Thursday, 8 September 2016

Rugi betul tak tengok WARCRAFT!


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Mesti majoriti korang dah tengok movie Warcraft kan? Yeahh kite pun dah tengok! Hahaha. Bila? Semalam. Dan dalam perjalanan menghabiskan cerita ni hati aku banyak kali kata, pehhh rugi betul lah engko tak tengok cerita ni awal-awal dan kat wayang! Serius rugi! Cerita begini kalau tengok kat wayang peh feeling gila kot. Boleh terjatuh jatuh popcorn kau agaknya. *over*

Sebenarnya aku tak pandang langsung movie ni dan banner dia. Aku ingat lagi masatu kiterang tengok cerita apa entah, Pie tanya sambil tunjuk banner warcraft, taknak tengok cerita ni? Kau tau aku kata apa? Aku kata, taknak ah. Cita apa ni gorilla gorilla ni. HAHAHAHAHAHAAA. Sengal gila gua *crying emoji*

Aku tak tgk pun trailer warcraft. So bila tgk poster tu apesal entah dalam kepala aku kata tu gorilla. So aku pun ingatkan cerita ni macam ala-ala cerita tarzan gittew. Hahaha. Mandai akuuuu je. Sekali dah tengok, haaa kau. Sampai ke lima pagi aku layan tau!

Al kisahnya masa dua pagi semalam aku sedang nak layan-layan movie sebelum tidur, konon konon nak layan japppp jerrrr. Bukak warcraft, (aku tgk online je), aku expect nk tgk setengah jam je esok sambung lagi. Masa tengahari aku tgk 5 minit je then lepas tu aku p edit blog cust maka terbatal hajat nk tgk warcraft. Sekali dah tgk, tak boleh berhenti tengok weyh, beremosi tau aku tonton, lagi lagi masa berlakunya adegan lawan-lawan antara human and orc, terus aku gigih tengok sampai habis. Hahahahaa





Antara watak-watak dalam movie warcraft. Watak orc dan watak jahat tu muka muka dan badan mereka sangat lah menakutkan dan mengerikan. Aku paling suka kat Durotan kot. Tapi sedih pulak dia mati. Kwaja betul orc tua jahat tu bunuh dia and mengelat masa lawan. Aku rasa warcraft kedua nanti mesti lagi best. Sbb anak Durotan selamat and mestilah mengisahkan pasal anak Durotan kan? Tak silap anak dia manusia yg jumpa sbb ending dia tunjukkan, even tak tunjuk muka tapi aku rasa manusia yg jumpa. So mesti nanti dia dibesarkan oleh manusia. *firasat aku kuat mengatakan begini*

I actually not so into movie yang ada war/peperangan ni. Ceh drakula untold kau layan pulak? Aku kan suka kan kedamaian gittew. Kehhkeh. Eleyh habis the purge tu aman ke? Propa Rrai ni T_T

Bila google keluar lah gambar2 games warcraft. Warcraft ni game eah? I dont know. *kesian*

Siapa dah tgk Dont Breathe? Tak best eah? Awat aku baca review ada kata tak best? Lepas ni nak layan movie apa pulak ekh? KAHHKAHHHH.

K tataaa!

Trailer warcraft tgk kat bawah.



4 comments:

  1. Replies
    1. Ni kak link dia >> http://123movies.to/film/warcraft-2016-12623/
      Kalau nak laju tgk guna 480p. Kalau 720 dia loading lambat. Hihiii. Kat website tu ada sesetngah movie takde sub. Warcraft ni ada. English sub.

      Delete
  2. Akak pun baru tengok..
    memang best.. Rugi tak tengok kat wayang..
    Rai tengoklah Train to Busan..
    Ohsem.. Bukan takat popcorn jatuh.. Rasa cam nak nyorok.. hahaha..
    Tapi ending sedih..

    ReplyDelete
  3. @Shahida Dzulkafli Tak berkesempatan lagi gak. Tapi dah berlambak dah kua train to busan HD. Nanti sy tgk. Kalau TRAIN TO BOSAN sy dah tengok. Hahahaha

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.