Review: MYLARA SKINCARE 4-in-1 Skin Perfecting


REVIEW/ TESTIMONI: MYLARA SKINCARE | Assalamualaikum/ Salam Sejahtera; Alhamdulillah, aku telah diberi peluang untuk mencuba produk MYLARA SKINCARE 4-in-1 Skin Perfecting Facial Set oleh Doktor Mai, selaku pengasas produk ini. MYLARA SKINCARE ada KKM dan selamat untuk digunakan. Dr. Mai sendiri ada mengatakan, skincare ini bukan repacking kerana beliau sendiri cari raw material dan pakai. Ingredients MYLARA SKINCARE telah mendapat KKM dan bahan-bahan formulasinya sangat tidak berisiko menimbulkan alahan. Lebih 600 unit telah terjual di pasaran. Aku sendiri telah mencuba MYLARA SKINCARE ni. Okay ke tak okay? Haa. Sila baca entry ini sampai habis yaa!


Di atas adalah set MYLARA SKINCARE yang aku dapat. Apa bekas bulat tepi kotak tu? Haaa. Tu free gift. Masa aku dapat tu, memang HQ tengah kasi free gift kat semua customer. Apa free gift dalam bekas bulat comel tu? Itu adalah soothing gel. Boleh dipakai sebelum apply cc cream dan juga bertindak sebagai base untuk moisturizer/ agen pelembap untuk kulit yang kering. Juga boleh menambahkan effect glowing pada wajah kalau korang aplikasikan soothing gel ni sebelum pakai cc cream. Yang aku dapat ni trial punya. Kalau nak beli nak full punya boleh je takde masalah. Bekas dia lagi besar laa dari yang ini.


Ni lah kotak MYLARA SKINCARE tu. Cantik berbalut dengan plastik tauu. Untuk pengetahuan korang, korang MYLARA SKINCARE ni sangat besar ok! Sebelum2 ni aku ada juga beberapa kali beli skincare dan kotaknya taklah besar macam MYLARA SKINCARE ni. Nak tahu kenapa besar? Rupanya sebab botol untuk cleanser dan toner MYLARA SKINCARE ni memang besar. 60ml tau. Patutlah kotak dia besar. Hehehee


Ini lah kesemua barangan MYLARA SKINCARE yang aku dapat. Alhamdulillah. Bila dah dapat soothing gel, jadi lah 5-in1 tak gitu? Hehehehee


Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka?
  1. MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya team serba mahir ini, MYLARA SKINCARE menjamin produk dan servis yang bakal membuat anda selesa dan yakin dengan penggunaan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.
  2. MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.
  3. MYLARA SKINCARE memiliki produk dan servis yang berasas ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberi hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan wanita.

MENGENAI MYLARA SKINCARE

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinis dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. 

Satu set MYLARA SKINCARE ini mengandungi collagen cleanser 60ml [pencuci muka], facial toner 60ml, matte miracle cc cream SPF 30 7g dan revitalizing night cream 7g, tambahan, ada free gift soothing gel yang bertindak sebagai pelembap wajah.


1) 4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)

Deskripsi : Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.
TEKSTUR : Gel pencuci berwarna ‘pink muda’ (pewarna dari ekstrak mawar, tidak menyebakan jerawat kerana bukan pewarna sintetik) yang mesra pengguna, lembut, berbau harum, serta multi-fungsi. Wajah terasa segar setelah menggunakannya. Tidak terlalu berbuih lantas berhasil mengekalkan kelembapan wajah.

Manfaat utama :
- Praktikal, bersih dan efektif
- Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
- Membersih wajah
- Eksfoliasi lembut
- Menyamakan tona kulit dan melembutkan
- Menganjalkan kulit
- Menyerikan wajah
Bahan utama :
Ekstrak Betik - melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
Minyak Kelapa - anti iritasi, memberi kelembapan
Ekstrak Lidah Buaya - melembap dan melembut
Kolagen larut - memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

2) Facial Toner (60ml)


Deskripsi : Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.
TEKSTUR : Penyegar yang berwarna ‘pink muda’ yang sangat sesuai untuk menyegarkan wajah di samping menyahtoksin di pori0pori supaya bebas kuman penyebab jerawat. Pori-pori yang bersih mampu merapat dan menghasilkan kulit wajah yang licin dan cerah natural.


Manfaat utama :
- Membuat kulit terasa bersih dan segar
- Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
- Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
- Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

Bahan utama :
Minyak Rosehip - anti-penuaan, melembapkan
Ekstrak Licorice - anti-irritasi, mencerahkan
Ekstrak Aloe Vera - melembap dan melembut
Witch Hazel - anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit



Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering;

- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
- Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.


3)  Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Deskripsi : Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinis dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.
TEKSTUR : Krim multi-fungsi yang berciri ‘matte finishing’ tidak menyebabkan wajah berminyak seharian. Foundation ringan yang terkandung dalam CC Cream ini memberi ‘instant dewy look’ dan ‘natural glow’ yang wanita Asia idamkan dengan calitan minimal. ‘Matte CC Cream’ tidak menyumbat pori-pori kerana dihasilkan dengan teknologi Korea iaitu ‘Nano-size molecule’.


