sekali lagi sbb dia buat tmpalan smntara. Mmg tak la nak repeat klinik yg sama, utk rawatan tu dia tebas rm200lebih termasuk ubat.

    Selepas 10tahun timbul kesedaran sivik nak cek semula, tapi lebih sivik bila saya pilih klinik gov je.

    Doc kata rawatan dlu tak habis, huhu kantoi pulak, jadi dia da merebak, so terus buat xray utk cfirmkan, so dah cfirm terus buat rawatan pertama. Kene bius 2x, lepas tu tak rasa apa pon, hilang bius pon ok. Alhamdulillah.

    2nd apmt lepas 2 mggu, tak bius, Alhamdulillah baik2 saja.

    Da dpt 3rd apmt lagi sebulan (feb 2019)

    Haaa pnjang lebor hihi. Jadi yg berkenaan jgn takut, it's now or never omputeh kata. Yg takut kos tggi just pegi gov, klu bkan pjwat awam pon hrga dia more cheaper than private.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi share pengalaman.. betul. sy pun rasa lebih baik p buat kat gov kalau risau pasal kos. lagipun kat gov pun servis dia ok sgt2..

      Delete
  31. Hai boleh tau sakit mcmna tu sis. Sbb gg graham sy ni pn sakit. Dah buat tmpalan baru, tapi msh lg skt. Takdela denyut2. Tapi more to ngilu. Tak boleh sentuh gg ats. 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit sengal2 gitu jee. takde laa sampai ngilu...

      Delete
  32. assalam sis. berapa kali ye habiskan rawatan akar ni. saya dah buat 1st step lps tu doktor tu x ada pun bagi next appointment. hairan juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada tulis di atas.. sy buat 4 kali rawatan..

      Delete
  33. Thanks atas perkongsian yg berguna. Currrently saya tengah dilema nak cabut geraham atau RCT. Now, dah dapat jawapan. RCT!

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.