Thursday, 31 March 2016

Jenis Baju Kurung Yang Anda Harus Ketahui

14:52:00 12 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ini saya mahu kongsikan jenis-jenis baju kurung yang korang harus ketahui. Sebab baju kurung ni ada nama dia yang tersendiri tauu. Its still a baju kurung but there's something different between them. Siapa sini suka pakai baju kurung? Angkat tangan! (Me! Me!) Ke uols pakai baju kurung setahun sekali jek time raya? Kuikui. Aku boleh laa dikatakan banyak laa jugak baju kurung. Yelaa dekat Kolej I hari2 pakai baju kurung tau nak pergi kelas. Nak g cafe pun usually I wore a baju kurung. Kolej saya tak benarkan siswi pakai seluar pergi kelas atau berpeleseran dalam Kolej pakai something selain baju kurung or jubah. Its good actually. Bila dipraktiskan lama-lama aku pun selesa pakai baju kurung sebab gue nampak ayu gituuu kahkahhh. *perasan*


Seperti yang kita ketahui, baju kurung merupakan pakaian kebangsaan atau baju rasmi bagi wanita Melayu di Malaysia. Ia dipakai untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ke undangan-undangan istimewa, dan juga ketika ingin ke pejabat. Ternyata koleksi baju kurung ini merupakan jenis pakaian yang paling versatile dan ‘evergreen’. Selain itu, baju kurung juga merupakan pilihan utama bagi ramai wanita ketika ingin tempil bergaya ketika sambutan Hari Raya. Walaupun kini banyak pilihan pakaian lain yang boleh anda temui di pasaran seperti kaftan, jubah moden, dress Muslimah dan sebagainya, baju kurung tetap menjadi pilihan no 1. Oleh itu, sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, berikut merupakan jenis baju kurung yang harus anda ketahui. Mana tau boleh dijadikan idea sebagai baju raya anda untuk tahun ini ke kan. Oh ya. Dah beli baju raya belum uolsss??


Baju Kurung Pesak

Baju kurung pesak adalah jenis baju kurung tradisional atau potongan klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita Melayu di Malaysia. Apa yang membezakan rekaan baju kurung ini dengan rekaan yang lain adalah dengan adanya potongan pesak pada bahagian kiri dan kanan baju.


Baju Kurung Pahang

Sama seperti baju kurung pesak, baju kurung Pahang juga mempunyai pesak di bahagian kiri dan kanan baju. Apa yang berbeza adalah pesak bagi baju kurung ini mempunyai potongan yang lebih lebar daripada baju kurung baju pesak.


Baju Kurung Kedah

Bagi baju kurung Kedah pula, ia mempunyai potongan baju dan lengan yang singkat berbanding jenis-jenis baju kurung yang lain. 


Baju Kurung Moden

Seterusnya pula adalah rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak. 


Baju Kurung Peplum

Dan jenis baju kurung yang paling digemari ramai adalah baju kurung peplum. Baju kurung ini direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju. 

Nampak tak perbezaan baju kurung di atas? Ada yang bajunya tak sampai lutut, ada yang paras lutut. Ada yang blink blink. Ada yang plain biasa sahaja. Korang suka jenis baju kurung yang mana? Kalau saya, I love Baju Kurung Pahang and Baju Kurung Pesak. Hihik. Masa kecik-kecik dulu Iols peminat Baju Kurung Kedah. Aku ingat lagi dulu-dulu aku ada baju kurung kedah bunga-bunga, sepasang warna hijau, sepasang warna purple. Lepas tu kat lengan dia ada manik-manik ada labuci siap berenda renda lagi uols. Tu lah baju favourite gua dulu hahahahaha. Lol. Tak silap baju tu Mak Usu yang kasi. Mana entah baju tuu sekarang. Dah sedekah kat orang agaknya.

So lepas ni bila dah tahu jenis baju kurung ni, boleh laa pergi kedai beli berdasarkan nama yang aku share ni. Hihik. Selalu cakap kat owner kedai, nak baju kurung kan. Haa ni uols boleh laa kasitau dia uols nk baju kurung moden kee, baju kurung pahang ke dan sebagainya.

Share laa sikit apa jenis baju kurung kegemaran korang kat komen k! Taaataa!