Manfaat utama :
- melindungi dari sinar matahari
- membantu melembap dan melembutkan kulit wajah
- tekstur ringan dan lembut
- 97.7% natural
- sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :
Minyak Argan - melembap, menegangkan (prokolagen)
Titanium dioxide - melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
Serbuk mutiara - mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen



Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.



4) Revitalizing Night Cream(7g)

Deskripsi : Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawall 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.
TEKSTUR : Krim malam yang sangat melembapkan dan tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran. Dihasilkan dengan bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam. Krim berwarna ‘pink muda’ mempunyai bahan aktif buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10X lebih berkesan dari bahan aktif lain.

Manfaat utama :
- Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
- Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
- Menghapus tanda-tanda penuaan
- Pelembap malam yang tidak melekit
- Bebas MERKURI

Bahan utama :
Alpha Arbuntin - Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
Beeswax - melindungi dari kotoran sekitar, melembap
Vitamin C - Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
Vitamin E - Meremajakan, melembap
Ekstrak Aloe Vera - Melembap, melembutkan

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;
- Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
- Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit.


MENYEMPURNAKAN KULIT ANDA DI SETIAP FASA

MINGGU 1-2 :
FASA 1 - DETOKSIFIKASI

Tindakan Klinikal:
Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan, namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2.
Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.


MINGGU 2-3 :
FASA 2 - PEMULIHAN

Tindakan Klinikal :
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.
Hasil/Kesan:
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan system penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih tegang, licin, lembut dan bersih.



Minggu 3-4
FASA 3 - PENYEIMBANGAN

Tindakan klinikal:
Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri, lembap dengan tona yang lebih sekata.

Minggu 4-5
FASA 4 – WAJAH BARU

Tindakan Klinikal:
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.
Kesan:
Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata di samping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!


SOALAN-SOALAN YANG SERING DIAJUKAN MENGENAI MYLARA SKINCARE



Berapakah umur yang sesuai untuk menggunakan MyLara Skin Care? 
Ia sesuai digunakan bermula dari umur 14 hingga 60 tahun bagi lelaki dan perempuan memandangkan MyLara Skin Care ialah produk yang kaya vitamin dan anti oksida yang terhasil dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi.


Adakah perlu untuk menggunakan kesemua produk untuk menampakkan kesan yang boleh dilihat?
Mylara Skin Care boleh digunakan secara berasingan sebagai sebahagian dari rejim kecantikan anda. Walaubagaimanapun, produk ini telah direka untuk berfungsi sebagai satu system, jadi, amatlah digalakkan untuk digunakan secara keseluruhan bagi mendapatkan kesan yang optimum.


Adakah rangkaian produk Mylara Skincare bersifat “non-comedogenic”?
Ya, Mylara SkinCare adalah bersifat “non-comedogenic” iaitu. Tidak menutup pori.


Bolehkah saya menggunakan Mylara Skincare jika kulit saya jenis berminyak dan mudah mendapat jerawat?

Mylara Skin Care adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Jika kulit anda jenis yang berminyak dan mudah mendapat jerawat, ianya kemungkinan berpunca dari dehidrasi. Kulit yang terhidrasi atau tidak cukup lembap menyebabkan kelenjar sebum (kelenjar yang berfungsi menyimpan minyak di atas permukaan kulit) bertindak menyimpan lebih banyak minyak untuk untuk keseimbangan bagi melindungi kulit.


Bolehkah MyLara Skincare digunakan di atas kulit sensitive dan eczema?

MyLara Skincare adalah product yang bebas dari pewarna dan bahan kimia berbahaya serta seimbang secara pH dengan kerengsaan yang sangatlah rendah. Walaupun ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan produk kecantikan yang lain , adalah dinasihatkan untuk anda menentukan sendiri tahap toleransi kulit anda dengan mencuba Mylara produk di bahagian kecil kulit anda sebelum menggunakan produk ini secara menyeluruh. Jika terdapat sebarang masalah, tiada masalah untuk anda terus berhenti dari menggunakan produk kami jika didapati tidak serasi dengan anda.


Bagaimanakah untuk memastikan yang produk ini adalah berkesan?

Mylara SkinCare dimulakan dengan kajian yang menyeluruh lagi terperinci bagi setiap bahan-bahan yang berpotensi. Setiap produk kami dirumus dengan penuh cermat bersama-sama bahan aktif yang disenaraikan. Bahan-bahan ini kemudiannya diadun halus dengan elemen pembawa supaya semua khasiatnya dapat dirasai terus pada kulit anda. Bahan-bahan yang terumus di dalam produk kami juga telah diuji kestabilan dan keselamatannya.


Bilakah kesan positif boleh dilihat?

Seperti yang kita sedia maklum, setiap daripada kita mempunyai toleransi dan keserasian yang berbeza terhadap produk kami, maka, kesan yang boleh dilihat juga adalah berbeza bagi setiap individu. Kesan-kesan tipikal atau biasa bergantung kepada produk, keadaan dan jenis kulit. Cara yang terbaik untuk melihat kesan yang positif dan cepat adalah dengan penggunaan produk yang konsisten.


