ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Watch Online: Don't Breathe [2016]


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

TONTON ONLINE: DON'T BREATHE | Hai korang! Kat sini aku nak kongsikan link di mana korang boleh tonton movie DON'T BREATHE secara online dan yang bestnya, HD dan berserta dengan english subtitle. Tak semua movie kat website ni ada english subtitle. Selalunya mereka akan keluarkan dulu movie dalam bentuk cam [bukan HD] yang mana kualiti sangat tak best, kemudian dah lama-lama sikit tu baru keluar HD. Tapi tak semua yang HD tu first keluar terus ada subtitle, aku tunggu dalam seminggu camtu, baru dia sertakan subtitle. Setakat ni begitu lah yang aku perasan. Tapi mana-mana website yang kasi kita tgk movie online ni memang kebanyakannya akan keluarkan yang versi cam dulu. Dah lama sikit baru keluar HD. Kalau ada antara movie yang korang nak tgk tu takdak subtitle, cuba request. In Shaa Allah nanti dia sertakan subtitle dalam masa terdekat.

Aku pun tgk kat website ni jugak cerita Don't Breathe ni. Not bad lah. Tapi aku memang tak berapa minat cerita yang setempat jaa ni. Sebab scene banyak kat dalam rumah yang dieorang ceroboh tu. Aku tgk pun sebab pelakon perempuan dalam movie ni aku suka. Hehehee

So ni sinopsis dari aku sendiri:

Cerita ni mengisahkan tentang tiga sekawan, Rocky, Alex dan Money, yang selalu bersubahat sersama-sama dalam melakukan rompakan ke atas rumah-rumah orang kaya. Rocky ni ada anak perempuan, so kesempitan hidup membuatkan dia nekad untuk buat aktiviti mencuri dan merompak rumah orang ni. Sampai lah satu hari, dieorang plan nak rompak rumah seorang lelaki tua dan buta sebab dalam rumah orang tua tu ada duit yang banyak. Pulak tu, kawasan perumahan orang tua ni sangat sunyi dan takde orang tinggal, jadi mereka ingat senang laa nak rompak. Tapi sebenarnya orang tua ni bukan calang-calang orang. Even dia buta pun tapi dia sangat peka dan tangkas. Tak silap dia ni bekas tentera, so memang hebat lah berlawan dengan orang. [kalau salah betulkan, sebab aku masa tengok cerita ni aku menyempat main game kat hp]. Dan bermulalah mimpi ngeri ketiga-tiga sekawan ni sebab dieorang ingatkan kacang je nak rompak rumah orang tua tu, tapi sebaliknya yang berlaku. Sebab tu nama cerita ni Dont' Breathe, sebab kau bernafas pun orang tua tu boleh dengar. Dan orang tua ni scary tau. Kalau nak tahu, korang kena laa tengok. Hehee

Cerita ni tak ada hantu hantu pun. Tapi sangat mendebarkan dan mencemaskan kita yang tengok ni. Kita yang tengok ni pulak rasa cuak tau. Hahaha


Kalau korang nak tengok, klik je link di bawah. Trailer pun aku sertakan sekali. Nasihat aku, kalau wifi korang slow, gunakan 480p atau 360p. Sebab kalau korang pilih 720p atau 1080p alamatnya buffering sampai ke sudah je manjang. Aku selalu pilih 480p. Sebab laju sikit video tu play. Yang CC tu pulak untuk subtitle. Mana-,mana movie yang takde CC tu maknanya tidak disertakan subtitle laa yaa. Selamat menonton :)




5 comments:

  1. geli part yang perempuan tu masukkan lelaki tu punya 'liquid' dalam mulut lelaki tu ewwwwwww. T.T

    ReplyDelete
  2. lahh, ingatkan cerita hantu, lepas tengok trailer and baca review rrai terus berkobar nak tengok, tp kena tunggu esok sbb mak nak tgk skali,hahaha.

    ReplyDelete
  3. @Erin Azmir Tahu takpe. Tapi sebenarnya even kita nampak macam lelaki tua tu jahat, tapi kesian jugak tgk dia sebenarnya. Movie ni macam nak manipulate kita pun ada. Hahaha

    ReplyDelete
  4. @Noor Maizan Bukan cerita hantu pun Kak Mai. Hehee. Saya pun ingat movie ni movie hantu masa mula2 tgk poster dia..

    ReplyDelete
  5. sumpah cuakkkkkkkkk time tengok

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...