Wednesday, 30 March 2016

MAJLIS PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI

23:46:00 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Ini ada berita gembira untuk sesiapa yang merancang untuk buat majlis perkahwinan. Saya share je. Mana tahu dapat mudahkan urusan perkahwinan uols ke hikhikk. Nanti doakan laa I pulak kahwin lepas ni yee *gatal*

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 APRIL 2016

SILA HUBUNGI UNIT BANTUAN PERKAHWINAN, BAITULMAL MAIWP, TINGKAT 4 [03-2617 5275/ 5262/ 5244]





Tempahan Edit Blog: Azira Freesia

21:33:00 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah. Siap lagi satu tempahan edit blog. Bersyukur sangat template ni dapat disiapkan dalam masa sehari je. Nak tahu apa rahsianya? Kekekee. Rahsia laa sangat. Actually Kak Azira sangat sangat memberi respon yang pantas bila aku tanya soalan-soalan. Samada ni okay ke tak, camni okay tak, kaler ni okay tak, menu camni ok tak, semua dia reply cepat. Sebab tu kerja siap cepat hehehe. But the main reason is iols takde keje pun sebenarnya nak buat tu yg boleh hadap blog lama hehehehhee. Meskipun Kak Azira ada suruh ubah ubah sikit tapi alhamdulillah dapat juga siapkan hari ni jugak. Maka dapatlah hasil macam ni! Hehehe. Terima kasih Kak sebab tempah dengan kite! Muahh muahh!

Kak Azira ni dah lama berblog. Cuma baru-baru ni beliau sampaikan hasrat nak aktif semula berblog. So uols jangan lupa k follow blog beliau. Kalau rajin komen-komen laa sikit :)



Watermark:



Kalau ada sesiapa yang berminat nak membuat tempahan edit blog boleh hubungi saya by wasap di 019-6373924 atau email saya di vendettatraveller@gmail.com

Kalau nak tengok portfolio boleh lihat di SINI


Assalamualaikum..



Tempahan Header & Watermark: I blog When I Blog

12:38:00 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Here another order for header and watermark. Alhamdulillah. Murah rezeki Rrai hehehehe. Owner blog nak simple jee dan kaler hitam putih ada splash kat belakang. So dapatlah hasil begini. Lately semua request simple simple hehehe nampaknya tema simple semakin mendapat sambutan yee. Tq Kak sbb tempah dgn sy! 


 Watermark:



Kalau ada sesiapa nk buat tempahan, boleh wasap sy di 019-6373924 atau email di vendettatraveller@gmail.com yaa.

Tataa!






Tempahan Edit Blog: Kasihku Amani

12:24:00 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tempahan kali ini adalah daripada blog Kasihku Amani iaitu Kak Shahida. Thank you akak tempah dengan kite! Hihi. Harap-harap murah rezeki Nur Raihanah lepas ni hehehe. Kak Shahida mintak kombinasi warna hitam, merah dan putih. Beliau nak simple je so aku selitkan jugak elemen simple takmo nak crowded sangat. Background dgn header pun aku buat simple je takde bunga berdaun menjalar ke ape. Jadi dapatlah hasilnya begini. Hehehe. Yang kat bawah ni preview sebelum aku pasang kat blog Kak Shahida. Aku tunjuk sekali je beliau terus approve. Hihi. Mudah sangat sangat berurusan dgn Kak Shahida ni. Tq Kak!!

Kalau nak tgk blog beliau korang boleh klik pada link di bawah:



Watermark:


Kalau ada sesapa nak tempah edit blog dgn I boleh wasap sy di 019-6373924 ok :D
Kalau nak email pun boleh. Email sy di vendettatraveller@gmail.com

Taataaa!!


Tuesday, 29 March 2016

1st Giveaway by Semanis Anggur

13:18:00 7 Comments


Assalamualaikum….




Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250







Hadiah :


Topup RM10 X 2 pemenang


Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog


Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog


BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog


BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog


*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250






Date : 24 Mac – 15 April 2016






KLIK BANNER UNTUK JOIN....

Monday, 28 March 2016

Shell Out Panchor Station | A Little Reunion

19:57:00 4 Comments
ASSALAMULAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Firstly I would like to thanks to all my friends who participate with this little reunion and spend your precious time eating with us! And also thank you to our manager and finance manager, Aida and Wana who help a lot to make sure this little reunion /party success! Its actually happens on Saturday 19hb March tapi biasalah Rrai kan memang ada perangai malas nak transfer gambar dalam laptop so usually it always end up aku update entry lambat HAHAHAHA. Siapa hantu seafood dan belum makan, mohon baca entry ini lepas makan ye. Takut kempunan pulak sbb aku nak tunjuk gambar makanan ni haaa. Hihi

