Follow Us @soratemplates

Friday, 30 September 2016

Ecowell Organic Cosmetics: Make-Up Cleanser Milk with Organic Olive Oil

17:52:00 3 Comments
Assalamualaikum | Salam Sejahtera

Harini saya nak review make-up cleanser milk with organic olive oil daripada Ecowell Organic Cosmetics. Make-up cleanser ni adalah make-up remover. Yang selalu kita gunakan untuk hilangkan mekap di muka tu. Make-up cleanser milk dari Ecowell ini mempunyai organic olive oil, yang mana sangat baik untuk kulit kita.


Inilah make-up cleanser tersebut. Kandungannya adalah sebanyak 30ml. Apa yang best, korang hanya perlu picit-picit je untuk guna. Tak perlu tuang atau goncang macam make-up remover yang aku selalu gunakan. 

Aku dah guna make-up cleanser milk Ecowell ni untuk remove mekap di muka dan hasilnya memang best tau! Berbeza dengan make-up remover yang aku selalu pakai, make-up cleanser dari Ecowell ni tidak meninggalkan kesan berminyak lepas kita guna. Tambahan pula, lepas pakai make-up cleanser ni aku dapat rasa muka jadi lebih lembut. Yang paling best sekali dah tentu sebab dia tak berminyak! I likeeeee!!!

Gambar di atas adalah testimoni menggunakan make-up cleanser milk Ecowell ke atas lipstick yang sengaja aku pakai kat tangan. Memang sangat bersih dan tak meninggalkan kesan kotoran langsung! Dia remove habis semua lipstick tu.


Gambar yg kesan warna merah tu by lipstick. Yang coklat sikit tu lepas remove bb stick. Dua-dua adalah remove dengan menggunakan make-up cleanser milk Ecowell. Memang bersih sangat tau!

Kebaikan make-up cleanser milk ecowell:
-tidak meninggalkan kesan berminyak.
-tidak melekit.
-tidak perlu goncang untuk sebatikan kandungan dalam botol.
-hanya picit-picit sahaja dan boleh disapu terus pada kapas. 
-menjadikan kulit lebih lembut walaupun hanya dengan menggunakan make-up cleanser.

MAKLUMAT PRODUK:

MAKE-UP CLEANSER MILK -30ml
Dengan organic olive oil
Brand: Ecowell
RM231.97

30-Day Application
Organic Facial Care Collection
ICEA-Certified Organic
Dermatologically Tested
Normal to Oily Skin
Eco-Friendly
Travel-Friendly Pack

Bagaimana nak dapatkan? Rujuk link-link di bawah :

SiteGiant​
http://www.nestore.biz/ecowell-anti-aging-facial-care-trial-set?manufacturer_id=25

Lazada​
http://www.lazada.com.my/ecowell/?searchredirect=ecowell​

Shopee
https://mall.shopee.com.my/item/?sid=7728479&iid=43432401

F​ace​b​ook​
https://www.facebook.com/ecowellorganics/

Memang best sangat make-up cleanser ni! Tak pernah jumpa yg best mcm ni. Selama ni aku pernah pakai yg biasa punya jaa. Memang meninggalkan kesan berminyak kat muka. Tak best langsung. Hahaha. Tapi dengan make-up cleanser milk ecowell ni tak berminyak langsung pun tau!

Recommended? Yes!

Thursday, 29 September 2016

Cuci Gambar Di WePrint (Liberty Printing)

22:42:00 1 Comments
Assalamualaikum | Salam Sejahtera

Zaman sekarang ni macam-macam teknologi semakin canggih diperkenalkan. Korang cuma kena rajin ambil tahu jee. Selama ni bila aku nak cuci gambar di handphone, aku kena masukkan dulu dalam laptop, lepas tu transfer masuk dalam pendrive. Selalunya mmg pendrive lah. Sebab memang tak berani nak kasi hard disk kat orang kedai tu untuk cuci gambar. Mau menangis berguling guling kalau harta karun dalah hard disk tu hilang. Hahahaa. Leceh kan? Kalau pendrive orang pinjam, terpaksa lah batalkan hasrat nk cuci gambar. 

Sekarang ni dah ada WePrint. Jadi memang senanglah nak cuci gambar. Hehe
WePrint adalah instant photo printing machine yang berkualiti tinggi, bertindak dan berfungsi menggunakan aplikasi WeChat. WePrint telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015 dan juga sangat popular dalam kalangan syarikat-syarikat yang membuat roadshow dan sebagainya. Jadi WePrint banyak berkolaborasi dengan syarikat-syarikat besar dan tidak dinafikan WePrint juga bertindak sebagai medium mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas lagi. Hanya 60 saat sahaja, gambar korang siap dalam sekelip mata! Selain boleh beli, korang juga boleh sewa WePrint ni dari pihak Liberty Printing untuk event-event atau majlis-majlis. Kiranya korang sewa photo printing machine ni terus. Jadi orang-orang yang datang event korang boleh cuci gambar dengan WePrint on the spot. Tambah tambah lagi kalau event korang adalah sejenis event yang ada dekorasi cantik-cantik, kalau orang cuci gambar, secara tak langsung mereka juga mengabadikan memori di event korang dan mempromosikan event korang! So no wonder lah banyak syarikat besar berkolaborasi dengan WePrint.

