Follow Us @soratemplates

Wednesday, 27 September 2017

REVIEW: MYLARA SKINCARE

Pada hari yang berbahagia, aman dan damai ni, aku nak review satu produk hebat yang sangat berkesan untuk merawat kulit kusam, kulit berminyak, jerawat, jeragat, parut jerawat dan hiperpigmentasi. Haaa. Multifunction kan? Semuanya ada dalam satu kotak!


Kotak apa? Mestilah kotak Mylara Skincare! Hihi. Segala kebaikan yang kulit anda perlukan ada dalam set Mylara Skincare yang mana ia mengandungi, cleanser (pencuci muka jenis cecair dalam botol), krim malam (warna pink yang sangat sangat best), CC Cream (boleh dijadikan foundation harian/ sebagai krim siang) dan toner (sangat berkesan untuk menyahkan daki-daki dan kotoran di muka). 

Sedikit pengenalan ringkas mengenai Mylara Skincare:

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. 

Antara kelebihan Mylara Skincare ini adalah Mylara Skincare menggunakan 98% bahan organik dan mempunyai 0.01% risiko sebagai penyebab alahan atau kesan sampingan di wajah. Yang paling penting, Mylara Skincare diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal. Tak percaya? Boleh semak kat SINI

Untuk pengetahuan korang,  MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya team serba mahir ini, MYLARA SKINCARE menjamin produk dan servis yang bakal membuat anda selesa dan yakin dengan penggunaan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat. Selain tu, MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE kerana MYLARA SKINCARE memiliki produk dan servis yang berasas ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti, diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberi hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan wanita.

Okay. Sekarang aku nak cerita sikit kempat-empat item yang ada dalam kotak MYLARA SKINCARE ni, cara pakai dia, manfaat-manfaat yang ada dan dari bahan apa item-item ini dibuat.

1) 4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
Deskripsi : Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

TEKSTUR : Gel pencuci berwarna ‘pink muda’ (pewarna dari ekstrak mawar, tidak menyebabkan jerawat kerana bukan pewarna sintetik) yang mesra pengguna, lembut, berbau harum, serta multi-fungsi. Wajah terasa segar setelah menggunakannya. Tidak terlalu berbuih lantas berhasil mengekalkan kelembapan wajah.

Manfaat utama :
- Praktikal, bersih dan efektif
- Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
- Membersih wajah
- Eksfoliasi lembut
- Menyamakan tona kulit dan melembutkan
- Menganjalkan kulit
- Menyerikan wajah

Bahan utama :
Ekstrak Betik - melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
Minyak Kelapa - anti iritasi, memberi kelembapan
Ekstrak Lidah Buaya - melembap dan melembut
Kolagen larut - memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:

- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

2) Facial Toner (60ml)
Deskripsi : Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

TEKSTUR : Penyegar yang berwarna ‘pink muda’ yang sangat sesuai untuk menyegarkan wajah di samping menyahtoksin di pori0pori supaya bebas kuman penyebab jerawat. Pori-pori yang bersih mampu merapat dan menghasilkan kulit wajah yang licin dan cerah natural.

Manfaat utama :
- Membuat kulit terasa bersih dan segar
- Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
- Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
- Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit 

Bahan utama :
Minyak Rosehip - anti-penuaan, melembapkan
Ekstrak Licorice - anti-irritasi, mencerahkan
Ekstrak Aloe Vera - melembap dan melembut
Witch Hazel - anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering;

- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
- Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

3) Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)
Deskripsi : Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

TEKSTUR : Krim multi-fungsi yang berciri ‘matte finishing’ tidak menyebabkan wajah berminyak seharian. Foundation ringan yang terkandung dalam CC Cream ini memberi ‘instant dewy look’ dan ‘natural glow’ yang wanita Asia idamkan dengan calitan minimal. ‘Matte CC Cream’ tidak menyumbat pori-pori kerana dihasilkan dengan teknologi Korea iaitu ‘Nano-size molecule’.

Manfaat utama :
- melindungi dari sinar matahari
- membantu melembap dan melembutkan kulit wajah
- tekstur ringan dan lembut
- 97.7% natural
- sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :
Minyak Argan - melembap, menegangkan (prokolagen)
Titanium dioxide - melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
Serbuk mutiara - mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

4) Revitalizing Night Cream(7g)
Deskripsi : Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

TEKSTUR : Krim malam yang sangat melembapkan dan tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran. Dihasilkan dengan bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam. Krim berwarna ‘pink muda’ mempunyai bahan aktif buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10X lebih berkesan dari bahan aktif lain.

Manfaat utama :
- Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
- Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
- Menghapus tanda-tanda penuaan
- Pelembap malam yang tidak melekit
- Bebas MERKURI

Bahan utama :
Alpha Arbuntin - Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
Beeswax - melindungi dari kotoran sekitar, melembap
Vitamin C - Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
Vitamin E - Meremajakan, melembap
Ekstrak Aloe Vera - Melembap, melembutkan

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;

- Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
- Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit.

MENYEMPURNAKAN KULIT ANDA DI SETIAP FASA
MINGGU 1-2 :
FASA 1 - DETOKSIFIKASI
Tindakan Klinikal: Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat.

Hasil/Kesan: Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan, namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2.

Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.

MINGGU 2-3 :
FASA 2 - PEMULIHAN
Tindakan Klinikal :
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.

Hasil/Kesan:
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan system penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih tegang, licin, lembut dan bersih.

Minggu 3-4
FASA 3 - PENYEIMBANGAN
Tindakan klinikal: Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit.

Hasil/Kesan: Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri, lembap dengan tona yang lebih sekata.

Minggu 4-5
FASA 4 – WAJAH BARU
Tindakan Klinikal:
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.

Kesan: Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata di samping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!

Banyak testimoni yang telah berjaya daripada pengguna MYLARA SKINCARE. Testimoni ini bukan dibuat-buat atau palsu tau. Yang benar belaka. 







Bila korang dah beli set MYLARA SKINCARE ni, jangan segan jangan malu, korang akan diguide oleh Dr. Mai sendiri selaku pengasas produk ini. Ataupun kalau nak tanya ada diguide oleh pakar yang lain, PON BOLEH. Segala pertanyaan, kemusykilan, ragu-ragu pasal ingredients ke apa ke, direct je tanya beliau. Untuk pengetahuan korang, Dr. Mai ni serius peramah dan apa je kau tanya tu mesti dia akan jawab. Tapi jangan lah marah-marah pulak kalau Dr. Mai reply lambat 5 minit ke, well ko ingat dia menghadap henpon 24jam? Aku pernah mintak dia guide pasal penggunaan set MYLARA ni. Alhamdulillah, cara dia layan customer memang tiptop.

Kat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?


Atau korang boleh whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail mylaraskincare@gmail.com

Disebabkan aku orang johor, jadi aku nak share senarai agent MYLARA SKINCARE di kawasan JOHOR. Hehee. 

Yang penting, MUO ada hokeh. KAHHKAH. Kalau nak cari agent di negeri-negeri lain, boleh semak kat SINI yaa. Kalau nak urgent ke, COD pun boleh...

Selamat berMYLARA uolss. Jangan ragu jangan risau. MYLARA SKINCARE selamat untuk semua! Hihii

Have a nice day!





No comments:

Post a Comment

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.