My most favourite cover face so far! NATURACTOR MEIKO FOUNDATION JAPAN

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Another beauty review from me hehehe. Mohon jangan kecam la sbb Iols tak cukup beauty pun tapi nak jugak share foundation best ni dekat uols semua. Dah lama nak buat entry pasal ni. Tapi aku buat eksperimen murni dulu ke atas diri sendiri sebab dengan itu barulah kita sebagai blogger berhemah dapat buat entry review yang jujur kan hihiiii. Siapa sini pengguna naturactor cover face foundation? Sila komen sikit yee pengalaman uols hehehe.


Ini lah rupa dia. Bekas dia comel je. Lebih kurang saiz krim kecantikan safi. Tapi naturactor ni berat sikit kot aku rasa. Memula tu aku rasa, alahai keciknyaaa boleh tahan ke kalau nak pakai lama-lama ni? Kahhhh. Meleset sangkaan aku. Aku pakai dah banyak kali. Tapi dia tak lekuk2 jugak permukaan dia. Faham tak maksud aku? Kalau colet sekali tu, dah okay sangat dah sbb foundation ni nampak je macam kita colet sikit tapi kesan dia setelah apply kat muka tu tebal. Tekstur dia halus sangat. Sangat berbeza dgn krim kecantikan ataupun foundation lain yg aku pernah guna.

KELEBIHAN NATURACTOR Meiko 
- Anti kilauan / tidak berminyak
-100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Long lasting & tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori

KANDUNGAN UTAMA NATURACTOR Meiko COVER CREAM
-Jojoba Oil - Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembap jadi dengan adanya kandungan ni ianya mampu membantu untuk menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, dan cantik berseri.

-Rice (Beras) - Naturactor meiko diperbuat daripada rice based powder untuk menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, dan menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.

-Vitamin E - Meningkatkan metabolisme kulit dan sistem imun tubuh



Ini kotak dia. Aku beli original from Japan dari seller sah. Untuk pengetahuan korang, naturactor ni ada dari Japan dan ada yang dari China. Yg dari China bekas dia bulat sikit. Aku tak kata yg dari China tak bagus sbb ada jugak testimoni (so far banyak) yang mengatakan mereka pakai bagus. Tapi tak silap aku , aku ada baca yg China punya dia kesat sikit. Tu aku taktahu laa sbb aku tak pernah cuba. Kenapa aku tertarik nak beli? Sebab seller yg jual naturactor ni juga selalu makeup untuk customer guna naturactor dari Japan ni. Tu aku tgk aku rasa, peh flawless gila muka pengantin dia mekap. Semua dia pakai naturactor. Malahan dia pun pengguna naturactor jugak. So kat situ laa aku jadi tergoda sedikit kekekekekeke. *Rrai mmg pantang bab camni*



Aku suka apply pakai sponge. Yang org dok panggil sponge air mata tu. Terpulang uols nak pakai sponge apa pun. Nak pakai sponge biasa empat segi pun boleh. Sponge mcm dlm gambar kat bawah ni pun boleh. Sorry laa ye sponge aku kotor belaka HAHAHAAHAA. Aku suka basahkan sponge dulu, then baru sapu kat naturactor dan apply pada muka. Jangan sapu banyak2. Terlebih pulak nanti. Then uols boleh laa nak pakai bedak kompak ke apa. Kalau muka kering, apply laa dulu pelembab k. Aku muka kering jugak. Tapi pemalas nk pakai apa2 jadi aku taram terus sapu foundation. Sbb tu aku suka basahkan sponge dulu. Hehee. Nak apply kat muka pakai jari pun boleh. Terpulang. Tapi utk kesan lebih baik, better pakai sponge aku rasa.




My face using naturactor. Hehehh. Ni masa makan Shell Out kelmarin. Kalau nk tgk entry penuh dan lebih banyak gambar, boleh baca kat SINI Yg bestnya naturactor ni uols berpeluh pun dia lawa jugak hehehehee *Rrai perasan cantek*


Kakak tu using naturactor utk customer dia. Huhukk. Beza noh dengan muka Iols aishh caner nak mekap cantik gini ni kak? 

So my review:
-Tekstur halus dan senang untuk blend pada muka
-Tak kesat dan sangat sangat sangat ringan pada wajah
-Boleh cover parut dan jerawat (kalau ada jerawat teruk boleh apply naturactor yg kaler hijau dulu*tak ingat kod berapa* then baru apply naturactor kod yg ikut skin uols) utk maklumat lanjut pasal ni boleh tanya pada seller. Kalau seller tu taktau mmg lah dia tak arif pasal naturactor yg dia jual hahaha
-Tahan lama
-Tak sesuai sgt utk org yg jenis kulit kering. Better apply pelembab terlebih dahulu.
-Effect glowing bila kita berpeluh


Recommend? Yes!
Hati2 dgn produk fake yee. Sila selidik dulu sebelum nak beli. Aku beli kat IG di bawah ni. Harga RM46. Kalau uols berminat, boleh laa beli kay. Best tau.


Oh ya. Naturactor ni ada kod lain2 tau. Make sure uols tak salah beli kod sbb nnti takut muka terbeli yg terlebih putih atau terlebih gelap pulak. Aku pun taktau kod apa sesuai so aku kasi gambar aku kat kakak tu and I let her to decide which one is better for me. Foundation yg takde kod setahu aku Juwita Foundation. Haa yg tu sesuai utk semua orang takyah fikir dah pasal kod hehehe.

Korang pakai foundation apa? Meh laa share dengan saya! Hihii. Zaman dulu-dulu aku pakai safi balqis punya krim jek tau. Ni muka pun dah tak cam dulu dah ada jerawat lah ada parut lah lepastuh berminyak laa so kena lah guna product yang berkuasa sikit hahahaha. Orang kata kulit dah tak kebal. Kehkehh. 

Share laa korang pakai apa. Teringin jugak nak tahu. Hehe. Tataaaa!




5 comments:

  1. Pernah dengar tentang Naturactor ni, macam best je. Berminyak tak muka bila pakai? :)

    ReplyDelete
  2. Yeay dah baca.. Erm macam nk try.. Nk try.. Hehehe azira pantang kalau pasal ni 😂 #makeupaddict haha tq rai for review this foundation. Blh beli tambah koleksi 😆

    ReplyDelete
  3. dulu ingt nak beli jgk yg ni tapi skrg tgh guna doll skin foundation. nnti2 bila dah hbis, bolehlah try naturactor plak.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.