Monday, 8 January 2018

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies


TULIS SEBUAH CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN 'LIMITED EDITION' ATAU 'SPECIAL EDITION' ATAU 'EDISI TERHAD' ATAU 'EDISI ISTIMEWA'.


Cerita? Sejujurnya tidak ada apa-apa cerita menarik yang ingin dikongsikan bila berkaitan dengan limited edition ni. Kenapa? Sebab aku jarang 'mampu' untuk dapat benda-benda limited edition ni. Bunyi macam kesian kan? Tapi percayalah, tidak ada sekelumit pun rasa rendah diri. Kalau bercakap tentang barang, ya, aku memang tak ada membeli barang yang sebegitu berada dalam kategori edisi istimewa ni. Kebanyakan barang macam ni harga dia 'lebih mahal' sedikit kan. Jadi aku mana lah mampu. Aku baru mula kerja. Jadi keghairahan nak membeli-belah kat barang limited edition ni mcm terbantut bila banyak komitmen yang lebih memerlukan. Jadi kalau tang barang, tak ada. Kalau ada rezeki dapat tudung aidijuma gold label haa aku rasa tu lah julung kalinya dapat merasa barang limited edition.

Tak payah kesian pun kat aku.

Sebab. Aku dapat someone yang limited edition punya to be mine one day! Haa yang ni baru dikatakan limited edition. Sbb belum pernah lagi jumpa yang macam dia. Belum pernah lagi jumpa yang perangai macam dia. Belum pernah lagi jumpa yang comel macam dia. Belum pernah lagi jumpa yang annoying tapi tetap I sayang macam dia. Belum pernah lagi jumpa yang sweet tapi tegas macam dia. Belum pernah lagi jumpa yang boleh tahan maki macam dia. KAHHKAHHH. Sebab tu dia special. Terlalu istimewa sbb no one can beat him. K dah sudah. Takyah puji lebih-lebih sangat karang dia terbaca entry ni habis kembang semangkuk dia.

Korang yang nak join boleh klik pada banner di atas. Good luck ok!

2 comments:

  1. terimak asih di atas kesudian sis utk menyertainya... all the best ya...

    p/s da follow sblm ni ;-)

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.