• Home
  • About
  • Tuto
  • Freebies
  • Tempahan
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

RRAI




ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


I was scrolling and checking all the draft post until I saw this. Whatttt???! Aku ada buat entry pasal pengalaman aku p temuduga degree dulu? Apahal draft? Apahal tak publish? Panjang gila kot aku menulis kat entry ni. Kahhkahh. Sekali baru aku teringat, OHHHHHHH. AKU FRUST SANGAT NI MASA TU. MERAJUK KONON-KONON. TERUS TAKNAK PUBLISH. Alahai perangai. Alkisahnya begini, aku ada dapat tawaran temuduga untuk kos degree law kat UKM. Aku pergi. Dan bila result dari UKM keluar, aku berjaya interview tu. TAPI. TERTAKLUK kepada keputusan daripada UPU. Sebab aku mohon under UPU. So bila result kat UPU keluar, aku tak dapat. Rupanya sebab aku tak beri dokumen sepertimana yang diminta oleh pihak UPU. Gitu lah kot kisahnya. Aku boleh mcm, eh kena bagi dokumen eh? Lol. Aku frust gila weh masa tu. Hanya Allah je yang tahu. Menangis tu dah semestinya lah. Rrai kot. Kompem ah nangis. Hahaha. Lama jugak lah aku nak move on time tu. Yelahhh, aku lepasan diploma kot masa tu. Dia punya membuak-buak nak sambung belajar tu lain macam. Mujur jugak aku dah buat entry ni awal2. Dah nak masuk 2019 weh. Kejadian berlaku aku rasa awal 2016 camtu. Hahahaa. Ok jom baca apa aku membebel dua tahun yang lalu.
______________________________________________________________

Secara jujurnya ini kali pertama aku pergi temuduga ataupun interview untuk sambung belajar ni. Masa diploma dulu takde kena iv [interview] pun. Jadi aku punya nervous tu memang luar biasa sungguh, serius tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Lagi seram dari tunggu turn nak pergi jumpa doktor tau. Pulak tu memang tak pernah ada pengalaman langsung. So memang tak boleh nak imagine macam mana laa situation iv tu nanti.

Aku dapat tahu yang aku terpilih untuk pergi iv kemasukan sesi akademik 2016 2017 ni pun lebih kurang seminggu lebih sebelum tarikh iv. Jadi memang prepare asal boleh jelah jawabnya. Tak silap aku dia bagitau melalui email atau sms macam tuuu. Ingat-ingat lupa lah. Email rasanya. Sbb selalunya email je yang aku endah tak endah ni. Sejak2 daripada kes Ukm tu sekarang aku jadi alert gila tiap kali ada mesej masuk kat email. Lagipun hal-hal blog macam paid review dan gift review pun selalu by email so email mmg memainkan peranan penting dalam hidup gua hahahahaa.

Bila dapat tahu terpilih untuk iv UKM ni aku rasa macam oh my god its such an honour sebab UKM is one of the best university kat Malaysia dan dalam wishlist university yang aku harap sangat-sangat aku dapat masuk, UKM adalah nombor satu ok! Masa mohon UPU pun aku letak UKM sebagai pilihan pertama. Salah satu faktor mungkin sebab aku suka UKM sebab UKM sangat memartabatkan bahasa ibunda kita. Dan kalau kau tanya semua orang aku rasa mana ada orang nak lepaskan peluang kalau dapat masuk UKM.

SEBELUM TEMUDUGA
Sebelum temuduga ni banyak preparation yang kita kena lakukan. Paling penting sudah semestinya lah study kan? Tapi percayalah kataku, macam aku, kos aku iv ni Ijazah Sarjanamuda Undang-Undang dengan Kepujian, so I expect dia akan tanya pasal Perlembagaan Persekutuan ke, Kanun Keseksaan ke, Seksyen-seksyen bagai tu, bidang kuasa mahkamah, parlimen apa semua tu tapi sebenarnya TAK LANGSUNG. Interviewer tak tanya pun pasal akta-akta semua tu. Hahahaaa

Bila kau tanya kat kawan-kawan atau kat mereka yang dah ada pengalaman pergi iv untuk study ni, majoriti akan kata, BACA PASAL ISU SEMASA. Begitu juga dengan iv untuk kerja kerajaan, semua akan bagi tips, BACA PASAL ISU SEMASA. Memang betul pun. Isu semasa memang sangat penting sebab memang itulah soalan famous yang akan ditanya. Aku takdelah nak kata kau nak kena study isu semasa tu semua. Tapi, sekurang-kurangnya tahu sikit pun jadi lah. Contohnya masa time aku iv tu, isu semasa yang famous yang berkaitan dengan undang-undang adalah kes rogol Eno Fariha tuuu. Jadi aku expect mungkin lah akan ditanya tentang isu tu dan akta berkenaan jenayah rogol dalam kanun keseksaan. Tapi tak pun. Aku tak kena pun soalan-soalan killer macam gitu. Aku rasa soalan yang aku kena masih boleh diconsider sebagai senang lah jugak. Hahahaa

Pemakaian sebelum korang pergi iv pun penting. Disebabkan kos yang aku mohon ni adalah undang-undang, jadi typical lah kan budak undang-undang pakai blazer dan pakaian warna hitam putih. Takkan tu pun taktahu kan? Hahahaaa. Ramai yang pakai blazer masatu dan pakai tudung putih baju hitam. Lelaki pulak ramai yang pakai pakaian segak hitam putih nak p pejabat tu. Actually takde lah dia kata kita tak boleh pakai baju warna pink ke oren ke, tapi seeloknya pakai lah hitam putih kalau korang p iv untuk kos undang-undang. Lagi molek gitu. Baru nampak macam lawyer kan kan hahahaa. Tapi aku tak pakai pun blazer. Tak pakai pun hitam putih. Pakaian aku hitam, tudung aku kaler mustard tak silap aku. Aku main bedal je hahahaa. Ada je yang pakai tak ikut hitam putih. Janji pakaian korang menutup aurat dan sopan. Tapi jangan ler pakai jeans pulak tu cari nahas namanya hahahaa. Kaksha bgtau aku, kalau boleh jangan pakai pakaian dan tudung yang warnanya 'mantul' sangat, I mean, terlalu menyerlah dan menjolok mata melihat. Contohnya baju warna kuning pekat yang betul2 kuning tu. Haa kan menyerlah gilaaa tuuu.

