ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Saya baru buat blog. Apa perlu saya buat?


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Entry ini saya tujukan kepada mereka yang sering ajukan soalan-soalan yang sama kat saya, yang mana saya kena ulang banyak kali dan mungkin ada sesetengah tu yang dapat info tak lengkap. Aku dah lama nak buat entry ni sebenarnya. (eh sorry lah tadi saya lepas tu aku pulak kahkahh) So lepas ni kalau sesiapa yang ada kemusykilan tu, aku suruh uolss rujuk sini yaa. Lagi clear gitu.

Ramai individu yang baru nak buat blog tanya aku soalan-soalan macam ni. Aku ni taklah banyak sangat ilmu dalam berblog ni. Sikit-sikit je. Kadang tu aku bengang lah jugak sebab korang tanya aku macam-macam soalan selepas pukul 12 malam. Yang selepas 12 malam ni selalu sangat. Wuuu wuuu. Nak menangis rasa.

K sekarang saya akan jelaskan semua yang korang selalu tanya tu dalam satu entry. Kalau baru buat blog, baca ok.

1. Saya baru nak buat blog. Apa yang perlu saya lakukan? Macam mana nak buat blog?

Okay. Untuk buat blog, korang kena ada akaun gmail. Kalau takde, buat dulu yaa. Sebab mmg wajib ada e-mail dengan gmail untuk buat blog. Setahu aku lah. *kalau silap betulkan*
Untuk langkah seterusnya, korang klik link kat bawah ni. Blogger-blogger ni ada share tutorial satu per satu untuk buat blog. Klik je mana-mana tuto yang mudah korang nak faham. Tapi semua sama jee isi dia.


2. Saya nak jugak blog saya ada www dan dot com. Baru lah nampak glamour dan official gitu. Boleh tak awak editkan sekali blog saya ada www?

JAWAPANNYA TIDAK. Ewah. Awak bayar saya rm20 je untuk edit blog lepas tu expect nak sekali dengan domain. Hahahahaa. Yang www dengan dot com ni namanya domain. Aku tak arif sangat bab domain. Untuk pengetahuan korang, masa aku buat blog ni, nama blog aku bukan terus jadik www.bajuwarnacoklat.com yaa. Sebelum ni adalah bajuwarnacoklat.blogspot.com. Paham? Lepas tu, aku pakai domain, dengan bantuan blogger myideakini, dia yang pasang dan setting apa semua. TAPI. DOMAIN BUKAN PERCUMA!!!!! Korang kena bayar. RM55 untuk setahun (RM50 DOMAIN DAN RM5 UPAH PEMASANGAN). Aku tak ambik servis domain. Ingat yaa. Ramai yang nak buat tempahan edit blog suruh pasangkan sekali domain. Mereka ingat free dan settingnya dalam template. Bukan yaa kawan-kawan sekalian. Untuk maklumat lanjut pasal domain atau korang nak pasang domain, boleh hubungi blogger myideakini. Pasal domain boleh tanya kat beliau. PLEASE. Jangan tanya aku. Aku serius tak tahu. Sebab aku punya domain 100% beliau yang buatkan.

Jika ada yang berminat untuk menggunakan servis MYiDEAKiNi, boleh email di webservices@myideakini.com atau whatsapp 016-6893037. Tak perlu nak pening-pening untuk tetapan, serahkan 100% kepada MYiDEAKiNi untuk menguruskan penukaran domain, cuma perlu ikut arahan selanjutnya dari MYiDEAKiNi nanti yer.

ATAU


3. Kat mana saya boleh rujuk tutorial-tutorial untuk edit blog? Saya ada nak tambah ni. Saya ada nak tambah tu. Macam mana nak letak iklan nuffnang? Macam mana nak buat duit dengan blog? Macam mana nak letak cbox? Macam mana nak buat cbox? Kenapa orang tak follow blog saya? Kenapa follower saya sikit? Macam mana nak suruh orang follow blog kita?

