Tuesday, 22 May 2018

Buah Tangan Untuk Pembaca Bajuwarnacoklat

15:27:00 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Haiiii. Jenggg jenggggg. Aku ada satu buah tangan yang dah lama aku tak kasi kat pembaca blog ni. Sebelum ni aku pernah buat freebies template yang INI untuk korang. Wah tak sangka dah 2018 pun masih ada yang minat dengan template tu. So now aku bikinkan satu template baru. Off courseeee free. Korang boleh guna. Kali ini aku gunakan tema warna purple. Aku dah lama nak kasi tapi aku buat sikit demi sikit so sebab tu siapnya lama template ni hahahaa. Preview dulu sepertimana gambar di bawah.


Simple je kan? Harap template kali ni ada yang suka. Nanti aku kongsikan koding dia pulak. Aku dah lama nak buat freebies template selain yang sebelum ni punya tu, tapi asyik lupa dan tak sempat je. Kalau ada kurang sila beritahu ya. Maklumlah, aku pun dah lama tak mengedit template, 'seni' mengedit tu dah takdokkk hahahahaa.

Btw selamat berbuka yaa kepada yang berpuasa. Putrajaya berbuka 7.21 hari ini!
Stay strong dan jangan mengelat!








Mystery Giveaway by Flavenesz

08:06:00 5 Comments

Komen tentang blog http://www.razanahanis.com, hmmm secara keselruhannya blog memang sangat kemas dan teratur. Cuma mungkin tang header, boleh guna font lain atau besarkan sikit saiz dia supaya nampak lebih menarik. Sbb font header mcm sama dgn font title. Tapi benda ni takde apa pun. Cuma cadangan saya sahaja heheehe sbb taktau nak komen pasal first impression apa sbb blog dah purrrrfecttttt sangat. Hehe



Monday, 14 May 2018

Rawatan Matikan Akar Gigi/ Root Canal Treatment di klinik presint 18

16:22:00 27 Comments



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Sebelum ni, aku sendiri tak pernah tahu tentang ada nya rawatan akar gigi ni. Bila diberitahu doktor baru lah aku tahu yg selain daripada cabut gigi, kita juga ada pilihan lain iaitu melakukan rawatan akar gigi atau root canal treatment. Tapi tu lah, kebanyakan mmg kita selalu dengar, gigi rosak, CABUT. Jarang dengar depa p buat RCT.

Faktor keperluan rawatan akar gigi biasanya adalah seperti berikut: 
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau penyakit lain seperti acute peridontitis
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami kesakitan yang berterusan
c. Dalam sesetengah kes kosmetik di mana akar gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai tanpa menimbulkan sebarang masalah.
d. Gigi yang telah mati (gigi yang telah kematian akar dikira gigi yang telah mati) dan gigi yang berubah warna. (kredit kepada sumber)

NAK CABUT VS NAK BUAT RCT
The journey of this gigi agak panjang jugak lah. Bayangkan, aku sepatutnya dapatkan rawatan akar ni dari sebelum aku jadi kadet lagi. Ko rasa? Takde lah lama sangat, ada lah dalam setahun lebih mcm tu aku postpone buat rawatan. Hahahahaa. Ya Allah teruknya perangai engkau wahai Raihanah.