Selain pakaian, korang juga nanti kena bawak dokumen-dokumen penting, resume dan sijil-sijil korang. Salinan dan juga original. Untuk fail sijil orginal tu sebolehnya pakai fail yang senang nak selak-selak tu. So nanti interviewer senang nak belek. Yang salinan punya pun, susun siap-siap ikut list dia kasi. Dari rumah, pastikan korang bawak semua yang wajib dibawa.


Untuk letak sijil-sijil original letak dalam fail mcm kat gambar atas tu. Tapi yang fail hitam tu untuk kad holder punya fail. Hahahaa. Aku google tak jumpa A4 punya. Tapi lebih kurang mcm tu laaa. Yang ada plastic dalam dia tu untuk kita masukkan sijil tu. Elakkan letak macam dalam fail yang aku tanda pangkah tu. Bukan elakkan je, kalau boleh jangan. Hahahaaa. Nanti sebelum masa daftar, kita kena serahkan fail tu kat staff yang jaga registration. Sebab tu aku kata siapkan fail awal-awal kat rumah. Kat rumah tu susun betul-betul sijil tu semua. Sebab nanti dah sampai tempat iv, takde masa dah nak susun susun fail.

Kalau rajin bawak laa air masak ke, gula-gula ke, untuk elakkan korang terlebih nervous sebelum menunggu giliran tu. Sebab kemungkinan kalau korang daftar lambat, mungkin turn korang petang [even kau datang daftar pagi]. Sebab aku sampai pagi, turn aku petang. Lama gila tunggu turn sampai.

Oh ya, alat tulis pun sila bawak siap-siap yaa sebelum nak pergi iv. Mungkin ada sesetengah kos tu tak kena kot tapi kos aku mohon ni sebelum iv, ada ujian bertulis. Jangan risau, bukan soalan killer yang berkaitan dengan undang-undang pun. Alat tulis pun pen je pun dah okay. Tak perlu pun pembaris, pemadam tu semua sbb soalan adalah dalam bentuk karangan.

Kasut pulak, pakai kasut yang sesuai yaa. Jangan pakai selipar tau. Kena suruh balik pulekkk nanti hahahahaa.


SEMASA TEMUDUGA
Pada hari korang kena iv tu, kalau boleh datang lah awal. Trust me, ramai gila yang akan beratur masa nak daftar tu. So kalau korang datang lambat, jenuh laa korang nak berbaris panjang berjela tu. Aku sampai tepat2 masatu. Pukul 8 ke 9 macam tu. *lupa*. Aku sampai je orang dah ramai gila beratur. Sumpah panjang gila weyh. Nak taknak beratur jelah. Kiri kanan semua parents ramai sangat-sangat. Tempat aku iv ni kat Holiday Inn. Holiday Inn ni salah satu hotel yang famous kat Melaka. Alhamdulillah laa aku memang arif sangat dengan nama Holiday Inn ni sbb dulu sepupu aku pernah practical kat sana. Hotel kat Melaka dahlah banyak gila. Kalau tak tahu mesti tersasul agaknya. Tapi lokasi Holiday Inn ni memang senang nak jumpa. Sangat dekat dengan Mahkota Prade tu. Kat Holiday Inn ada banyak bilik-bilik besar. Jadi no wonder lah iv kat situ.

Masa daftar tu tak silap aku kena tick nama and sign je. Dan kita akan dapat pelekat nombor giliran. Nanti tampal kat baju kita [kat atas dada]. Kemudian kita kena serahkan fail yang kita dah susun sijil2 original tu dan salinan (dokumen2 sepertimana yang dah tertulis dalam surat panggilan temuduga). Sebab tu aku kata takde masa nak susun fail sebab kat tempat aku iv tu tak ada kerusi pun tau. Dia macam ruang besar yang just ada carpet je. Ada lah macam sofa yg boleh 4-5 org duduk kat penjuru tu tapi disebabkan ramai parents jadi parents yang duduk situ. Tu pun tak semua parents dapat duduk. Ramai yang berdiri je pada awalnya. Tapi bila dah berjam-jam tunggu, semua duduk bersila je kat atas karpet tu. Termasuklah aku.

Selesai daftar, kena tunggu ikut turn untuk ujian bertulis. Nanti kena masuk dalam satu bilik ni. Bilik tu siap dah ada meja kerusi semua. Akan ada orang yang jaga. Soalan dia ada dua. Satu in english dan satu lagi malay. Dua-dua kena buat dalam bentuk karangan. Soalan aku dapat masatu yang dalam english, pasal love and money. Yang dalam bm pulak aku lupa. Tapi soalan-soalan pesen gitu laa. Korang kena bijak karang ayat dan keluarkan pendapat je. Kalau korang tahu quote-quote dari ahli falsafah ke, A. Samad Said ke sesapa ke, sertakan je sekali. Masa tak silap aku 30 minit utk jawab kedua soalan tu. Eh jap 30 minit ke 15 minit ekh? Hahahahaa. Aku lupa. *sorry* Mana tak banyak lupa iv tu masa bulan 5 kot sekarang ni dah 31hb 10 hahaa. 