WePrint menggunakan aplikasi WeChat. Korang cuma perlu scan QR code kat machine tu, kemudian upload gambar yang korang nak print out, masukkan ID Code yang tertera di screen dan tunggu gambar tersebut diprint. Gambar akan siap dalam masa 60 saat sahaja. Tengok kiri tengok kanan, eh dah siap dah! Hahahahaa. 


Gambar di atas adalah langkah-langkah untuk korang cuci gambar di WePrint. Senang kan. Tambahan pulak, ada banyakkkkk template comel-comel yang korang boleh letak pada gambar tu. Hasilnya, gambar yang korang print tu akan nampak lagi cantik dan sangat sangat comel!

Ini adalah instant photo printing machine tersebut. Banyak event-event besar/ photobooth yang menggunakan instant photo printing machine WePrint ni. Contohnya Watsons. Tipu lah kalau korang tak kenal Watsons. Ni mesti ada yang suka beli barang mekap kat Watsons kan kan. Hahahahaa.


Ini pula adalah gambar-gambar yang di print menggunakan WePrint instant photo printing machine. Nampak tak haaa tu laa template yg aku maksudkan. WePrint ni memang popular di kalangan syarikat-syarikat besar. Mana taknya, disamping datang join event dieorang, tetamu yang datang juga boleh cuci gambar yang diambil masa event dengan cepat hanya dengan menggunakan WePrint. Kalau ada artis popular kat event tu, mesti korang pun excited nak cuci gambar jugak kan! Hihiii


Ini adalah gambar aku yang dicuci di WePrint. Cantik sangat-sangat dan serius kualiti gambar ni memang sangat sangat sangat high quality! Comel tak template gambar tu? Blogger gittew uols. Hihiii


Close up. Comel kan template ni? Untuk pengetahuan korang, kualiti gambar WePrint ni berbeza sikit dgn gambar biasa yg kita cuci kat kedai gambar tu. Gambar dari WePrint permukaannya lebih cantik dan anti-fingerprints. Kalau aku, aku suka kualiti yang macam ni. Gambar tak mudah kotor dan lebih cantik.

WePrint adalah diperkenalkan oleh LIBERTY PRINTING SDN. BHD yang ditubuhkan di Klang, Selangor. Selain WePrint, banyak lagi servis yang dijalankan oleh Liberty Printing. Dan semestinya adalah unik dan lain dari yang lain. Antaranya adalah mug heat press, printer dan button badge. 


Ini adalah button badge dari Liberty Printing. Senang cite, keychain lah. Tapi yang bestnya, keychain ni ada gambar kita. Jadi kalau korang nak abadikan gambar korang melalui keychain, korang boleh dapatkan servis button badge dari Liberty Printing ni. Gambar suami isteri boleh, gambar anak boleh, malahan gambar kita masa kecik pun boleh. Kalau siapa ada anak, belikan anak uols keychain camni. Mesti nampak comel!

Liberty Printing juga adalah pilihan tepat bagi yang nak cari hadiah untuk yang tersayang, kawan, saudara-mara atau kenalan yang lain. Sebab "barang-barang" di liberty printing adalah sangat sweet dan memorable. Kawan korang mesti suka kalau korang kasi hadiah dari liberty printing ni.

Antara kebaikan WePrint/Liberty Printing Services:
-Pantas dan cepat. Gambar siap dalam masa 60 saat sahaja!
-Kualiti terbaik. Gambar dan badge dari Liberty Printing sangat berkualiti tinggi dan memuaskan.
-Servis yang pelbagai. Banyak servis lain yang kita boleh order sekali.
-Jimat masa. Tak perlu tunggu lama untuk gambar siap.
-Boleh juga sewa WePrint untuk event atau majlis-majlis dengan harga yang sangat sangat berpatutan.
-Mesra pelanggan. 
-Mudah.

"What can we print for you? Free instant high quality photos!"


Kepada pembaca blog bajuwarnacoklat, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun 10% bila korang cuci gambar di weprint! Masukkan kod di atas. INGAT. SAH SAMPAI 30 NOVEMBER 2016 je tauuu. Jadi jangan lepaskan peluang ni k!

Untuk Video korang boleh tengok kat bawah:

Kalau berminat untuk order atau nak sewa atau maklumat lanjut, klik link di bawah:
http://www.tboox.com/

Aku bagi 10/10 bintang emas untuk kualiti gambar dari WePrint ni. Tahniah dan terima kasih Liberty Printing sbb memperkenalkan WePrint di Malaysia! Gambar dari WePrint memang tiptop!

......................
WePrint by
Liberty Printing SDN BHD (1080784-T)
6, 6A, 6B, Jalan Harmoni, 1A, KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan
CONTACT NUMBER: 019 985 5151 (ELAINE)
EMAIL: order@libertyprinting.com.my
WEBSITE: www.libertyprinting.com.my
FACEBOOK: https://www.facebook.com/libertyprintingmachine
BUSINESS HOURS: Monday to Saturday (9am to 6pm)


Monday, 26 September 2016

COMICS GIVEAWAY by SVIORS

17:10:00 4 Comments
 [ KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH :
9 buah komik untuk 3 orang pemenang, jadi seorang akan dapat 3 buah komik.

Set A
1. Pujaan Hatiku
2. Cinta Puteri Bulan Sabit.
3. Doktor Hatiku

Set B
1. 1/3 Romantika
2. Love Triangle
3. Jom Ke Sekolah Malam!

Set C
1. Coklat & Pudina
2. Andainya Dia Di Kafe Ini
3. Organisasi Rahsia Sekolah

EXTRA HADIAH : Pemenang bertuah?

