ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

TUTORIAL: Letak Daisypath Dalam Blog


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Mungkin majoriti dah tahu apa itu daisypath ni. Tapi ada juga yang tak tahu macam mana nak letak dalam blog. Jadi aku harap tutorial ni dapat membantu sesiapa yang tertanya-tanya macam mana aku letak benda alah yang kira jangka hayat seperti mana yang aku merahkan dalam gambar di atas. Hahaha. Kemain jangka hayat. Nama dia daisypath. Selalunya org letak sbb nak kira usia blog, usia perkahwinan, birthday, dah berapa lama konvo, lagi berapa lama nak sampai ke tarikh hari jadi kau, dsb. Okay jom aku nak ajar macam mana nak letak benda ni dalam blog. 

Pertama sekali pergi kat sini: https://daisypath.com/

Korang boleh pilih sama ada sign up atau tak. Kelebihan kalau korang sign up, bila2 nanti kalau korang nak ubah, korang just log in dan ubah je. Tapi kalau tak sign up, korang kena buat baru. Tapi nak buat baru pun senang je sebenarnya. Tak susah pun. Meh aku ajar.


Bila korang dah klik link kat atas [https://daisypath.com/], akan keluar macam ni. Okay, korang boleh pilih mana-mana yang korang nak. Kalau nak kira anniversary, klik kat anniversary tu. Mcm tu jugak yang lain-lain.


Then keluar macam ni. Pilih saiz yang korang nak. Yang kecik tu pun dah okay kalau nak letak kat sidebar. Sbb selalu org letak kat sidebar jee. Dah pilih, klik Next: Scene


Okay. Pilih lah background cemana yang korang suka ya. Dah sudah, klik Next: Slider


Yang ni pulak, pilih gambar apa yang korang nak dia keluar kat atas background tu. Gambar naik sampan ke, gambar kek ke. Dah sudah, klik Next: Details


Korang sila select antara dua ni. Sticker daisypath korang ni korang nak dia tunjuk berapa lama usia perkahwinan korang atau lagi berapa bulan/hari nak sampai ke tarikh perkahwinan korang. 


Sila isi sepertimana yang korang nak. Yang kat atas ni aku main bedal je sekadar untuk tunjuk contoh kat korang. Isi yang aku hijaukan je. Yang lain2 tu tak payah pun takpe. Kalau korang nak dia jadi tranparent, sila tick sepertimana yang aku merahkan tu.


Copy kod di atas dan letakkan kod tu kat sidebar korang.

Caranya, pergi kat LAYOUT, klik ADD A GADGET, kemudian klik HTML/ JAVASCRIPT. Paste kod daisypath korang. Jangan lupa letak kod <center> sebelum dan selepas kod daisypath korang. Contohnya ia akan jadi macam ni:

<center><a href="https://daisypath.com/"><img src="https://davm.daisypath.com/N3pZp8.png" width="200" height="80" border="0" alt="Daisypath Anniversary tickers" /></a><center>

Tujuan letak <center> di awal dan di akhir kod adalah supaya sticker daisypath korang akan jadi center. Kalau tak nanti dia ketepi. Kalau tak center kan tak lawa gituu jadinya.

Daisypath ni dia automatik kira tarikh/ usia perkahwinan/ umur korang/ tarikh birthday dsb. So dont worry no need to ubah2 dia lagi lepasni. Biarkan je. Pandai lah dia buat kerja dia sendiri nanti.

Okay itu sahaja. Tataaa!


4 comments:

  1. Saya pun ada guna daisypath nih. Mudah!

    ReplyDelete
  2. dulu akak pernah letak. skrng tak dah. tapi mmg best guna ni. sbb smuanya comel2

    ReplyDelete
  3. Hahaha tengok tuto Rrai terus Mai letak kat blog :P

    ReplyDelete
  4. chomey jugak letak bende alah ni kan rrai.. boleh dipertimbangkan ni.. hiks..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...