Friday, 20 April 2018

SEGMEN AMINKAN DOA SAHABAT


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tertarik dengan nama segmen ni, iaitu segmen aminkan doa sahabat. Bagus owner blog sebab anjurkan segmen begini. Semoga kita sama-sama diperkenankan doa dan segala yang dihajati.

Doa dan impian aku banyak. Tapi apa yang aku betul-betul hajati sekarang adalah semoga Allah permudahkan dan lindungi perkahwinan aku. Siapa yang 'kawan''dengan aku di IG mungkin tau lah yang aku sudah pun mendirikan rumahtangga Februari lepas. Namun begitu, aku dan suami diuji dengan jarak yang mana aku kini bekerja di Putrajaya dan dia di negeri yang lain. Kalau nak pergi tempat dia lebih kurang 5 ke 6 jam jugak lah nak sampai. Masa bercinta tak rasa pun jarak ni sebagai ujian. Dah kahwin, Ya Allah, berbeza betul. Doakan segala urusan aku dipermudahkan ya? Aku ada juga minta ditukarkan penempatan namun begitu besar kemungkinan permohonan kami tidak dipandang atau diluluskan memandangkan kami masing-masing bekerja di tempat yang memang nak pakai orang. Takpe. Yang penting kita dah usaha. Aku memang redha je. Yelah, ada rezeki, ada lah. Kalau belum lagi, mungkin Allah tangguh kan dulu sebab sesungguhnya perancangan dia lebih baik.

Doakan aku ya?

Semoga rumahtangga aku dilindungi dan segala urusan kami suami isteri dipermudahkan. Siapa yang suami isteri pjj haaa dia tau lah apa iols rasa. Hehee

Aku doakan juga segala yang kalian hajatkan tercapai. Aminnnn..


13 comments:

  1. Insyaallah. Semoga doa-doa diperkenankan. Amin. Salam perkenalan awak 😁

    ReplyDelete
  2. Aamiin..semoga Allah permudahkan urusan, saya pun pernah PJJ dengan suami. Btw datang dari segmen yang sama dan follow sini :)

    https://www.nurzariniismail.com/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan.. Semoga ditempatkan di tempat yang terdekat dengan pasangan. Insyaallah..

    ReplyDelete
  4. aamiin ya rabbal alamin..
    Insyaallah semoga doa kita diperkenan kan

    Singgah dari segmen sama
    https://z3tty.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    Follower #1677

    ReplyDelete
  5. Aminnn semoga dipermudahkan urusan awk dan suami. smga kelulusan utk berpindah diluluskan

    ReplyDelete
  6. amin amin. mudahan cepat la sis dapat tukar penempatan tu. wallaupun mungkin agak susah, tapi kekalkan berdoa ya. azah dah follow dah blog :) azah pun ada join, jemput baca :

    http://www.azahrahaman.com/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  7. آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
    Semoga segala doa kita Insha Allah akan dimakbulkan..
    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/05/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  8. Aamiin aamiin ya rabbal alamin..

    Semoga Allah makbulkan doa sis serta suami dan kita semua. Semoga di permudahkan segala urusan sis dan suami..

    ReplyDelete
  9. Aamiin aamiin ya rabbal alamin..
    Semoga Allah permudahkan urusan pertukaran Rai dan usaha untuk Rai dan suami duduk bersama.. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. berat juga ujian tu bila berjauhan lepas kahwin. Makin tinggi rasa rindu tu kan? Semoga cepat2 dapat duduk sebumbung. Be strong ye Rai :)

    ReplyDelete
  11. Ameen. Semoga Allah makbulkan doanya..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.