+


1 Small Bag Organizer + 1 Cartoon Sleep Eyes
untuk seorang pemenang.

Giveaway starts 12 / 09 / 2016 until 12 / 10 /2016

Saturday, 24 September 2016

Face Tonic with Organic Chamomile

17:32:00 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

This face tonic with organic chamomile is from Ecowell Organic Cosmetics.  Rangkaian produk-produk Ecowell adalah berasaskan kandungan organik yang tidak membahayakan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit sensitif pun boleh cuba dan tak perlu ragu-ragu. Sebab tak ada pun mercury, paraben dan kandungan yang bahaya.

Face tonic ni dalam bahasa mudahnya adalah toner. Toner yang selalu korang pakai samada selepas cuci muka atau sebelum mekap tu. Tapi face tonic ni dia lagi best sebab dia ada organic chamomile. 


Apa chamomile tu?

Chamomile atau Chamomile Jerman adalah tumbuhan semusim dari keluarga bunga Matahari Asteraceae. Tanaman ini tumbuh di seluruh wilayah Eropa dan wilayah Asia yang memiliki 4 musim. Chamomile juga telah tersebar luas di Amerika Utara dan Australia oleh manusia. Chamomile memerlukan tanah yang terbuka untuk dapat tumbuh. Tanaman chamomile dapat tumbuh setinggi 15 sampai 60 cm. Daunnya yang panjang dan kecil berkelompok dua atau tiga daun dalam satu tangkai. [sumber]

Antara kebaikan chamomile untuk wajah adalah boleh mengurangkan keradangan kulit, bertindak sebagai anti irritant, terutamanya bagi kulit jenis sensitif, merawat jerawat, menanggalkan sel kulit mati, melembutkan kulit, menjadikan kulit kita lembap dan glowing. Kulit kering pun sesuai. Sebab kandungan chamomile sesuai untuk kulit kering.

Siapa yang mengamalkan teh chamomile ni mesti familiar dengan perkataan chamomile. Hehehh.


Ini lah rupa face tonic tu. Jenis yang picit-picit punya. Spray kat muka terus pun boleh! Biasalah toner kan, letak toner kat kapas lepas tu sapu kat muka. Tapi face tonic ecowell ni kalau tak guna kapas pun takpa. Spray je terus kat muka uols yang mulus tu. Hihii


Untuk kesan yang lebih mengagumkan, pakai face tonic ni lepas korang cuci muka dengan liquid face soap ecowell. Liquid face soap pulak ada organic orange oil. Best tau! Korang kena cuba! Lepas tu, dah pakai face tonic, pakai pulak bio cream. Memang makin ploles lah muka uols!

Maklumat produk:
Face Tonic -30ml
Dengan organik chamomile

Brand: Ecowell
Product: Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series
Price: RM231.97


30-Day Application
Organic Facial Care Collection
ICEA-Certified Organic
Dermatologically Tested
Normal to Oily Skin
Eco-Friendly
Travel-Friendly Pack

Boleh didapati di:

SiteGiant​
http://www.nestore.biz/ecowell-anti-aging-facial-care-trial-set?manufacturer_id=25
Lazada​
http://www.lazada.com.my/ecowell/?searchredirect=ecowell​
Shopee
https://mall.shopee.com.my/item/?sid=7728479&iid=43432401
F​ace​b​ook​
https://www.facebook.com/ecowellorganics/

Akan datang, aku akan review make-up cleanser milk daripada ecowell. Yang ni pun serius best! Thank you for reading this entry!




Friday, 23 September 2016

Giveaway by BusyraTakiyudin

01:30:00 6 Comments
http://www.busyratakiyudin.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html



Assalamualaikum | Salam sejahtera

Sebelum tidur ni, aku nak ajak korang join GA ni. Klik kat banner atas untuk join.

Tuliskan kekurangan blog ini (dari segi penulisan / halaman blog / ataupun apa saja yang membolehkan aku perbetulkan apa yang kurang di blog ini) *tak perlu panjang, satu ayat dah mencukupi*

 Hmm. Punya la I scroll atas sampai bawah dua kali. Taktau tang mana kurang. Lepas tu perasan lah tang blog arkib. Mungkin lagi kemas kalau letak scroll bar. Haa tu je. Lain-lain cun melecun dah takde cacat cela. Perfect ten gitu. Hahahaa

 Jangan lupa join yaa!



Thursday, 22 September 2016

Saya baru buat blog. Apa perlu saya buat?

22:24:00 18 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Entry ini saya tujukan kepada mereka yang sering ajukan soalan-soalan yang sama kat saya, yang mana saya kena ulang banyak kali dan mungkin ada sesetengah tu yang dapat info tak lengkap. Aku dah lama nak buat entry ni sebenarnya. (eh sorry lah tadi saya lepas tu aku pulak kahkahh) So lepas ni kalau sesiapa yang ada kemusykilan tu, aku suruh uolss rujuk sini yaa. Lagi clear gitu.

Ramai individu yang baru nak buat blog tanya aku soalan-soalan macam ni. Aku ni taklah banyak sangat ilmu dalam berblog ni. Sikit-sikit je. Kadang tu aku bengang lah jugak sebab korang tanya aku macam-macam soalan selepas pukul 12 malam. Yang selepas 12 malam ni selalu sangat. Wuuu wuuu. Nak menangis rasa.

