Follow Us @soratemplates

Sunday, 17 July 2016

Review Pemenang Segmen Review With Bajuwarnacoklat [Group I]


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hai uolssss. Masih mood raya lagi ke? Hahahah. I guess mood raya dah habis kot. Orang semua dah start kerja. Budak pun dah start sekolah. Tapi open house dan marhaban semestinya masih on the way. Hihihh. Jadi In Shaa Allah laa dapat merasa lontong dan rendang lagi (tu pun kalau open house tu bikin rendang hahahaa) Header aku tu pun dah boleh tukar rasanya.

So now sepertimana yang dijanjikan saya nak review pemenang segmen review. Total pemenang ada 7. So ni nak review 4 orang dulu (Group I)


Blog pertama yang aku nak review ni pemiliknya bernama Kak Farrah. Cantik manis orangnya. Beliau telah pun berkahwin masa tahun akhir pengajian masa belajar di USM. Wahhhh tepuk tangan! Hehehehe. Kak Farrah ni ambik course Doktor Pergigian. Woww. Daebakkk! Boleh tak nk mintak Kak Farrah pasang braces  heheheheheheh. Kalau korang dtg blog dia, mesti terpesona tgk header dia tuuu comel sangatttt. Macam suka purple je Kak Farrah ni hehehe betol tak? 

Banyak entry menarik dalam blog beliau. Untuk mak-mak dan kaum perempuan, mesti korang suka punya lah sbb Kak Farrah banyak share resepi dalam blog dia. Rajin kan. Mesti terer masak ni. Resepi-resepi yang beliau kongsikan pun ada yang senang dan mudah. So boleh laa try nanti hehehe.

Antara Resepi best yang dikongsikan:
  1. Sambal tumis ikan bilis
  2. Aiskrim goreng
  3. Ayam paprik ala thai
  4. Jagung manis
  5. Telur bistik
Untuk apa-apa pertanyaan atau nk contact beliau, boleh email: farahfarhanams@gmail.com


Blog seterusnya adalah hadiahbintangjatuh. Unik kan nama dia? The owner is Nisha. Berumur 16 tahun dan tinggal di Selangor. Her header is also cute! Nisha kaki wayang dan movie. Ohh, kita sama! Hihii. Nisha pun suka tgk cartoon. Eh sama lah. Hee

Mungkin kekangan masa membuatkan Nisha tak banyak update entry. Tahun 2016 beliau cuma publish 88 entry shj. Tp masih membanggakan sbb ada peningkatan kerana tahun 2015 25 entry jaa dipublish. Nisha banyak join giveaway dan segmen. Kira aktif juga laa kan. Hehee. Follower Nisha pun banyak. Terima kasih sudi join segmen saya. Untuk hubungi Nisha, boleh email beliau di nisrinanisha@gmail.com


Next blog, pemiliknya bernama Icha Zaini Fidelis, lahir pada 2/10/1989 dan kini berumur 27 tahun. Coming soon ni birthday Kak Icha. Jgn lupa wish ok! Hihii. Berdasarkan apa yg aku baca kat blog beliau, dulu beliau ada blog tapi telah di hack oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan blog yang skrg ni adalah blog baru sebenarnya. Haihh apa laa blog orang pun nak hack. Tak baik betul perangai. Oh ya. Kak Icha ni ada kembar tau! Mesti best kan ada kembar. Nak tgk gambar Kak Icha? Klik SINI. Cantik orangnya. Lembut dan ayu gituuu..

Banyak juga entry-entry yang menarik minat aku masa terjah blog Kak Icha. Antaranya kat bawah ni:
  1. Apa Itu Virus Difteria Dan Tanda-Tandanya? Dan Kebaikan Vaksin!
  2. Dilema Ibu-Ibu : Nak Bekerja Atau Berhenti Kerja?
  3. Pengaruh Gaji,Jawatan Dan Fasiliti Adakah Memberi Kepuasan Dalam Pekerjaan?

Untuk hubungi Kak Icha, boleh email beliau di: ishafed12@gmail.com



Blog keempat yang akan saya review adalah blog Kak Syahidah Fadilah. Beliau lahir pada 7 Julai 1991. Wahhh. Baru jugak laa ni sambut birthday ekhh hehehe. Mula berblog sejak tahun 2011. Lama tuu. Aku pun mula berblog tahun 2012. Masa lepas habis spm. Heheh. Kak Syahidah Fadilah ni orang Kuala Terengganu. Aku perasan ada banner segmen orang mana kaler pink kt blog dia yg aku bikin utk semua peserta duluu. Hehehh. Tu la kebaikan sesapa yg join segmen tu. Pengunjung senang nk tau uolss orang negeri mana. 

Nak tau apa entry popular dalam blog beliau pada bulan ni? Klik link di bawah ni. Sangat berguna untuk dibaca oleh semua orang.

14 TITIK LENGUH ATAU SAKIT PADA BADAN DAN CARA MELEGAKANNYA

Lain-lain entry best kat blog beliau korang boleh klik sepertimana yang tertera di bawah. Serius banyak entry best dan menarik. Tips tips yg dikongsikan pun best belaka. Kalau nak baca pengalaman beliau melancong kt dalam Malaysia, kat Indon dan Singapore boleh klik pada TRAVEL. Banyak gambar cantik-cantik yang beliau kongsikan. Sesuai utk korang baca sebelum p melancong ke Indon ke kan.


Untuk hubungi kak Syahidah Fadilah, korang email beliau di: nsftweety91@gmail.com

Korang jangan lupa singgah blog mereka dan follow sekali tauuu! Next, [Group II], aku akan review tiga blog di bawah ni pulak k.
  1. http://tomodachilavendra.blogspot.com/2016/07/segmen-review-with-bajuwarnacoklat.html
  2. http://theathra.blogspot.my/2016/06/segmen-review-with-bajuwarnacoklat.html
  3. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/06/segmen-review-with-bajuwarnacoklat.html
Tataaaa!








3 comments:

  1. alhamdulillah menang =)
    makaseh~

    http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/menang-segmen-review-with.html

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.