Who are they? Theyre my friends from my primary school. Kalau dicongak betul2 ada laa dalam lapan tahun aku tak jumpa dieorg *most of them laa* Sbb aku habiskan masa lapan tahun duduk asrama and I dont always home *ceh konon padahal suka balik rumah dulu* HAHAHA. Takde lah. Kalau aku balik pun aku selalu memerap kat rumah. Masa sekolah menengah dulu time balik je mmg gua topup tidur banyak banyak kalau balik rumah. Tu pun belum palatnya bawak balik baju kotor tak basuh sbb nk basuh kat rumah hahahaha. Kalau nak diikutkan aku mmg takde kawan sgt pun kat kampung ni melainkan kawan2 masa sekolah rendah dulu *sis anti sosial* Hukkhuk. *sedih* Aku rasa its more to aku yang malas nak bersosial kot. Aku kan sombong (ayat biasa orang cakap kat gua). HAHAHAHAHAAHA

The location is at Panchor Station. Ini kali pertama aku datang makan kat sini. Sebelum ni makcik aku ada tunjuk gambar shell out panchor station ni tapi gua serius tak tahu di mana lokasinya. Sekali dah sampai, laaaaaaaa ini ke tempatnya? Aku selalu gila kot lalu sini kalau nak g Bukit Gambir tuuu. Hahaha. Siapa nak mai tu, tempat ni bersebelahan dgn sebuah kedai runcit dan sebelum Masjid Jamek kat situ (dari Pagoh) Tepi jalan jee kedai shell out ni. So mmg senang sangat nampak.

I was super excited to see them ok! Sumpah excited Jah! Lelagi masa jumpa Ayu for the first time lepas lapan tahun. Peh tinggi Ayu kini. Slim pulak tu. Tolong ambik sikit lemak aku ni boleh tak Yu? Hehekk. Tapi tak semua ada masa ni. Yang ada cuma Wana, Ayu, Aida, Fatin. And Aten bawak kakak ipar dia while the other friend, Mirul bring her girlfriend. Gua? K. Gua bawak perut kosong je datang sini.

Nah! Kawan-kawan saya yang makin cun cun dan watak watak utama dalam menjayakan makan-makan kita ni. Masa ni yang lelaki tak sampai lagii.

Taaadaa! Sampai dah mereka. Mereka sampai je bermakna dah boleh makan laa kiranya. Hehe. Takkan nak bedal dulu walhal semua belum ada yedakkk? Nampak mcm tak ramai. Tapi ketawa macam ada 20 orang satu meja. Hahaha.

The seafood? Its super delicious and soo soooo yummy! Theres no plate. Nasik dia letak atas paper brown tuu aku taktau apa nama dia tapi kalau aku beli mee goreng ke murtabak kee kat pasar lambak haa kertas coklat tuu laaa. Meja tu dah dicover dgn plastic so its clean kalau makanan kau terkeluar dari paper tu pun takde hal ah. Seafood dia banyak laa gak. Gua paling suka kupang, lala. Aku makan banyak gila kot. At the end, aku org lambat siap makan sbb aku makan banyak kekekekee. Lagipun Wana dah kata, habiskan ni Rrai lala ni dieorg ni tak pandai makan lala (ke Wana saje nak bagi aku makin gemuk?). Malahan Mirul also told me to finish the seafood haa apa lagi makan je laa takyah malu-malu kalau malu bukan dapat apa HAHAHAHAA.

Masa makan. Siapa laa ambik gambar ni nampak tak iols tengah kopek kupang ke lala tu. Banyak gilaa aku makan hahaha. Nasik dan air korang boleh mintak lagi kalau dah habis. Dan aku lah antara manusia yang mintak tambah nasik tu kahkahh. But I share with Ayu separuh. Air pun kiteorg mintak refill SATU JAG lagi. Aku lupa air apa ni. Ribena? Berry? Grape? Tapi bukan sirap ah ekh typical pulak kalau sirap.

Gambar makanan takde yang betul2 clear. So aku ambik dari facebook panchor station. Nahhhh.




Hukkhuk. Kupang T_T
Sedapppnyaaaaa kalau dapat melantak awak masa tengah taip entry ni.


And. Guess what. They celebrate my birthday here ok. *crying* Terharuuuu titew laaa awak niiii. I dont know who buy the cake but I guess Aida laa kot sbb celah mana pulak Wana nak sorok cake sbb aku naik satu kereta dgn dia. Takkan Amy pulak bawak cake naik moto kan? Hahahaha. Aku g basuh tangan, lepas basuh tangan dan duduk tu, tiba2 semua nyanyi lagu happy birthday. Orang kat meja belakang kiteorang pun nyanyi sama. Ohmygod I was so surprised ok! Sumpah terharu laaa uols buat gini. Ni makin sayang ni. Hikhikkk. I also got balloon from the panchor station. Sebenarnya ramai jugak yang celebrate birthday kat sini dan kalau uols nak celebrate birthday here, tempat ni kira macam boleh planner utk korang laa. Terima kasih abang comel topi merah bawak kek untuk saya. Hehekkkk.