K sekarang saya akan jelaskan semua yang korang selalu tanya tu dalam satu entry. Kalau baru buat blog, baca ok.

1. Saya baru nak buat blog. Apa yang perlu saya lakukan? Macam mana nak buat blog?

Okay. Untuk buat blog, korang kena ada akaun gmail. Kalau takde, buat dulu yaa. Sebab mmg wajib ada e-mail dengan gmail untuk buat blog. Setahu aku lah. *kalau silap betulkan*
Untuk langkah seterusnya, korang klik link kat bawah ni. Blogger-blogger ni ada share tutorial satu per satu untuk buat blog. Klik je mana-mana tuto yang mudah korang nak faham. Tapi semua sama jee isi dia.


2. Saya nak jugak blog saya ada www dan dot com. Baru lah nampak glamour dan official gitu. Boleh tak awak editkan sekali blog saya ada www?

JAWAPANNYA TIDAK. Ewah. Awak bayar saya rm20 je untuk edit blog lepas tu expect nak sekali dengan domain. Hahahahaa. Yang www dengan dot com ni namanya domain. Aku tak arif sangat bab domain. Untuk pengetahuan korang, masa aku buat blog ni, nama blog aku bukan terus jadik www.bajuwarnacoklat.com yaa. Sebelum ni adalah bajuwarnacoklat.blogspot.com. Paham? Lepas tu, aku pakai domain, dengan bantuan blogger myideakini, dia yang pasang dan setting apa semua. TAPI. DOMAIN BUKAN PERCUMA!!!!! Korang kena bayar. RM55 untuk setahun (RM50 DOMAIN DAN RM5 UPAH PEMASANGAN). Aku tak ambik servis domain. Ingat yaa. Ramai yang nak buat tempahan edit blog suruh pasangkan sekali domain. Mereka ingat free dan settingnya dalam template. Bukan yaa kawan-kawan sekalian. Untuk maklumat lanjut pasal domain atau korang nak pasang domain, boleh hubungi blogger myideakini. Pasal domain boleh tanya kat beliau. PLEASE. Jangan tanya aku. Aku serius tak tahu. Sebab aku punya domain 100% beliau yang buatkan.

Jika ada yang berminat untuk menggunakan servis MYiDEAKiNi, boleh email di webservices@myideakini.com atau whatsapp 016-6893037. Tak perlu nak pening-pening untuk tetapan, serahkan 100% kepada MYiDEAKiNi untuk menguruskan penukaran domain, cuma perlu ikut arahan selanjutnya dari MYiDEAKiNi nanti yer.

ATAU


3. Kat mana saya boleh rujuk tutorial-tutorial untuk edit blog? Saya ada nak tambah ni. Saya ada nak tambah tu. Macam mana nak letak iklan nuffnang? Macam mana nak buat duit dengan blog? Macam mana nak letak cbox? Macam mana nak buat cbox? Kenapa orang tak follow blog saya? Kenapa follower saya sikit? Macam mana nak suruh orang follow blog kita?

Korang boleh rujuk tutorial-tutorial daripada blogger-blogger yang aku listkan kat bawah ni. Kalau tutorial biasa tu, aku ada juga buat. Tapi aku punya tutorial pun taklah banyak sangat.

UNTUK TUTORIAL BLOG:

TIPS BLOG, NAK TAMBAH FOLLOWER:

CARA BUAT CBOX:

Kalau nak gain follower beribu ribu beratus ratus, korang KENA RAJIN BLOGWAKLING. Kalau malas nak blogwalking, buat blog lepastu sembang sorang-sorang dalam blog, esok bangun tidur jangan pelik la kalau follower kau masih zero. Sebab kewujudan blog anda barangkali tidak diketahui oleh blogger-blogger lain.

Blogwalking tu apa? Baca maksud blogwalking kat sini: http://www.afiffuddin.com/tips-internet/apa-itu-blogwalking

Sedikit peringatan dari aku, kalau baru-baru buat blog, tolonglah jangan buat blog semata-mata nak follower beribu ke apa. Niat dulu. Buat blog sebab apa? Nak share pasal lifetyle? Nak share pasal resepi? Nak share tips blog? Nak share pasal produk-produk kecantikan? Korang nak orang follow blog kau, tapi blog kau zero content. Lepas tu bising-bising kat aku orang tak follow kau. Apa inisiatif kau buat untuk tarik orang supaya baca blog kau? ADA? Kau rasa kenapa orang nak baca blog kau? Tengok balik posts kau, menarik ke? Berguna?  Kalau buat pos-post pun post dok mengumpat orang, post membodohkan orang, kau ingat orang nak baca? Please. We blogger tak follow blog-blog macam ni. Kami semestinya nak follow blog-blog yang menarik kami untuk membaca blog tersebut.

4. Macam mana nak cari kawan-kawan blogger? Saya baru buat blog. Saya tak tahu mcm mana nk cari kawan dalam dunia blog.

Cara pertama. Korang nampak gambar kat atas. Haa tu cbox aku. Korang klik pada nama yang aku merahkan kat atas tu. Nampak tak? Kan keluar blog dia kan. Ada sesetengah orang dia p letak email dia. Kalau email tu tak dapat lah korang bukak blog dia. Ada juga yang badigol sangat, dia p letak iklan churp churp lah iklan says lah. Haa kalau orang camni kau bagi kaki je. Kalau nak cari kawan blogger senang je, kalau korang perasan kat mana-mana blog ada cbox, korang klik je nama-nama macam kat atas tu. Sbb nama tu akan bawak ke link blog blogger tu.