Selesai ujian bertulis, bermula lah sesi paling menggerunkan iaitu sesi temuduga. Kita akan masuk 5 orang sama-sama iv dalam bilik iv tu. Jadi takdelah gementar sorang2 tak? Hahahaa. Tapi silap tu. Bila korang di-interview ramai-ramai, korang akan rasa lebih rendah diri bila orang kiri kanan semua petah berkata-kata dan kau like, a potato chips antara ramai-ramai tu. Jadi nak taknak, beranikan lah diri anda untuk sama-sama bercakap dalam bilik iv tu.

Aku punya turn masatu nombor 77. Petang. Aku kena iv masatu dalam nak pukul 5 tau. K ko bayangkan lah. Dari kepagian aku menunggu. Kau bayangkan betapa lama aku tunggu turn dalam penuh debaran. Hahaha. Orang kata turn awal-awal ni laa yang bagus sbb cepat habis iv, cepat habis rasa nervous. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, siapa yang kena awal, soalan diaorang dapat lagi susah dari kami yang kena iv lambat. Mana taknya, aku berjam-jam kot duduk bersila berhampiran dengan bilik iv tu, semua orang lepas keluar bilik iv, semua aku tanya, interviewer tanya apa hahahaha. *kepoh*

Ada yang kena introduction in english. Ada yang kena bm. Soalan pulak satu soalan in english. Satu soalan in malay. Antara soalan-soalan yang ditanya adalah pasal corruption, hudud, isu transgender, dan macam-macam lagi soalan. Masatu aku harap sgt aku dapat soalan pasal hudud. Sebab hudud dulu masa aku belajar kat kolej, aku sangat suka subjek tu [undang-undang jenayah islam] dan aku selalu bagi attention lebih masa Cik Yuhanis explain dalam kelas. Aku suka gila subjek ni tau. Tapi group sebelum2 aku pulak yang dpt. So sah-sah laa aku tak dpt soalan hudud kan? Aku risau kalau dia tanya soalan lain yang susah susah. Nama pun kos undang-undang, kalau soalan tak susah tu bukan kos undang-undang namanya hahahaa. *but now aku rasa kos paling susah adalah kos account dan bukanlah undang-undang*

Bila turn kau lambat gila ni, maka kau berpeluang lah tengok macam-macam ragam orang yang datang iv ni. Ada yang pendiam, nampak macam tak reti cakap, tapi dalam bilik iv dialah yang paling lantang bersuara keluarkan pendapat, ada yang jalan sana sini penuh yakin, speaking dengan semua orang, cakap pasal isu parlimen apa semua tapi dalam bilik iv dia tergagap-gagap tak cakap apa pun. Aku tak banyak pun cakap dengan semua candidates sebab masatu ada kawan satu kolej dgn aku yang sama iv dgn aku so aku banyak cakap dgn dia je. Aku ni student dari kolej biasa, jadi bila datang iv tu aku memang rasa 'kecik' sangat jika nak dibandingkan dengan student2 lain yang dtg daripada universiti terkemuka lain. Memang rasa rendah diri tu adalah rendah yang paling rendah sangat-sangat hahahaa. Bila orang cakap, 'eh kau kan dapat ANC mesti kau boleh punya lah!' Eh ko ingat ANC boleh membantu ke masa iv? Hahaha. TAK okay. Tak kesah lah ko budak dekan setiap sem ke dapat ANC ke, kalau iv tergagap-gagap, jangan haraplah dapat. Sebab interviewer tu tak tanya pun berapa pointer awak masa sem satu? Awak dapat anugerah naib canselor ke tak? Berapa cgpa awak? Semua tu dah ada dalam fail kita, bila kita duduk depan mereka, mereka nak tengok kebolehan dan keupayaan kita bercakap dan mengeluarkan pendapat. Tak reti bercakap, Lee Kwang Soo OUT. *nada running man*


Sebelum masuk dalam bilik iv, ada staff yang akan panggil kita untuk beratur depan bilik iv. 5 orang kesemuanya. Kiranya kita berlima tu lah yang akan bersama-sama ditemuduga di dalam bilik tu nanti. Iv ni bukan iv sorang-sorang macam iv kerja. Situation lebih kurang macam gambar atas tu laa. Ada 4-5 orang yang akan interview kita, termasuklah dekan fakulti undang-undang UKM. Jadi bila dah masuk tu, duduk, dan kemudian kita akan disuruh untuk memperkenalkan diri masing-masing. Alhamdulillah kiteorang dapat dalam bahasa melayu. Mean perkenalkan diri dlm bahasa melayu. Macam mana nak tahu in bm or bi? Korang dengar betul2 soalan dia, kalau dia kata, perkenalkan diri awak, haa jawab laa dalam bm. Kalau dia kata, introduce yourself, so jawab laa dalam bi. Macam tu jugak dengan soalan2 yang lain. Kalau ditanya dalam english, jangan jawab in malay. Ini jugak tips yang aku dapat dari kawan-kawan yang kena iv awal awal tu. Hahaha. See. Untung jugak kena lambat.