Gigi yang aku maksudkan adalah gigi geraham. Ada tampalan besar. Mana taknya, gigi tu berlubang, lepastu aku biarkan dia terbuka dalam jangka masa yang sangat lama so dari lubang tu kecik je sebenarnya, dah jadi besar. Aku ingat lagi, masa tahun 2016, gigi aku rasa sakit gila gila punya sakit, masa ni mmg tak fikir apa dah, mmg nak hapuskan terus gigi yang sakit tu hahahaha. Nak cabut lah konon-kononnya. Sakit weiii. Aku fikir masa tu aku taknak sakit lagi dah so aku nekad nak cabut. Then pergi klinik gigi (gov), doktor tu beritahu, "Awak ada dua pilihan, sama ada awak cabut, atau awak buat rawatan matikan akar". Aku pun macam, "Matikan akar gigi??". The doctor said, "Kalau buat rawatan akar, gigi awak tak payah cabut". Aku masih ingat lagi, aku dengan yakin nya jawab, "Saya nak cabut gigi ni." Hahahahaha. Tapi doktor tu kata, tak sayang ke nak cabut? Aku muda lagi. Sementara boleh selamatkan, baik takyah cabut. Kahkah. Kena tarbiah sekejap dengan doktor gigi. Ibarat habis madu sepah dibuang je gigi aku ni. Time ni aku pergi klinik gigi kat Lenga. Kat situ klinik gigi dia kecik je. Bilik rawatan pon ada satu je. So untuk rawatan macam tampal ke cabut ke, memang ada lah. Kalau nak buat braces ke, rawatan akar gigi ke, doktor situ suruh rujuk klinik gigi kat bandar Muar. Haaaaa. Dari situ lah bermulanya kisah aku meng'postpone'kan rawatan gigi aku hahahahaa.

Bila doktor kat Klinik Gigi Lenga tu suruh aku refer klinik kat bandar, mmg lengah2 lah aku buat. Jauh jugak lah rumah aku dengan bandar. 1 jam camtu. Sbb tu aku malas. Hahaha. Doktor buat tampalan sementara je. Dia kata, tampalan ni sementara je sbb lepas ni aku kena refer doktor kat klinik lain.

Satu tahun lebih berlalu. Bila tampalan sementara tu dah separuh terbukak, baru lah aku terhegeh-hegeh nak p buat rawatan akar (RCT) tu. Lol. Itu pun selepas satu tahun lebih. Hahaha. Yee tahu, aku punya perangai mmg terukkk gila hehe.

SAMBUNG BUAT RAWATAN AKAR GIGI DI PUTRAJAYA
Aku sebenarnya agak malas nak pergi buat rawatan gigi kat Putrajaya ni. Sbb malas nak mintak excuse dari boss utk p klinik. Malas nak drive sorang2 p klinik. Segala-galanya malas bagi aku. Lol. Kalau malas, baik kau mati je hahaha. Amboi kasar noh ayat.

Laki aku yg beriya-iya suruh aku g klinik gigi Putrajaya. Disebabkan aku taknak jadi isteri derhaka so aku pun pergi lah klinik kat Presint 18 tu. Kalau bab rawatan gigi, aku mmg lebih prefer buat kat klinik kerajaan. Walaupun kena tunggu lama tapi amat berbaloi dan murah kalau nak dibandingkan dgn klinik swasta. Kalau kau jenis 'have-have' gituu boleh lah g swasta. Aku pernah tampal gigi di swasta hundred something mcm tu harga dia. Masa ni guna duit mak bapak so boleh lah sembang. Sekarang semua dah kena pakai duit sendiri so selagi boleh jimat, lebih baik jimatkan hahahaha. 

Kat Presint 18 punya klinik kesihatan ni parking mmg susah. So jangan pelik lah kalau tepi jalan kiri kanan penuh kereta berderet-deret ye. Sbb bukan org yg nak dapatkan rawatan gigi je, pesakit lain pun ramai dapatkan rawatan kat sini. Yelahh, nama pun Klinik Kesihatan. Kalau bahagian klinik pergigian, terletak kat tingkat 1.

RAWATAN KALI PERTAMA 
Ambil nombor, daftar. Masa daftar ni aku didaftarkan oleh seorang staff chinese perempuan. Dia nampak mcm profesional gitu, tapi dlm hati aku kata, takkan lah depa letak doktor kat luar ni buat daftar2 orang kot?
Kena panggil nombor kali pertama utk checkup. Kali kedua, baru dipanggil masuk ke dlm bilik rawatan. Masa nak menunggu ni mmg lama. Normal lah kan. Dtg pon lambat. Hahaha. Ada lah dlm satu jam lebih aku menunggu. 
Masuk bilik rawatan, eh staff yang kat kaunter tadi? Hahahaha. Itu rupanya doktor gigi hokehhh bukan sebarang orang tau. Aku cerita permasalahan gigi aku dari A sampai Z. Dia cek2 gigi aku dan setelah itu dia beritahu aku bahawa aku kena datang sekali lagi dan nanti baru lah akan dibuat RCT. RCT ni bukan mudah ye kawan2. Kena buat appointment dulu. Sebab satu kali rawatan RCT ni ambik masa dlm 1 jam. Masa kali pertama aku datang klinik ni, tempoh menunggu mmg lama. Tapi tempoh kt dlm bilik rawatan sekejap je tak lama mana pun.

