ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Bahaya kosmetik krim timbang/ krim kilo

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ni aku nak sentuh sikit pasal kosmetik iaitu krim timbang/ krim kilo. Sebenarnya dah lama dah tahu pasal ni. Kalau search kat instagram tu, berlambak keluar ig shop yang jual krim kilo ataupun krim timbang ni. Caranya mudah, korang beli krim kilo tu, kemudian korang masukkan dalam bekas korang sendiri, lalu korang boleh pasarkan dan jual selepas siap packing. Kalau bab untung toksah cerita lah, kompem ko jadi kaya kalau semua tu laku. 

Patut laa banyak sangat skincare product local sekarang ni. Beli timbang timbang je pastu letak dalam packaging sendiri, and buat jenama sendiri. Mostly they come from Thailand, and for sure high in chemicals sbb tu boleh janjikan kulit boleh peloles 3-7 hari. Sedangkan kulit naturally growth new cells pun dlm 28 hari kot πŸ˜ͺ Kesimpulannya, elakkan dari beli krim timbang haha
p/s : Vitamin C is sensitive to light, dia boleh pack dlm plastic transparent macam tu je??!
Ayat di atas adalah copy paste dari facebook. Sekarang ni berlambak skincare di pasaran. Korang just kena make sure ada kkm je weyh. Aku sekarang sedang berkira-kira nak try Glow Glowing kekekekeee. Glow Glowing ada kkm. Kelmarin aku baru kasi semua babies blink aku yg aku pakai dulu kat Mak Usu. Mak Usu kata dia pakai babies blink bagus, kena dengan kulit dia. So disebabkan aku pun takmo pakai apa2 skincare maka aku pun kasi lah makcik aku. Dari aku membazir biarkan jee babies blink tu kat rak, baiklah aku bagi orang kan. Kang dah expired ke sayang jeee gua beli. Hahahaha. Cam malas lak mau tonyoh serum/ toner/ krim malam bagai ni. Tapi harini lah pulak gua boleh tergedik nak ada perasaan cuba Glow Glowing. Ramai kata bagus. Eishh. Tengok lah nanti cemana. 


Ciri-ciri krim yang berbahaya:

1- Tidak Ada KKM dan sebarang hasil ujian makmal.
2- Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
3- Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.

4- Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.
5- Panas, pedih dan perit semasa korang pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.
6- Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.
7- Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.
8- Hasil sangat cepat..
9- Kena terus bergantung pakai produk tersebut.

BAHAYA KRIM KILO/ KRIM TIMBANG YANG KORANG KENA TAHU!!!
1. KRIM, TONER, SERUM, LOSYEN OR APA PUN YG JENIS KILO NI ADALAH DIBUAT DI KILANG KECIL OR RUMAH KEDAI OR DIRUMAH YG TIADA GMP, KOTOR.
2. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN FDA THAILAND. MAKNANYA, IANYA TIDAK SELAMAT. FDA ADALAH SEPERTI KKM DI MALAYSIA
3. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK DIKETAHUI CAMPURAN BAHAN: BAHAN KIMIA BERACUN ATAU BAHAN YG HARAM JUGA MUNGKIN DIGUNAKAN
4. SEMUA JENIS KILO INI TIADA SIJIL HALAL THAILAND
5. SEMUA JENIS KILO INI ADALAH BIASANYA JENIS2 MURAH, UNTUK BERKESAN MERKURI, HIDROKUINON OR BYK LAGI RACUN DILETAKKAN SUPAYA MEMBERI KESAN CEPAT.


Patutlah berlambak ekh org buat produk sendiri ni? Senang rupanya. Aku pun nak buat produk sendiri jugak lah nanti. Tapi takmo lah skincare. Walaupun senang kaya tapi senang kena kecam jee aku tengok hahahahaha. Ada cadangan? Aku nak jadi tokey ubat gemok lah. Boleh tak? Aku nak suruh semua orang gemok macam aku. Hahahahahahaha.

