ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Kenapa bajuwarnacoklat?



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Aku berblog sebenarnya sejak tahun 2012. Masa tu berblog cuma untuk suka-suka. Nak ceritakan pasal entry peribadi. Entry bercinta dengan buah hati. Entry keluar berjalan dengan kawan-kawan. Memang mostly personal punya entry. Sajak entah apa apa pun aku pernah bikin tau dulu. Lepas tu bila sel-sel otak dah mula berhubung dengan baik, maka aku pun refresh balik blog, delete semua entry mengarut dan tak berilmiah tu semua hahahahaa. Cara penulisan pun entah pape. Buat malu je kalau baca balik. Blog aku mmg pernah terabai untuk jangka masa yang agak lama bila aku start masuk kolej dulu. Mmg tergendala habis lah. Berbulan2 tak update pun pernah. Tapi lepas tu bila cuti sem aku bergiat aktif semula. Pernah terfikir nak stop berblog/delete blog, tapi aku decide just ignore my blog for a while and not to delete this blog. Sebab macam sayang nak delete.

Domain [www] ni pulak tak silap tahun lepas aku bikin. Blogger myideakini yang tolong setting apa semua. Aku just bayar je untuk setahun punya domain. Oh ya korang kalau nak suruh org buatkan domain dgn harga murah boleh suruh blogger myideakini. Sangat pantas dan murah. Goyang kaki makan jajan, tup tup blog kau dah jadi www dan ada dot com kat belakang.

Bila dah pasang domain, makin bertambah sayang pulak kat blog ni. Acehhceh. Jadi mmg idokk ler nak delete oi. Lagipun blog ni pun boleh jadi sumber untuk jana pendapatan sampingan aku melalui tempahan edit blog.

Nama bajuwarnacoklat ni pulak actually aku dapat secara spontan termenjelma kat kepala otak masa mula-mula buat blog dulu. Dan untuk pengetahuan korang sejak bubuh nama bajuwarnacoklat tu, aku tak pernah tukar nama blog. Bajuwarnacoklat. Kan senang gittew nak ingat? Tak gitu? HAHAHAHAA. Poyo.

Unless lah kalau aku bikin, bajuwwarnewchocholate ke aje mmg nak kena bagi kaki nak google pun susah. Pilih nama blog yang senang-senang je. Yang mudah orang ingat. Yang senang nak lekat kat kepala orang. Nama bajuwarnacoklat ni pun aku tak sangka ada jugak kawan kawan aku yang aku nak jumpa pun payah, tapi nama blog aku dia ingat hahahaaa. Kawan aku cakap, nama blog aku senang dia nak ingat, so tak kan dia lupa pulak. Hahahaa. Thenkiu muah muah


Kenapa bajuwarnacoklat? Banyak sangat ke baju warna coklat kau? KAHHKAHHH. Sebenarnya takde lah banyak pun. Masa zaman aku mula2 berblog dulu, aku SUKA beli baju/blouse/baju kurung warna coklat. Masa kat kolej pun aku suka pakai tudung kaler coklat. Agaknya kat situ lah dapat nama kot. Plus warna coklat ni actually warna peberet gua.

Tapi skrg baju aku warna warni je semuaaaa. Takde pun semuanya warna coklat. Mak aku pernah tegur dulu, baju aku banyak sgt kaler hitam dgn coklat. Hahahaa. So aku pun start lah beli kaler kaler pelangi pulekkk. Agak agak kalau nama blog aku bajuwarnahitam korang nak singgah tak? Dah macam blog ape tu nama yg serba hitam tu gothic ke black metal ke apa. Yg aku tahu century gothic je hahahahaaa. Uishh scary je Jahhh kalau nama blog aku bajuwarnahitam. Tp kalau aku terer silat boleh gak ekh pakai nama bajuwarnahitam? Hahahh. Nampak segak sikit. Ni silat pon taktau takyah berangan Rrai.

Masa nak tukar ke domain pun actually aku taknak guna dah nama bajuwarnacoklat ni. Sbb aku nak letak nama aku kat nama blog. Tapi aku rasa macam orang lagi ingat bajuwarnacoklat instead of nama aku. HAHAHAHAAA. Blogger-blogger lain pun sarankan supaya aku kekalkan je nama bajuwarnacoklat sbb dieorg pun dah familiar dgn nama tu. Maka aku pun ambil keputusan untuk kekalkan nama bajuwarnacoklat.

Semoga nama bajuwarnacoklat ni bawak luck yang melimpah ruah di masa hadapan. Hehee. Tak sangka pulak aku yang nama ni berkekalan sehingga ke hari ini. Sbb serius masa mula-mula letak nama ni, dalam kepala aku, alaa nama ni kan boleh tukar hahahaa. Tapi dah tahun 2016, tetap rasa sayang nak tukar nama.

Blog korang pulak apa sejarahnya? Hihii. Cuba share sikit.

Tataa!







9 comments:

  1. dh comel dh nama blog ni. hehe. btw cute sngt doodle tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihii thankyou kak. Doodle tu sy tempah kt Blogger Diya Harun..

      Delete
  2. kalau awaa cokelat, kakak plak pink.. hee~ ntah pape seme benda sampai getah rambut pon nak pink.. bukan obses tapi bila dengan kaler yang kita rasa SERASI ade sikit ketenangan aa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pink saya suka jugak. Tp brg sy takde la byk sgt pink hehehee. Pink ni comel kaler nya. Kalau blog tu semua pink rasa lembut jee mata...

      Delete
  3. Nice.!ad prsamaan but blog i dlu dh padam T_T..n "terpaksa" buat blog bru but still kekalkan momentum tulis personal and mengarut2..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa terpaksa padam? Hihi. Blog sy pun kadang ada juga entry mengarut2..

      Delete
  4. saya pun banyak koleksi baju hitam..kalau ada kaler lain pun biru,hijau, oren....heheheh
    sukalah dengan nama tu, tambah pulak tema blog pun ikut nama, lagi senang nak ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai baju hitam boleh nampak selim melim gittew hahahaaa. Tq sofie..

      Delete
  5. Owh.. Gitu rupanya asal nama blog nie.. Bajuwarnacoklat..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...