Tuesday, 13 February 2018

QivyFem Hygiene Foam pencuci MissV 2 dalam 1 !

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah. Masih bernafas di bumi Allah dan diberi kesempatan untuk bershopping dan menghabiskan duit sendiri. Lepasni perabis duit laki pulak tak gitteeewww? Kahkahh. So I nak review sikit kepada pembaca blog I yang tercinta tentang satu produk yang I beli iaitu QivyFem Hygiene Foam.

Apa QivyFem Hygiene Foam ni?
Sedikit pengenalan mengenai QivyFem Hygiene Foam, bauan aromaterapi buah kiwi serta menggabungkan daun bidara dan juga daun sireh. Ekstrak lainnya seperti aloe vera, bunga myrhh, bunga camomile dan pudina ditambah untuk penjagaan dari masalah keputihan. Dihasilkan dalam bentuk foam yang lembut untuk Miss V. Harga adalah RM30 untuk 200 ml.

Promoter tu kata kat aku, benda ni bentuk foam, boleh guna jugak untuk tanggal mekap. Maybe sbb dia nengok muka aku sarat noh dengan bedak tebal agaknya? HAHAHAAA. Dia picit foam tu kasi aku. Aku sapu-sapu kat tangan, not bad. Kata promoter tu lepas pakai ni tak payah cuci pun boleh. Actually benda ni pencuci Miss V hokehhh!!! Aku agak impressed lah jugak sbb dia kata kat aku, kalau aku nak guna untuk sapu kat muka untuk tanggal mekap pun boleh. Lepastu dia kata, lepas pakai QivyFem Hygiene Foam ni, tak payah bilas pun boleh. Maka aku pun grab lah satu botol. Heheeeeeeee


Inilah QivyFem Hygiene Foam yang aku maksudkan. Sebelum aku guna sebagai pencuci MissV aku telah gunakan QivyFem Hygiene Foam ni sebagai makeup remover. Sebab aku nak tengok sejauh mana kesahihan dan ke-remove-an benda alah ni terhadap makeup aku. Hahahaa


Produk ni berbalut. Yang mana I liket verrryyyyyyyyyy much. Terasa selamat dan suci gittewww HAHAHAA


Inilah foam yang dimaksudkan. Sangat sangat lembut dan bau best. Untuk pengetahuan korang, aku telah sapu QivyFem Hygiene Foam kat mata sbb kat bahagian muka aku ni, part mata je yg quite heavy sikit sbb ada eyeshadow, ada eyeliner, ada mascara bagai. Kalau tak cuci betul2 atau sekadar cuci dengan pencuci muka biasa je dia akan meninggalkan kesan hitam kat bawah mata yang mana menunjukkan bahawa kau tak cuci bersih! Siapa selalu pakai mascara eyeliner bagai tu dia tau lah. Tonyoh2 lembut je kat mata tu. Takyah beriyee sangat. Pejam mata lepastu sapu kat mata awak yang bermekap tu. Mata tak pedih pun cuma rasa sejuk. Aku mmg dah biasa sbb pencuci muka aku pun sejenis yang meninggalkan kesan sejuk kat muka. Cooling gitu.  Kesannya agak mengagumkan lah sbb mascara/ eyeliner/ eyeshadow tu semua tertanggal dan bersih mata aku. Serius aku suka.

Kalau pakai kat MissV pun just satu kali picit je takyah banyak2. Satu picit tu dah banyak dah sebenarnya. Cukup untuk buat tanggal mekap dan cuci MissV. Memang rasa segar dan bau dia memang best. Sesuai sangat untuk wanita-wanita di luar sana.


Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke 
Whatsapp 013-2023279. 
Instagram Aura Ungu HQ

Ini bukan entry berbayar. Review ikhlas dari hati gittew. Hahahaa. Produk baik kenalah share share kan? Boypren je cannot share. Hehehh

Oh ya. Lupa nak bgtau, selain QivyFem Hygiene Foam ni actually ada banyak lagi produk yang dikeluarkan oleh Aura Ungu ni. Sila godek-godek FB depa yaaa. Ada shampoo, shower gel, sabun untuk merawat kulit. Lagi apa entah. Sila check sendiri. Hahaa

Okay thats all for today. Doakan Rrai rajin update blog dan berjaya dalam hidup ya! Taaaataaaa!



6 comments:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.