Follow Us @soratemplates

Friday, 25 March 2016

Tema Warna Baru Blog | Baju Baru

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

New look again! Hihih. Sebenarnya takde pun plan nak buat baju baru untuk blog ni. Tapi sejak belakangan ni aku kian malas pulak mahu bukak blog. Jadi aku berkira-kira barangkali aku dah bosan dengan warna blog aku yang dulu. HAHAHAA. Design ni aku siapkan malam semalam, TENGAH MALAM BUTA OK aku buat. LOL. Idea datang mencurah2 pulak time 12 tengah malam tu. Tapi aku buat simple je. Kalau dulu aku guna kombinasi coklat dgn hijau mint, now aku guna coklat (still the same colour code) dan pink. Bagi aku, untuk blog punya warna, biarlah kita guna warna yang jarang org pakai. Lagi bagus guna warna org tak pernah pakai hahahahah. (oren? erkkkk) So pink pun aku taknak guna pink yg typical. Jadi aku guna pink camni. Hehehe. Takde laa selalu sgt kan org guna pink camni? Sebolehnya aku nak elakkan guna pink pastel cair dan coklat cair. Sbb nnti aku sakit mata kalau nengok lama lama. Lawa mmg lawa. Tapi keselesaan pembaca itu penting. 

My tips for blog colour ni, ingatlah bahawasanya bukan remaja sahaja yg sedang baca blog anda. Barangkali ada orang tua yang baca. (Contoh, AKU) Aku taktau laa korang tapi kalau aku menziarahi blog kaler camtu, aku zoom weyh. Serius. Sbb aku tak nampak. Kalau dia guna font black or dark ke ok laa jugak kan ini warna blog biru cair punya cair lepastuh font kaler kelabu kecik cenonet dan warnanya pun cair jugak. Pehh. Sabo jelah. I tahu warna pastel is famous nowadays. Buat baju kurung mmg lawa. Kalau buat kat blog pun, jangan lah sampai susah org nak membacanya sis.


Untuk font kali ini, aku pakai semua century gothic. Hihi. Sejak dari zaman dahulu lagi iols mmg suka font ni. Tapi utk baju baru blog ni aku besarkan sikit saiz font entry. Nah. Senang uols nak baca tak gitu. Tulisan kat sidebar pun aku bold kan utk bagi senang dibaca. Sweet kan aku? Hahahaa. Aku takut korang susah nak baca jee nanti. Kalau ada terkurang utk design baru ni beritahu laa yaa. Aku akan buat penambahbaikan dari semasa ke semasa InShaaAllah. Fighting Bajuwarnacoklat!




5 comments:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.