Follow Us @soratemplates

Thursday, 29 June 2017

SELAMAT HARI RAYA ! Raya tanpa baju raya



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Masih belum terlambat kan kalau nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ? Heheh. Kepada semua pembaca/ pengunjung sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir Dan Batin. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan muhasabah diri di bulan syawal yang mulia ni. Mesti raya korang seronok kan kan? Well aku sempat like like je gambar-gambar beraya para blogger sekalian. Bukan main ceria semua beraya.

Tahun ni punya raya adalah tahun yang amat mendewasakan aku sebagai seorang manusia yang selama ni kalau nak raya jee nak beli baju raya lah kasut raya lah tudung raya lah. Tahun ni? Illek! Hahahaa. Dua hari lagi nak raya tapi aku still tak beli baju raya. Okay masatu aku sebenarnya macam dah bangga sikit ah dengan diri sendiri sebab jarang-jarang seorang Raihanah mengamalkan sikap cemni. Sebulan ni mmg agak busy sedikit so mmg tak menyempat nak p Muaz ke Muiz ke Monah ke.


Sudahnya aku pakai baju dinner which is baju kurung moden lah gitu yg aku beli untuk dinner bulan lepas. Kasut raya? Aku pakai kasut aku selalu pakai pergi office. Tudung? Entah aku sebat je apa ada kat rumah. See. Sekali imbas takde lah nampak sangat pon gua takde baju raya kan? Kahhkah. Alaa lawa je aku di pagi raya mana ada buruknya pun. HAHAHAA

Dah aim dah 'elehh ni sekejap je ni pakai baju kurung' hm sekali sampai ke malam aku begini. Sebab? Gua beraya dengan transformers. Pukul 1 pagi baru sampai rumah. Peh. Ketiak berlecak badan berlengas dah. Gigih betul perangai.

Moral of the story yg aku dapat, apa lah sangat beraya tanpa baju raya ni. Sebenarnya ramai lagi yg tak ada baju raya masa syawal ni. Bukan setakat tak ada baju raya, tapi mungkin takde langsung istilah beraya bagi mereka. Ingat lagi tau, masa kecik kecik dulu aku menangis sebab baju raya aku org tu buatkan tak lawa. Kelakar betul. Ni dah waras sikit alhamdulillah lah Rrai dah reti fikir. Tak sempat beli baju raya? Haha takde hal. Pakai je apa ada. Plus jimat duit pun iyee kan? Baju raya je majoriti seratus ke atas. *nak sedapkan hati*

Raya pertama je pun pakai baju-baju raya ni. Raya kedua org datang rumah pun aku pakai seluar bodo dengan tshirt biasa je. Raya ketiga feel dah takdok sbb raya keempat kena balik pagi-pagi nak elak jammed pasal esok kerja. 

So. No wonder lah aku tak sebegitu bersemangat nak raya. Tunggu lah ada laki nanti kot-kot semangat tu menjelma semula ke? *gedik*

Have a nice raya everyone! Doakan segala urusan saya dipermudahkan okay. Taataa!







No comments:

Post a Comment

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.