Selesai perkenalkan diri, kiteorang dapat soalan, apakah novel terakhir yang awak baca dan ceritakan secara ringkas tentang novel tu [in english]. Interviewer tu akan tunjuk kat siapa untuk jawab dulu dan siapa yang akan jawab selepas tu. Jadi takde isu berebut-rebut nak jawab. Tapi tgk jugak laa sbb group sblm ni bgtau aku, dieorg kena berebut utk jwb soalan. Aku tak expect pun soalan macam ni. Tak jangka langsung. Tapi nampak je macam senang kan soalan ni? Tapi interviewer tu akan tanya tau pasal novel korang baca tu dan kalau mereka tak jelas dgn ayat korang, dia akan tanya lagi. Aku masatu cakap pasal novel Ramlee Awang Murshid yang bertajuk Imaginasi sbb tu novel aku baru baca masatu, Agak terkial-kial dan tunggang terbalik jugak laa ayat aku hahahaa. Aku dah macam, Yaa Allah macam mana aku nak cakap yang org kg kata Suhaila ni bela saka? Hahahaa. Aku ingat lagi ayat aku, "You know what I mean? Saka? You know what is Saka? Saka is a ghost" HAHAHAHAAHAHAHAHAHA sumpah aku nak ketawa bila aku ingat balik. Sebab novel Imaginasi ni pasal Suhaila yang dikatakan bela saka singa. Tapi sebenarnya tak pun tu bkn saka singa. Tu mak dia, kena sumpah jadi singa. Mak dia ni berasal dari tempat lain. Aku takrifkan maybe mak dia ni tinggal kat tempat-tempat ghaib gitu laa, like bunian? Sbb aku pun taktahu nak kata mak dia orang bunian ke apa hahahaa. Aku siap cakap lagi aku start fall in love dengan undang-undang bila aku start baca novel-novel Ramlee Awang Murshid sbb dia selalu tulis novel pasal crime dan membuatkan aku lagi rasa nak belajar pasal undang-undang kat Malaysia. Aku masih ingat dengan jelas, dekan tu tanya aku, "So you wanna be a writer?", aku cakap yaa, aku harap aku dapat jadi penulis berjaya. Lol.


Soalan bm pulak, kami ditanya pasal apa pendapat awak tentang baik dan buruk. Macam gitu lah soalan dia. Terpinga-pinga pulak aku nak jawab weyh. Nampak je mcm senang. Tapi kat dalam bilik iv tu bila ditambah dengan perasaan nervous, soalan mcm gini pun boleh jadi susah tau. Hahaha. Aku jawab jelah membebel ape kebende entah masatu. Masa aku iv tu aku satu group dengan 2 malay girls, 1 chinese boy dan 1 indian boy. Soalan pasal novel tadi aku rasa mungkin interviewer nak tengok adakah kita ni seorang yang rajin membaca atau tidak dan apa jenis buku yang kita baca. Mungkin korang akan dapat extra point kalau kau kata kau baca buku ilmiah pasal undang-undang ke? So dari situ dapatlah dilihat kita ni masa senggang kita baca buku ilmiah atau komik/novel ke. So jangan expect soalan begini senang yaa. Ada maksud tersurat tersirat disitu. Soalan baik buruk tu pulak boleh dikira soalan paling senang, cuba bayangkan, kalau soalan macam gini kita tak dapat bercakap dengan petahnya, mesti interviewer tu akan terfikir, budak ni baru soalan mcm ni dah gagap, ni kalau tanya pasal soalan jenayah ke mesti diam terus. Soalan kedua ni sebenarnya mcm dia nk tgk cara kita bercakap macam mana.

Selesai dengan soalan, kami diberi peluang untuk bertanya kalau ada apa-apa nak ditanya. Dan dekan tu cakap, bilangan yang mohon sgt ramai dan tempat sangat limited, jadi kalau tak berjaya jangan sedih yaa sbb tempat sangat limited. Aku pun mcm, okay fine tak apa. Dapat panggilan temuduga pun dah kira satu pencapaian bagus bagi aku. Yeelaa bukan semua orang dapat panggil iv UKM kan? Aku tanya interviewer tu, kalau tak berjaya kena buat rayuan, then dlm rayuan boleh mohon UKM lagi tak? Lolol. Hahahaa. Dekan tu ckp boleh je kalau nak mohon UKM lagi. Hehehee

Habis je iv, aku rasa lega sangat-sangat.

____________________________________________________________________


Sekian, itu je hasil potpet aku dua tahun lepas. Selepas daripada tamat interview tu aku tak ingat apa jadik dah. Yang aku ingat bapak aku ambik aku dan kami jalan kat melaka kejap then balik rumah. 


Macam yang aku cakap tadi, aku lulus interview tapi tak lepas kat UPU. Nak buat cemana dah bukan rezeki aku agaknya. Itsokay. Ada hikmah. Tak lama lepas tu aku dapat tawaran p ujian kerja gov and interview. Alhamdulillah rezeki kerja aku datang dulu agaknya. And here I am. Alhamdulillah. Sekarang dah nak jadik Mak orang dah pun. Nak sambung degree? Puihh. Angan-angan jelahhh. Laki aku awal-awal dah kata, dia no hal je kalau aku nak sambung study. Dia boleh je tolong jaga anak apa semua. Tapi aku ni haaaa. Boleh ke nak sambung belajar? Isnin sampai Jumaat kerja. Weekend study. Wahh wahh. Pulak tu kerja aku kadang weekend pun kena kerja. Tu belum bila ada operasi ke apa, celah mana nak study and buat assignment? Hahahaa. Cehwah. Alasan kau kemain banyak yee Rrai.

Untuk korang yang sedang belajar/ bakal menyambungkan pelajaran/ berniat nak sambung study, aku ucapkan tahniah dan semoga maju jaya dalam kos yang korang ambil. Jgn sedih-sedih kalau jadi mcm aku ni yang tak dapat UPU. Hahahaha. Rezeki Allah sangat luas, tiada batas. Kita mungkin sedih hari ni, In Sha Allah hikmah dan manisnya kita akan nampak kemudian. Percayalah kataku yang pernah mengalaminya ni.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Bersangka baik lah dengan Allah walau apa pun situasinya. Suami aku selalu pesan, semua jadi bersebab. Fuhhhh. In Sha Allah.

Semoga kita semua dipermudahkan urusannya.. Aminn aminnn



Share
Tweet
Pin
Share
8 COMMENT
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Happy Saturday korang! Sebelum ni aku ada share font-font yang comel dari Dafont. Klik SINI kalau nak tengok. Kali ni aku nak kongsi font yang tak berapa nak comel tapi nampak lebih smart dan cool gittew cehhwahhh. Sesuai sangat untuk letak kat header bagi sesiapa yang tak suka tulisan mendayu-dayu, berangkai-rangkai dan nampak kawaiii bebeno. So font sebegini sesuai utk korang. Aku pun dulu pernah guna font jenis mcm ni. Senang orang baca apa aku tulis! Hahaa

Font yang aku nak kongsikan ni adalah dari DAFONT. Ingin aku tegaskan bahawa ianya bukanlah rekaan aku yee. Korang boleh klik pada link download dan kalau nak donate to author amatlah dialu-alukan. Hehee.


