ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Spicy ramen samyang di Muar | Ramen korea versi tak halal


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai hai. Iust want to tell people who search for spicy ramen samyang from korea di Muar. Mesti korang tertanya-tanya kat mana laa nak cari spicy ramen ni kalau kat Muar sbb most people said spicy ramen cuma dijual kat Aeon. And for your information Muar mmg takde Aeon hahahaha. Banyak kali juga keluar keyword "ramen di muar", "ramen korea di muar", "kat mana nak beli spicy ramen di muar" dll. Jadi disebabkan aku tahu, maka meh aku nak share.

Kalau korang dok Muar nak cari spicy ramen samyang ni boleh cari di Pasaraya TF yang terletak di Jalan Salleh Muar. Kebetulan minggu minggu minggu lepas aku p sana, depan mata aku pekerja TF tu restock spicy ramen ni. Satu trolly tu penuh dgn ramen ni aku tengok. So kalau nak beli, cuba la cari di sana yaa. Sekarang tatau laa kalau dia tak jual lagi dah ke tapi mesti laa dia jual lagi kan hot item tuuu hahahaha. Tu je satu tempat yang aku tau ada jual spicy ramen korea ni. Kalau kat wetex ke kat Giant ke Econsave ke Astaka ke aku tatau laa pulak sbb aku tak cari lagi kat sana sana tu. Kalau korang tau kat mana ada boleh laa tinggal komen sekali bagitau nanti nanti kalau ada orang cari dia nampak komen korang heheheee.

Harga? Aku taktau sbb aku tak belek pulak rush masa tu. Rasanya tak lebih 30 laa kot. Normal price dalam 25 camtu. Kalau kat Melaka pulak aku pernah beli kat Aeon yang sebelah Tesco yang dekat dengan Melaka Sentral tu. Kekekee. Dah macam promoter pulak gua. Entry ni tak dibayar oleh pihak TF atau Aeon k. Ini entry aku buat sebab ramai pulak cari ramen dalam blog saya hahahaha. Maybe sebab giveaway ramen yang aku buat baru-baru ni kot? Tu yang bersepah keyword ramen tu hahaha.

Bawah ni alamat Pasaraya TF Muar. Jangan pulak tanya aku kat mana nak beli spicy ramen dengan harga borong atau beli dalam kotak tu ke yaa. Cuba laa call depa tanya mana tau dia nak kasi beli borong ke. 

No 2, Jalan Perniagaan Jaya 3, 
Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh 
84000, Muar, 
Johor, Darul Takzim
Tel : 06 - 9545506 
Fax : 06 - 9545513

Hebat betul penangan spicy ramen samyang ni kat Malaysia ekh. Minggu sebelum puasa kelmarin aku berspicy ramen challenge dengan makcik2 dan sepupu2 dan budak2 kecik yang tak padan kecik ni tapi gigih betul suruh orang masakkan ramen korea utk dieorg. Hahahaaa. Sudahnya tak habis pun sbb kepedasan yang amat. The winner? Mak Usu gua sbb dia habis dulu hahahaha. Tanpa minum air k! Aku habis satu pinggan terus serbu cari air. Tapi kalau dia ada kuah mesti lagi sedap kan? Pedas berkuah lagi sedap kot.

Oh wait well ada lagi ke issue ramen ni halal ke tak? Sila banyakkan membaca sebelum membuat konklusi utuh ya. Tadi kawan saya yang merupakan blogger jugak, Sab, wassap bgtau ada org post kata ramen ni tak halal. Dalam gambar yg Sab kasi tu dia tulis, ada logo halal Malaysia kat ramen tu and dia kata jugak, dibuat di kilang yang sama. Setahu aku issue yg timbul sebelum ni org viralkan kata dia guna machine yg sama. Tapi dah terbukti tu tak benar. Kat bawah ni info yang aku dapat dan aku sendiri yg search dan screenshot sebelum aku anjurkan giveaway tu.



Curious punya pasal. Aku siap bukak fb Halal Korea lagi. Hmph patutlah. Tgh viral pasal issue tak halal lagi rupanya. Nak tahu kenapa? Baca ni!

*Notis Penting!*
(Kongsikan perkara ini kepada rakan-rakan anda)

Kami menerima banyak laporan daripada pengguna Malaysia bahawa terdapat ramai penjual online menjual Buldakbokkummyeon versi tidak halal dengan menyatakan produk tersebut halal untuk dimakan. Akan tetapi produk tersebut sememangnya tidak halal! Beberapa bulan yang lalu, saya ada memberikan maklumat mengenai kesilapan pihak pengeluar 'Samyang' berkenaan pembalut produk makanan tersebut yang menggunakan plastik pembungkus untuk produk yang tidak halal dengan kandungan yang diiktiraf halal. Namun, pihak syarikat tersebut telah pun menggunakan pembungkus makanan dengan cop halal bagi pakej 5 bungkus ramen (plastik luar ada cop halal, tapi plastik pembungkus individu tiada cop halal). Dengan kekeliruan mengenai status halal produk ini melalui pembungkusan, penjual-penjual ini mengambil kesempatan dengan menjual versi tidak halal kepada pengguna muslim di Malaysia. Pihak pengguna disarankan supaya menyemak cop halal pada produk tersebut (tidak kira dalam bentuk pek individu atau pek multi). Di sini saya sertakan gambar produk Samyang yang tidak halal serta peniaga-peniaga online yang menjual produk tersebut.
Terdapat beberapa penjual online yang menyatakan produk ini mempunyai sijil HACCP. Namun, penting untuk semua pelanggan tahu bahawa sijil HACCP tiada kaitan dengan status halal produk. Produk yang ada sijil HACCP tidak semestinya halal, manakala produk yang tiada HACCP dan ada sijil halal semestinya halal. Pastikan halal, baru beli.
P.S: Ada beberapa pengguna telah memberitahu saya bahawa Instagram @officialsamyang.my telah menjual produk Samyang yang tidak halal.


Info dan gambar di atas adalah dari facebook Halal Korea

Well cuba tgk packaging di atas, nampak sangat tak sama dgn yang halal. Apapun, SILA PASTIKAN RAMEN KORANG BELI TU ADA TANDA HALAL. Jangan viralkan benda yang tak sahih. Sila rujuk Halal Korea sebelum buat spekulasi sendiri. Jakim pun dah keluarkan info.



Beli yang macam gambar di atas. Nampak tak ada logo halal tu? Yang kaler hijau tu. Beza benor kan dgn packaging yg macam kat atas tu? Make sure ada tanda halal baru beli. Jangan main ambik jee beli. Kalau nak beli online pun, suruh dulu seller tu ambik gambor ramen tu jangan tiba2 dah pos, bukak parcel, dpt yg tak halal. Haih. Tak baik betul perangai. Benda tu tak halal, dia dok pungpang kata yg dia jual tu halal. Tak baik betul ko ni.

Korang makan pedas? Dah cuba ke spicy ramen samyang ni? Hihi. Aku dah cuba dah. Baca entry kat SINI. Sedap ke tak? Well sedap laa jugak pedas pedas pun sedap tauuu. Gedik cakap, sedap ramen ni. Wink wink. Aku belikan dia yang bowl punya sbb gigih gak nak kasi dia makan benda pedas padahal dia mana laa suka pedas. Ok nanti kita beli lagi yee sayang yeee hehehehehehe

Konklusi, make sure ada tanda halal. Thats all. Taataaa dan selamat malam :)



2 comments:

  1. salam. nak tanya, kalau takde logo halal yg hijau tapi cuma ade logo haccp tu halal ke x?

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...