Friday, 4 May 2018

PERINGATAN: Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa anda sedari


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA | Baru hari ni terdetik nak berkongsi di blog mengenai perkara ini. Mungkin ramai rakan blogger yang dah tahu, tapi mungkin ada juga yang terlepas pandang, contohnya aku. Hahahaha. Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa kita sedari? Ya, memang bahaya. Kenapa? Uols baca sendiri perkongsian yang dikongsi oleh Kak Farah. Aku harap lepas ni kalau ada sesapa bagi korang makan ke minum ke, yang macam korang sendiri was-was, sila lah jangan makan. Tapi susah weh. Susah. Kadang isu macam ni, bukan musuh yang dengki, tapi orang yang baik dengan kita. Cuba kalau kawan baik kau kasi ais kepal milo ke? Mesti kau melantak je tanpa ragu-ragu betol tak?

Dulu mcm pernah baca, ada yang kongsi utk kita baca doa sebelum kita makan/ minum, tak kisah makanan org beri atau di kedai makan utk elakkan perkara sebegini berlaku. Maaf lah aku lupa apa doa nya. Siapa tahu, boleh lah kongsi di ruangan komen ya.

Semoga kita semua dilindungi olehNya dan dijauhkan dari orang yang penuh hasad dengki Aminnnn Aminnnn Aminnn. Harap Kak Farah tabah dan cepat sembuh. Semoga beliau diberi kekuatan untuk lawan benda-benda mcm ni. Get well soon Kak Farah.

Perkongsian Kak Farah: Tak tau nak nangis ke atau nak react macam mana!!
Seumur hidup Kak Fa tak pernah Kak Fa menghadapi perkara seumpama ini untuk diri Kak Fa. Seumur hidup Kak Fa juga, Kak Fa tak pernah langsung-langsung melalui pengalaman yang Kak Fa tak pernah nak ambil tahu dan Kak Fa ambil kira.

Nak pesan pada korang-korang kat luar tu... Kalau makan di mana-mana hati-hatilah... Kita tak tau apa ada dalam hati orang pada kita. Nampak senyum di luar, nampak baik di luar tapi dalamnya belum tentu. Jangan ingat kalau orang tu jenis suka menempek dekat kita, kalau orang tu jenis suka berkawan dengan kita, hati mereka ikhlas.

Sorry... Kak Fa jarang nak up status ber-aura-kan negatif macam ni ataupun apa2 sekalipun yang berunsurkan mistik.

Seksanya di "santau"... Yes read it ... di "santau" - Allah sahaja yang tau ya. 😭. In the first place, I didn't know that it is even a santau. Selalu baca-baca jer, tapi tak expect jadi pada diri sendiri. Huwaaa....

Kak Fa sakit bahu dan tengkuk dah almost 1 week plus. Kak Fa tak expect langsung-langsung yang sakit ni ada kaitan dengan santau. Lillahitaala. Tak terfikir langsung ke arah itu.

Bila tidur malam, terjaga, bila terjaga hati berdebar-debar dan rasa cemas tak tentu arah. Mood ada kali ok, ada kali swing. Sepanjang seminggu yang lepas ada malam-malam mimpi ular, mimpi menyusukan budak kecik. Tapi Kak Fa hanya anggap itu semua mainan tidur. Just another bad dream. Tu jer... Tak lebih dari tu. Bila terjaga, just istighfar. Lepas tu bila nak masuk Maghrib hati jadi sayu pilu sesangat. Automatik air mata mengalir.

Sakit tengkuk dengan bahu dua-dua belah toksah cakaplah.... Sakit sesangat, makin hari makin berat. Lepas tu pasti ada jer benda yang tak kena.

Hari ni menjadi-jadi sakit. Tapi diamkan jer lagi. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang ////////////////////// tegur. Katanya muka Kak Fa nampak hitam sesangat. Nampak gelap sesangat.

Terus dia tanya Kak Fa ada makan //////////// tak? Kak Fa automatik teringat seminggu yang lepas memanglah ada yang offer Kak Fa ///////////////. Awak ni ingat tak ada apa2lah kan? Tak terfikir semua benda tu, dengan lazatnya makan menikmati kesedapan tahap maksima. Ha ha ha.... Dan again tak terfikir langsung ke arah mistik2 ni semua.

Terus hamba Allah ni (dia memang menuntut di Darus'Syifa) bacakan ayat-ayat Al-Quran dan terus dia minta izin untuk tengok tapak tangan Kak Fa. Dah sakit sangat! Dah tak mampu dah... Maka Kak Fa pun berilah izin. Dia buat proses perubatan Islam depan rakan2 lain supaya tak jatuh fitnah. Kak Fa tak mintak punnnn... Dia yang dengan ikhlas dan rela hati offer diri untuk bantu Kak Fa.

Selepas pada tu, Alhamdulillah... bahu dan tengkuk rasa ringan. Tapiii... Selepas tu, terus terbatuk-batuk sampai akhirnya... Kak Fa rasa nak termuntah.

Pergi ladies... terus muntah melambak-lambak... Nak tau apa yang keluar? ////////// dengan serbuk hitam-hitam dan juga kuning-kuning dan ///////////. Walhal dah seminggu dah oiii insiden /////////////// tu. Allahuakbar....

Moral of the story: Dah kena sendiri, dah serik dan tak mo makan lagi dah apa-apa lepas ni orang offer.

*Kak Fa buat macam biasa jer.... Biarlah orang buat kita jangan kita yang buat orang. Itu antara dia dengan Allah SWT. Pesanan pada diri sendiri, lepas ni hati2 kalau makan apa2 yang orang offer walau baik macam mana sekalipun. Serik sangat2.




Semoga dipermudahkan semuanya...



13 comments:

  1. Allah.. Semoga Allah pulihkan semula kesihatan Farah.. Aamiin..
    sekarang memang kena extra hati-hati.. Susah nak tahu apa isi hati manusia lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kaksha.. aminnn. semoga kak farah pulih mcm biasa..

      Delete
  2. Siqah ada baca perkongsian Farah di FB. Semoga Farah cepat sembuh. Takut benda yang kita tak nampak ni sebenarnya. Huhu. Moga kita dilindungi. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda yg tak nampak ni mmg bahaya.. susah nak jangka..

      Delete
  3. kesiannya Farah, tak sangka kan orang sanggup buat macam tu haihhh manusia :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah manusia bila iri hati mcm2 dibuatnya...

      Delete
  4. Allahu .. bahaya sebenarnya.. tp tue lahr kita tak tahu hati orang mcm mana kan huhu..

    ReplyDelete
  5. takutnya :((( tula kan. orang ni kan. bila datang peel dia nak buat tak baik, alahai.

    ReplyDelete
  6. Seramnya... banyakkan baca zikir Bismillahillazi La Yadurru Ma'Asmihi Syaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaie, Wahuwas Sami' ul 'Alim....

    ReplyDelete
  7. allahuakhbar.. memang kena berhati-hati. yang baik pun kadang2 duri dalam daging. semoga kita semua sentiasa dilindungi.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.