1. Quartzo by Herofonts


Download: https://www.dafont.com/quartzo.font

2. Adam by Adam Ericsson


Download: https://www.dafont.com/adam.font

3. Aliens And Cows by Zetafonts


Download: https://www.dafont.com/aliens-and-cows.font

4. Coyote by Phitradesign


Download: https://www.dafont.com/coyote.font

5. Revolution by Saji Johnny Kundukulam


Download: https://www.dafont.com/revolution-saji.font

6. Loves by mlkwsn


Download: https://www.dafont.com/loves.font

7. Ava Meridian by Chequered Ink


Download: https://www.dafont.com/ava-meridian.font

8. Ultimatum by Peter Olexa


Download: https://www.dafont.com/ultimatum-2.font

9. Wet Dreams by Weslo Fonts


Download: https://www.dafont.com/wet-dreamz.font

10. Vampire Raves by Darrell Flood


Download: https://www.dafont.com/vampire-raves.font

11. Abricos 7 by Style 7



 Download: https://www.dafont.com/abricos-7.font

12. Exacta by Manuel Ramos



Download: https://www.dafont.com/exacta.font

13. Tarpino by Raffi


Download: https://www.dafont.com/tarpino.font

14. Ruler Volume by Levi Szekeres


Download: https://www.dafont.com/ruler-volume.font


CARA NAK DOWNLOAD FONT :

-Klik pada link download yang aku bagi di bawah.
-Cari button mcm di bawah ni dan klik. Save lah kat mana-mana folder korang.
  
-Bukak folder yang korang save tadi. Right klik kat font tu dan sila extract files.
-Dah extract, bukak folder font tu dan klik pada font tu. Selalunya dalam bentuk .ttf, .otf atau .fon. ----Klik Install.
-Selesai.

PERINGATAN: Untuk extract files, korang perlu ada winrar kat laptop/ komputer korang tu ya. Selalunya setiap laptop mmg dah di install winrar. Kalau takde, korang download lah. Heheh






Sekian, terima kasih.








Share
Tweet
Pin
Share
8 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tewas dengan selesema dan batuk. Baru dua tiga hari kena. Semalam alang-alang pergi checkup, mintak sekali ubat kat doktor. Doktor bagi ubat selesema dan buang kahak. Sbb batuk aku batuk berkahak. Haihh. Doakan aku cepat sembuh ya? Tak selesa betul hidung ni.

Punca Selesema
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca daripada pelbagai jenis virus. Kebiasaannya, ia merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara sebelum dijangkiti individu lain. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi seeloknya anda perlu membasuh tangan selepas menghembus hidung. Bayi lebih cenderung kerap dijangkiti selesema disebabkan mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. [SUMBER METRO]

Doktor ada tanya juga, baru-baru ni ada jumpa orang yang tak sihat ke? Jawapannya mestilah ada. Hahaha. Boleh merebak melalui udara rupanya. Haih. Jangan opismet aku semua jangkit aku sudahlahhhh huahuaa.

Tips nak cegah/ kurangkan batuk dan selesema
  • Selalu menjaga kebersihan diri terutama membasuh tangan dengan bersih, menutup mulut ketika batuk atau bersin, mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dan tidak meletak tisu yang telah digunakan merata-rata.
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai terutama mereka yang batuk dan bersin.
  • Makan makanan yang seimbang, elakkan daripada merokok dan mengambil alkohol.
  • Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kekalkan hidrasi badan. Pengambilan air masak, jus buah-buahan dan minuman lain seperti teh dapat membantu mengelakkan kekeringan atau dehidrasi pada hidung dan tekak. [SUMBER MYHEALTH]
Kalau boleh taknak lah sampai tahap demam. Badan aku pun dah mcm nak demam ni. Mata dah panas jeee rasa. Sakit kepala tu mcm on off lah kejap dia datang kejap dia pergi. Mujur pregnant, kalau tak dah lama telan actifast. Aku rasa musim ni. Dengan cuaca yang begini. Kawan aku pun ramai jugak tak sihat sbb demam. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik lah hendaknya. Terhindar dari sakit-sakit yang ringan mcm selesema, batuk, ni semua adalah nikmat yang kita selalu lupa. Nampak je tak seberapa, tapi bila kena selesema tu, org yang kena je tau dia punya tak selesa nak buat kerja tu mcm mana.

Get well soon Rrai! Haha





Share
Tweet
Pin
Share
10 COMMENT

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN bermula dari sekarang sehingga 7 Januari 2019 !

Share
Tweet
Pin
Share
6 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

First time tauuu hari ni aku redeem guna apps mcd. Sebelum ni tak pernah langsung install atau guna apps mcd. Asyik tengok orang jeee redeem. Takde terniat langsung nak redeem sendiri. Sbb rasa mcm, ''elehhhh, bukan selalu pun g mcd ni''.. Kahkahhh. Sudahnya, engko sendiri yang install dan redeem! Niatnya mula-mula nak nyinggah beli aiskrim je. Lepas jee makan, membe ajak drive thru beli aiskrim. On jelahhh kan. Pastu membe tunjuk apps mcd tu. Eh sekali aku tengok offer-offer dia, ehhhhhhhh ehh eh, berbaloi nyaaa! Dari aku beli ala carte cam biasa tu baik aku beli guna apps dia! Murah pun murahhh!


Niat nak beli aiskrim oreo. Kalau beli satu, dah lima ringgit lebih. Tgk kat apps mcd, ada offer dua aiskrim horlicks RM8.95. Wahhhh. Berbaloi. So share dengan kawan. Dah jimat kat situ.


