First entry @2017


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai everyone! Miss me? Hahahhh. *perasan* I miss this blog so much! Rasa mcm lama gila tak potpet kat sini. Kira lama lah sebab last entry pun 27/11/2017. I already renew my domain bulan Jan ni, but before I renew, I actually decide to close and ignore this blog forever. Paling kuangjak aku boleh terfikir nak delete blog. Apa punya perangai. Nasib baik lah blog ni ada byk review daripada client yang memerlukan aku untuk terus mengekalkan review-review tersebut. Kalau tidak, hilanglah bajuwarnacoklat dari alam maya. Cehh

Aku bukanlah tak bukak blog langsung. I did check my blog (actually more to stalker) on my phone and read what you leave at the cbox, but I cant do anything, I just read je. Sobb sob. Many people ask about tutorial and other things, also asking me to help about their html coding but how can I help you baby, masa I takdak nak buat tutorial. Hahahahaa. Nak buat entry kat hp? Memang tak lah. Kalau pasal tutorial ni awak cuba google banyak kali. Tak semestinya tuto yang awk cari tu in malay, maybe in english. Plus tuto dari blog2 luar negara pun banyak yang berguna. Yang penting ko paham. Nak aku terangkan satu-satu berjanggut lah kau nanti. 


Berkaitan dengan tempahan edit blog, ramai wassap tanya. Padahal sudah terang lagi bersuluh aku tulis kat slot tempahan tu TEMPAHAN DITUTUP. Gua bukan saja-saja tutup tempahan edit blog. Gua dah kata gua takde masa lu nak jugak bank in, nak bayar, siap kata sanggup tunggu, aku siapkan tahun 2018 karang baru tahu. Saya minta maaf okay. Memang takde masa dan takde kemudahan nak siapkan tempahan edit blog kalau aku ambik. Ada org ckp kat aku, senang je laa ekh Rrai edit blog, ubah2 kaler dengan ayat-ayat kat atas tu jelaa kan? Ohemji kakak, senang awk cakap? Nak nangis iols dengar. Dia taktahu gua selalu bersengkang mata sampai tiga pagi untuk siapkan tempahan yang berderet-deret. Senang dia cakap? Okay para bloggers sekalian, uguys tell me, design blog is easy as ABC ke? Kalau dah terer boleh lah uols ckp senang, aku dulu masa baru buat blog, gigih gila k belajar nak edit blog. Hahahahaa. Sesungguhnya ia tidak mudah kakak oi.

Any tutorial yang direquest mungkin tidak dapat disiapkan sepertimana yang anda mahukan. Oh ya, ada sorang ni tinggal mesej kat cbox cakap yg gadget follower dia tak keluar and she search all over the google but didnt find any solution. Okay, first sekali nak tanya, guna blogskin or template designer biasa tu? Kalau blogskin Idono because I never godek-godek kod html blogskin. Kalau template designer, aku pun pernah mengalami situasi yang sama. Aku buat apa? Aku buat bodo je. Kahkahh. Same goes to kalau kita nak follow blog org tapi dia crashed atau mcm unable ke apa jadah entah ayat dia. Aku klik kat button follow tu lagi sekali, crashed lagi? Klik lagi. Crashed lagi. Klik lagi. Selalu dua tiga kali je aku klik. Sebab kali ketiga/keempat selalu dah boleh dah follow. Kalau yang gadget follower tak keluar, awak jangan lah gelabah dulu. Cuba refresh again and again. Selalunya satu hari tu je dia jadi gitu. Esok lusa dia okay dah. Aku pernah je mengalami. Tapi entah awat entah aku takde terfikir nak google2 ke sbb pada pendapat aku tu line yang problem. Lols. Esoknya aku tengok dah okay dah, muncul dah gadget follower. Tapi jangan guna button follower ala-ala tumblr tu. Guna yang biasa punya je. Mcm aku punya ni. Guna yang ala-ala tumblr tu tak bagos. Ada limit nak follow orang. Plus bukan lawa pun. HAHAHAHAA. Kwangjak aku.


Yang mana tinggal mesej ckp terima kasih tu, well aku sangat berbesar hati dapat membantu korang customize your blog. Kalau ada terkurang atau terkasar bahasa tu saya minta maaf ya. Tahun 2017 ni mungkin aktiviti blog akan berkurangan. Review pun sekarang aku banyak tolak. Tapi alhamdulillah nuffnang tak merajuk dan still bagi iklan kat kite. Yeayyy! So korang rajin-rajin kan lah klik klik nuffnang saya okay. Check nuffnang, ada laa menaik sikit pendapatan even ciput pun. Jadik laa kan daripada takde. Next, kalau ada masa aku buat giveaway okay? Sebagai tanda penghargaan kepada semua yang datang ke blog ni walaupun owner blog dia tak berkesempatan nak blogwalking semula. Serius sorry sbb aku dah lama tak blogwalking. Kita buat giveaway mudah-mudah je. Doakan semua urusan aku dipermudahkan tau!

Love, Rrai.





2 comments:

  1. Assalammualaikum..hye Rrai...tak pe walau jarang update blog..sesekali berkelapangan..boleh kongsi cerita...

    ReplyDelete
  2. Yang gadget follower tu dah berbulan-bulan terjadi. Still tak dapat solution. Rindu nak saling follow blog orang huhu

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.