Apapun dalam membeli sesuatu produk, sila pastikan produk tu bebas daripada kandungan yang bahaya. Diri korang sendiri yang bertanggungjawab ke atas kulit muka tu. Kalau buruk ke, diri kita jugak kena tanggung. So, sila lah hati-hati dalam membeli produk kecantikan yee uolss.

Tataaa!









25 comments:

  1. baru tau wujud krim kilo ni. scary lah pulak nak main beli je produk2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. scary kan.. InShaaAllah lepas ni hati2 dalam membeli produk kecantikan ni..

      Delete
  2. thank you kak rrai for sharing :) nasib lah tak prnh rsa nak beli produk2 yg mcm tu

    ReplyDelete
  3. Haritu eyqa pakai babies blink . Kulit terus teruk . Berjerawat , berparut and berminyak ! Kusam sgt kulit . Terus stop . Skrg baru start pakai tati skincare . So far okay lagi :)

    ReplyDelete
  4. Fatin pulak dah serik pakai local punya product ni. Dulu babies blink. Flawless kejap je. Merana lepas tu, jerawat naik mencanak dan kulit merah lain macam. Tak serik lagi, try glow glowing skincare pulak. Al-kisahnya haritu habis stok, nak beli pulak kewangan tak mengizinkan, stop kejap. Terus muka naik jerawat batu yang memang dah lama gila tak naik sejak dari zaman sekolah lagi. Pelik la jugak produk2 ni baru je lagi di pasaran, tapi testimoni melambak-lambak. Bukan nak condemn produk orang melayu, tapi kebanyakannya macam tu.

    Sebab kalau diikutkan, produk yang betul-betul berkesan dan selamat ni memang kena go through a lot of research dari pakar dermatologist, dan diorang ni buat kajian bertahun-tahun. Apa-apa pun, berhati-hatilah ketika nak beli produk ni :) Sekarang prefer produk dari drugstore macam kat farmasi, guardian atau watsons. Lebih selamat :)

    ReplyDelete
  5. baru tahu ada krim macam ni. thanks rrai sbb share.
    But mostly akak mmg jenis guna product yg mmg umum dah tau, sbb mmg tak berani nak cuba something krim yang new look, hihi.

    ReplyDelete
  6. tak sangka ada benda macam ni, mengerikan betul. semua nak cepat kaya. and pembeli pulak senang tertipu .

    ReplyDelete
  7. uISSS.. byk nye krim timbang.. baru tau ada krim timbang cenggini..

    ReplyDelete
  8. tu la ... aku tgk ramai betui org dok buat produk ... aku tahu kes ni yg dok jual kilo ni ... aku tgk skrg xperlu pun model berjuta nk hasilkan produk sebdri ... adoi la ...
    bila kulit tak lawa janji sihat ... aku pun jenis tkt nk pakai produk sebarangan

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. tati skincare slama sy guna ok gak , masa stop x la naik jerawat . ok je

      Delete
    2. Pakai sbs dah 6 bulan lepas stop jerawat mencanak naik😀

      Delete
    3. pakai tati memang okay tapi bila buat aktiviti luar terus burn teruk. hari tu gi pulau muka hitam pastu naik jerawat. same goes to babies blink. sekarang dah takot nak pkai local skincare. texture krim pun hampir sama je semua.