Bila dah keluar blog orang tu, korang p lah blog dia. Tinggalkan komen ke. Tinggalkan mesej kat cbox. Alang-alang follow sekali. Sebab kebanyakan blogger mmg akan follow balik blog korang kalau korang bgtau korang dah follow dia. Cuba korang set kan satu hari blogwalking 10 blog (wajib tinggalkan mesej kat cbox). In Shaa Allah keesokan harinya mesti follower korang bertambah. Tapi kena ingat, BLOG KORANG PULAK WAJIB LAH KENA ADA KOTAK FOLLOWER. Baca balik tips 4 THING BLOGGER SHOULD PUT ON THEIR BLOG yg aku share tadi. DAN. TINGGALKAN URL BLOG KORANG! BUKAN EMAIL TAU!!! Baru senang orang nak bukak blog kau.

Kalau dah buat cbox, kalau boleh letak kat tempat yang senang pengunjung nak jumpa. Kat sidebar pun dah okay. TAPI. Tak semua orang tahu gambar kartun terapung tepi blog kau tu sebenarnya klik untuk cbox. Tak semua tahu icon kecik cenonet dekat sidebar tu untuk klik untuk cbox. Sebolehnya elakkan. Mudahkan pengunjung. Bukan peningkan pengunjung. Hahahahaa

Cara kedua. Join group-group blogger di facebook. Yang ni aku ada juga join. Tapi korang kena alert lah. Jgn join group bukan-bukan. Kadang-kadang ada sesetengah individu tak bertanggungjawab kongsikan link 18sx. So korang sila hati-hati k. Antara group yang boleh dipercayai adalah Kelab Blogger Emas Putih. Dan banyak lagi group. Dari situ korang boleh kenal blogger-blogger yang lain.

Cara ketiga. Anjurkan giveaway ataupun segmen. Cara ni berkesan. Contohnya korang buat lah segmen mengenai pencarian rakan-rakan blogger (contoh), ataupun, buat giveaway dan beri hadiah kepada pemenang. Lepas tu korang letak la nama giveaway tu gempak gempak sikit. Kalau korang newbie, letak tajuk yang menunjukkan korang newbie yang sedang cari kenalan blogger. Dah buat giveaway/segmen tu, kongsikan link tersebut kat group-group blogger di facebook. Jangan share kat satu group je. Share lebih dari satu group. Korang buatlah ayat best best sikit. Contohnya, "Hai saya Bedah. Saya baru buat blog dan masih mencari kenalan dari kalangan blogger. Saya ada buat giveaway. Simple-simple jee. Jemput singgah dan follow blog saya yaa. Nanti saya follow balik. Jangan lupa join giveaway saya! Banyak hadiah best menanti korang!" K ni contoh. Memandai aku je sapa entah Bedah. In Shaa Allah korang akan jumpa kawan-kawan blogger dan dikenali ramai gittew. Hehee. Tapi ingat. JANGAN SESEKALI MENIPU bila buat giveaway atau segmen yg menjanjikan hadiah ni. KORANG TIPU, KENA VIRAL DENGAN BLOGGER baru tahu. Sebab blogger-blogger ni ramai yang berkawan antara satu dengan lain. Jadi kalau korang tipu, memang kena kaw kaw lah. Kalau tak kena viral, mungkin nama korang akan tersemat dalam kepala dieorg sebagai penipu. Ingat, blogger penipu ni memang tak bertapak lama dalam dunia blog. Tak berkat gitu blog kau. HAHAHAAHA

Lagi senang, NAHHHH. Aku share senarai nama blogger's family kat bawah. Korang terjah la satu-satu. Mereka ni sangat-sangat peramah orangnya.
  1. nurnbla: nurnabla.blogspot.com 
  2. Yaya:missinspirit.blogspot.com 
  3. Syaza: syaza-applemints.blogspot.com 
  4. Ecah: apple-crunchh.blogspot.com 
  5. Beeha: beehaazman19.blogspot.com 
  6. Karimah:theonlygirl98.blogspot.com 
  7. Aienienka:aienienka.blogspot.com 
  8. Alya:alyasyganda.blogspot.com 
  9. Leya yeolly:leyastorymory.blogspot.com 
  10. Nad:fiqadira.blogspot.com 
  11. Maisarah:greennyworldland.blogspot.com 
  12. Rrai:www.bajuwarnacoklat.com 
  13. Yanieee:impianacikyaanie.blogspot.com 
  14. Anis:missanisnabilah.blogspot.com 
  15. Raizah:raizahstory.blogspot.com 
  16. Farrah:frrhnd.blogspot.com 
  17. Sayidah:sayidahnapisah.com 
  18. Sha:kasihkuamani.blogspot.com 
  19. Kimchaa:kimchaa.blogspot.com 
  20. Huda:nurfarahudahud.blogspot.com 
  21. Anis:akhalilah.blogspot.my 
  22. Umie Yana:hiphiphorray15.blogspot.com 
  23. Igs:itsnumigx.blogspot.com 
  24. Azira:azirafreesia.blogspot.my 
  25. Lea Azleeya:www.leaazleeya.com 
  26. Reenri:www.reenri.com 
  27. Amy:hilmirdadaud.blogspot.my 
  28. Dieyla:ohmyvitamin.blogspot.com