Korang boleh rujuk tutorial-tutorial daripada blogger-blogger yang aku listkan kat bawah ni. Kalau tutorial biasa tu, aku ada juga buat. Tapi aku punya tutorial pun taklah banyak sangat.

UNTUK TUTORIAL BLOG:

TIPS BLOG, NAK TAMBAH FOLLOWER:

CARA BUAT CBOX:

Kalau nak gain follower beribu ribu beratus ratus, korang KENA RAJIN BLOGWAKLING. Kalau malas nak blogwalking, buat blog lepastu sembang sorang-sorang dalam blog, esok bangun tidur jangan pelik la kalau follower kau masih zero. Sebab kewujudan blog anda barangkali tidak diketahui oleh blogger-blogger lain.

Blogwalking tu apa? Baca maksud blogwalking kat sini: http://www.afiffuddin.com/tips-internet/apa-itu-blogwalking

Sedikit peringatan dari aku, kalau baru-baru buat blog, tolonglah jangan buat blog semata-mata nak follower beribu ke apa. Niat dulu. Buat blog sebab apa? Nak share pasal lifetyle? Nak share pasal resepi? Nak share tips blog? Nak share pasal produk-produk kecantikan? Korang nak orang follow blog kau, tapi blog kau zero content. Lepas tu bising-bising kat aku orang tak follow kau. Apa inisiatif kau buat untuk tarik orang supaya baca blog kau? ADA? Kau rasa kenapa orang nak baca blog kau? Tengok balik posts kau, menarik ke? Berguna?  Kalau buat pos-post pun post dok mengumpat orang, post membodohkan orang, kau ingat orang nak baca? Please. We blogger tak follow blog-blog macam ni. Kami semestinya nak follow blog-blog yang menarik kami untuk membaca blog tersebut.

4. Macam mana nak cari kawan-kawan blogger? Saya baru buat blog. Saya tak tahu mcm mana nk cari kawan dalam dunia blog.

Cara pertama. Korang nampak gambar kat atas. Haa tu cbox aku. Korang klik pada nama yang aku merahkan kat atas tu. Nampak tak? Kan keluar blog dia kan. Ada sesetengah orang dia p letak email dia. Kalau email tu tak dapat lah korang bukak blog dia. Ada juga yang badigol sangat, dia p letak iklan churp churp lah iklan says lah. Haa kalau orang camni kau bagi kaki je. Kalau nak cari kawan blogger senang je, kalau korang perasan kat mana-mana blog ada cbox, korang klik je nama-nama macam kat atas tu. Sbb nama tu akan bawak ke link blog blogger tu.

Bila dah keluar blog orang tu, korang p lah blog dia. Tinggalkan komen ke. Tinggalkan mesej kat cbox. Alang-alang follow sekali. Sebab kebanyakan blogger mmg akan follow balik blog korang kalau korang bgtau korang dah follow dia. Cuba korang set kan satu hari blogwalking 10 blog (wajib tinggalkan mesej kat cbox). In Shaa Allah keesokan harinya mesti follower korang bertambah. Tapi kena ingat, BLOG KORANG PULAK WAJIB LAH KENA ADA KOTAK FOLLOWER. Baca balik tips 4 THING BLOGGER SHOULD PUT ON THEIR BLOG yg aku share tadi. DAN. TINGGALKAN URL BLOG KORANG! BUKAN EMAIL TAU!!! Baru senang orang nak bukak blog kau.

Kalau dah buat cbox, kalau boleh letak kat tempat yang senang pengunjung nak jumpa. Kat sidebar pun dah okay. TAPI. Tak semua orang tahu gambar kartun terapung tepi blog kau tu sebenarnya klik untuk cbox. Tak semua tahu icon kecik cenonet dekat sidebar tu untuk klik untuk cbox. Sebolehnya elakkan. Mudahkan pengunjung. Bukan peningkan pengunjung. Hahahahaa

Cara kedua. Join group-group blogger di facebook. Yang ni aku ada juga join. Tapi korang kena alert lah. Jgn join group bukan-bukan. Kadang-kadang ada sesetengah individu tak bertanggungjawab kongsikan link 18sx. So korang sila hati-hati k. Antara group yang boleh dipercayai adalah Kelab Blogger Emas Putih. Dan banyak lagi group. Dari situ korang boleh kenal blogger-blogger yang lain.

