Follow Us @soratemplates

Saturday, 12 November 2016

Watch Online Ouija: Origin of Evil (2016)


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Yeayyyy! Done Ouija Origin Of Evil! Hehehe. Setahu aku, movie Ouija: Origin of Evil  ni masih lagi ditayangkan di pawagam. So kalau korang nak rasa lagi berdebar better tengok di wayang yaa. Serious talk. Movie horror ni feeling dia kalau tgk kat laptop dgn tgk kat wayang, beza gila! Kalau kat wayang, mana boleh pause kalau ada scene hantu. Hahaha. Nak taknak terkejut2 lah kau tengok muka buruk hantu tu.


Bagi sesiapa yang tak tahu, cerita Ouija: Origin of Evil  ni adalah kesinambungan daripada cerita Ouija yang ditayangkan pada tahun 2014 dulu. Kira mcm ni movie kedua lah. Secara jujurnya aku tak faham sangat jalan cerita yang masa tahun 2014 punya tu. Aku tengok satu kali je. Then bila tengok Ouija: Origin of Evil ni makin berrtambah tak faham aku. Sebab aku kompius movie tahun 2016 ni dia ceritakan peristiwa sebelum yang tahun 2014 punya ke apa sebenarnya. Sebab aku ingat lagi, Ouija 2014 tu pun ada watak perempuan tua kat hospital mental tapi dia tak ceritakan "masa muda" perempuan tua tu. Yang Ouija 2016 ni diceritakan kisah yang terjadi kepada perempuan tua tu sebelum dia dimasukkan ke dalam hospital mental tu. So kiranya Ouija: Origin of Evil ni cerita sebelum Ouija 2014 lah kan? Mcm Insidious? Hahaha. Sebenarnya tak payah tengok Ouija 2014 pon takpe kot. Ouija: Origin of Evil  ni boleh je ko faham. Ouija 2014 tu memeningkan kepala aku je nak combine cerita dia dengan yang 2016 ni.

Berapa bintang aku nak kasi? Hmm. 7/10 barangkali? Sebab jalan cerita okay je. Menarik. Watak Doris tu memang scary ah. Hahahaa. Aku nak tengok cerita ni pun sebab ada "Mak Edward Cullen" Hahahahhaa.


Ni sinopsis daripada aku sendiri: Ouija: Origin of Evil mengisahkan tentang kehidupan seorang janda, Mrs. Zander yang mempunyai dua orang anak, Lina dan Doris. Lina yang tua. Doris yang kecik. Mrs.Zander ni konon-konon macam boleh berkomunikasi dengan orang yang dah mati. Padahal tak pun sebenarnya. Dia tipu. Semua tu dia buat sebab nak dapatkan duit untuk biaya kehidupan mereka sekeluarga. Suami dia takde dah. Dah meninggal dunia. Sampai lah satu hari, dia beli papan Ouija sebab nak jadikan papan Ouija tu prop untuk scene dia panggil roh orang mati bila ada customer yang datang. Papan Ouija ni ada 3 peraturan kalau nak main. Tak boleh main sorang-sorang, tak boleh main kat kawasan kubur, dan bila dah sudah main, wajib ucapkan goodbye kat roh yang kita dah panggil tu. Dieorang main papan Ouija tu, dan tanpa mereka sedar mereka sebenarnya dah panggil roh jahat, dan bukannya roh suami dia yang dah mati. Dan rupanya rumah yang mereka tinggal tu ada sejarah yang mereka tak tahu, yang mana akhirnya mengundang malapetaka besar kat keluarga mereka. Doris, yang dapat berkomunikasi dengan roh setelah bermain papan Ouija, lama kelamaan semakin berubah dan semakin pelik perangai dia. Mrs. Zander pulak semakin obses bila Doris dapat berkomunikasi dengan roh dan dia anggap itu adalah kelebihan/ bakat Doris. Kalau korang nak tahu kesudahan cerita ni, kena laa tonton sendiri okay. Hehehe


Dan lagi satu, bila cerita ni tamat, lepas yang nama-nama pelakon, crew apa semua tu, ada lagi scene last. So jangan cepat close atau blah daripada tempat duduk anda yaa. Hehehehe. Kat bawah ni trailer dia. So sebelum nak tonton, korang boleh laa tengok trailer dulu, ambik feel. Hahahaha



KLIK SINI UNTUK TONTON


Bagi sesiapa yang nak tengok Ouija yang tahun 2014 punya, KLIK SINI UNTUK TONTON. Aku sarankan baik tengok 2016 punya dulu daripada 2014. Hahahaa. Selamat menonton!



15 comments:

  1. "Dan lagi satu, bila cerita ni tamat, lepas yang nama-nama pelakon, crew apa semua tu, ada lagi scene last. So jangan cepat close atau blah daripada tempat duduk anda yaa." lahh ada kaa ;-; tak tahu pulak ada, sebab lepas habis tu memang terus keluar dari panggung haduih xDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Scene last tu lah yang menunjukkan Ouija 2014 tu sambungan Ouija 2016 ni..

      Delete
  2. OMG ada ke last scene tu?? Tak tahu pun omgomgomg! Sebab lepas habis je cerita tu time lagu tu, ai dah keluar wayang dah. Maklumlah, ai ni penakut.. Tengok pulak benda ni time pukul 12 tengah malam kat wayang hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap jee last scene tu. Just ada watak Lina masa dah tua tengah duduk kat kerusi roda, then ada orang datang cakap kat dia, ada anak sedara dia datang nak melawat. Tak silap budak tu adalah budak yg dlm Ouija 2014, yg main papan ouija then kena kacau. Lepastu dia pergi jumpa Lina sbb nak tahu apa yang berlaku. Tak silap sy lah. Hehehe

      Delete
  3. macam seram sngt je ni.. tgk gmbar je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouija ni tak seram sgt pun kalau nak dibandingkan dgn the conjuring. The conjuring lagi seram. Ouija ni hantu dia biasa2 je. Bg sy watak Doris tu kot yg menyeramkan. Hahahahaa

      Delete
  4. Kenapa reviews byk ckp yg ni tak best T_T Spoil betoi Ain nak tgok pun malas hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yekeee? Entahlah. Sbb rai tengok okay je, not bad apa jalan cerita dia. Mungkin sbb tak berapa nak seram kot.

      Delete
  5. download disini http://moviedeweks.club

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.