Ada segelintir yg kedekut nak follow blog lain. Tapi korang tahu tak, lagi banyak blog korang follow, lagi meriah dashboard korang. Sebab apa? Banyak entry-entry baru dari blogger yg korang follow tu keluar kat dashboard [rujuk gambar di atas]. Kebanyakan blogger ada yg suka join giveaway/segmen. Giveaway dan segmen ni pulak ada yang berlangsung seminggu je, ada yang sekejap, ada yg lama. Jadi korang akan "diberitahu" mengenai giveaway2 tersebut melalui blog yang keluar kat dashboard tu. Korang pun boleh laa join sekali. Kalau kau follow setakat dua blog je, then blog kau follow tu jenis update sebulan sekali, haa kan sunyi sepi dashboard kau. Aku lebih suka blog berbanding insta atau lain2. Sbb dalam blog selalunya owner lebih jelaskan dgn terperinci. Contoh, review skincare/ produk. Kalau kat insta, setakat gambar dengan ayat pendek je. *ni pendapat aku lah*

5. Elakkan letak widget yang tidak penting

Kalau boleh elakkan letak widget-widget yang tak penting dan menyemakkan blog korang. Sebab benda-benda tu akan memberatkan blog sebenarnya. Masa mula-mula buat blog, memang ada segelintir yang rasa nak letak semua benda dekat sidebar, pop up itu ini dsb. Sebenarnya TAK PERLU pun semua tu. Contohnya widget jam, calendar, gambar kartun timbul kiri kanan ucap selamat datang/ assalamualaikum/ hai/ jangan lupa komen, bunga atau hujan atau salji atau puting beliung turun mencurah-curah berpusing berputar dalam blog, widget kasi ikan makan, widget radio era fm/ikim/hot fm/apa2 radio, semua tu tak payah letak. Tak penting pun.

Orang bukan datang blog kita sebab nak tengok jam. Kat laptop/pc masing2 dah ada jam, tarikh pun ada. Benda yang paling menganggu bagi aku sebenarnya widget kartun timbul tepi blog yang selalunya ada tulis hai selamat datang atau assalamualaikum ataupun jangan lupa tinggalkan komen. Benda alah tu kalau kita scroll2 pun dia tetap tak hilang. Bagi aku buat semak mata je. Lagi la kalau owner blog tu letak kiri kanan. Kiri letak assalamualaikum. Kanan letak jangan lupa tinggalkan komen. Peh. Terbantu niat nak baca entry. Bukan aku tak kasik korang bagi salam. Tapi bagi salam dalam entry je pun dah ok. Serius. Tak perlu pun semua tu.

Sidebar yang panjang berjela sebenarnya menampakkan blog korang tak kemas. Tapi terpulang korang lah. Ini pendapat aku je. Kalau rasa isi blog archive tu dah panjang sangat, boleh letak scroll bar. Bukan blog archive je. Tempat2 lain pun boleh. Cuba korang tgk kat bawah sekali blog aku. Popular posts, review, blog list, even blog's award yg ada gambar pun aku letakkan scroll bar. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi aku rasa macam tu lagi mata aku sedap memandang kot. Hahahahaa. Ke korang pandang tak sedap?

_____________________________________________

Aku rasa cukuplah empat lima je. Aku rasa tu semua benda basic kena tahu kalau baru buat blog. Tambahan pula, soalan-soalan tu yg korang selalu tanya aku. Ada orang berblog sekadar untuk suka-suka je. Ada orang melalui blog, dia dapat pendapatan sampingan. Macam yg aku cakap tadi, kalau baru buat blog, pasang niat dengan betul. In Shaa Allah lama-lama orang makin ramai follow dan blog kau makin dikenali. Aku ni dari 2012 bikin blog, follower seribu lebih je. Tak sampai 10k pun hahahahaa. 2016 baru aku pakai domain. Aku rajinkan blogwalking dan join GA/Segmen je masa mula-mula berblog. Alhamdulillah ada juga sudi kawan dengan kite dan follow. Aku rasa pencapaian yg paling best dalam berblog ni bila dapat kawan-kawan blog kot. Hehehh. Ingat senang ke orang nak kawan dengan blogger entah pape mcm aku ni?

Aku pun masih merangkak lagi dalam dunia blog ni. Aku kongsi apa aku tahu je. Berdasarkan pengalaman. Entry ni bukan nak riak. Bukan nak kata aku lagi terer ke apa. TAK. Aku pun tak pro lagi dalam blog-blog ni. Income blog pun masih ciput. Aku jawab apa yang korang selalu tanya je. Mungkin ada yang tak berapa clear pasal ni. Jadi aku buatkan entry ni supaya korang lagi faham. (harap-harap entry ni menjawab pertanyaan korang)

Sekian dari saya, Puan Raihanah. Kahkahhh.
Nanti dah buat blog, gunakan bahasa yang baik-baik ya. Tataaa dan selamat malam! Semoga maju jaya dalam blog! Tingkatkan prestasi blog dan kurangkn kontroversi dalam entry-entry blog.  Peace!



Wednesday, 21 September 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

17:40:00 6 Comments

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal?

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90.