Doktor tu nama dia Doktor Tan Siu Ni. Dia punya explanation mmg bagus. I can say yg dia mmg seorang doktor yang baik dan bagus dari segi cara dia layan patient.

Aku dapat temujanji utk dtg lagi sekali dalam 2 minggu kemudian. 

RAWATAN KALI KEDUA
Disebabkan kali ni aku dah pun buat temujanji dgn doktor, maka aku tak perlu lah menunggu lama seperti yang sebelum ini. Masuk bilik rawatan, Doktor Tan explain kat aku mengenai RCT ni sikit. Dia tanya samada aku nak ubat kebas/ bius atau tidak. Dia kata kalau aku taknak, dia okay sahaja tapi kalau semasa aku buat rawatan tu aku ada rasa sakit, dia minta aku angkat tangan dan dia akan berhentikan rawatan dan beri ubat. Aku pilih utk taknak letak ubat bius. Berani mati betol kan tindakan aku? Doktor Tan ada bgtau, ada patient yg tak rasa sakit pun, lebih2 lagi mcm kes aku ni sbb gigi aku dah lama sgt. Semasa rawatan dijalankan, aku tak rasa sakit pun. Serius. Cuma perasaan nervous dan takut tu mmg ada. Sbb aku nampak Doktor tu masukkan something mcm jarum halus ke dalam gigi aku. Serius cuak weh. Tapi alhamdulillah tak sakit pun. 


Nampak gambar di atas? Actually dia bukan jarum. Yg nama file tu. Dia mcm gerudi halus. Lebih halus dari jarum peniti tu tau. Masa rawatan ni kau cuma kena tahan bunyi ngilu mesin tu je lah. Sakit alhamdulillah tak ada. Mmg aku tak tipu. Syukur sangat. Bergantung kat gigi pesakit kot? Mcm gigi aku ni dah lama bebeno agaknya sbb tu tak berapa nak sakit. Tempoh masa utk 1 patient 1 jam mcm tu. Tapi disebabkan patient yang selepas aku ni dia tak dtg so doktor lanjutkan tempoh rawatan tu so ada lah dlm 1 jam 30 minit mcm tu aku punya rawatan. Aku boleh kata RCT ni agak rumit jugak. Bukan rumit kat aku. Rumit kat doktor tu. Untuk info lanjut korang boleh lah google. 

Selesai step pertama, doktor pun buat tampalan sementara. Dan aku kena datang sekali lagi untuk appointment akan datang pada bulan Jun. Mungkin utk next appointment ni baru lah aku rasa azab kesakitan yang sebenar? Hwarghhhh. Seram pulak nak bayangkan. 

Aku mmg puas hati dengan layanan dan servis dari Doktor Tan. Dia sangat best hokeh! Cara dia masa sepanjang rawatan dijalankan, setiap perbuatan dia tu semua dia explain kenapa. Dia masukkan itu, dia bgtau kenapa, dia masukkan ini, dia bgtau kenapa. Wahhhh. Selama ni kebanyakan doktor aku jumpa, tak semua rajin mcm dia ni. Dan tak lupa jugak kepada pembantu Doktor Tan ketika itu, Shima nama dia tak salah aku. Sbb doktor panggil dia Shima so mestilah nama dia Shima takkan Milah pulak? Thank you for both of you, perkhidmatan mmg tiptop.

To Doktor Tan Siu Ni, thank you so much untuk rawatan yang sangat kemas, baik dan teliti. Rasa mcm tak sabar nak habiskan RCT ni. Itu sbb dpt doktor baik. Kalau dapat doktor tak best, confirm malas nak datang lagi hahahhaa.