Pastu tengok lak ada offer ice latte kalau beli dua cuma RM9.50 jee. Haaa kauu. Apalagi. Grab jugak! Kahhkahh. Kongsi dengan kawan, harga bahagi dua. Fuhh. Jimat lagikkk. Sis sukaaa. Ni first time sebenarnya aku beli mccafe drive thru. Selama ni ingatkan kena beli kat kaunter jee. Pastu ingatkan beli drive thru nanti kena adjust rasa dia pahit ke apa ke. So malasss. Sbb bila drive thru org nak ngap terus jee masuk mulut malas nak tambah2 gula ke creamer ke apa. Rupanya tak. Rasa dia just nice jee. Takyah tambah gula pun. Maklumlah first time weh.

Jimat kan? Dari beli aiskrim horlicks tu satu dan ice latte satu tanpa guna apps dia. Bezaaaa harga. So kalau korang tak install lagi apps mcd cam aku ni, sila lah install. Jimatttt. Hahaha

Have a nice day!



Share
Tweet
Pin
Share
5 COMMENT

Jemput join :D
Doakan ada rezeki iols hehehe. Mcm dah lamaaa jee tak menang mana-mana GA ni. Apapun good luck jugak kepada semua yang join. Utk maklumat lanjut, boleh klik gambar kat atas tu atau klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
5 COMMENT


9 DEC 2018 sehingga 31 DEC 2018




Share
Tweet
Pin
Share
6 COMMENT


The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.

Di dalam pekerjaan pula, perkongsiannya seperti tips temuduga, contoh resume terbaik, cara buat resume, kerja sambilan di rumah, kerja part time di rumah dan contoh surat berhenti kerja.

Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.


Website | Facebook | Instagram


Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5ZqJ0EiMo
Share
Tweet
Pin
Share
6 COMMENT


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Lagu pilihan bulan Disember adalah lagu terbaru dari penyanyi favourite iols iaitu lagu yang bertajuk Ku Bersuara dari penyanyi yang suara nya sangat woowwww iaitu Ernie Zakri. Masa first time dengar terus jatuh cinta dan rasa lagu ni sesuai dengan suara Ernie sbb menyerlahkan vokal Ernie yang mmg power tuu. Bagi aku Ernie Zakri ada suara ala-ala Ariana Grande gittewww. Hehehe. 

Aku baca komen-komen netizen, ramai juga yang kata lagu ni juga 'berat', susah nak nyanyi, org Malaysia sukakan lagu yang catchy lah apa, siap suggest kat Ernie supaya takyah buat lagu berat sangat. Aku akui jugak lagu ni kalau nak buat lagu karok, agak payah lah sbb key dia bukan calang-calang boleh nyanyi hahaha. Tapi cuba kau tgk lagu-lagu Beyonce. Org tiap kali masuk audition mesti suka bawak lagu Beyonce pasal boleh tonjolkan kepaduan vokal mereka. So tak salah rasanya Ernie buat lagu camni. Siapa boleh bawak tu kira dia power lahh hahahaa. Pasni siapa nak masuk audition boleh try bawak lagu Ernie Zakri. Kahhkahh

Tengok klip video ni, aku antara orang yang rasa Ernie ni berlakon boleh tahan jugakkk. Hahaa. Video kali ni menampilkan Que Haidar. Klip video punya jalan cerita menarik. Semoga terus maju jaya Ernie! 

Bawah ni lirik lagu dia. Boleh lah nyanyi sambil scroll lirik. 

Biarku tulis semua
Perjalanan hidupku

Ku huraikan semua
Yang terbuku di dada
Aku sadurkan
Bernada bicara

Lemah di mata mereka
Ruang hati dipersia
Aku dipersenda
Ku tak berdaya

Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia

Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran
Cerita luka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara

Dijual pada mereka
Resah jiwa diperguna
Aku tersedar
Jaga dari lena

Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia

Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran
Cerita luka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara

Ku bersuara
Terima kasih ku ucap padamu
Terlerai cengkaman jiwa














Share
Tweet
Pin
Share
3 COMMENT


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Harini kita melantak bihun goreng singapore ditambah dengan telur mata separuh masak yang mana bila kau cucuk kuning dia melimpah keluar dengan enaknya, pekena pulak dengan teh ais! Fuhhh. Org kata preggy ni kurang-kurangkan lah teh dgn kopi. Tapi pagi bangun-bangun tidur terus terkenang dekat teh ais cafe pulokkk. Teh dia tak kaww sangat mcm teh mamak tu so bagi aku selamat lah nak diminum hahahaa. Haritu teringin nak minum kopi 434 kat kedai dia di muo tu. Tapi laki den kata kopi 434 tu kuat sangat so minum lah kopi lainnn. Mmg rasa dia agak pekat sikit punn. Sbb tu hantu kopi mmg suka kopi 434. Aku mmg dah kurangkan minum kopi. Cuma kadang-kadang tu minum jugak. Kalau dulu, almost everyday aku tibai kopi. Paling sikit pun dalam dua hari tiga hari tu mesti ada minum. Sbb rasa lain mcm bila lama tak dpt kopi. Skrg, seminggu sekali pun belum tentu. Hahahaa.

Dan.

Di saat aku tgh nak makan ni, tiba-tiba baru teringat hari ni opismet ada belanja makan nasik lemak ayam utk breakfast kat pejabat. Cisssssssss. Acaner boleh lupa niiiiiiii hahahaha

Happy working korang! Jangan lupa makan!


