ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Cuci Gambar Di WePrint (Liberty Printing)

Assalamualaikum | Salam Sejahtera

Zaman sekarang ni macam-macam teknologi semakin canggih diperkenalkan. Korang cuma kena rajin ambil tahu jee. Selama ni bila aku nak cuci gambar di handphone, aku kena masukkan dulu dalam laptop, lepas tu transfer masuk dalam pendrive. Selalunya mmg pendrive lah. Sebab memang tak berani nak kasi hard disk kat orang kedai tu untuk cuci gambar. Mau menangis berguling guling kalau harta karun dalah hard disk tu hilang. Hahahaa. Leceh kan? Kalau pendrive orang pinjam, terpaksa lah batalkan hasrat nk cuci gambar. 

Sekarang ni dah ada WePrint. Jadi memang senanglah nak cuci gambar. Hehe
WePrint adalah instant photo printing machine yang berkualiti tinggi, bertindak dan berfungsi menggunakan aplikasi WeChat. WePrint telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015 dan juga sangat popular dalam kalangan syarikat-syarikat yang membuat roadshow dan sebagainya. Jadi WePrint banyak berkolaborasi dengan syarikat-syarikat besar dan tidak dinafikan WePrint juga bertindak sebagai medium mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas lagi. Hanya 60 saat sahaja, gambar korang siap dalam sekelip mata! Selain boleh beli, korang juga boleh sewa WePrint ni dari pihak Liberty Printing untuk event-event atau majlis-majlis. Kiranya korang sewa photo printing machine ni terus. Jadi orang-orang yang datang event korang boleh cuci gambar dengan WePrint on the spot. Tambah tambah lagi kalau event korang adalah sejenis event yang ada dekorasi cantik-cantik, kalau orang cuci gambar, secara tak langsung mereka juga mengabadikan memori di event korang dan mempromosikan event korang! So no wonder lah banyak syarikat besar berkolaborasi dengan WePrint.

WePrint menggunakan aplikasi WeChat. Korang cuma perlu scan QR code kat machine tu, kemudian upload gambar yang korang nak print out, masukkan ID Code yang tertera di screen dan tunggu gambar tersebut diprint. Gambar akan siap dalam masa 60 saat sahaja. Tengok kiri tengok kanan, eh dah siap dah! Hahahahaa. 


Gambar di atas adalah langkah-langkah untuk korang cuci gambar di WePrint. Senang kan. Tambahan pulak, ada banyakkkkk template comel-comel yang korang boleh letak pada gambar tu. Hasilnya, gambar yang korang print tu akan nampak lagi cantik dan sangat sangat comel!

Ini adalah instant photo printing machine tersebut. Banyak event-event besar/ photobooth yang menggunakan instant photo printing machine WePrint ni. Contohnya Watsons. Tipu lah kalau korang tak kenal Watsons. Ni mesti ada yang suka beli barang mekap kat Watsons kan kan. Hahahahaa.


Ini pula adalah gambar-gambar yang di print menggunakan WePrint instant photo printing machine. Nampak tak haaa tu laa template yg aku maksudkan. WePrint ni memang popular di kalangan syarikat-syarikat besar. Mana taknya, disamping datang join event dieorang, tetamu yang datang juga boleh cuci gambar yang diambil masa event dengan cepat hanya dengan menggunakan WePrint. Kalau ada artis popular kat event tu, mesti korang pun excited nak cuci gambar jugak kan! Hihiii


Ini adalah gambar aku yang dicuci di WePrint. Cantik sangat-sangat dan serius kualiti gambar ni memang sangat sangat sangat high quality! Comel tak template gambar tu? Blogger gittew uols. Hihiii


Close up. Comel kan template ni? Untuk pengetahuan korang, kualiti gambar WePrint ni berbeza sikit dgn gambar biasa yg kita cuci kat kedai gambar tu. Gambar dari WePrint permukaannya lebih cantik dan anti-fingerprints. Kalau aku, aku suka kualiti yang macam ni. Gambar tak mudah kotor dan lebih cantik.

WePrint adalah diperkenalkan oleh LIBERTY PRINTING SDN. BHD yang ditubuhkan di Klang, Selangor. Selain WePrint, banyak lagi servis yang dijalankan oleh Liberty Printing. Dan semestinya adalah unik dan lain dari yang lain. Antaranya adalah mug heat press, printer dan button badge. 


Ini adalah button badge dari Liberty Printing. Senang cite, keychain lah. Tapi yang bestnya, keychain ni ada gambar kita. Jadi kalau korang nak abadikan gambar korang melalui keychain, korang boleh dapatkan servis button badge dari Liberty Printing ni. Gambar suami isteri boleh, gambar anak boleh, malahan gambar kita masa kecik pun boleh. Kalau siapa ada anak, belikan anak uols keychain camni. Mesti nampak comel!

Liberty Printing juga adalah pilihan tepat bagi yang nak cari hadiah untuk yang tersayang, kawan, saudara-mara atau kenalan yang lain. Sebab "barang-barang" di liberty printing adalah sangat sweet dan memorable. Kawan korang mesti suka kalau korang kasi hadiah dari liberty printing ni.

Antara kebaikan WePrint/Liberty Printing Services:
-Pantas dan cepat. Gambar siap dalam masa 60 saat sahaja!
-Kualiti terbaik. Gambar dan badge dari Liberty Printing sangat berkualiti tinggi dan memuaskan.
-Servis yang pelbagai. Banyak servis lain yang kita boleh order sekali.
-Jimat masa. Tak perlu tunggu lama untuk gambar siap.
-Boleh juga sewa WePrint untuk event atau majlis-majlis dengan harga yang sangat sangat berpatutan.
-Mesra pelanggan. 
-Mudah.

"What can we print for you? Free instant high quality photos!"


Kepada pembaca blog bajuwarnacoklat, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun 10% bila korang cuci gambar di weprint! Masukkan kod di atas. INGAT. SAH SAMPAI 30 NOVEMBER 2016 je tauuu. Jadi jangan lepaskan peluang ni k!

Untuk Video korang boleh tengok kat bawah:

Kalau berminat untuk order atau nak sewa atau maklumat lanjut, klik link di bawah:
http://www.tboox.com/

Aku bagi 10/10 bintang emas untuk kualiti gambar dari WePrint ni. Tahniah dan terima kasih Liberty Printing sbb memperkenalkan WePrint di Malaysia! Gambar dari WePrint memang tiptop!

......................
WePrint by
Liberty Printing SDN BHD (1080784-T)
6, 6A, 6B, Jalan Harmoni, 1A, KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan
CONTACT NUMBER: 019 985 5151 (ELAINE)
EMAIL: order@libertyprinting.com.my
WEBSITE: www.libertyprinting.com.my
FACEBOOK: https://www.facebook.com/libertyprintingmachine
BUSINESS HOURS: Monday to Saturday (9am to 6pm)


1 comment:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...