Bolehkah saya menggunakan produk ini jika saya sedang mengandung dan menyusukan anak?
Mylara Skin Care adalah selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak memandangkan bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan telah terbukti untuk mencegah penghasilan melanin tanpa toksik. Selain itu, adalah penting bagi wanita-wanita mengandung dan menyusukan anak untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari serta menggunakan perlindungan UV dan SPF kerana penghasilan hormone ketika mengandung dan menyusukan anak akan meningkatkan pigmentasi seterusnya akan menyebabkan melasama (bintik hitam).


Adakah bahan-bahan yang digunakan serta produk anda diuji ke atas haiwan?

Kesemua bahan dan produk kami tidak pernah dan tidak akan sekali-kali diuji ke atas haiwan.

TESTIMONI PENGGUNA MYLARA SKINCARE








Banyak testimoni berjaya daripada MYLARA SKINCARE ni. Gambar-gambar testimoni di atas yang aku tunjukkan hanyalah sebahagian daripadanya sahaja. Kat bawah ni pulak gambar pengasas MYLARA SKINCARE ni, iaitu Doktor Myra.


Ini pula gambar sebelum dan selepas beliau menggunakan MYLARA SKINCARE. Makin glowing dan putih mulus skin beliau! Hehee


Ini pulak review daripada aku setelah menggunakan set MYLARA SKINCARE ni:

  • COLLAGEN CLEANSER/PENCUCI MUKA: Cleanser daripada MYLARA SKINCARE ni yang bestnya, dia dalam botol, dan jenis yang kita picit-picit tu. So sangat memudahkan kita sebagai pengguna untuk cuci dan bersihkan muka dengan collagen cleanser ni. Yang buat aku suka tentang cleanser MYLARA SKINCARE ni adalah sebab dia TIDAK LANGSUNG menyebabkan pengelupasan kulit ok! Sikit pun takde mengelupas tau! Okay part ni memang best giloss sbb aku mmg benci gila dengan jenis pencuci muka yang buat muka kita mengelupas ni. Aku pakai banyak kali pun tetap tidak buat kulit aku mengelupas. So korang jangan risau lah sebab cleanser MYLARA SKINCARE ni tak menghakis kulit korang malah lepas cuci muka tu, kita boleh rasa muka kita jadi lebih lembut. Dan buih-buih cleanser ni tak berapa nak meriah sangat. Biasalah, selalu yang buih meriah ni chemical banyak kan? Setahu aku lah. Hahahaha. Aku selalu pakai 2 pam. Mean dua kali picit. But actually satu kali picit pun dah okay. Biasalah, Rrai tamak nak buih banyak konon-konon bersih padahal sama je hahaha. Cleanser dia mmg best. Serious talk.
  • FACIAL TONER: Toner aku akan pakai selepas aku cuci muka kebiasaannya. Kalau siang-siang tu, lepas mandi, aku pakai toner dan aku biar gitu je kulit muka. Then kalau nak keluar baru pakai cc cream. Salah satu kesan yang aku dapat setelah menggunakan toner daripada MYLARA SKINCARE ni adalah pori-pori terbuka semakin mengecil. Alhamdulillah. Bila aku stop pakai pun, still takde menimbulkan kesan pori terbuka semula ke apa. 
  • MATTE MIRACLE CC CREAM SPF 30: Cc cream daripada MYLARA SKINCARE ni agak berbeza sedikit daripada cc cream / krim siang jenama-jenama lain. Dia jenis matte. Mengikut kata Dr. Mai, dia sengaja buat cc cream tu matte sebab wanita Malaysia 85% kulit berminyak. Jadi yang 15% tu kalau rasa matte terlalu kering, boleh pakai soothing gel yang HQ kasi free tu. Sebab tu HQ kasi free soothing gel. Tapi sebenarnya aku pun memang tak mengamalkan pakai moisturizer ataupun soothing gel tu pun sebelum pakai cc cream or any foundation. Sebab macam tak boleh pergi jauh nanti muka aku. Hahahaha. Betul laa tu kata Dr. Mai, orang Malaysia byk kulit berminyak. Jadi utk kulit macam aku, memang sesuai sgt dgn cc cream matte ni. Sebab dia tak membuatkan muka kita berminyak. So memang best lah kalau pakai! Lagi-lagi dia ada SPF 30. 
  • NIGHT CREAM: Krim malam MYLARA SKINCARE ni berwarna pink. Senang nak blend/apply kat muka dan bukan jenis yang berkilat-kilat atau yang susah nak sekata kat kulit. Krim malam ni best sebab senang meresap kat kulit kita. Aku suka gila krim malam dia ni sebab esok pagi bila bangun je wowww rasa lembap jee kulit tauuu. Rasa lembut dan glowing jee. Macam taknak cuci muka pon ada tau tak hahahaa.

Kat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?
Atau korang boleh whatsapp terus ke 013-9200629
atau e-mail mylaraskincare@gmail.com
Korang juga akan di guide oleh Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh direct tanya kat beliau.






7 comments:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.