Wednesday, 27 July 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com



MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 22 tahun 
  2. Jantina anda? (Lelaki / Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya adalah seorang manusia (perempuan) yang suka pakai minyak wangi lelaki dan saya sangat tidak bersetuju apabila minyak wangi lelaki hanya dikhaskan untuk lelaki dan minyak wangi wanita hanya untuk wanita kerana bagi saya sesiapapun sesuai untuk memakai mana-mana jenis minyak wangi. Saya patut dipilih untuk memiliki Braveheart kerana minyak wangi kesukaan saya (Uber Men) telah pun habis dan saya kini hanya menggunakan minyak wangi minyak wangi yang dibelikan oleh ibu saya and mostly bau-bauan yang beliau pilih adalah sangat keperempuanan seperti Far Away etc. *KAHHHKAHHH* Tambahan pula, harga bagi minyak wangi Braveheart / Sweetheart adalah sangat berpatutan dan saya semestinya akan berusaha untuk repeat order sekiranya saya berpeluang untuk mencubanya terlebih dahulu. Saya yakin bau kedua-duanya sangat wangi and if I am lucky, I really wanna try the Braveheart! 

Pelik ke? Hahaa. Tak kan? Rasanya ada je perempuan yg suka pakai minyak wangi lelaki. Including me. Paling aku suka sekali Uber Men kaler merah. Murah je. Serius. Minyak wangi lelaki yg murah2 tu pun aku main bedal je pakai. Kadang minyak wangi bapak aku pun aku pakai. Mostly bau perfume lelaki fresh and cool. Hehee. Korang suka minyak wangi cemana? Tapi aku taklah tak pakai minyak wangi perempuan. Aku ada jee minyak wangi perempuan punya. Cuma perasaan suka tu lebih kepada perfume lelaki. Hahaha

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

4 comments:

  1. Salam. Terima kasih sudi join Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

    Entri penyertaan ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  2. tahniah.. http://www.mialiana.com/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart_31.html

    ReplyDelete
  3. Komposis yang mampu menampilkan penampilan bergaya buat kaum Adam

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.