REVIEW: Annabelle Creation 2017


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hai ! Rasa macam dah lama sangat tak buat movie review kan? Hihi. Movie annabelle ni aku tengok pada 9 August kelmarin. Tak expect pun dia keluar wayang 9 August tu. Aku godek website gsc and yaa! Annabelle dah boleh tengok masa 9 August tu! Hahahaa. Sbb aku ingatkan dia keluar wayang 10 August. So bila dah tahu tu gua pun apalagi. Dengan gelojohnya balik kerja tu p tonton. Keluar office pukul 6 lebih, sampai rumah 6.30, siap dengan laju and pergi alamanda. Gigih ekh? Tak penyabo betul. Gelojoh.
Siapa peminat cerita Annabelle akan faham 100% tentang Annabele Creation ni. Seriously. Siapa pernah layan Annabelle wajib tengok Annabelle Creation! Time ni lah kau tahu macam mana boleh wujud si Annabelle ni dan siapa yang buat patung ni. 
Untuk Annabelle Creation ni aku boleh katakan yang ianya adalah movie yang berbaloi untuk ditonton. Jalan cerita pun menarik. Scene terkejut banyak. Hantu dia ada yg mcm biasa2 je tapi ada jugak yg macam menyeramkan. Nak tahu tak? Valak pun terselit sekali tau dalam Annabelle Creation ni. The conjuring dan Annabelle ni kan saling kait mengait. So no wonder lah kan?
So ini sinopsis. Sinopsis ni aku yang bikin sendiri berdasarkan pemahaman aku:
Annabelle Creation menceritakan mengenai siapa Annabelle dan bagaimana patung Annabelle boleh jadi berhantu. Dalam Annabelle Creation ini jugak ada menceritakan tentang siapa yang sebenarnya mencipta patung Annabelle ni. 
Segalanya bermula apabila ada beberapa orang anak yatim ni, bersama dengan seorang rahib, datang dan tinggal dengan keluarga Mullins. Mr Mullins ni dulu tukang buat anak patung. Anak patung dia mmg popular gila lah. Mrs Mullins pulak sejak satu insiden berlaku dia telah mengasingkan diri dan tak keluar jumpa masyarakat lagi. Banyak hearsay kata Mr Mullin kurung Mrs Mullin lah apa lah. 
Bila anak-anak yatim ni datang kat rumah Mullins, Mr Mullins dah pesan awal-awal, diaorang boleh pergi mana-mana kecuali bilik dia n Mrs Mullins dan ada satu bilik ni kat bahagian atas. Bilik tu bilik anak perempuan dia. Bilik tu sentiasa berkunci. 
Lepastu entah macam mana entah, salah sorang anak yatim ni terpanggil untuk pergi ke bilik tingkat atas tu and surpriseeeeee bilik tu tak berkunci. Hahahahaa. Nak tahu apa jadi lepas tu? Haaa kena laaa tonton Annabelle Creation! Hihi
Berapa bintang nak kasi? Aku kasi 4.5/5. Kawan aku yang dah tonton Annabelle Creation ni pun kasi jumlah bintang yang sama.

Scene di atas adalah antara scene yang buat aku cuak. Hahahaha. Gila tak cuak? Aku tengok sorang-sorang okay kat cinema!


Si Annabelle ni memang jahat gilosss. Geram je nengok. Ada ke patut budak OKU pun dia nak kacau? Haishhh.
Seram ke tak? Hm boleh tahan jugak lah. Banyak scene mendebarkan. Masa aku tengok Annabelle Creation ni ada penonton siap terjerit-jerit dan sumpah seranah lagi. Aku? Erm aku duduk situ diam diam control ayu sambil makan popcorn. Kahkahh
For those yang dulu selalu mai blog ni, mesti perasan ada perubahan. Pink! Hahaha. Tapi sebenarnya aku masih dalam proses mengubah template blog. Masih tak puas hati lagi dengan hasil yg ni. Yg sekarang ni aku main buat je. Ingat mcm nak buat theme black and white. Heheh
Korang jangan lupa tengok Annabelle Creation tau! Really recommended !

5 comments:

  1. Macam lagi best je dari movie annabelle sebelum ni..

    ReplyDelete
  2. Moi tingin nak tengok walaupun tak minat sangat genre horror ni Tunggu ada masa nantilah hehe

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.