Wednesday, 13 April 2016

Dilema Seorang Dropship



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ini aku nak buat entry meluahkan perasaan sikit. Bukan nak luahkan rasa cinta dekat Gedik yang jauh di mata (jauh laa sangat) tetapi perihal dilema saya alami sebagai seorang dropship. Pheww. Sadis. Siapa kata jadik dropship ni senang? Enggak dong!

Now I understand why mostly seller tekankan, "NO FUSSY BUYER" hahahahaha. Stress gue sih mau jawab soalan bukan-bukan dari customer. Ada tu kata gua jual fake pulak sbb gua jual murah aduhduhhhh ya ampun sabar jelah. Ada satu sister ni dia wasap aku, soalan dia mak aih nampak sangat dia nak kata aku jual fake, masa tu aku terfikir, barang dia nak ni aku untung dua ringgit je kot. Tak berbaloi sungguh aku dok melayan orang cenggini. Dua ringgit untung tu penat melayan soalan dia pun tak lepas HAHAHAHAHA. *Rrai panas baran*

But still aku layan customer begini baik lagi punya layanan k. *Rrai penyabar* Sebab semua customer berhak utk bertanya, semua berhak utk tahu barang tersebut ori atau gred. Tetapi jangan lah tanya saya soalan bukan-bukan sis. Menangis aku nanti nak menjawabnya. Kalah soalan Undang-Undang Jenayah oi.

Kenapa murah? Itu sebab orang atas sy ( I Call her Bos lah senang) ambil barang secara borong yang sangat banyak. Di samping itu ramai juga seller lain yg ambik borong dengan Bos. So takkan lah Bos nak restocked setakat 50 babies blink kot? Takkan dia restocked setakat 100 jek IOPE? Kompem lah beratus-ratus. Sebab tu dia boleh dapat harga murah, iaitu harga borong. Harga borong dengan harga retails lain yee sayang sayangku sekalian. Jadi lepas ni aku takmo lagi ambik untung sikit jek sbb nnti customer kata aku jual fake. Aku nak ambik untung banyak banyak HAHAHAHAHHAAA *ketawa jahat* Eh taklah sis gurau je.

Tak fahamlagi apa maksud dropship? Tgk gambar kat bawah.

Enggak mengerti lagi? Nah gue cari dalam bahasa indon sekali kok.


Susah jugak jadik dropship ni ekh. Heheh. Lepas ni Rrai nak jadi seller betul2 pulak lah. Nak pegang barang, nak jual sendiri face to face. Uishh besor harapan engko Rrai. Takpelah. Berangan sikit-sikit lama-lama jadi betul-betul. *peribahasa baru*

Kecik-kecik dulu aku berangan dengan Tyra (bedtime story sebelum tidur) bahawasanya weolss nak bukak kedai kek kahkahhh. Doakan lah ye? Mana tau aku boleh bukak kedai kecantikan & kesihatan lepastuh sebelah dia kedai kek ke muahahahahahaha *tinggi berangan*

Doakan saya murah rezeki yaa. Ni nak proceed tempahan edit blog pulak. Hehee. 


Taataa!



9 comments:

  1. Akak pon macam ni dear. Haish memang betul di lema lah. Jual murah kata fake, jual mahal kata amik untg banyak 😭

    ReplyDelete
  2. Dugaan. Semoga Rrai tabah dan sabar nak hadapi situasi macam tu :)

    ReplyDelete
  3. Fatin pun dropshipper jugak. Bila dapat whatsapp dari customer, rasa happy tak terkata lah. Tanya macam-macam, ingatkan nak beli, last-last senyap macam tu je. Penat mengarang ayat panjang lebar explain kat dia. Hahaha. Tapi takpa, rezeki tu dari Allah :)

    ReplyDelete
  4. Fatin pun dropshipper jugak. Bila dapat whatsapp dari customer, rasa happy tak terkata lah. Tanya macam-macam, ingatkan nak beli, last-last senyap macam tu je. Penat mengarang ayat panjang lebar explain kat dia. Hahaha. Tapi takpa, rezeki tu dari Allah :)

    ReplyDelete
  5. pernah merasainya T_T. Bersabarlah dear... hahaha

    ReplyDelete
  6. yeay.. senasibbb hahahahaha.. sabor je ar kan kak.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  7. kira dhsyat kak rrai boleh tahan sikap cus.. kalau nab, " kau nak ke taknak? taknak sudah.." hahahhhaha

    ReplyDelete
  8. Pernah juga kena macam ni. Sampai terfikir, jual murah salah orang tuduh barag fake. Jual mahal kena ngate kata nak untung banyak. Hadoi. Tapi takpe. Itu namanya pengalaman berniaga =)

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.