Cara ketiga. Anjurkan giveaway ataupun segmen. Cara ni berkesan. Contohnya korang buat lah segmen mengenai pencarian rakan-rakan blogger (contoh), ataupun, buat giveaway dan beri hadiah kepada pemenang. Lepas tu korang letak la nama giveaway tu gempak gempak sikit. Kalau korang newbie, letak tajuk yang menunjukkan korang newbie yang sedang cari kenalan blogger. Dah buat giveaway/segmen tu, kongsikan link tersebut kat group-group blogger di facebook. Jangan share kat satu group je. Share lebih dari satu group. Korang buatlah ayat best best sikit. Contohnya, "Hai saya Bedah. Saya baru buat blog dan masih mencari kenalan dari kalangan blogger. Saya ada buat giveaway. Simple-simple jee. Jemput singgah dan follow blog saya yaa. Nanti saya follow balik. Jangan lupa join giveaway saya! Banyak hadiah best menanti korang!" K ni contoh. Memandai aku je sapa entah Bedah. In Shaa Allah korang akan jumpa kawan-kawan blogger dan dikenali ramai gittew. Hehee. Tapi ingat. JANGAN SESEKALI MENIPU bila buat giveaway atau segmen yg menjanjikan hadiah ni. KORANG TIPU, KENA VIRAL DENGAN BLOGGER baru tahu. Sebab blogger-blogger ni ramai yang berkawan antara satu dengan lain. Jadi kalau korang tipu, memang kena kaw kaw lah. Kalau tak kena viral, mungkin nama korang akan tersemat dalam kepala dieorg sebagai penipu. Ingat, blogger penipu ni memang tak bertapak lama dalam dunia blog. Tak berkat gitu blog kau. HAHAHAAHA

Lagi senang, NAHHHH. Aku share senarai nama blogger's family kat bawah. Korang terjah la satu-satu. Mereka ni sangat-sangat peramah orangnya.
  1. nurnbla: nurnabla.blogspot.com 
  2. Yaya:missinspirit.blogspot.com 
  3. Syaza: syaza-applemints.blogspot.com 
  4. Ecah: apple-crunchh.blogspot.com 
  5. Beeha: beehaazman19.blogspot.com 
  6. Karimah:theonlygirl98.blogspot.com 
  7. Aienienka:aienienka.blogspot.com 
  8. Alya:alyasyganda.blogspot.com 
  9. Leya yeolly:leyastorymory.blogspot.com 
  10. Nad:fiqadira.blogspot.com 
  11. Maisarah:greennyworldland.blogspot.com 
  12. Rrai:www.bajuwarnacoklat.com 
  13. Yanieee:impianacikyaanie.blogspot.com 
  14. Anis:missanisnabilah.blogspot.com 
  15. Raizah:raizahstory.blogspot.com 
  16. Farrah:frrhnd.blogspot.com 
  17. Sayidah:sayidahnapisah.com 
  18. Sha:kasihkuamani.blogspot.com 
  19. Kimchaa:kimchaa.blogspot.com 
  20. Huda:nurfarahudahud.blogspot.com 
  21. Anis:akhalilah.blogspot.my 
  22. Umie Yana:hiphiphorray15.blogspot.com 
  23. Igs:itsnumigx.blogspot.com 
  24. Azira:azirafreesia.blogspot.my 
  25. Lea Azleeya:www.leaazleeya.com 
  26. Reenri:www.reenri.com 
  27. Amy:hilmirdadaud.blogspot.my 
  28. Dieyla:ohmyvitamin.blogspot.com


