ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

3D Gold Stemcell Serum France Formulation


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai ! Alhamdulillah, aku telah diberi peluang untuk cuba produk keluaran My Beauty Herbs iaitu 3D Gold Stemcell Serum. 3D Gold Stemcell Serum ni aku dapat daripada giveaway yang dianjurkan oleh blogger Kak Mia yang ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Thank you so much Kak Mia dan pihak My Beauty Herbs! I was so excited bila diumumkan oleh Kak Mia sebagai salah seorang yang bertuah untuk terima 3D Gold Stemcell Serum ni. *sila imagine aku happy sampai terlompat-lompat* hahahaaa.

3D Gold Stemcell Serum ni adalah SERUM yang boleh dipakai pada bila-bila masa yang kita suka. Sebab serum ni uolss boleh pakai sebelum make-up, boleh pakai sebelum pakai night cream, atau boleh juga dipakai begitu sahaja sebelum tidur, atau pakai sebelum aplikasikan foundation/sunblock/bedak. Serum berfungsi untuk merawat wajah kita. Jadi kalau siang-siang tu, sebelum make-up, elok pakai serum dulu, so nanti masa kita kat luar pun serum tu bertindak untuk repair kulit kita.


Inilah courier yang digunakan untuk hantar parcel 3D Gold Stemcell Serum ni iaitu WEZcargo. Ini pertama kali aku dapat parcel guna WEZcargo. Malangnya WEZcargo ni tak hantar sampai kampung aku. Jadi aku kena deal dengan orang dia untuk ambil parcel di tempat yang WEZcargo ni masuk. So aku janji nak p ambik kat Pagoh. Meskipun macam susah sbb kena keluar ambil parcel sendiri, tapi aku suka dengan cara staff WEZcargo ni. Dia banyak kali call aku sebab dia nak pastikan barang betul2 sampai kat aku. Tak silap aku nama kakak tu Tini. Erm tak tahu laa kakak ke cik ke puan ke sbb cakap dalam phone je. Mula2 dia cakap ada parcel untuk aku dari WEZcargo tapi WEZcargo tak masuk kawasan aku. Nanti dia akan suruh pekerja ke agent ke apa entah dia sebut, untuk hantar parcel ni sbb aku mintak untuk self pickup kat Pagoh. Hahaha. Baik sangat cara Cik Tini ni cakap dengan aku. Orang yang hantar parcel tu pun baik. Lepas dpt parcel pun dia call aku lagi tanya yang aku dah dapat tak parcel tu. 10 bintang saya kasi dekat WEZcargo hahahahaaa.


Ini lah rupa kotak 3D Gold Stemcell Serum ni. Besar tau. Bukan macam serum-serum biasa yang kecik cenonet tu. So jimat duit uolss tak payah nak beli banyak2 kali. Setiap pembelian 3D Gold Stemcell Serum ni korang akan dapat treatment cream yang berfungsi untuk merawat kulit kita pada waktu malam. Jadi 3D Gold Stemcell Serum ni bila digabungkan dengan treatment cream, memang meletopss lah kulit uolss. Hahahaa


Packaging 3D Gold Stemcell Serum ni bersampul molek jee. Jadi takde lah semut masuk ke kan. Lols. Hehehh. Jadi kualiti dan kebersihan produk adalah terjamin gittew..


Di bawah kotak ada tertulis maklumat sepertimana di atas. Bukan kat bawah kotak je, kat bawah botol 3D Gold Stemcell Serum pun ada. Jadi korang boleh alert lah bila tarikh expired dia. Jadi takde timbul isu kita tertanya-tanya, 'eh elok lagi tak ekh produk ni untuk kulit aku?' Kadang2 kita beli baru 6 bulan tapi kita rasa macam dah lama sangat je usia produk tu dan dah patut dibuang. Mcm 3D Gold Stemcell Serum ni, tempoh expired dia bulan 6 tahun 2018. Lama kan? Dengan tertulis begini, aku takde lah terasa macam tu lagi. Hahahaa. Kita majoriti kalau produk2 skincare ni kita rasa kalau dah setahun tu, kita patut buang dia even kandungan dia masih banyak. Sebab? Kita tak tahu berpa lama produk itu elok untuk digunakan. Ingat makanan je ke ada tarikh expired? Makeup dan skincare pun ada tau!