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell Serum ini?
    Kesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik, mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
    3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  3. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  4. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  5. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  6. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  7. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? - Saya! [sendiri]
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain: Berminyak, liang pori terbuka, kulit kering.
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya inginkan kulit yang bersih dan sihat serta kekal berseri sepanjang hari. Kulit saya kering, tapi pada masa yang sama kulit saya juga berminyak. (ermm. taktahu nak explain mcm mana. tapi kalau tak mekap and naked face, dari pagi sampai tengahari tu muka dah boleh buat goreng cekodok). Hahahaa. Sebab tu lepas zohor aku akan cuci muka lagi sekali. (eh tadi saya, awat tiba-tiba aku? lol) Saya juga mempunyai masalah pori-pori terbuka dan saya sangat berharap 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs mampu membantu merawat masalah pori-pori terbuka ni (kalau tak mekap, memang ketara nampak pori-pori terbuka. sobb sobb) Semoga saya terpilih sebagai salah seorang yang bertuah untuk menerima 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs yang diidam-idamkan orang ramai ni.

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Whoops! That's an error!

16:30:00 4 Comments

Whoops! That's an error! Hahahaa. *sebut perkataan whoops tu dengan nada comel* Apa yang error tu? Cuba tengok gambar di atas. Haa gitu laa rupa error yang aku maksudkan tu. Semalam aku bukak blog, kat dashboard okay je, molek je takde apa crashed. Tapi bila klik view blog, jadi macam kat atas tu. Fuhhh. Cuak gila weyh!

Aku dah mula jee fikir bukan-bukan. Google nak padam blog aku laa apa laa. Hahaha. Yaa seriously aku fikir blog aku kena padam google je masatu. Sedih tau kalau kena padam. Ingat kelakar ke.


Lepas tu tengok kat Layout dan Template. Pun sama! Sobbb sobbb. Lagi laa nak nangis je rasa hahahaha. *over* Aku tanya kat kawan-kawan blog, ada juga yang kena macam ni rupanya. Lepas tu atas saranan blogger myideakini, aku pun tukar template aku ke mana-mana template kat template designer tu. Sebelum tu aku backup dulu template yg aku pakai skrg ni. Mula-mula tak menjadi apa-apa. Sama je. Lepas tu kat bahagian template, aku perasan dia tunjuk blog aku. Tapi satu kali jaa. Lepas aku refresh, dia jadi crashed balik.

Stress dan frust menonggeng punya pasal, aku biar je tersadai gitu. Aku tak shut down laptop tak log out blog pun. Pergi dapur minum kopi, makan biskut oat tiga keping, tengok balik blog, YEAYYYYYY!! Dah okay!!

Hahahahaa. Gembira tak terkata oi. Macam menang merentas desa je. (aku tak pernah menang merentas desa, jgn caya). Syukur sangat. Kalau tak mesti aku tidur beralaskan bantal basah. *over*

Aku tak tahu laa sama ada tindakan tukar template lain tu punca kejayaan, tapi kalau ada siapa yang ada masalah, cuba laa. Mana tau menjadi mcm aku ke. Tapi apa-apa pun, backup dulu template korang sebelum nak apply template baru. Kalau aku rujuk kat group forum [utk blogger2 yg kena masalah yg sama] mmg ramai yang suruh tukar template lain. Sbb dia kata kalau jadi macam ni maknanya template kita guna skrg ni corrupted. Haa tang ni aku taktahu sangat. Tapi alhamdulillah selepas aku tukar template tu, aku upload [pakai balik] template lama, takde corrupted atau silap apa2 pun. Alhamdulillah.

Nama error ni Error bX-v2vqfh. Aku harap sangat takde kena apa-apa error lagi lepas ni. Nak gugur jantung jiwa raga limpa pancreas tangan rambut bijik mata semua. Hahahaa. Ailebiu blog. Please jangan error error lagi lepasni yee. Muahh muaaahhhh!


Monday, 19 September 2016

Siapa lagi?

00:50:00 4 Comments

Sesungguhnya hidup ini tidak sama macam movie-movie blockbuster atau drama-drama bersiri. Masa kau nyaris-nyaris jatuh, tidak ada tangan yang on the spot gapai kau macam dalam movie. Tak ada superhero terbang on the spot tangkap kau masa kau tergolek jatuh tangga berguling-guling. Apa kau ingat nanti ada hero kacak anak orang kaya muka handsome hulur tangan tolong selamatkan kau dari situasi malu begitu? Hero tu dah masuk kereta dulu tak perasan pun kewujudan kau kat belakang.

Hidup ini tuhan beri pada kita bukan untuk saja-saja. Jalan cerita kita Dia sudah susun cantik-cantik. Biasalah, kan hujan lebat dulu baru boleh jumpa pelangi? Jadi ulat beluncas dulu baru jadi rama-rama?

Bersedih sekejap tak apa. Tapi jangan terbawa-bawa sampai ke penghujungnya. Nanti kau tak perasan mereka-mereka yang berusaha bawa tawa dalam rentetan hidup kau. Tak payah tengok jauh-jauh. Mak kau. Ayah kau. Adik beradik. Kawan-kawan.

Siapa lagi yang boleh lawan untuk kau kalau bukan diri kau sendiri. Perasaan kau. Hati kau. Orang tak boleh rasa. Orang tak tahu betapa gembira kau rasa sekarang. Orang tak tahu celaka apa kau kena. 

Paling penting sekali; kau ingat semua orang yang kau ceritakan tu; betul-betul kisahkan cerita engkau?

Jangan harapkan orang.

Ini hidup kita. Kita yang rasa. Kita yang kena.
Kita yang tulis jalan cerita hidup ni.
Jadi tulis cerita yang baik-baik belaka.

Yang menyakitkan; buang.
Jadikan pedoman.

