Monday, 19 September 2016

Siapa lagi?


Sesungguhnya hidup ini tidak sama macam movie-movie blockbuster atau drama-drama bersiri. Masa kau nyaris-nyaris jatuh, tidak ada tangan yang on the spot gapai kau macam dalam movie. Tak ada superhero terbang on the spot tangkap kau masa kau tergolek jatuh tangga berguling-guling. Apa kau ingat nanti ada hero kacak anak orang kaya muka handsome hulur tangan tolong selamatkan kau dari situasi malu begitu? Hero tu dah masuk kereta dulu tak perasan pun kewujudan kau kat belakang.

Hidup ini tuhan beri pada kita bukan untuk saja-saja. Jalan cerita kita Dia sudah susun cantik-cantik. Biasalah, kan hujan lebat dulu baru boleh jumpa pelangi? Jadi ulat beluncas dulu baru jadi rama-rama?

Bersedih sekejap tak apa. Tapi jangan terbawa-bawa sampai ke penghujungnya. Nanti kau tak perasan mereka-mereka yang berusaha bawa tawa dalam rentetan hidup kau. Tak payah tengok jauh-jauh. Mak kau. Ayah kau. Adik beradik. Kawan-kawan.

Siapa lagi yang boleh lawan untuk kau kalau bukan diri kau sendiri. Perasaan kau. Hati kau. Orang tak boleh rasa. Orang tak tahu betapa gembira kau rasa sekarang. Orang tak tahu celaka apa kau kena. 

Paling penting sekali; kau ingat semua orang yang kau ceritakan tu; betul-betul kisahkan cerita engkau?

Jangan harapkan orang.

Ini hidup kita. Kita yang rasa. Kita yang kena.
Kita yang tulis jalan cerita hidup ni.
Jadi tulis cerita yang baik-baik belaka.

Yang menyakitkan; buang.
Jadikan pedoman.

Semoga kau jadi penulis terhebat.

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Singgah membaca. Kata-kata yang menarik :) gd luck

    ReplyDelete
  2. wahhh... moga berjaya ya... xmo sedih2..

    ppsttt.. jemput join giveaway mia ya... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
  3. ada certain kes kesedihan mungkin tak akan pernah hilang. cuma tahap kesedihan akan pudar seiring tempoh masa yang semakin meninggalkan kita.


    erm. btw kita kena sentiasa ingat. jangan ingat kelahiran tu permulaan perjalanan. tapi sebenarnya menghabiskan masa di dunia ini hanya satu langkah pertama sebelum kita menempuh alam seterusnya

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.