Ini pulak treatment cream yang aku dapat. Bau dia best. Wangi. Rasa mcm nak makan jee hahahaa. Warna dia bukan kuning tau. Dia macam hijau kekuningan yang jernih. Kita boleh pakai sebelum tidur iaitu pada waktu malam. Hanya perlu apply nipis-nipis sahaja pada wajah. Tak perlu tebal-tebal. Pakai nipis je pun boleh dapat effect kebabooom! Hahahaa. Penutup dia warna merah. Satu bekas ni sebulan boleh tahan. Bergantung kepada cara pemakaian korang. Kalau pakai nipis, sebulan lebih pun tahan. Kalau korang pakai tebal memang cepat habis lah jawabnya. Mcm aku kata tadi, pakai nipis jee pun dah ok.


Inilah serum tu! Nampak tak? Aku dah picit kat tangan sebab nak tunjuk kat korang. Tekstur serum ni sangat-sangat lembut dan mudah meresap ke kulit. Untuk pakai kat muka, satu kali picit pun dah okay. Serum ni tak perlu pakai tebal-tebal pun. Lagi-lagi 3D Gold Stemcell Serum ni. Calit-calit je boleh cantik. Hehehee

Setelah menggunakan 3D Gold Stemcell Serum ni, kita sendiri memang boleh rasakan yang kulit jadi lebih lembut daripada sebelum ni. Lingkaran gelap bawah juga semakin berkurang. Ditambah pula dengan pemakaian treatment cream, kulit jadi lebih lembut dan bermaya. 3D Gold Stemcell Serum juga dapat membantu mencerahkan kulit kita tau. Bagi sesiapa yang nak hilangkan kedutan di wajah 3D Gold Stemcell Serum adalah pilihan yang tepat sebab 3D Gold Stemcell Serum boleh hilangkan garis awal penuaan dan kedutan kedutan ni. Alhamdulillah laa iolss baru 22 tahun tapi apa iolss dapat rasakan effect menganjalkan kulit tu memang ada. Parut jerawat manja kat muka pun semakin pudar dengan 3D Gold Stemcell Serum ni. Kalau korang rasa nak hilangkan parut jerawat korang tu, korang wajib cuba 3D Gold Stemcell Serum ni. In Shaa Allah parut dan jeragat boleh hilang. Yang penting konsisten pakai. 

Kat mana korang boleh dapatkan 3D Gold Stemcell Serum ni? Boleh contact di fb atau ig atau website my beauty herbs. Produk-produk keluaran my beauty herbs bukan sahaja 3D Gold Stemcell Serum tapi ada banyak lagi. Produk untuk kuruskan badan pun ada tau! Nak cerah gebu satu badan pun ada! So korang kena laa usha fb/ig/website my beauty herbs untuk tengok produk-produk lain dan boleh juga cuci mata tengok lambakan testimoni-testimoni berjaya.

Instagram: My Beauty Herbs HQ
My Beauty Herbs (002119891-M)
67- 1, Jalan Mahkota Residence, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras Selangor.
Hotline No: +6011 28090446


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



6 comments:

  1. all the best..dari segmen yang sama

    ReplyDelete
  2. Salam..Singgah dari Giveaway Review yang sama http://www.akifimtiyaz.com/2016/10/kulit-wajah-flawless-hanya-dengan-3d.html

    semoga berjaya..

    ReplyDelete
  3. Slm daripada Fiza. Semoga berjaya.. Singgah BW dr segmen yang sama.. http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/wajah-menawan-dengan-3d-gold-stemcell.html

    ReplyDelete
  4. all the best to you..
    btw, jemput singgah my page =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dear.. Datang dari contest sama.. All the best! ^_~

    ReplyDelete
  6. Salam. Terima kasih hantar entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Entri ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...