Gila tak lebar aku senyum? Ada cake kot. Hahahaha. 


Awak semua ni manis betul lah. Boleh kena diabetes tauu titew.

My happy face Hehehh

My extra super happy face LOL

Awat suka sangat ni Rrai oi hahahaha Ayu je pandang kamera ni aishhh

I add brighten tiga kali k untuk gambar ni hahaha. Sebab gelap maklumlah malam masa ni. So abaikan laa muka Rrai yang macam terlebih pengcahayaan tuuu. (padahal muka hitam kahkahh) Ni Khai. Salah sorang kawan dari sekolah rendah dulu. Dia ni dulu kira atlet ah sbb kiteorg satu rumah sukan hehehehe. (ke aku salah orang? kakakakakaaa) Aku dulu lari mana laju makan je kuat.

With Wana super cute!

Wana. Ni lah belon yang panchor station sponsor tu hekkhekk comel oi kaler pink tauuu!

Dari kiri. Ayu, Aten, Wana. Tiga heroin manis malam tersebut hehehe.

Unfortunately theres no picture of me and Aida on that night. Tapi sbb I nak jugak ada gambar dgn Aida dalam entry ni maka nahhh ini gambar dgn Aida masa di Langkawi hehehehe. Makin comel jee si Aida ni sekarang. *jeles*

A slice of cake. Siap sedia untuk masuk dalam perut saya. Hehee

Kesemua watak utama. Hihi. Kedai pun dah tak ramai org masa ni. Major dah balik. Orang pun dah siap2 mengemas.

The last picture from us! Thankyou to all of you sudi makan makan sama sama. Lepas ni kita reunion tempat lain pulak lah. Hihi. *masih dalam perancangan* But for sure Iols kena kumpul duit ah camni karang dia ajak aku travel Bali ke karang melopong lah I babai je tak dapat ikut kekekeke. Most of them dah berkerjaya so duit dieorg memang berkepok ahh wallet tebal jee memasing. Kalau laa Wana nak belanja aku Myvi ke kan kan hukhukk seronokssss uolssss.

Aku harap lepas ni kalau ada reunion lagi, makin ramai yg dapat join. Baru meriah kan kan. Alangkan 12 orang ni je dah riuh kalau 20 orang? Pehh kompem meriahriahriah gitu! Reunion is always something best to plan. Dulu lepas habis sekolah menengah pun bdk sekolah aku buat reunion. But mostly now reunion time raya je sbb majoriti belajar jauh lain lain tmpt. Aku nak tunggu reunion stilettorianss pulak ah lepas ni. Takpon reunion budak duus kelas aku ke kan. KAHHHKAHHH. Nak ke Yen dari Penang, Tima dan Siti dari Kedah, Wan dari Pahang, Mazura dan Ummu dari Terengganu dan lain lain tmpt tu datang semata reunion? kekekekeee. Jauhhhh T_T

Bagi sesiapa yang nak try makan seafood di Panchor Station boleh laa hubungi 0177640230 untuk booking atau kalau ada sebarang pertanyaan. You also can visit their facebook HERE. I'm not sure kalau boleh main datang je order sbb aku pun masa ni Aida yang booking. The seafood? Sedap sangat tak menyesal kalau anda cuba!



Thankyou for reading this entry. Tataaa!



Sunday, 27 March 2016

PEMENANG BARU GIVEAWAY!

22:26:00 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

PEMENANG BARU: 39

Check number di SINI

Sila e-mail butiran di bawah ke vendettatraveller@gmail.com. Takmo wasap k. By EMAIL. Sila letakkan tajuk email anda : SAYA PEMENANG GIVEAWAY NOMBOR ___ (letak nombor giliran anda) dan berikan details di bawah:
NAMA:
ALAMAT:
NO HP:
URL GIVEAWAY:


Sila berikan details pemenang sebelum hari Sabtu iaitu 30hb. Terima kasih!


MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

14:13:00 6 Comments

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Saturday, 26 March 2016

Tempahan Header: Nur Nabila

19:27:00 7 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah. Murah rezeki Nur Raihanah dapat tempahan lagi. Hihi. Tempahan kali ni datangnya dari Nabila comey lote gadis ayu dari Utara. Dia nak tempah header je. Tapi iols bikin sekali background untuk dia sebab nak kasi matching header dgn background. So, hasilnya, kod warna utk header adalah sama dgn background. Baru laa kemas tak gituuuu? Hehee. Aku kalau mengedit blog orang selalunya background aku akan buat sama kod antara satu sama lain. Sbb takmo kaler dia lari. Contoh nya blog saya ni. Haa. Semua coklat dgn pink sama kaler kod. Untuk blog Nabila ni, aku pulak fall in love dengan kaler pink dan biru lembut ni. Sedap jee mata memandang sbb lembut sangat warnanya. (ceh puji diri sendiri ke?)



Siapa yang nak tempah header macam ni boleh wasap saya di 0196373924. Harga RM5 untuk header sahaja. Kalau nk tgk contoh lain, anda boleh lihat di SINI

Terima kasih Nabila sbb order dgn akak! Me love you muah muahh! Hihii


Friday, 25 March 2016

Tema Warna Baru Blog | Baju Baru

22:33:00 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

New look again! Hihih. Sebenarnya takde pun plan nak buat baju baru untuk blog ni. Tapi sejak belakangan ni aku kian malas pulak mahu bukak blog. Jadi aku berkira-kira barangkali aku dah bosan dengan warna blog aku yang dulu. HAHAHAA. Design ni aku siapkan malam semalam, TENGAH MALAM BUTA OK aku buat. LOL. Idea datang mencurah2 pulak time 12 tengah malam tu. Tapi aku buat simple je. Kalau dulu aku guna kombinasi coklat dgn hijau mint, now aku guna coklat (still the same colour code) dan pink. Bagi aku, untuk blog punya warna, biarlah kita guna warna yang jarang org pakai. Lagi bagus guna warna org tak pernah pakai hahahahah. (oren? erkkkk) So pink pun aku taknak guna pink yg typical. Jadi aku guna pink camni. Hehehe. Takde laa selalu sgt kan org guna pink camni? Sebolehnya aku nak elakkan guna pink pastel cair dan coklat cair. Sbb nnti aku sakit mata kalau nengok lama lama. Lawa mmg lawa. Tapi keselesaan pembaca itu penting. 

My tips for blog colour ni, ingatlah bahawasanya bukan remaja sahaja yg sedang baca blog anda. Barangkali ada orang tua yang baca. (Contoh, AKU) Aku taktau laa korang tapi kalau aku menziarahi blog kaler camtu, aku zoom weyh. Serius. Sbb aku tak nampak. Kalau dia guna font black or dark ke ok laa jugak kan ini warna blog biru cair punya cair lepastuh font kaler kelabu kecik cenonet dan warnanya pun cair jugak. Pehh. Sabo jelah. I tahu warna pastel is famous nowadays. Buat baju kurung mmg lawa. Kalau buat kat blog pun, jangan lah sampai susah org nak membacanya sis.


Untuk font kali ini, aku pakai semua century gothic. Hihi. Sejak dari zaman dahulu lagi iols mmg suka font ni. Tapi utk baju baru blog ni aku besarkan sikit saiz font entry. Nah. Senang uols nak baca tak gitu. Tulisan kat sidebar pun aku bold kan utk bagi senang dibaca. Sweet kan aku? Hahahaa. Aku takut korang susah nak baca jee nanti. Kalau ada terkurang utk design baru ni beritahu laa yaa. Aku akan buat penambahbaikan dari semasa ke semasa InShaaAllah. Fighting Bajuwarnacoklat!




Wednesday, 23 March 2016

IOPE AIR CUSHION BLUSHER; Cara mudah nak bagi pipi glowing

20:42:00 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ni iols nak promote sikit satu produk iaitu Blusher IOPE. Ni ha cara best nak pakai blusher sekarang. Takde dah kes pipi terlebih merah sebab terlebih sapu. Hihii. Pakai IOPE blusher air cushion ni kompem meletoptop muka uols! Glowing jeee tauu!





Siapa nak, sila order dgn saya yaa. Wasap sy di 019-6373924. Ada dua warna iaitu rose pink dan peach (sepertimana dalam gambar di atas) Cepat cepat cepatt grab your blusher now! Kat bawah ni ada sorang kakak cantek share testimoni kat iols. Glowing gituuu uols! Kalau nak cuba, sila lah wasap saya yaa. Jangan malu-malu hihiksss
Pap pap pap jee kat muka. Pinky pink gitu pipi! Selamat ber-glowing!