Follow Us @soratemplates

Thursday, 31 March 2016

Jenis Baju Kurung Yang Anda Harus Ketahui

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ini saya mahu kongsikan jenis-jenis baju kurung yang korang harus ketahui. Sebab baju kurung ni ada nama dia yang tersendiri tauu. Its still a baju kurung but there's something different between them. Siapa sini suka pakai baju kurung? Angkat tangan! (Me! Me!) Ke uols pakai baju kurung setahun sekali jek time raya? Kuikui. Aku boleh laa dikatakan banyak laa jugak baju kurung. Yelaa dekat Kolej I hari2 pakai baju kurung tau nak pergi kelas. Nak g cafe pun usually I wore a baju kurung. Kolej saya tak benarkan siswi pakai seluar pergi kelas atau berpeleseran dalam Kolej pakai something selain baju kurung or jubah. Its good actually. Bila dipraktiskan lama-lama aku pun selesa pakai baju kurung sebab gue nampak ayu gituuu kahkahhh. *perasan*


Seperti yang kita ketahui, baju kurung merupakan pakaian kebangsaan atau baju rasmi bagi wanita Melayu di Malaysia. Ia dipakai untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ke undangan-undangan istimewa, dan juga ketika ingin ke pejabat. Ternyata koleksi baju kurung ini merupakan jenis pakaian yang paling versatile dan ‘evergreen’. Selain itu, baju kurung juga merupakan pilihan utama bagi ramai wanita ketika ingin tempil bergaya ketika sambutan Hari Raya. Walaupun kini banyak pilihan pakaian lain yang boleh anda temui di pasaran seperti kaftan, jubah moden, dress Muslimah dan sebagainya, baju kurung tetap menjadi pilihan no 1. Oleh itu, sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, berikut merupakan jenis baju kurung yang harus anda ketahui. Mana tau boleh dijadikan idea sebagai baju raya anda untuk tahun ini ke kan. Oh ya. Dah beli baju raya belum uolsss??


Baju Kurung Pesak

Baju kurung pesak adalah jenis baju kurung tradisional atau potongan klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita Melayu di Malaysia. Apa yang membezakan rekaan baju kurung ini dengan rekaan yang lain adalah dengan adanya potongan pesak pada bahagian kiri dan kanan baju.


Baju Kurung Pahang

Sama seperti baju kurung pesak, baju kurung Pahang juga mempunyai pesak di bahagian kiri dan kanan baju. Apa yang berbeza adalah pesak bagi baju kurung ini mempunyai potongan yang lebih lebar daripada baju kurung baju pesak.


Baju Kurung Kedah

Bagi baju kurung Kedah pula, ia mempunyai potongan baju dan lengan yang singkat berbanding jenis-jenis baju kurung yang lain. 


Baju Kurung Moden

Seterusnya pula adalah rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak. 


Baju Kurung Peplum

Dan jenis baju kurung yang paling digemari ramai adalah baju kurung peplum. Baju kurung ini direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju. 

Nampak tak perbezaan baju kurung di atas? Ada yang bajunya tak sampai lutut, ada yang paras lutut. Ada yang blink blink. Ada yang plain biasa sahaja. Korang suka jenis baju kurung yang mana? Kalau saya, I love Baju Kurung Pahang and Baju Kurung Pesak. Hihik. Masa kecik-kecik dulu Iols peminat Baju Kurung Kedah. Aku ingat lagi dulu-dulu aku ada baju kurung kedah bunga-bunga, sepasang warna hijau, sepasang warna purple. Lepas tu kat lengan dia ada manik-manik ada labuci siap berenda renda lagi uols. Tu lah baju favourite gua dulu hahahahaha. Lol. Tak silap baju tu Mak Usu yang kasi. Mana entah baju tuu sekarang. Dah sedekah kat orang agaknya.

So lepas ni bila dah tahu jenis baju kurung ni, boleh laa pergi kedai beli berdasarkan nama yang aku share ni. Hihik. Selalu cakap kat owner kedai, nak baju kurung kan. Haa ni uols boleh laa kasitau dia uols nk baju kurung moden kee, baju kurung pahang ke dan sebagainya.

Share laa sikit apa jenis baju kurung kegemaran korang kat komen k! Taaataa!





12 comments:

  1. baju kurung pesak jugak kegemaran. sbb simple and nice. :D

    ReplyDelete
  2. saya suka baju kurung kedahhhh dan pesak. suka yg simple je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju kurung kedah, dia punya baju boleh buat pakai dengan seluar ataupun palazo. Hihi. Multifunction gituu

      Delete
  3. Raizah suka pakai jenis yang pahang punye. Tak ketat dan selese je pakai design tu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ngan akak jugak. Lagi satu pattern dia lawa kannn sbb dia kembang sikit so boleh laa fefeling princess hehehehe

      Delete
  4. baju kurung pahang paling selesa for me :D

    ReplyDelete
  5. Baju kurung pesak, tp dh lama xpakai baju kurung asyik pakai jubah je . rindulah pulak nk pakai baju kurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jubah pun best kan kimchaa. kite dua dua pun suka. sbb dua dua best. hehehe

      Delete
  6. Salam dear.. jemput join my segmen :

    http://azirafreesia.blogspot.my/2016/03/segmen-jom-tambah-followers.html

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.