ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Watch Online Miss Peregrine's Home for Peculiar Children [eng sub]


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

TONTON ONLINE: Miss Peregrine's Home for Peculiar Children [HD] dengan english subtitles | Hai korang! Bagi penggemar movie fantasy dan adventure, korang mesti dah tengok movie ni kan. Tajuk dia panjang, hahahaha, Miss Peregrine's Home for Peculiar Children. Aku panggil tajuk dia Miss Peregrine je. Tak ingat the exact date dia keluar di Malaysia, tapi boleh dikatakan movie ni 'baru-baru' jugak lahh. Aku ingat lagi Gedik ajak tengok cerita ni dekat wayang tapi aku taknak sebab aku merajuk. Lols. Perangai entah pape. 

Aku dah tengok cerita ni. Aku tengok online je. Yang bestnya, HD ok uolss! Siap ada english subtitles. Aku tengok 480p punya sbb nak laju. Kalau 1080p atau 720p lambat giloss. Sebab tenet aku slow agaknya. Kalau tenet korang laju boleh laa. Tapi 480p pun gambar okay jugak. Alaa nama pun tgk online kan. Kalau takmo ada loading loading dan nak gambar terpampang besooor, pergi laa tengok kat wayang.

Cerita ni akan jadi one of my favourite movie of the year! Hahaha. Serius best gila weyh! Aku mmg peminat cerita fantasy, ada magic magic, ada benda benda tak masuk akal ni. Jadi aku bagi 10/10 bintang untuk cerita Miss Peregrine's Home for Peculiar Children!





Berdasarkan pemerhatian dan apa aku baca di ruangan komen website2 dan youtube, movie ni ada novel. Macam Harry Potter laa kan, ada novel, then dieorg buat movie. Aku baca ramai complain ada sedikit beza antara apa yang tertulis dalam novel dan movie. Dan ada yang aku baca dia cakap watak Olive dan Emma tu bertukar lah apa lah. Aku tak faham sgt sbb aku tak pernah baca novel dia. Tapi aku tak kesah pun sebab dalam movie ni bagi aku jalan cerita dah cukup baik dan aku suka. Yang penting aku faham. Mungkin kalau nak lagi faham better baca novel kan? Alaa I manada novel dia. Heehee

Ni synopsis daripada aku sendiri: Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ni mengisahkan tentang Jake, seorang remaja lelaki yang menerima rawatan mental kerana ibu bapa dia mengatakan yang Jake ni suka berilusi dan berfikir tentang sesuatu yang tidak benar/ tak logik. Semua itu berpunca daripada kisah-kisah yang atok Jake cerita pada Jake sejak Jake kecil tentang Miss Peregrine's Home for Peculiar Children dan kanak-kanak peculiar yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti ada kuasa boleh terbang, ada kuasa api dan halimunan. Atok Jake, Abe, menjadikan kisah Miss Peregrine's Home for Peculiar Children tu sebagai bed time story kepada Jake yang mana membuatkan Jake percaya dan diejek oleh rakan-rakannya bila dia cerita pasal Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ni. 

Tapi Miss Peregrine's Home for Peculiar Children sebenarnya adalah kisah benar daripada atok Jake. Atok Jake, Abe, merupakan salah seorang kanak-kanak peculiar yang berasal daripada Miss Peregrine's Home for Peculiar Children. Tetapi Abe keluar daripada rumah tu untuk join army. Abe berkahwin dan kemudian ada cucu iaitu Jake. Abe nak ceritakan kat Jake pasal Miss Peregrine's Home for Peculiar Children tetapi dia rasa macam terlalu bahaya untuk cerita secara direct kat Jake, so dia pun jadikan cerita tu sebagai bed time story kat Jake dengan harapan suatu hari nanti Jake akan faham. Sehinggalah pada suatu hari, Jake jumpa atok dia terbaring di kawasan belukar belakang rumah dengan mata hitam semua sambil berlumuran darah. Pada masa tu jugak Jake ternampak susuk tubuh monster kat kawasan belukar tu. 