      Delete
  10. for those yang pernah try peeling products n rasa nak dptkn skin yg sihat semula boleh pm saya -01139749492
    .im a mary kay beauty consultant.saya akan guide anda for a healthy and glowing skin.InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. Try tati dlm 2 mggu , pastu stop sbb stok hbis , tedia jerawat ngan kusam nya , pnuh atas muka .. Tobat tk caya dh mna mna skincare emmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk pakai 2 minggu je lepas tu terus naik jerawat ke? sekejapnya naik jerawat ek

      Delete
  12. Saya pernah pakai glow glowing. Seminggu pakai putih, jerawat pun mula hilang. Tapi bila nak pakai pencuci muka nya memang sakit, perit rasanya. Pastu muka merah merah then mengelupas bila pakai krim. Saya ingatkan memang macam ni so trus lah pakai. Tapi makin lama makin mengelupas terus stop. Tak pakai apa apa. Yela nak kembalikan kulit muka pada asal kemudian baru pakai safi. Ok lah safi, tapi mcm tak de perubahan je. Pakai ke tak pakai, sama je. Huhuhu. Katanya glow glowing tak leh pakai ada merkuri dalam nya. Hum sapa tahu mana mana produkyang selamat, sebab kulit saya ni jenis yang sensitif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear blh try elysian booster serum.. whsapp sy +60135229517.. produk organik.. 😊

      Delete
    2. Pakai produk shaklee la...memang terbukti berkesan.Produk shaklee bukan buat kajian stakat setahun dua, dah bertahun-tahun dah....siap ada publish jurnal dan landmark study lagi....kalau berminat dengan produk shaklee boleh consult sy...pm/wa sy 010-7602387 (fatihah)

      Delete
    3. Pakai produk shaklee la...memang terbukti berkesan.Produk shaklee bukan buat kajian stakat setahun dua, dah bertahun-tahun dah....siap ada publish jurnal dan landmark study lagi....kalau berminat dengan produk shaklee boleh consult sy...pm/wa sy 010-7602387 (fatihah)

      Delete
    4. Cuba pakai produk shaklee, memang terbukti berkesan.Produk shaklee ni dia merawat dari dalam dan luar.Selain tu, produk shaklee ni dia ada buat kajian bertahun-tahun lama dah, bukan setakat kajian sebulan dua atau setahun dua.Serta produk shaklee ni ada landmark study....makna nya kajian dari pihak ke-3 untuk buktikan bahawasa produk shaklee ni efektif.Even doktor di Malaysia pun dah ramai consume produk shaklee.Kalau sesiapa nak consult pasal produk shaklee boleh pm/wa saya di no 010-7602387 (Fatihah)

      Delete
  13. saya ex user TA** & sehari xpakai akan keluar jerawat..sy dgn adik pakai sebab ingat produk ni ok tapi hampeh..sejak tu saya cume cari produk berasakan organik je and nasib baik jumpe MELIA ORGANIC SKINCARE..sebab produk ni organik kite boleh nmpk kesan tak ketara masa 2 minggu pemakaian je..produk ni tahan 3 bulan & dalam masa 3 bulan baru nmpk kesan ketara..harga pun berbaloi baru RM 110.00..produk ni ada jual dgn agent sah je..boleh wassap putri 018-6641816

    ReplyDelete
  14. Sy dulu guna babies blink. So far okay je but lately muka kalau tak pkai msty brmniyak gila. And jerawat memang konfem tumbuh haih. Luckily sy payah nk ada parut jerawat ( alhamdulillah πŸ˜‚ ). But now nk guna mylara skincare sbb rmai kata jadi . But tetiba teragak agak sbb tkut ada merkuri . Anyone yg prnh guna mylaraskincare mind to dm instagram i @mrs.april__

    ReplyDelete
  15. Assalam.. Maaf kalau menyinggung mana2 pihak. Sy pernah pakai glow glowing. 3 hari terpaksa bertahan pedih muka mcm dibakar,sampai keluar bintik berdarah mcm dicucuk jarum. Hari ke 4 trus ke pakar kulit. Text asap kat org yg jual glow glowing 2,dia punya jwb amat menghampakan. Jwb main lpas. Bila sy cba check kat web pharmaneutical dgn bg nombor notifikasi dan nama produk,balasan emel dari pihak pharmaneutical amat mengejutkan sy. 'Produk tidak dapat dikenal pasti'. Allah saja yg tau perasaan sy masa 2. Skrg,no more skincare product.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...