Tempahan Edit Blog: Kak Intan

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah. Another tempahan edit blog lagi. Hehee. Sorry lah ye tiga review edit blog aku bikin sekaligus dalam satu hari. Sebab asyik bertangguh je nak review. So baik aku habiskan review semua terus. Tempahan kali ni daripada Kak Intan. Kak Intan takde spesifik pun nak warna macam mana, tapi dia ada tunjuk satu template ni jadi aku buat inspired template tu tapi macam biasa lah, memang aku tidak akan buat sama 100%. Aku rasa 20% je kot dia punya ala-ala bila dah siap ni. Hahahaa. Aku takde masalah pun bila customer tunjuk template yang dia berkenan then suruh aku buat mcm tu. Cuma aku akan cakap laa yang aku memang tak kan copy sebijik macam tu. Aku jadikan inspirasi jee. Mula-mula risau jugak takut Kak Intan tak berkenan dengan hasil yang aku buat. Tapi alhamdulillah beliau terus approve dan aku tunjuk sekali je dia terus setuju. So takde nak ubah apa-apa. Hehee. Tq Kak Intan!



Tak sangka dapat feedback yang best sgt2 daripada Kak Intan. Kembang jap dia puji cantik. Hahaha. Tq Kak. Kak Intan salah seorang yang cakap kenapa caj RM20 je sebab dia kata murah sangat. Takpe kak. Yang penting akak doakan sy murah rezeki selalu. Hehehee. Hasil tangan aku masih banyak yang perlu diperbaiki. Jadi buat masa ni aku rasa harga RM20 tu pun aku dah bersyukur dan berpuas hati. Thank you sudi tempah dengan kite :)

Bermula 20/11/2016 aku akan tutup tempahan edit blog. So kalau nak buat tempahan boleh buat sekarang okay sayang sayang sekalian. Tataa!


8 comments:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.