Semoga kau jadi penulis terhebat.

Saturday, 17 September 2016

Zoura Pretty Fingers | MUA dan servis deco murah

21:32:00 2 Comments


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Dah makan? Dan mandi? Dah tunang? Dah kahwin? Eh? Hahahhaaa. Straight to the nampak. I belum kahwin. Jadi entry ini bukan sahaja khas untuk diri sendiri, tetapi juga khas untuk mereka-mereka yang sedang mencari atau akan mencari. Bukan untuk majlis kahwin je. Majlis-majlis lain pun boleh. Majlis tunang, majlis kenduri-kenduri, birthday party ke, nak suruh deco untuk majlis rasmi pun boleh. Sedang mencari servis deco untuk majlis sambut abang kau baru balik London? Pun boleh! Serahkan je kat Zoura Pretty Fingers, kompem meletup letup jadinya nanti tau!

Zoura Pretty FingersMenyediakan pelbagai servis deco, MUA, make up sanding, make up tunang, make up untuk personal event, malam berinai, majlis berinai/ bertandang, majlis sambut menantu, wedding/event planner, bertunang, booth setup, photobooth, sewa pelamin items, pelamin aqiqah, pelamin tunang, pelamin dewan, buaian berendoi, deco tray, sewa baju, flower arrangement, deco dulang hantaran dsb


Zoura Pretty Fingers juga menawarkan perkhidmatan MUA dengan harga yang berpatutan dan hasil yang mengagumkan. Korang juga boleh dapatkan khidmat MUA Zoura Pretty Fingers untuk make up dinner ataupun make up untuk korang pergi majlis-majlis besar. MUA ni bukan utk make up time kahwin je ok. Tak kahwin pun uolss boleh make up. Hahahahaa. 


Kalau korang nak cari bunga hantaran, Zoura Pretty Fingers ada menawarkan pakej bunga hantaran yang fresh dan cantik-cantik. Untuk dulang hantaran pulak? Okay meh cuci mata tengok gambar-gambar kat bawah.


Gambar-gambar di atas adalah antara hasil tangan daripada Zoura Pretty Fingers bertemakan warna purple/ungu. Cantik kan? Kalau nak semua purple nanti tenggelam warnanya. Jadi bagi menaikkkan seri hantaran ni, Zoura Pretty Fingers pun mengaplikasikan warna-warna yang 'masuk' dengan warna purple. Contohnya macam warna-warna dalam gambar di atas.

 

Zoura Pretty Fingers juga banyak menerima tempahan bagi pelamin berendoi/ buaian berendoi. Tengok gambar-gambar kat atas. Comel-comel dan cantik pelamin tu kan? Tak messy, simple dan sangat nice. Selain pelamin/buaian berendoi, Zoura Pretty Fingers juga ada menawarkan perkhidmatan pelamin tunang/ pelamin majlis perkahwinan. Malahan kalau korang memerlukan khidmat wedding planner, Zoura Pretty Fingers sedia membantu.

Di bawah ini adalah antara testimoni-testimoni mereka yang menggunakan perkhidmatan dari Zoura Pretty Fingers. Semestinya puas hati kerana Zoura Pretty Fingers sangat menitikberatkan kepuasan customer.

 

Caj harga yang dikenakan oleh Zoura Pretty Fingers adalah sangat berpatutan, malahan, tiada caj tersembunyi yang dikenakan. Tema Zoura Pretty Fingers pula adalah trendy, simple dan elegan. Jadi tak hairanlah kalau korang usha usha gamba pelamin hasil daripada Zoura Pretty Fingers ni, tak ada satu pun yang nampak messy. Kemas je semuanya. Lokasi Zoura Pretty Fingers adalah di Cheras, Kuala Lumpur. Namun begitu, tempahan diambil sehingga ke Negeri Sembilan dan Melaka. Untuk pengetahuan korang, Zoura Pretty Fingers pernah dapat slot dalam majalah pesona pengantin dan harian metro tau!


Zoura Pretty Fingers juga ada berkongsi tips-tips seperti tips memilih pelamin dan tips merancang majlis. Jadi korang juga boleh dapat sedikit "ilmu" kalau korang like/follow Zoura Pretty Fingers di facebook/blog/instagram. 

Sekarang ada promo untuk bakal-bakal pengantin free deco tray @ fresh handbouquet. Syaratnye, share & win post Zoura Pretty Fingers di IG & FB. Pemenang akan dikira share terbanyak n reason yg paling best kenapa mesti ambil pakej di Zoura Pretty Fingers. Best kan? Siapa bakal-bakal tu sila lah perah otak dan merajinkan diri untuk dapat pakej best ni dari Zoura Pretty Fingers. Mujur aku belum nak menjadi raja sehari. Kalau tak aku bikin karangan 360 patah perkataan sebab nak menang pakej dari Zoura Pretty Fingers. Hahahahaha. Jimat weyh! Bukan senang tauuu ada orang nak sponsor. Lagi-lagi golongan bukan retis macam I ni. Muehehehe.

Info mengenai Zoura Pretty Fingers:
Fb : zoura pretty fingers services
Ig : zoura pretty fingers
Blog :www.zouraprettyfingers.blogspot.com
Tel : 012-3612692


Owner sangat peramah dan sangat senang berurusan dengan beliau, so kalau korang nak tanya pasal pakej atau apa-apa yang berkaitan, tanya je ok. Whatsapp nombor yang tertera di atas.

Taataaa!