SIAPA KATA KLINIK GIGI KERAJAAN TAK BAGUS?
Haaa. Siapa kata klinik government tak bagus? Aku kerap kali buat rawatan gigi kat klinik kerajaan. Alhamdulillah semuanya okay. Normal lah kalau masa tunggu nombor giliran tu lama. Nak cepat, lepas subuh tu terus datang. I can see doktor-doktor dan staff di klinik kerajaan pun bagus dan baik belaka. Kalau pergi klinik swasta mmg lah cepat siap. Sbb apa? Sbb org yg menunggu tak seramai mcm kat klinik kerajaan. Nak tahu tak kos kalau buat RCT kalau kat klinik swasta berapa? Beratus-ratus tau. Aku ada juga baca2 pengalaman org, ada yg kena RM900 utk buat RCT ni (include x-ray). Harga mmg bagai langit dgn bumi kalau nak dibanding dgn klinik gigi kerajaan. Alhamdulillah untuk kemudahan yang satu ini. Untung rakyat Malaysia. 

Kepada korang, sila doakan gigi aku tenteram dan aman damai ye. Hahahaha. Sbb masa aku taip entry ni, adalah beberapa jam selepas aku buat rawatan. Gigi aku dah start denyut-denyut. Sakit tu tak lah. Dia mcm ada 'rasa-rasa' je hahaha lol taktau nak explain cemana. Harapnya tak sakit lah. Risau sakit time malam-malam je. Doktor Tan ada bgtau jugak, mmg normal kalau selepas ni aku ada rasa sakit. Lagipun rawatan akar ni belum selesai sepenuhnya lagi. Kalau ada sakit, dia minta aku utk datang buat checkup di klinik. Fuhhh fuhhh. Minta-minta lah dijauhkan dari sebarang rasa sakit Aminnnnnnnnn amiiiinnnnn.

So antara cabut gigi atau buat rawatan akar, saya pilih buat rawatan akar. Hahahaaa. Siapa ada pengalaman buat RCT? Cuba kongsi sikit tips dan pengalaman korang kat ruangan komen!

Doakan aku for the next appointment ya!
Have a nice day!


Friday, 4 May 2018

PERINGATAN: Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa anda sedari

14:26:00 13 Comments

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA | Baru hari ni terdetik nak berkongsi di blog mengenai perkara ini. Mungkin ramai rakan blogger yang dah tahu, tapi mungkin ada juga yang terlepas pandang, contohnya aku. Hahahaha. Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa kita sedari? Ya, memang bahaya. Kenapa? Uols baca sendiri perkongsian yang dikongsi oleh Kak Farah. Aku harap lepas ni kalau ada sesapa bagi korang makan ke minum ke, yang macam korang sendiri was-was, sila lah jangan makan. Tapi susah weh. Susah. Kadang isu macam ni, bukan musuh yang dengki, tapi orang yang baik dengan kita. Cuba kalau kawan baik kau kasi ais kepal milo ke? Mesti kau melantak je tanpa ragu-ragu betol tak?

Dulu mcm pernah baca, ada yang kongsi utk kita baca doa sebelum kita makan/ minum, tak kisah makanan org beri atau di kedai makan utk elakkan perkara sebegini berlaku. Maaf lah aku lupa apa doa nya. Siapa tahu, boleh lah kongsi di ruangan komen ya.

Semoga kita semua dilindungi olehNya dan dijauhkan dari orang yang penuh hasad dengki Aminnnn Aminnnn Aminnn. Harap Kak Farah tabah dan cepat sembuh. Semoga beliau diberi kekuatan untuk lawan benda-benda mcm ni. Get well soon Kak Farah.

Perkongsian Kak Farah: Tak tau nak nangis ke atau nak react macam mana!!
Seumur hidup Kak Fa tak pernah Kak Fa menghadapi perkara seumpama ini untuk diri Kak Fa. Seumur hidup Kak Fa juga, Kak Fa tak pernah langsung-langsung melalui pengalaman yang Kak Fa tak pernah nak ambil tahu dan Kak Fa ambil kira.