Ada segelintir yg kedekut nak follow blog lain. Tapi korang tahu tak, lagi banyak blog korang follow, lagi meriah dashboard korang. Sebab apa? Banyak entry-entry baru dari blogger yg korang follow tu keluar kat dashboard [rujuk gambar di atas]. Kebanyakan blogger ada yg suka join giveaway/segmen. Giveaway dan segmen ni pulak ada yang berlangsung seminggu je, ada yang sekejap, ada yg lama. Jadi korang akan "diberitahu" mengenai giveaway2 tersebut melalui blog yang keluar kat dashboard tu. Korang pun boleh laa join sekali. Kalau kau follow setakat dua blog je, then blog kau follow tu jenis update sebulan sekali, haa kan sunyi sepi dashboard kau. Aku lebih suka blog berbanding insta atau lain2. Sbb dalam blog selalunya owner lebih jelaskan dgn terperinci. Contoh, review skincare/ produk. Kalau kat insta, setakat gambar dengan ayat pendek je. *ni pendapat aku lah*

5. Elakkan letak widget yang tidak penting

Kalau boleh elakkan letak widget-widget yang tak penting dan menyemakkan blog korang. Sebab benda-benda tu akan memberatkan blog sebenarnya. Masa mula-mula buat blog, memang ada segelintir yang rasa nak letak semua benda dekat sidebar, pop up itu ini dsb. Sebenarnya TAK PERLU pun semua tu. Contohnya widget jam, calendar, gambar kartun timbul kiri kanan ucap selamat datang/ assalamualaikum/ hai/ jangan lupa komen, bunga atau hujan atau salji atau puting beliung turun mencurah-curah berpusing berputar dalam blog, widget kasi ikan makan, widget radio era fm/ikim/hot fm/apa2 radio, semua tu tak payah letak. Tak penting pun.

Orang bukan datang blog kita sebab nak tengok jam. Kat laptop/pc masing2 dah ada jam, tarikh pun ada. Benda yang paling menganggu bagi aku sebenarnya widget kartun timbul tepi blog yang selalunya ada tulis hai selamat datang atau assalamualaikum ataupun jangan lupa tinggalkan komen. Benda alah tu kalau kita scroll2 pun dia tetap tak hilang. Bagi aku buat semak mata je. Lagi la kalau owner blog tu letak kiri kanan. Kiri letak assalamualaikum. Kanan letak jangan lupa tinggalkan komen. Peh. Terbantu niat nak baca entry. Bukan aku tak kasik korang bagi salam. Tapi bagi salam dalam entry je pun dah ok. Serius. Tak perlu pun semua tu.

Sidebar yang panjang berjela sebenarnya menampakkan blog korang tak kemas. Tapi terpulang korang lah. Ini pendapat aku je. Kalau rasa isi blog archive tu dah panjang sangat, boleh letak scroll bar. Bukan blog archive je. Tempat2 lain pun boleh. Cuba korang tgk kat bawah sekali blog aku. Popular posts, review, blog list, even blog's award yg ada gambar pun aku letakkan scroll bar. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi aku rasa macam tu lagi mata aku sedap memandang kot. Hahahahaa. Ke korang pandang tak sedap?

_____________________________________________

Aku rasa cukuplah empat lima je. Aku rasa tu semua benda basic kena tahu kalau baru buat blog. Tambahan pula, soalan-soalan tu yg korang selalu tanya aku. Ada orang berblog sekadar untuk suka-suka je. Ada orang melalui blog, dia dapat pendapatan sampingan. Macam yg aku cakap tadi, kalau baru buat blog, pasang niat dengan betul. In Shaa Allah lama-lama orang makin ramai follow dan blog kau makin dikenali. Aku ni dari 2012 bikin blog, follower seribu lebih je. Tak sampai 10k pun hahahahaa. 2016 baru aku pakai domain. Aku rajinkan blogwalking dan join GA/Segmen je masa mula-mula berblog. Alhamdulillah ada juga sudi kawan dengan kite dan follow. Aku rasa pencapaian yg paling best dalam berblog ni bila dapat kawan-kawan blog kot. Hehehh. Ingat senang ke orang nak kawan dengan blogger entah pape mcm aku ni?