Share
Tweet
Pin
Share
11 COMMENT
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Font memainkan peranan yang sangat penting lebih-lebih lagi bagi pemilihan font untuk header blog. Kalau untuk buat slide presentation, pemilihan font yang cantik akan lebih menarik minat orang untuk tengok slide kita tu. Tapi, pilihan font hendaklah sesuai dengan keadaan okay. Jangan gunakan jenis font yang susah orang nak baca. Kalau audience kau banyak budak, sesuai lah guna font handwriting comel-comel. Kalau audience kau ramai dewasa, guna lah yang bersesuaian. Next time aku kongsi pulak font yang formal sikit tapi takde lah hambar sgt hahaha. So takde lah asyik guna Arial atau Times New Roman jee kan. Hehe. 

Dulu aku mmg selalu sgt download font. Pantang ada font baru, mesti nak download. Yelahhh, aku kan buat tempahan edit blog orang dulu. So mmg banyak gila font kat laptop aku. Lepastu next tempahan bila orang tengok portfolio, dia request nak font macam tempahan sebelum ni, mmg menjajau lah aku mencarik font nama apa lah aku guna dulu kahhkahh.

Font yang aku nak kongsikan ni adalah dari DAFONT. Ingin aku tegaskan bahawa ianya bukanlah rekaan aku yee. Korang boleh klik pada link download dan kalau nak donate to author amatlah dialu-alukan. Hehee. Aku cuma kongsikan font yang aku rasa comel di mata aku. Harap-harap comel jugak lah di mata korang.


1. Jellysugar  by QueenType


Download: https://www.dafont.com/jellysugar.font

2. Kepo Coffee by 7NTypes


Download: https://www.dafont.com/kepo-coffee.font

3. Metultah by 7NTypes


Download: https://www.dafont.com/metultah.font

4. Borjuis by 7NTypes


Download: https://www.dafont.com/borjuis.font

5. Christiany by 7NTypes


Download: https://www.dafont.com/christiany.font

6. Chrisye by 7NTypes



Download: https://www.dafont.com/chrisye.font

7. Salahe by Agung Rohmat


Download: https://www.dafont.com/salahe.font

8. Beautype by Ibnu Utomo


Download: https://www.dafont.com/beautype.font

9. Muliana by Zulkhairi M Salleh


Download: https://www.dafont.com/muliana.font

10. Hodgepodgery by Brittney Murphy Design


Download: https://www.dafont.com/hodgepodgery.font

11. ArohA by Attype Studio


Download: https://www.dafont.com/aroha-2.font

12. Garatlo by Phitradesign


Download: https://www.dafont.com/garatlo.font


CARA NAK DOWNLOAD FONT :

  • Klik pada link download yang aku bagi di bawah.
  • Cari button mcm di bawah ni dan klik. Save lah kat mana-mana folder korang.


  • Bukak folder yang korang save tadi. Right klik kat font tu dan sila extract files.
  • Dah extract, bukak folder font tu dan klik pada font tu. Selalunya dalam bentuk .ttf, .otf atau .fon. Klik Install.
  • Selesai.

PERINGATAN: Untuk extract files, korang perlu ada winrar kat laptop/ komputer korang tu ya. Selalunya setiap laptop mmg dah di install winrar. Kalau takde, korang download lah. Heheh



Sekian, terima kasih.

Share
Tweet
Pin
Share
5 COMMENT
Mystery Boxes Giveaway By Liyana Jasmi


Tag: Satu, Dua, Tiga
Share
Tweet
Pin
Share
5 COMMENT
Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 1 Disember 2018, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga hari esok, 10.00 pagi 2 Disember 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2018.

** jom support Mia Liana....



Share
Tweet
Pin
Share
10 COMMENT


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Sejak-sejak masuk trimester ketiga ni, mood jadi over sensitif semula mcm masa trimester pertama dulu. Masa trimester pertama, aku mmg cengeng sangat2. Kalau boleh tiap2 minggu nak jumpa husband, nak dekat dgn husband. Oh ya bg siapa yg taktau aku, utk pengetahuan korang aku dgn husband pjj. Hehe. Sikit-sikit nangis. Ergh. Entah apa-apa. Masuk trimester kedua okay sikit. Boleh control. Ni masuk trimester ketiga, dia start balikkk daaahhhhh. Kalau bukak facebook, bila baca post pasal baby ke apa ke Ya Allah cepatnya nak menangis. Itu hari ada blogger share pengalaman dia bersalin anak dia czer, aku nangis wehhh baca! Ayat dalam gambar kat atas tu berkaca jugak lah mata membacanya. Am I being too sensitive?

Entah-entah dalam wad bersalin suara aku nangis lagi kuat dari anak aku agaknya.



Share
Tweet
Pin
Share
4 COMMENT

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Masihkah korang ingat zaman kegemilangan cheesekut dahulu? Dimana ianya viral dengan begitu meluas dan ramai sangat kongsi resepi, buat sendiri bahkan turut menjualnya yang mana ada sesetengah markup harga tak munasabah dengan isi cenonet jee. Aku pun masa tu dok sibuk jugak buat. Orang buat, ko pun nak buat. Seboookk!

Tapi sekarang tak ramai jual cheesekut ni. Cheesekut bukan makanan yang tahan lama kalau nak disimpan. Dua seller dah aku jumpa. Mereka buat bila ada permintaan je. Ready stok takdokk. Ini bagi menjaga kualiti makanan tersebut dan nak elakkan pembeli dapat cheesekut yang dah tak fresh.

Cheesekut ni senang yang amattttt je membuatnya. Sumpah senang. Aku yg jarang masuk dapur pun boleh buat. Kahhkahh! Berlagak ko! Aku craving sebenarnya. Aku contact seller yg aku selalu beli tu, dia tak seen pun whatsapp aku tu. Kawan aku whatsapp pun sama jee, takde respon pun. So kami beranggapan dia dah tak meniaga lah. Aku ambik inisiatif berani mati dengan decide utk buat sendiri cheesekut ni sbb aku teringin sgt nak makan. Hahahaa. Nengok jek lah aku punya malas nak susun cantik2 biskut tu. Aku letak tengah2 jeee hahahaa. 