Nak pesan pada korang-korang kat luar tu... Kalau makan di mana-mana hati-hatilah... Kita tak tau apa ada dalam hati orang pada kita. Nampak senyum di luar, nampak baik di luar tapi dalamnya belum tentu. Jangan ingat kalau orang tu jenis suka menempek dekat kita, kalau orang tu jenis suka berkawan dengan kita, hati mereka ikhlas.

Sorry... Kak Fa jarang nak up status ber-aura-kan negatif macam ni ataupun apa2 sekalipun yang berunsurkan mistik.

Seksanya di "santau"... Yes read it ... di "santau" - Allah sahaja yang tau ya. 😭. In the first place, I didn't know that it is even a santau. Selalu baca-baca jer, tapi tak expect jadi pada diri sendiri. Huwaaa....

Kak Fa sakit bahu dan tengkuk dah almost 1 week plus. Kak Fa tak expect langsung-langsung yang sakit ni ada kaitan dengan santau. Lillahitaala. Tak terfikir langsung ke arah itu.

Bila tidur malam, terjaga, bila terjaga hati berdebar-debar dan rasa cemas tak tentu arah. Mood ada kali ok, ada kali swing. Sepanjang seminggu yang lepas ada malam-malam mimpi ular, mimpi menyusukan budak kecik. Tapi Kak Fa hanya anggap itu semua mainan tidur. Just another bad dream. Tu jer... Tak lebih dari tu. Bila terjaga, just istighfar. Lepas tu bila nak masuk Maghrib hati jadi sayu pilu sesangat. Automatik air mata mengalir.

Sakit tengkuk dengan bahu dua-dua belah toksah cakaplah.... Sakit sesangat, makin hari makin berat. Lepas tu pasti ada jer benda yang tak kena.

Hari ni menjadi-jadi sakit. Tapi diamkan jer lagi. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang ////////////////////// tegur. Katanya muka Kak Fa nampak hitam sesangat. Nampak gelap sesangat.

Terus dia tanya Kak Fa ada makan //////////// tak? Kak Fa automatik teringat seminggu yang lepas memanglah ada yang offer Kak Fa ///////////////. Awak ni ingat tak ada apa2lah kan? Tak terfikir semua benda tu, dengan lazatnya makan menikmati kesedapan tahap maksima. Ha ha ha.... Dan again tak terfikir langsung ke arah mistik2 ni semua.

Terus hamba Allah ni (dia memang menuntut di Darus'Syifa) bacakan ayat-ayat Al-Quran dan terus dia minta izin untuk tengok tapak tangan Kak Fa. Dah sakit sangat! Dah tak mampu dah... Maka Kak Fa pun berilah izin. Dia buat proses perubatan Islam depan rakan2 lain supaya tak jatuh fitnah. Kak Fa tak mintak punnnn... Dia yang dengan ikhlas dan rela hati offer diri untuk bantu Kak Fa.

Selepas pada tu, Alhamdulillah... bahu dan tengkuk rasa ringan. Tapiii... Selepas tu, terus terbatuk-batuk sampai akhirnya... Kak Fa rasa nak termuntah.

Pergi ladies... terus muntah melambak-lambak... Nak tau apa yang keluar? ////////// dengan serbuk hitam-hitam dan juga kuning-kuning dan ///////////. Walhal dah seminggu dah oiii insiden /////////////// tu. Allahuakbar....

Moral of the story: Dah kena sendiri, dah serik dan tak mo makan lagi dah apa-apa lepas ni orang offer.

*Kak Fa buat macam biasa jer.... Biarlah orang buat kita jangan kita yang buat orang. Itu antara dia dengan Allah SWT. Pesanan pada diri sendiri, lepas ni hati2 kalau makan apa2 yang orang offer walau baik macam mana sekalipun. Serik sangat2.




Semoga dipermudahkan semuanya...



ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

13:09:00 4 Comments




Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak Bergigi, Add To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

** support I ya.....