ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Jibril ss 15 Bar Mesra Muslim Pertama Di Malaysia!


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Pernah tak korang bayangkan untuk makan dan minum di bar? Fortunately, this bar is halal. Korang mesti lah tahu kan rupa bar tu macam mana? Aku selalu nampak. Dalam drama korea. HAHAHAAAA. Lelagi drama yang hero dia anak chaebol tu hah siap ada bar gittew dalam rumah dia. *aku masih dalam mood kempunan nak makan ramen korea lagi ni*


Bar halal yang aku nak kongsikan ni nama dia adalah JIBRIL CAFE. Terletak di No. 25 (ground floor), Jalan ss 15/4B, 47500, Subang Jaya. Bebas daripada minuman keras yang menyalahi agama kita. Semua makanan dan minuman di JIBRIL CAFE adalah halal. Jadi uolss boleh lah fefeling anak chaebol makan kat JIBRIL CAFE ni yee kekekekee. Jangan risau, sebab harga kat JIBRIL CAFE ni semuanya berpatutan.


JIBRIL CAFE terletak di sebalik dinding Sangkaya SS15 Subang Jaya. Ala-ala hidden door gitu. Pernah tak tengok cerita barbie yang three musketeers tu? Hah lebih kurang gitu lah. Tolak dinding, lepastuh ada bilik rahsia. Whoaaa. Amazing k! Kalau tak dapat imagine padan muka sape suruh tak tengok barbie. *gurau heheehe* Korang boleh laa olok-olok jadi spy sambil tangan buat bentuk pistol lepastuh tolak pintu JIBRIL CAFE yang hidden tu. Heee


JIBRIL CAFE dibina secara tertutup yang mana menepati konsep speak easy yang banyak diketengahkan di negara-negara Barat. JIBRIL CAFE ini diusahakan oleh Akmyr Ahmad Azwan Abdul Kadir, 23, Nurin Hasanah Abdul Rahim, 27, Muhammad Atiqurrahman Sulaiman, 26, dan Imran Sheik Muhamed, 26. Kesemua mereka bekerjasama dalam satu syarikat dinamakan Pronomy P.L.T. And guess what, mereka adalah merupakan pelajar jurusan undang-undang dari UITM SHAH ALAM dan mereka masih lagi sedang dalam pengajian! Whoaaaa!! Hebat! I do adore all law student UITM SHAH ALAM ni tau. Huhu. Sebabnya Majistret (dua orang)  dan Pen. Kanan mahkamah aku practical  dulu pun student Uitm Shah Alam. Daebakkkk!


JIBRIL CAFE adalah merupakan cafe pertama yang berkonsepkan bar mesra muslim di Malaysia. Menarik kan? Pengunjung diberi pilihan sama ada untuk menikmati menu barat ataupun menu tempatan. So, kalau korang rasa tekak tu bukan tekak omputeh, jangan risau k. Ada lagi menu lain korang boleh cuba seperti Pineapple Fried Rice dan Golden Singaporean Murtabak. Selain itu, minuman dihidangkan di JIBRIL CAFE adalah unik kerana tidak terdapat di restoran atau kafe lain. Contohnya, minuman Potter yang manis berkrim di situ yang berharga RM7.50. Menu istimewa yang selalu mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan adalah Salted Egg Butter Chicken. So korang kalau datang JIBRIL CAFE, wajib cuba Salted Egg Butter Chicken tau! Selain itu, terdapat pelbagai lagi menu di sini seperti Butter Chicken Chop Pasta, Chicken Grill, Chicken Wings, Glazed Suecia Meatballs dan  Malaysian Coconut Milk Rice.


Aneka pencuci mulut yang lazat turut disediakan di JIBRIL CAFE seperti brownie dan churros. Korang jugak boleh menikmati snek dan kelazatan kopi di sini. Sekiranya korang tercari-cari lokasi untuk sambutan hari jadi, jamuan, reunion atau makan malam romantis, korang boleh laa pergi ke JIBRIL CAFE ni. Candle light dinner pun bisa dong. Sweet gituuuu. Kompem pasangan ko terharu sebab ko sweet sangat bawak g JIBRIL CAFE ni kekekekeee.


Zizan pun pernah datang JIBRIL CAFE rupanya. Hehee. Mana tahu next time korang datang sana terjumpa Ziana Zain pulak ke kan? Huish. Untung. Iolss suka Ziana Zain.









Sebenarnya menu-menu di JIBRIL CAFE ini telahpun mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tengok jelah gambar-gambar yang dikongsikan di atas. Rata-rata berpuas hati dengan kelazatan hidangan di JIBRIL CAFE. Memang sedap lah! Nak ajak kawan lepak situ pun boleh. Ko nak acah-acah buat assignment pon boleh aje. Sambil tu ko upload kat instagram, tag sekali lecturer kau. Kompem dia kasi A hahahaha. Meran suruh ajak bae g sana. Haaa. Apa lagi? Baem wong aku bawak nanti. Heheheee




Korang boleh tengok video di atas utk lihat suasana di JIBRIL CAFE. Cantik sangat interior dia. Serius lawa. Orang yang datang sini mesti selfie banyak-banyak sebab environment cantik. Hehehe



So. Siapa yang inginkan keunikan dan kelainan, boleh lah singgah di JIBRIL CAFE yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Korang mesti terpesona dengan kelazatan hidangan makanan dan minuman di sana.


JIBRIL CAFE
25 Jalan SS15/4B, Subang Jaya, Selangor.
DIBUKA SETIAP HARI 12 pm - 12 am
No Phone : 017-6110064 (akmyr)




4 comments:

  1. dok tgok member2 post pic kt jibril tapi belum berkesempatan nk g sana...
    nk p jugak nnt nk feeling2 chaebol

    ReplyDelete
    Replies
    1. feeling2 chaebol kat jibril. hahhaaaa. nanti g sana share laa gambar ;)

      Delete
  2. cantiknya deco . macam bebetul dalam bar. sonok bergambo dalam tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. deco dia cantik sangat..

      Delete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...