Korang pun mesti pernah buat cheesekut jugak kan? Betul kan aku cakap? Senang jeee buat dia. Bahan pun tak banyak sangat.

Aku bagi opismet rasa. Opismet aku kata, Rrai dah boleh juallll dah ni. Hahahaa. Kembang seperiuk jap. Lepasni kalau ada potluck boleh buat cheesekut je! Hehe

Buat sendiri, kau boleh adjust dia punya manis. Cheese pulak aku sengaja tak letak terlampau leleh sangat. Karang naik lagi berat jenuh nak menjawab dgn nurse hahahaa. Siapa suka cheesekut? Kita geng!



Share
Tweet
Pin
Share
12 COMMENT

Korang dah dengar tak version yang ini? Wajib dengar tauuu! Serius best!


Share
Tweet
Pin
Share
3 COMMENT

Make yourself a priority once in a while. Its not selfish. Its necessary.

Bak kata Fazura, SAYANGI DIRIMU.

Sebab kalau bukan kita yang sayang diri sendiri, siapa lagi kan? Nak harapkan orang lain? Nanti kecewa makan hati sendiri.


Share
Tweet
Pin
Share
4 COMMENT
Newer Posts
Older Posts

The Author

About Me

I will love the light for it shows me the way, yet I will endure the darkness because it shows me the stars.

Blog Archive

  • ►  2020 (19)
    • ►  December 2020 (1)
    • ►  November 2020 (1)
    • ►  August 2020 (3)
    • ►  May 2020 (3)
    • ►  April 2020 (1)
    • ►  March 2020 (4)
    • ►  February 2020 (4)
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (39)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (4)
    • ►  July 2019 (11)
    • ►  June 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (13)
  • ▼  2018 (67)
    • ▼  December 2018 (14)
      • Pengalaman Temuduga Sarjanamuda Undang-Undang UKM
      • Font Sans Serif dari Dafont Part 2
      • Selesema oh selesema
      • 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN
      • Pertama kali redeem di aplikasi mcd
      • AZYYATILIAH.COM GIVEAWAY 2018 | WIN DUCK CARD HOLDER
      • THE LITTLE FELLA'S
      • Giveaway The Berkat Di Mialiana.com
      • Lagu Pilihan Disember: Ku Bersuara (Ernie Zakri)
      • Morning! Dah sarap?
      • Font Comel dari Dafont Part 1
      • Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi
      • Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com
      • Am I being too sensitive?
    • ►  November 2018 (13)
      • Cheesekut mudah dan sedap!
      • Syinta Gila - Safiey Illias - (Cover by Putera Muh...
      • Love Yourself
    • ►  October 2018 (7)
    • ►  September 2018 (6)
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  June 2018 (2)
    • ►  May 2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  March 2018 (4)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (4)
  • ►  2017 (64)
    • ►  December 2017 (8)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  October 2017 (26)
    • ►  September 2017 (13)
    • ►  August 2017 (4)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ►  May 2017 (1)
    • ►  April 2017 (3)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (1)
  • ►  2016 (412)
    • ►  November 2016 (26)
    • ►  October 2016 (17)
    • ►  September 2016 (28)
    • ►  August 2016 (31)
    • ►  July 2016 (14)
    • ►  June 2016 (29)
    • ►  May 2016 (40)
    • ►  April 2016 (48)
    • ►  March 2016 (48)
    • ►  February 2016 (66)
    • ►  January 2016 (65)
  • ►  2015 (370)
    • ►  December 2015 (73)
    • ►  November 2015 (26)
    • ►  October 2015 (61)
    • ►  September 2015 (32)
    • ►  August 2015 (37)
    • ►  July 2015 (51)
    • ►  June 2015 (54)
    • ►  May 2015 (31)
    • ►  April 2015 (5)

Lovely Followers

Talk Talk

My Blog List

  • Kasihku Amani Imani
    ebook | Puaka Dewan Makan Asrama oleh Zehann ur Rakhie
    49 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak Versi SA
    2 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    7 Solid Financial Tips To Help You Save And Grow More Money In 2021
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Tersentuh Hati Baca Caption Yusry dan Lisa Surihani Bakal Timang Anak Ketiga
    5 hours ago
  • Mia Liana
    Ways To Say "Hurry Up"
    1 day ago
  • sayidahnapisahdotcom
    EXCITED! Boleh rentas negeri tanpa perlu borang kebenaran polis!
    2 weeks ago
  • Blog Cik Nurfarah
    PENGALAMAN TOUR GUIDE KE PULAU TIOMAN
    4 weeks ago

Popular Posts

  • Rawatan Matikan Akar Gigi/ Root Canal Treatment di klinik presint 18
    Rawatan Matikan Akar Gigi/ Root Canal Treatment di klinik presint 18
    ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA Sebelum ni, aku sendiri tak pernah tahu tentang ada nya rawatan akar gigi ni. Bila diberitahu dok...
  • Mystery Giveaway by Flavenesz
    Mystery Giveaway by Flavenesz
    Komen tentang blog http://www.razanahanis.com, hmmm secara keselruhannya blog memang sangat kemas dan teratur. Cuma mungkin tang header...
  • PERINGATAN: Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa anda sedari
    PERINGATAN: Bahaya makan makanan yang orang beri tanpa anda sedari
    ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA | Baru hari ni terdetik nak berkongsi di blog mengenai perkara ini. Mungkin ramai rakan blogger ...
  • Apa benda Bayaran Balik EL TS (N-Tax) ni?
    Apa benda Bayaran Balik EL TS (N-Tax) ni?
    ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA Berdasarkan tajuk pun mesti korang tau kan aku tertanya-tanya apekebende Bayaran Balik EL TS (N-T...

Click for details

Total Pageviews

Achievement

Original Code by ThemeXpose | Edited By R R A I