Aku pun masih merangkak lagi dalam dunia blog ni. Aku kongsi apa aku tahu je. Berdasarkan pengalaman. Entry ni bukan nak riak. Bukan nak kata aku lagi terer ke apa. TAK. Aku pun tak pro lagi dalam blog-blog ni. Income blog pun masih ciput. Aku jawab apa yang korang selalu tanya je. Mungkin ada yang tak berapa clear pasal ni. Jadi aku buatkan entry ni supaya korang lagi faham. (harap-harap entry ni menjawab pertanyaan korang)

Sekian dari saya, Puan Raihanah. Kahkahhh.
Nanti dah buat blog, gunakan bahasa yang baik-baik ya. Tataaa dan selamat malam! Semoga maju jaya dalam blog! Tingkatkan prestasi blog dan kurangkn kontroversi dalam entry-entry blog.  Peace!



18 comments:

  1. hurmm.. jgn ler dorg tu malas nak cari.. bnyk je info dkt internet tu cmner nk buat blog.. domain tu kena la beli sendiri and setup tak susah mana un senang je.. nak percuma guna la dot tk.. nak berbayar pun banyak je skrg ni..

    bukan kedekut nk follow tu rrai maybe guna google+ lagi senang.. dkt hp un leh blogwalking... :D

    ReplyDelete
  2. @Ahmad Hasif Huhuu. Selalu jadi mcm tu. Nak pasang iklan nuff mcm mana pun wasap sy. Mcm mana nak sign up cbox pun wasap sy. Kadang sampai ke satu pagi dia menanya. Aduiduii. Tabah je laa dgn org camni. Padahal kat nuff tu sendiri dah tulis kat mana nak letak kod tu. Tutorial lagi laa, berlambak kalau google.

    ReplyDelete
  3. Bagus entry ni, JELAS dan TERANG.Bestnya ada blogger family, nak join jugaaa...

    ReplyDelete
  4. Suka sangat entry niih .. kena setepek. Haha .. bila nak start blogging kena rajin google. Banyak gileeer kot org buat tutorial segala bagai. Takpayah nak wasep wasep . Nak buat blog tak pandai godek godek google apa kelasss ...Hahaha

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik dan terbaik...

    ReplyDelete
  6. @Noor Maizan Untuk jadi ahli baca entry yang Nab buat: http://nurnabla.blogspot.my/2016/09/sesi-mengenali-blogger-2016-kini.html . Nanti dia masukkan dalam group. Hehehe

    ReplyDelete
  7. @Kim Chaa Yeayy nasib Kimchaa sokong! Hehehhh. Mmg byk. Byk sgt. Tinggal rajin dgn tak rajin je nak refer semua tuto tu..

    ReplyDelete
  8. good information from u..thank you for sharing..

    ReplyDelete
  9. Thanks dear.. Info berguna. Untuk bloggers baru wajib rajinkan diri untuk melawat dan tinggalkan komen disetiap blog.. Kalau tidak memang krik krik blog anda. ;p

    ReplyDelete
  10. nice share kak rrai. dulu masa first buat blog mmg teruja habis semua widget nak letak. jam calendar gambar hahahahah. malunyaa ingat balik semua tu xD xD xD

    ReplyDelete
  11. terbaiklah rrai! tips yg sgt berguna utk newbie...nak seribu daya, takndak seribu dalih..kipidap!

    ReplyDelete
  12. salam..salam perkenalan...good info for newbie macam saya.

    ReplyDelete
  13. Perghhh info yang sangat mantap. Anyway..terima kasih sangat-sangat kepada RRAI sebab sudi promosi servis MYiDEAKiNi. MYiDEAKiNi doakan semoga ramai blogger yang akan bertukar domain nanti. Adios...

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...