Selepas atok Jake mati, atas saranan doctor, Jake pun pergi ke sebuah pulau di Wales yang dikatakan wujudnya Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ni berdasarkan apa yang atok dia cerita sebab doctor dia macam nak suruh Jake lupakan kisah tu dan pergi tengok sendiri samada betul atau tak daripada asyik berfantasi je. Yelahh mana taknya, Jake ni tak boleh move on betul dengan kisah-kisah yang atok dia cerita tu. So doctor tu macam, ‘haa ko pergi tengok sendiri betul ke tak, tak sudah-sudah berangan je’ HAHAHAHAA tu ayat aku, maksud doctor tu lebih kurang gitu laa. Jake pun pergi ke Wales dengan ayah dia. 

Malangnya, Miss Peregrine's Home for Peculiar Children tu telah dibom pada tahun 1943 dan yang tinggal hanyalah sisa-sisa kemusnahan rumah tu jee. So, apa yang terjadi seterusnya? Betul ke Miss Peregrine dan semua kanak-kanak peculiar ni dah mati? Kalau hidup lagi mesti dah tua kan? Sebab diaorang hidup since tahun 1943. Kalau hidup, diaorang tinggal kat mana? Kenapa sembunyikan diri? Kenapa muda lagi? Kenapa tak tua-tua? Dan betul ke ada orang boleh terbang? Ada orang halimunan berdasarkan apa yang Abe cerita? Rupanya jugak, ada sebab kenapa Atok Jake keluar daripada Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ni dulu. Kenapa atok dia keluar? Dan apa yang bunuh atok dia kat belukar belakang rumah tu? Haaaa. Tu semua korang kena tengok sendiri. Hahahahaa. Aku cerita mukadimah je. Dan kalau korang nak tahu, Jake ni sama macam atok dia, diaorang ni peculiar jugak sebenarnya. Cuma Jake je tak tahu apa keistimewaan dia dan dia sendiri pun tak sedar. Korang nak tahu apa keistimewaan Jake ni? Haaa, sila tengok sendiri. Hehee

Masa pertama kali tengok trailer,  aku ingat Miss Peregrine ni jahat. Hahahaa. Jalan cerita serius best, menarik, dan rumah agam Miss Peregrine ni tersangatlah cantik uolss. Sebelum korang tengok trailer, jom tengok beberapa watak peculiar ni dulu: 






Di atas adalah beberapa peculiar children dalam movie ni. Ada lagi yang lain. Yang lain tu korang tengok lah sendiri yaa. Hehehe. Kat bawah ni pulak trailer dia:


Aku memang serius kasi 10/10 bintang kat movie ni. Hahahaa. Sebab menepati taste saya! Korang kalau stress stress tu, meh laa tengok movie ni. Memang best! #StayPeculiar Hahahahaa

KLIK SINI UNTUK TONTON



8 comments:

  1. macam best je ni!! baca serita rai pun da ttarik!! ok rai Unni nk tgk..hihihi

    ReplyDelete
  2. wah macam best je but bila tengok gambar2 preview macam seram je? hahaha seram tak sebab saya tak suka benda yg seram2 XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak seram pun. hahahaa. ni bukan cerita hantu.. cuma monster tu je kot mcm seram sikit..

      Delete
  3. salam rai.. thanks update movie ni.. hahaa..tak tahu pula pasal movie ni tapi nak tengok bila ada masa. bookmark terus..!
    kita suka genre mcm ni fantasy fiksyen merepek apa semua ni..nampak mcm seram mungkin disebabkan watak sesetengah tu 'seram' sbb pelik dan sangat tak lojik.
    movie dr novel ransom riggs kalau ditengok sejarah penulisan beliau,rata-ratanya semua lebih kurang kisah mistik fantasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. welcome :) hehee.. jgn lupa tgk tau!

      Delete
  4. Kak Sha ada movies nie.. nak tgk weekands nie..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...