Ecowell Organic Cosmetics: Liquid Facial Soap with organic orange oil

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ni I want to share my experience menggunakan liquid facial soap jenama ecowell. Untuk pengetahuan korang, rangkaian produk ecowell adalah merupakan organic skincare yang mengandungi kandungan bahan-bahan organik dan bebas kandungan yang berbahaya untuk kulit kita. Jadi ecowell adalah selamat untuk digunakan.


The packaging is so cute. Mesra travel. Also ada bag yang mana memudahkan kita untuk simpan kesemua produk-produk ni. Bag ni nak letak dalam bilik air pun boleh. Barang-barang kat dalam tu tak basah.


Di belakang packaging ni ada sedikit pengenalan mengenai Anti-Aging Ecowell Facial Care Essentials. Sesuai untuk dry to normal skin. Dalam bag comel ni ada 5 item:
  1. Liquid facial soap with organic orange oil
  2. Face tonic with organic chamomile
  3. Face mask with hyaluronic acid & aloe vera
  4. Ultra moisturizing eco bio face cream
  5. Make up cleanser milk with organic olive oil
Produk ini mengandungi: Orange Oil, Chamomile, Olive Oil, Aloe Vera, Rose Oil, dan 
Vitamin E

Dalam entry ni aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan liquid facial soap dengan rumusan organic orange oil. 

LIQUID FACIAL SOAP -30ml
Dengan organic orange oil
Brand: Ecowell 
Product: Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series
Price: RM231.97

30-Day Application
Organic Facial Care Collection
ICEA-Certified Organic
Dermatologically Tested
Normal to Oily Skin
Eco-Friendly
Travel-Friendly Pack

-Membersihkan dan menyucikan
-Menyegarkan kulit
-Menghilangkan kulit kusam dan tidak bermaya
-Mengekalkan nilai PH kulit secara semulajadi
-Kaya dengan buih-buih lembut
-Membersihkan kulit secara mendalam

Antara kebaikan organic orange oil:
-Memberikan kelegaan daripada keradangan kulit
-Bagus untuk mengekalkan kulit yang sihat dan licin
-Membantu untuk menyembuhkan jerawat dan dermatitis
-Mengurangkan kedutan
-Menggalakkan penghasilan kolagen



Botol dia sangat comel dan mudah untuk digunakan malahan senang nak dibawa pergi mana-mana. Siapa kaki travel tu mesti suka dengan botol ecowell ni. Nak bawak balik kampung pun senang.


Belakang botol. Nampak tak. Diformulakan di Switzerland k.


Ini lah antara sebab kenapa aku suka sangat dengan botol ecowell liquid facial soap ni. Picit-picit je nanti pencuci muka ni keluar. Senang kan? 


Ada logo pengiktirafan dari ICEA. Tak semua produk ada pengiktirafan daripada ICEA [ICEA-certified organic] tau. Kalau ada pengiktirafan ICEA ni maknanya produk tu adalah selamat dan merupakan natural products and accurate dermatological and microbiological tests guarantee so kulit sensitif dan allergic skin types pun boleh guna. Selain itu, ia juga tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan manusia, haiwan dan juga alam sekitar. 


Picit sekali je. Tak perlu picit banyak-banyak kali. Hehee. Tekstur dan warna liquid facial soap ecowell ni cerah dan lembut.


Cara guna: Picit liquid facial soap dari ecowell organics cosmetic ke telapak tangan. Campur dengan sedikit air dan buihkan. Urut dengan lembut ke seluruh wajah. Kemudian bilas muka. Use twice daily.

Masa pertama kali guna, aku rasa macam sedang tonyoh muka dengan buah oren yang dah kopek kulit dia tu. Kenapa? Sebab bau liquid facial soap ecowell ni sangat natural dan organik! Serius bau dia memang natural. Bagi siapa yang pernah guna produk yang ada bahan kimia atau yang dicampur dengan bau-bau yang tak natural tu dia mesti dapat bezakan dengan yang natural punya. (hahahahaa cakap kat diri sendiri ke?) Lepas tu nanti, bila dah beberapa kali guna korang akan dapat rasakan kulit korang cerah sikit. Ke aku je yang perasan? Aku rasa macam kulit aku cerah sikit bila guna liquid facial soap ecowell ni. Mungkin sebab dia mengandungi organic orange oil. Orange kan popular dalam mencerahkan dan memutihkan kulit ni.

So here my review:

PRO

-Boleh mencerahkan kulit
-Bau yang menyenangkan
-Mesra travel, mudah untuk di bawa kema-mana
-Boleh dapat bag free dengan setiap pembelian kalau beli packaging macam ni *ehehehee*
-Tidak mengandungi bahan bahan yang boleh merosakkan kulit
-Natural ingredients
-Mudah untuk disimpan

KONTRA

-I dont see any kontra lagi. For me this facial soap sangat memuaskan hati saya.

Nak beli kat mana?
https://www.facebook.com/ecowellorganics/


For those yang tercari-cari produk organik dan yang sihat untuk kulit/ tidak membahayakan boleh cuba rangkaian produk kosmetik yang berunsurkan bahan-bahan organik daripada ecowell. Nak beli di lazada pun boleh. Uolss kan suka bershopping di lazada. Hahahaa.

Thankyou sudi baca this entry! Have a nice day people!




4 comments:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.